Anda di halaman 1dari 26

PENGENALAN

Pada umumnya, stress adalah penyakit emosi yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan setiap

individu. Masalah seperti di tempat kerja, kesesakan lalu lintas dan kesibukan melayan karenah anak-anak di

rumah memeningkan kepala. Kadangkala menyebabkan seseorang itu menjadi tertekan. Dalam erti kata lain,

setiap individu sebenarnya mengalami stress atau tekanan. Hal ini menunjukkan dalam kehidupan seharian,

setiap individu berdepan dengan berbagai-bagai kemelut yang memeningkan. Oleh hal yang demikian, stress

adalah ancaman kepada individu. Ia lahir daripada perubahan luaran ataupun dalaman yang melebihi

keupayaan individu bagi mengendalikannya sehingga menjejaskan kehidupan harian. Setiap individu tidak

dapat lari daripada masalah tekanan tetapi individu perlu tahu cara mengawalnya supaya tidak menjejaskan

kehidupan.

Perkataan stress ini mungkin membawa makna yang berbeza-beza bagi setiap orang. Berbagai-bagai

andaian, konsep dan takrifan stress dikemukan menerusi perhimpunan akademik seperti seminar, konvesyen,

kolokium perubatan dan bengkel anjuran organisasi awam. Pelbagai andaian definisi stress ini muncul

kerana ia dikaji daripada pelbagai sudut dan perspektif bidang yang berbeza termasuk kajian perubatan dan

sains sosial sejak 60 tahun yang lalu.

Perkataan stress sebenarnya berasal daripada perkataan eustres yang membawa maksud dapat

menyesuaikan diri atau stress yang membina. Ia juga berasal daripada perkataan distres yang bermaksud

tidak dapat menyesuaikan diri ataupun dapat merosakkan diri. Oleh itu, stress adalah situasi yang

mengganggu ataupun membina kehidupan seharian. Stress daripada sudut bahasa juga membawa maksud

tekanan dimana tekanan ini adalah fitrah kehidupan (Harussani Zakaria 2004: 1).

Stress pada umumnya dapat ditakrifkan sebagai tindak balas minda dan fizikal yang terhasil daripada

permintaan ataupun cabaran mengikut keadaan dan tempat. Stress melibatkan perasaan subjektif dimana

pada peringkat awal ia dapat diterima dengan baik dalam diri individu tetapi lama-kelamaan menjadi

pencetus kepada pelbagai penyakit jiwa. Ia juga terjadi akibat perubahan dan interaksi dengan alam sekitar

(Hatta Sidi & Mohamed Hatta Shaharom, 2002: 12).

Stress dalam ilmu fizik pula bermakna regangan atau tekanan ke atas sistem. Dalam konteks sel

26
tubuh, ia merujuk kepada tindak balas kimia akibat proses perubahan tekanan dari luar. Dalam konteks

keseluruhan, ia merujuk pada manifestasi sistem minda dan tubuh yang dapat diramal, akibat daripada

tekanan dalaman dan luaran. Sekiranya ia berterusan, boleh memudaratkan diri ataupun membawa penyakit

(Hatta Sidi, Ruzanna Zamzam & Mohamed Hatta Shaharom, 2003: 8).

Menurut Lazarus dan Folkman (1984) dalam Hairunnaja Najmuddin (2004) pula berpendapat, stress

atau tekanan adalah keadaan emosi yang negatif dan tindak balas fisiologi yang berlaku dalam situasi

dimana individu menerima ancaman pada tujuan dan matlamat penting yang mungkin tidak tercapai. Betapa

teruk stress yang dialami oleh individu itu bergantung pada sejauh mana seorang itu mengganggap situasi itu

mengganggu ataupun mengancam matlamatnya. Stress juga bergantung pada setakat mana seorang itu

merasakan yang dia mampu menghadapi dan mengendalikan ancaman stress.

PERBEZAAN KONSEP STRESS DAN BURNOUT

Stress merujuk pengalaman persekitaran sama ada dalaman dan luaran yang meninggalkan kesan

(stimuli) kepada penghidap stress (Kutash, Schlessinger, & Assoc., 1980: 464). Penghidap stress adalah

faktor terjadinya stress yang berpunca daripada sumber dalaman dan luaran (Selve, 1980). Selain itu, konsep

stress merupakan cabaran yang menyebabkan seseorang individu kurang senang dan juga tanpa stress pula

menyebabkan kehidupan menjadi bosan dan tidak bernilai. Jika diperhatikan dari satu sudut, stress

merupakan penyelamat hidup dan pada sudut yang lain pula stress merupakan pemusnah kehidupan

(Fontana, 1989). Pendapat Hans Selye seorang pakar penyelidik mengenai stress juga mengatakan manusia

yang hidup tanpa tekanan adalah serupa dengan mati.

Burnout ialah penurunan atau pengurangan fizikal dan mental yang disebabkan oleh tahap motivasi

yang rendah, kurang semangat,kurang bertenaga dan tidak mempunyai sebarang minat dalam erti kata

mempunyai tahap pencapaian yang agak rendah. Istilah burnout dapat didefinisikan sebagai perasaan

kegagalan, keletihan dan kelesuan yang ekstrim akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga,

kekuatan atau kecekalan seseorang. Burnout mempunyai tiga tahap yang belainan iaitu tahap pertama

dikenali sebagai tahap mencemaskan atau alarm reaction, tahap kedua pula dikenali sebagai tahap

26
penentangan atau resistance stage dan tahap ketiga dikenali sebagai tahap keletihan atau exhaustion.

Pada tahap pertama iaitu tahap mencemaskan atau alarm reaction,penghidap burnout gagal

memberikan tindak balas yang positif dan membina dalam tahap awal. Mereka merasakan tidak ada apa

yang berlaku dalam diri mereka, dalam erti kata lain ialah tiada menghadapi sebarang masalah. Mereka juga

cuba tidak menampakkan simptom awal masalah yang dihadapi dan mengatasi segala halangan yang mereka

hadapi sendiri. Penghidap burnout juga biasanya berada dalam keadaan tidak sewajarnya atau disebut

unrealistic, tidak dalam kesempurnaan dan biasanya mereka juga menetapkan matlamat yang agak mustahil.

Tahap kedua pula adalah tahap penentangan atau resistance stage. Mereka yang menghadapi burnout cuba

berkeras dan cuba meningkatkan ketekunan mereka. Apabila kedua-dua tahap awal tadi gagal dipraktikkan

secara baik, tahap yang ketiga mungkin dapat digunakan iaitu tahap keletihan atau exhaustion. Pada tahap

ini beberapa perkara dipertingkatkan seperti meningkatkan tekanan, sakit dan inflexibility.

Walau apapun tahap tadi, burnout mampu menyebabkan kesan fizikal, psikologikal dan kesan

tingkah laku kepada kaunselor. Burnout adalah tambahan kepada tahap stress (hyperstress), menambahkan

distress dan akhirnya mampu menyebabkan hypostress.

STRESS DI TEMPAT KERJA

Stres di tempat kerja merujuk kepada persepsi pekerja terhadap keperluan persekitaran yang

menjangkaui sumber yang ada pada mereka (McGrath JE). Menurut Mason JE, stres juga ditafsir sebagai

kuasa luar atau desakan yang mempengaruhi fizikal individu dan kuasa material. Walau bagaimanapun, Kets

de Vries MFR pula menyatakan bahawa stres di tempat kerja merujuk kepada ketidakseimbangan

penyesuaian di antara permintaan persekitaran dengan kebolehan atau keupayaan individu.

Stres secara asasnya sebagai reaksi individu yang terdiri daripada tiga peringkat iaitu peringkat

amaran, peringkat penentangan dan peringkat keletihan yang diringkaskan sebagai Sindrom Penyesuaian

Umum (General Adaptation Syndrome - GAS). Iaitu Umum (General) membawa maksud penyebab stres

meninggalkan kesan terhadap bahagian-bahagian tertentu pada badan. Penyesuaian (Adaptation) merujuk

kepada ransangan pertahanan yang dibentuk untuk membantu tubuh badan mengubahsuai atau

26
mengendalikan penyebab stres. Sindrom (Syndrome) menunjukkan individu mengalami lebih atau kurang

reaksi stres secara berkait.

Walau apa pun definisi dan tafsiran yang diberikan, hakikatnya stres di tempat kerja merupakan

masalah pekerjaan yang paling utama diperkatakan pada masa kini. Tambahan pula, stres di tempat kerja

menjadi isu utama dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta kesejahteraan organisasi.

Kenyataan ini selari dengan pendapat yang menyatakan stres di tempat kerja bukan sahaja merupakan

ancaman utama kepada kesihatan tetapi ia merupakan ancaman utama terhadap kejayaan organisasi.

PUNCA-PUNCA STRES DI TEMPAT KERJA

Terdapat banyak punca stres yang mungkin berpunca daripada individu itu sendiri ataupun

melibatkan kelompok manusia dan alam sekeliling. Punca stres berubah-ubah mengikut tahap umur dan

kematangan seseorang.

Menurut Selye (1976), terdapat beberapa faktor yang mampu menyebabkan stres berlaku di kalangan

individu. Ia dapat dibahagikan kepada beberapa keadaan iaitu keadaan fizikal, dan keadaan psikologikal

Manakala Morse dan Frust (1979) pula membahagikan faktor stres ini kepada 3 iaitu fizikal, sosial dan

psikologikal

Fizikal

1. Jenis kerja

Pekerja muda biasanya memeinati pekerjaan yang mencabar. Sesetengah pekerjaan hanya

memberikan sedikit peluang belajar benda baru. Pekerjaan yang dilakukan secara berulang-ulang

akan memberikan kebosanan kepada pekerja.

2. Beban kerja

Beban kerja yang tinggi telah menjadi punca stres berlaku. Hal ini demikian kerana, pekerja dibebani

dengan tugas yang banyak dan perkara ini atau terlalu kurang.

3. Waktu bekerja.

26
Waktu kerja yang tidak fleksibel. Jadual kerja yang mengikut syif dapat meningkatkan stres di

kalangan pekerja. Terdapat sesetengah majikan yang masih tidak dapat mengatur susunan syif kerja

yang konsisten untuk pekerjanya.

4. Tanggungjawab

Tidak dinafikan bahawa tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas) tentang pekerjaan turut

menjadi salah satu punca kepada gejala stres. Tanggungjawab di sini bermaksud tugas-tugas yang

perlu dilakukan oleh individu terbabit dalam pekerjaannya. Banyak fenomena pada hari ini individu

dipertanggungjawabkan dan di bebani dengan tugas orang lain selain daripada tugas sendiri. Ia

boleh berlaku sekiranya individu itu baru memasuki setting pekerjaan atapun individu tersebut

kurang asertif dalam diri bagi mempertahankan haknya. Tambahan pula individu akan merasa lebih

tertekan apabila dibebani oleh tanggungjawab yang berada di luar keupayaan dan pengalamnya.

5. Peraturan

Peraturan dan arahan yang melampau menjadikan pekerja seolah-olah robot. Peraturan melingkari

persekitaran kerja seperti di mana kereta pekerj aboleh diletakkan, waktu yang ditentukan bagi

memulakan pekerjaan, waktu terbatas bagi berehat sering menyebabkan pekerja menjadi tertekan.

Kemungkinan berlakunya tindakan luar kawalan seperti mengamuk ataupun memberontak.

6. Pengurusan dan organisasi

Tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi dalam sesebuah syarikat telah menjadi

punca tekanan kerana individu tidak diberi peluang untuk megemukakan apa-apa cadangan atau

bantahan dalam proses membuat keputusan atau polisi oleh syarikat menyebabkan individu merasa

tidak dihargai dan menyumbang kepada tekanan. Campur tangan dalam bidang tugas juga menjadi

penyebab kepada stress. Ini kerana individu tidak bebas dalam melakukan tugas sendiri dan terpaksa

akur terhadap campur tangan pihak tertentu dan seterusnya menggangguterhadap perancangan kerja

yang telah dirancang. Hal ini mungkin akan menyebabkan perancangan yang telah disusun terpaksa

diubah disebabkan campur tangan tersebut. Selain itu, individu turut merasa tertekan dari segi masa

dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan. Ini biasanya berlaku dalam kalangan wartawan dan

pekerjaan-pekerjaan yang memerlukan maklumat terkini dari masa ke masa. Tekanan dari masa dan

26
tarikh luput ini berlaku apabila seseorang masih tidak berjaya menyiapkan tugasan walaupun tarikh

penghantaran sudah hampir tiba yang mungkin disebabkan oleh masalah-masalah yang tidak dapat

dielakkan. Oleh sebab itu, ia menjadi tekanan kerana tidak dapat menyelesaikan kerja pada waktu

yang sepatutnya. Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja juga menjadi satu tekanan kepada

para pekerja. Ini berlaku kerana pekerja telah terbiasa menggunakan dasar dan prosedur yang lama

terbentuk tetapi apabila tiba-tiba diwujudkan dasar dan prosedur baru menyebabkan para pekerja

kurang selesa dengannya yang akhirnya membawa kepada tekanan. Tambahan pula, kurangnya

penghargaan dan insentif dari pihak majikan dan rakan-rakan juga membawa kepada tekanan kerana

pekerja merasakan dirinya tidak dihargai dan kerja yang dilakukan tidak diiktiraf walaupun dia telah

melakukan kerjanya sebaik yang mungkin. Ini juga boleh menurunkan motivasi dan seterusnya

merosotkan produktiviti syarikat. Tekanan dari pihak majikan turut membawa kepada faktor

penyebab stress terutama bagi majikan yang mengamalkan dasar autokratik. Tekanan yang terlampau

berat dari pihak majikan menjadikan pekerja merasa amat dibebani dan perasaan terlampau terbeban

inilah yang menyebabkan stress. Selain itu, punca lain adalah disebabkan pekerja tidak jelas tentang

arahan dan kehendak ketua selain pengetahuan terhadap objektif yang kabur. Keadaan ini

menyebabkan pekerja tidak tahu apa yang dikehendaki dan perlu dilakukan sebenarnya. Perasaan

tidak tahu inilah yang membawa kepada tekanan.

7. Pelanggan

Tekanan juga boleh disebabkan oleh tuntutan berlebihan daripada pelanggan. Sebagai contohnya,

apabila pelanggan mempunyai banyak kerenah semasa membeli barang atau produk, sehingga

pekerja terbabit tidak tahu apa langkah yang perlu diambil bagi memuaskan hati pelanggan. Terdapat

juga sesetengah pelanggan yang tidak menghormati pekerja dengan memaki hamun dan juga

mencerca pekerja dengan perkataan yang kurang enak didengar.

8. Perkembangan kerjaya

Tempoh percubaan membawa kepada stress kerana pekerja akan merasa diri dan setiap kerja yang

dilakukannya sentiasa diperhati dan dinilai. Perasaan ini membawa tekanan dalam dirinya kerana

sentiasa bimbang terhadap diri dan prestasi kerjaya kerana sedar bahawa semuanya sedang

26
diperhatikan. Perasaan kecewa dan jemu terhadap pekerjaan yang dilakukan juga menyumbang

kepada tekanan. Apabila seseorang pekerja telah merasa kecewa dan bosan terhadap kerja yang

dilakukan, secara tidak langsung dia tidak akan merasa gembira untuk melaksanakan kerja tersebut.

Disebabkan perasaan tidak gembira akhirnya akan menimbulkan tekanan. Di samping itu juga, tiada

peluang kenaikan pangkat turut menyumbang kepada stress. Apabila seseorang pekerja telah

bersusah sebaik mungkin dalam kerjaya dan telah berkhidmat lama, sudah tentu mereka

mengharapkan agar dinaikkan pangkat. Namun, apabila keadaan ini tidak berlaku sudah tentulah

akan menimbulkan tekanan kerana usaha dan masa yang telah dilaburkan seperti sia-sia. Tidak jelas

tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang menyebabkan stress kerana pekerja bimbang

dan tidak pasti tentang masa depannya berdasarkan kerjaya yang dipilih. Perasaan bimbang dan risau

itu akan menekan dan akhirnya menimbulkan tekanan. Tiada jaminan kerja turut membawa kepada

tekanan kerana pekerja bimbang terhadap status kerjayanya. Jika tahap pekerjaan masih kekal pada

kontrak, maka banyak kemungkinan dibimbangkan.Yang paling ketara adalah terpaksa atau

diberhentikan kerja berbanding dengan mereka yang mempunyai jaminan pekerjaan, majikan sudah

pasti tidak boleh memberhentikan pekerja sesuka hati mereka berbanding dengan mereka yang tiada

jaminan pekerjaan.

9. Persekitaran

Persekitaran yang kondusif akan menjadikan sesuatu pekerjaan itu berjalan dengan lancar. Ruang

tempat kerja yang sempit dan tidak sesuai akan menyebabkan pekerja merasa tidak selesa. Terdapat

beberapa pekerja mengadu keadaan tempat kerja mereka sunyi. Bagaimanapun, sebernarnya

kebisingan adalah faktor utama menyumbang kepada stres dalam pekerjaan. Sesetengah tempat

terutamanya di kilang, pekerja biasa terdedah pada bahan kimia dan bau toksik yang boleh

menyebabkan pekerja yang bersih tertekan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Selain itu,

suhu dan sistem pengudaraan yang tidak baik turut menjadi penyebab kepada berlakunya stres.

Pengudaraan yang tidak baik biasanya dikaitkan dengan sistem penyaman udara dan kipas. Biasanya,

kawasan yang bersih akan menjadikan seseorang itu selesa dengan pekerjaannya. Ini membuktikan

bahawa, kawasan yang kotor boleh mendatangkan tekanan kepada individu yang bekerja di tempat

26
tersebut kerana persekitaran yang tidak selesa menjadikan individu itu tidak dapat membuat tugasan

dengan sebaiknya. Tidak dapat dinafikan bahawa warna dinding yang tidak sesuai juga memberikan

kesan atau mood seseroang individu dalam pekerjaannya. Contohnya, warna dinding yang terlalu

terang seperti warna merah dan oren tidak sesuai digunakan dalam pejabat. Hal ini disebabkan

kerana warna tersebut menjadikan seseorang itu bertambah stres.

10. Taraf pekerjaan

Jurang antara pekerja atasan dan bawahan yang ketara mendatangkan stres bagi kedua-dua pihak.

Bagi pekerja bawahan, arahan untuk pekerja perlu dipatuhi keranan hak bersuara mereka kecil.

Manakala, bagi pekerja atasan pula, sukar bagi mereka memberikan arahan kerana adal di kalangan

pekerja bawahan adalah rakan-rakan mereka.

11. Keselamatan

Sesetengah pekerjaan seperti pegawai keselamatan, pekerja penjara dan pekerja industri berat

memang membahayakan dan mereka terpaksa menanggung risiko yang bakal menimpa mereka.

Pekerjaan seperti ini mewujudkan perasaan yang kurang selesa dan setiap hari mereka berhadapan

dengan stres.

12. Bahan kimia dan pemakanan

"Caffeine" boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda meningkat, sukar hendak tidur dan

menyebabkan anda tidak selesa. Selain itu, peningkatan kandungan gula dalam darah dari

pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda

dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak insulin

bagi mengimbangi kandungan gula itu . Ia boleh memberi kesan ke atas penurunan tenaga yang

mendadak selepas kenaikan kadar gula yang tinggi. Di samping itu, pengambilan garam yang

berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda mengalami

stres disebabkan berlebihan bahan kimia.

13. Umur

Faktor umur memang tidak dapat dinafikan berhadapan dengan stres. Pekerja yang berumur melebihi

45 tahun biasanya mudah berasa penat dan tidak cukup rehat berbanding dengan pekerja muda. Hasil

26
kerja mereka juga kurang berkualiti dan kebarangkalian dipecat oleh majikan adalah tinggi.

Pekerjaan seperti jururawat dan guru mendatangkan stres kepada pekerja yang berumur kerana

keadaan kerja yang sibuk dan meletihkan.

14. Masa

Sesetengah pekerjaan memerlukan pekerja melaksanakan sesuatu kerja mengikut had masa yang

ditetapkan. Mereka merasa tertekan apabila had masa hampir tiba untuk menghamtar hasil kerja.

Keadaan ini menyebabkan mereka tertaksa duduk di pejabat sehari suntuk bagi menyiapkan sesuatu

tugasan. Mereka akan merasa terbeban dan tidak seronok bekerja.

15. Gaji

Gaji yang tidak cukup turut memberikan tekanan. Lebih-lebih lagi pada zaman ekonomi yang sedang

rancak membangun ini, segala-segala-galanya memerlukan duit. Namun, apabila duit yang

diperolehi daripada gaji setiap bulan tidak mencukupi untuk perbelanjaan dan kos sara hidup, sudah

pasti ia memberikan tekanan kerana terpaksa memikirkan pekerjaan-pekerjaan lain atau cara lain

yang perlu dilakukan bagi menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi.

16. Gaya hidup

Di samping faktor-faktor berikut, gaya hidup turut mempengaruhi emosi atau keadaan mood

seseorang. Apa yang dapat dilihat pada masa sekarang, kehidupan individu penuh dengan pelbagai

aktiviti harian yang dilakukan tidak kira pada waktu pagi, petang atau malam sehinggakan individu

mengambil masa rehat mereka untuk keluar bersama rakan-rakan, melayari internet, pergi ke pusat

hiburan, membeli belah dan sebagainya. Akibatnya,individu tidak mempunyai masa tidur yang

mencukupi bagi menjana tenaga pada keesokan harinya. Jadi apabila berada di pejabat, individu itu

cenderung untuk mengalami stress kerana tiada tenaga untuk melakukan kerja-kerja pejabat.

Tambahan pula, gaya hidup individu pada masa ini yang hanya sibuk dengan melakukan kerja tanpa

melakukan aktiviti beriadah seperti bersenam telah menambahkan risiko untuk dirinya mendapat

stress di tempat kerja. Ia ditambah pula dengan kesesakan jalan raya semasa hendak ke tempat kerja

dan ketika pulang dari tempat kerja.

17. Kesihatan

26
Stress juga berpunca daripada tahap kesihatan individu sama ada individu itu sihat atau berpenyakit.

Sekiranya individu itu mempunyai penyakit, maka kelancaran dalam setiap pekerjaannya akan

terjejas. Hal ini kerana, jika individu mempunyai keadaan kesihatan yang tidak optimum, maka

setiap kerjanya menjadi tergendala dan tertangguh kerana perlu mengambil cuti sakit untuk

menjalankan rawatan di pusat kesihatan. Apabila kembali ke pejabat, individu akan merasa tertekan

kerana terpaksa menyiapkan banyak kerja yang tertangguh yang perlu disiapkan dalam tempoh yang

diberikan. Selain itu juga, ketidakupayaan pada organ deria turut menjejaskan dan melambatkan

proses kerja. Secara langsung perkara ini menyebabkan individu merasa tertekan dengan kerja yang

dilakukan.

Sosial

1. Hubungan

Dalam pekerjaan, rakan-rakan diperlukan kerana apabila terdapat masalah kita mamou

menhadapinya. Rakaan sekerja juga mempu menaikkansuasana bekerja yang baik apabila hubungan

adalah baik. Hubungan yang tidak baik akan menyebabkan seseorang individu itu merasa tertekan.

Hubungan komunikasi juga tidak mungkin wujud sekali gus menurunkan produktiviti kerja.

2. Komunikasi

Sesetengah majikan lebih mementingkan status dan hanya bergaul dengan pegawai-pegawai atasan

sahaja. Keadaan ini menimbulkan jurang yang luas antara majikan dengan pekerja, kadar produktiviti

juga turut merosot. Komunikasi antara pekerja dengan majikan juga jarang berlaku. Malah ada

sesetengah pekerja tidak tahu siapa majikan mereka. Suasana begini mewujudkan keadaan yang

tegang dan tidak harmoni semasa melakukan pekerjaan.

3. Gangguan kerja (buli)

Terdapat sesetengah pekerja yang sering dijadikan mangsa buli oleh rakan sekerja yang lain. Hal ini

dapat kita lihat pada suasana kerja pada masa ini di mana pekerja-pekerja baru iaitu pekerja junior

sering dibuli oleh pekerja-pekerja senior yang sudah lama berkhidmat. Mungkin juga kejadian ini

berlaku disebabkan oleh pekerja baru yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan

26
baru, tidak mempunyai hubungan sosial yang baik dengan rakan sekerja, seorang yang pasif, suka

menurut perintah tanpa ada bantahan atau sebagainya. Sekiranya gangguan kerja ini berterusan,

individu akan mengalami tekanan yang sangat dasyat sehinggakan boleh membawa kepada

perbuatan jenayah seperti bergaduh atau membunuh kerana berkemungkinan individu itu menyimpan

dendam dan perasaan ketidakpuashatian terhadap pembuli.

4. Gangguan seksual

Gangguan seksual di tempat kerja juga turut menimbulkan tekanan bagi pekerja wanita. Ia bukan

sahaja boleh dilakukan oleh rakan sekerja sendiri malah dilakukan oleh bos atau majikan di tempat

kerja tersebut. Hal ini menjadi semakin serius apabila gangguan tersebut dilakukan oleh pihak atasan

dan tiada apa-apa tindakan yang boleh diambil atau dikenakan terhadap pihak tersebut. Keadaan

seperti ini lebih menimbulkan tekanan kerana terpaksa menghadapi gangguan seksual dan tidak

berdaya untuk mengambil sebarang tindakan.

5. Perubahan hidup

Setiap perjalanan hidup seseorang mesti berlaku perubahan samada ia melibatkan kelahiran,

kematian, perkahwinan atau penceraian. Dan setiap perubahan hidup itu mungkin sedikit sebanyak

telah memberi tekanan ke atas diri individu yang mengalaminya. Seperti apabila berlaku kelahiran

dalam sesebuah keluarga, mungkin ia merupakan satu rahmat dan kebahagiaan dalam hidup setiap

pasangan. Namun, tidak dinafikan sekiranya pasangan tersebut mengalami tekanan akibat

kesempitan wang kerana mereka memerlukan belanja yang besar untuk kedatangan orang baru dalam

keluarganya. Perkara ini biasanya berlaku dikalangan orang yang mempunyai kadar pendapatan yang

rendah. Perkahwinan juga boleh mewujudkan tekanan sekiranya individu itu tidak dapat

mengendalikan rumah tangganya dengan baik. Kebiasaannya pasangan yang baru berkahwin

memerlukan kos yang banyak untuk memulakan kehidupan yang baru. Mungkin semasa bujang,

individu hidup ala kadar dan bebas tetapi selepas berkahwin individu itu perlu melaksanakan

tanggungjawab masing-masing tidak kira lelaki mahupun wanita. Jika individu tidak mampu

melaksanakan tanggungjawabnya, maka kehidupan berumah tangga akan menjadi porak peranda dan

boleh menyebabkan penceraian. Hal ini seterusnya akan menyebabkan tekanan sehingga terbawa-

26
bawa ke tempat kerja. Kematian turut menjadi punca individu merasa stress di tempat kerja. Ia

sangat serius sekiranya orang yang paling dekat dan kita sayangi pergi meninggalkan diri kita. Secara

tidak langsung, individu yang tidak kuat dari segi emosi dan tidak tabah menerima takdir ini akan

mudah merasa tertekan dengan kehilangan orang tersayang. Individu tersebut juga berisiko tinggi

untuk menhidapi penyakit kemurungan. Ini seterusnya akan menjejaskan prestasi kerja mereka.

6. Penerimaan masyarakat

Kadangkala pekerjaan yang dilakukan dipandang serong oleh masyarakat walaupun pekerjaan itu

halal di sisi agama seperti tukang sapu, pengangkut sampah dan tukang urut.

Psikologikal

1. Personaliti

Seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan

kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi.

2. Pemikiran negatif

Individu yang selalunya mempunyai pemikiran yang negatif seperti memikirkan sesuatu perkara

yang negatif tanpa ada logik akan menyebabkan individu tersebut berada dalam keadaan yang tidak

kongruen. Antara contohnya ialah individu yang bimbang kerja yang diberikan tidak dapat disiapkan

mengikut tarikh yang ditetapkan. Contoh lain ialah individu bimbang memikirkan bahawa dirinya

tidak berkebolehan seperti rakan sekerja yang lain menyebabkan dirinya merasa tergugat dan self-

esteem menurun. Antara pemikiran negatif yang lain ialah kenangan pahit. Individu yang baru

mengalami kenangan pahit seperti putus cinta akan menyebabkan individu itu sering terbayangkan

kenangan-kenangan lama sehinggakan kerja-kerja di pejabat menjadi terbengkalai. Perkara ini

mengakibatkan individu tidak dapat member komitmen yang sepenuhnya sehinggakan lalai dalam

setiap perkara. Pemikiran negatif yang lain yang boleh menyebabkan stress adalah seperti pemikiran

yang tidak rasional iaitu apabila individu memikirkan bahawa majikannya tidak menyukai dia dan

kebarangkalian untuk dipersalahkan dalam setiap kerjanya adalah tinggi. Pemikiran ini akan

mencetuskan pelbagai masalah samada dalam diri pekerja itu sendiri atau diri pekerja itu dengan

26
rakan sekerja yang lain atau dengan pihak atasan. Kesemua pemikiran negatif ini akan mewujudkan

ketidakselesaan dalam diri individu tersebut. Hal ini akan mencetuskan konflik dalam diri individu

yang secara tidak langsung akan menyebabkan tekanan dalaman dari diri individu itu.

3. Workaholic

Individu yang workaholic biasanya tidak mempunyai rehat yang mencukupi, tidak hiraukan

kesihatan diri sendiri dan yang paling penting bagi orang yang workaholic ialah menyiapkan kerja

dengan cepat dan pantas. Individu workaholic suka sangat bekerja tanpa menghiraukan waktu rehat,

waktu makan dan waktu tidur. Bagi individu yang workaholic akan sentiasa mencari kerja untuk

disiapkan. Sekiranya individu yang workaholic ini tidak dapat menyiapkan kerjanya atau tidak ada

kerja untuknya, individu tersebut akan berasa bahawa dirinya tidak berguna yang akhirnya akan

menyebabkan individu tersebut berada dalam emosi yang tertekan atau stress. Hal ini kerana individu

workaholic bersifat ingin menyiapkan kerja dengan cepat dan pantas serta inginkan kerja yang

banyak untuk disiapkan.

4. Perfectionist

Individu yang perfectionist sentiasa mementingkan kesempurnaan dalam semua aspek kehidupan.

Antaranya ialah kerja yang dilakukan di rumah atau di pejabat oleh orang perfectionist mestilah

sempurna, kemas dan bersih. Kerja yang diberikan kepada orang perfectionist untuk disiapkan dan

dihantar kepada majikan perlulah diteliti, lengkap sepenuhnya, dan orang perfectionist ini akan

memastikan segala kehendak dan kemahuan akan dicapai olehnya dengan baik. Contoh lain ialah

orang perfectionist mesti mendapat kesemua ciri-ciri pasangan yang dia kehendaki seperti baik, rajin,

setia, kuat agama, sempurna dan sebagainya yang memenuhi kesemua cita rasa orang perfectionist

ini. Sekiranya kerja yang dilakukan oleh orang perfectionist ini atau pasangan yang tidak memenuhi

cita rasanya tidak sempurna dan lengkap mengikut kemahuan dan kehendaknya, individu ini akan

berada dalam keadaan disequilibrium iaitu individu akan berasa dirinya tidak sempurna, tidak

lengkap dan tidak boleh mencapai apa yang dia kehendaki. Akhirnya individu seperti ini akan berada

dalam emosi yang tertekan atau stress.

5. Ancaman diberhentikan kerja

26
pada zaman moden ini, peluang pekerjaan begitu terhad. Segala kesilapan sama ada kecil ataupun

besar yang dilakukan oleh pekerja mungkin mendatangkan risiko dibuang kerja oleh majikan. Ini

kerana, terdapat ramai lagi graduan universiti yeng berkelayakan tetapi masih menunggu peluang

pekerjaan. Bagi pekerja yang sedia ada, mereka menghadapi stres bagi mempertahankan pekerjaan

mereka. Memandangkan keperluan hidup sekarang semakin tinggi.

6. Diskriminasi

Sesetengah individu suka mendiskriminasi individu lain. Individu yang memberi diskriminasi akan

memberi tekanan kepada individu yang didiskriminasi itu. Hal ini individu yang mendiskriminasi

akan berlaku tidak adil kepada orang yang didiskriminasi kerana faktor seperti berlainan bangsa,

memilih kasih, dan sebagainya. Sebagai contoh yang dapat dilihat ialah di tempat kerja. Majikan

biasanya mendiskriminasi terhadap pekerja-pekerjanya. Ada juga majikan mendiskriminasi dengan

memilih kasih mengikut kesukaan majikan tersebut terhadap pekerja-pekerja tertentu. Pekerja yang

disukainya akan diberikan banyak ganjaran daripada pekerja-pekerja yang tidak disukai oleh majikan

itu. Hal ini akan menyebabkan pekerja-pekerjanya rasa tidak berpuas hati, dan tertekan dengan sikap

majikan yang tidak berlaku adil terhadap semua pekerja-pekerjanya.

SIMPTOM DAN PETANDA STRESS

Pada dasarnya, simptom-simptom stres dapat dibahagikan kepada tiga ketogeri utama iaitu fisiologi,

psikologi dan juga tingkahlaku serta sosial. (Carey Cooper & Alison Straw, 1993) Kebanyakan dari tanda-

tanda stres dapat di kesan dari sudut fisiologikal kerana topik ini banyak di kaji oleh mereka yang pakar

dalam kesihatan dan sains perubatan. Mereka menyimpulkan stress menyebabkan perubahan kepada

metabolisme, meningkatkan kadar denyutan jantung dan nafas, dan membawa kepada sakit kepala dan sakit

jantung.

Sebenarnya, tidak terdapat hubungan yang jelas antara stress dan simptom fisiologi. Hubungan yang

tidak konsisten ini terjadi di sebabkan oleh sifat simptom itu yang kompleks dan kesukaran mengukurnya

secara objektif. Walaupun simptom ini penting, ia tetap memberikan kesan releven secara lensung yang

26
rendah kepada pengurus stress dalam sesubuah organisasi.

Simptom yang penting adalah simptom psikologikal kerana stress mendatangkan perasaan tidak puas

hati. Sebagai contoh, rasa tidak puas hati kepada kerja adalah antara kesan yang mudah berlaku dalam

kalangan pekerja. Antara kesan-kesan lain termasuklah perubahan dalam produktiviti, sering merokok,

mengambil alkohol, perubahan dalam pengambilan diet harian , gangguan tidur dan sebagainya.

Terdapat beberapa tanda fizikal yang telah di kenalpasti antaranya sakit kepala, cepat penat, letih,

tidak bermaya, dan banyak berpeluh, berdebar-debar, sakit dada dan sesak nafas seolah-olah diserang

penyakit jantung, cirit-birit, kerap buang air dan muntah. Mendapat penyakit fizikal seperti asma, sakit

jantung dan darah tinggi. Selain itu, individu akan merasa letih yang melampau, mengalami gangguan tidur,

insomnia, sakit otot, rasa loya, gelisah, pening-pening, dan mengalami kurang berat badan kerana selera

makan yang mulai menurun.

Manakala petanda dari segi psikologikal pula adalah seperti, rasa tertekan, tidak tenang, risau,

gelisah, murung, cepat bosan, cepat marah, gementar, bimbang, kecewa dan mudah hilang kawalan. Patanda

dari segi sosial dan mental pula adalah seperti mengakibatkan hubungan terjejas antara rakan sekerja, suami

isteri, jiran tetanggga, dan rakan-rakan, penyalahgunaan dadah, menghisap rokok secara berlebihan, selalu

ponteng kerja, produktiviti merosot, dan mungkin membawa kepada berlakunya kemalangan, pelupa, hilang

tumpuan, lemah pertimbangan, tidak terurus, keliru, tidak dapat berfikir dengan baik dan berfikiran negatif.

Apabila seseorang itu mengalami stress, ia memberikan beberapa gerak balas sama ada dalam bentuk

emosi, fizikal, mahupun tindak balas atau respon yang langsung atau pun tidak langsung. Ini adalah simptom

yang lazim berlaku dan memberikan reaksi yang kadangkala di sedari ataupun tidak bergantung pada tahap

kawalan diri seseorang itu. Mengikut Lazarus (1976) makanisme daya tindak pada tekanan boleh

dibahagikan kepada dua bahagian iaitu secara tindakan langsung dan cara tindak pengawalan ataupun

adaptasi.

Tindakan langsung adalah merupakan tinglah laku yang mempunyai matlamat bagi mengubah

hubungan antara individu dengan persekitaran yang dirasa menyukarkannya. Misalnya bersiap menghadapi

keadaan bahaya, berubah menjadi agresif ataupun melarikan diri, (Denial A. Gardino,1988). Manakala cara

tindakan pengawalan ataupun adaptasi adalah merupakan tingkah laku yang di arah bagi mengurangi,

26
meredakan ataupun mengadakan toleransi pada gangguan-gangguan persekitaran dalaman seperti gangguan

berkesan (perasaan), psikomotor ataupun fisiologi. Mengikut Selye (1976), individu yang menghadapi stress

mewujudkan suatu sistem yang di namakan sindrom adaptasi umum (General

AdaptasionSindrom/GAS).menurutnya lagi, keadaan stress dapat di bagaikan kepada tiga peringkat iaitu

kecemasan (reaction), pertahanan (resistence) dan kelesuan (exhaustion). Secara psikologi pula, individu

yang mengalami keadaan tertekan mengalami tiga tahap asas stress iaitu terancam (threat), keadaan bahaya

(danger impact) dan pengorbanan dari keadaan bahaya (danger victimization) misalnya penderitaan,

kehilangan dan sebagainya.

Menurut Dobson 1982 dan Danial A. Garno 1988 reaksi atau tindak balas stress terbahagi kepada

empat jenis seperti:

1. Individu menghindari rasa gelisah (apprehensive avoidance) bagi membebaskan dirinya secara

psikologi dari keadaan tertekan


2. Individu menunjukkan rasa apati dan depresi (apathy and depression) dengan menahan diri daripada

kejadian menekan.
3. Individu menunjukkan tidak ada tanda-tanda kebebasan bertingkahlaku
4. Individu melawan setiap orang yang menyebabkannya marah dan frustasi.

Jadi, secara umumnya bentuk-bentuk reaksi kepada stress adalah seperti marah, ketakutan dan juga

kesedihan (anger, fear, sadness). Setiap individu dikatakan memiliki gerak balas yang berbeza terhadap

stress. Ia bergantung kepada bentuk dan keadaan stress yang dialami serta sejauh mana daya tahan individu

itu menghadapi aspek mentaliti mahupun fizikal.

Disini terdapat beberapa contoh petanda stress terhadap personaliti, antaranya adalah seperti gusar,

bimbang dan risau yang menyebabkan seseorang berubah 100 peratus daripada keadaan sebenarnya. Dirinya

seperti tidak terurus dan melambangkan pemikirannya yang serabut. Jika dahulu dia seorang yang kemas,

sistematik dan bersih tetapi telah berubah sebaliknya sebagai seorang yang tidak terurus, tidak menjaga

kebersihan diri, kerja, dan persekitarannya tidak sempurna seperti dahulu.

Contoh petanda stress terhadap tingkah laku pula seperti, masalah yang di hadapinya menyebabkan

tingkah laku seseorang itu berubah sama ada kepada panas baran, pendiam yang bukan melambangkan

dirinya yang sebelum ini. Segala prinsip-prinsip hidup yang dulunya menjadi amalan kini tinggal begitu

26
sahaja kerana stress yang di hadapi tidak dapat diatasinya dan menjadi halangan seseorang itu dari berfikiran

kreatif dan matang.

Manakala contoh petanda stress terhadap emosi pula seperti menjadikan seseorang itu tidak stabil

apabila emosi menguasai dirinya. Apabila dalam situasi yang teruk, stress boleh mengakibatkan gangguan

jiwa. Emosi yang tidak berlandaskan akal sering berlaku apabila stress tidak dapat diatasi dan dibendung

dengan pemikiran positif.

Kesimpulannya, petandan stress dapat kita lihat dari dua perspektif iaitu dari dalaman mahupun

luaran. Dari segi dalaman adalah seperti tingkahlaku, emosi yang terganggu, kesihatanyang tidak

memuaskan, dan sebagainya. Bagi petanda luaran pula, seseorng itu akan berubah dari segi penampilan,

personaliti, dan keterampilan yang berbeza dari sebelumnya.

KESAN-KESAN STRESS

Stress memberi impak yang besar terhadap manusia dari sudut fizikal, emosi, mental, dan

tingkahlaku. Terdapat 2 kesan stress iaitu kesan yang positif dan juga negatif. Kesan stress yang positif

membuatkan sesorang itu mendapat kemajuan didalam kehidupan hariannya dimana. melalui keadaan

tertekan individu dapat meningkatkan keupayaan untuk menyesuaikan diri, mengatasi dan bertindak balas

terhadap cabaran kehidupan. Dari definisi yang dijelaskan diatas, kita perlu tahu bahawa stress tidak

bermakna hanya membawa keburukan ke atas diri kita. Malah ia juga penting untuk kita dapat sesuaikan diri

dan mempertingkatkan diri dalam sesuatu keadaan. Sebaliknya, kesan stress negatif memberi impak yang

tidak baik kepada seseorang apabila ianya tidak ditangani dengan sebaik mungkin.

Daripada aspek fizikal, stress memberi kesan terhadap kesihatan manusia dimana menurut Epidemik

Dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa stress menyumbang kepada semua 5 penyakit utama

di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau, kemalangan jalanraya, strok dan penyakit paru-paru

yang kronik. Sementara satu kajian di Amerika berkaitan stres yang melibatkan 152 responden menunjukkan

bahawa orang yang sentiasa mengalami stres mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidap

hipertensi, kerisauan melampau, kemurungan atau obesity dalam jangka masa yang panjang. Disamping itu,

26
terdapat juga penyakit lain yang timbul akibat daripada stress antaranya ialah mengurangkan daya

pertahanan badan, migraine,infeksi vagina, masalah kulit ecxema,ulser dan lain-lain lagi.

Hampir 75 peratus doktor menekankan bahawa stress seperti tekanan kerja mengakibatkan beribu-

ribu penyakit. Apabila individu mengalami stress ditempat kerja, tekanan darah akan meningkat dan

menurun. Perubahan yang tidak menentu sebegini boleh menyebabkan saluran darah tercedera serta

berfungsi secara tidak normal. Inilah fenomena fisiologi yang boleh menjejaskan tahap kesihatan pekerja

akibat stress yang berlaku di tempat kerja. Situasi ini merupakan alasan terbaik yang dapat menunjukkan

bahawa stres memberi kesan kepada pekerja mendapat penyakit jantung dan terdapat juga kajian yang turut

menghubungkan stres dengan penyakit kanser dalam jangka masa yang panjang sekiranya stress tidak

dikawal. Konsep stres di tempat kerja juga digunakan sebagai perkaitan dengan penyakit kronik seperti

penyakit jantung koronari dan gangguan psikiatri. Pekerja yang mengalami tahap stres yang tinggi boleh

memberi kesan signifikan melalui peningkatan kepada pelbagai masalah kesihatan seperti ketegangan mata,

telinga berdengung, batuk yang teruk, sakit dada, masalah perut, sakit kepala dan ketidakselesaan

musculoskeletal.

Sementara itu, tekanan memberi kesan kepada pemikiran dan emosi seseorang. Di Malaysia, Kajian

Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996) menunjukkan kadar prevalen kemurungan ialah pada 11

peratus, kejadian bunuh diri yang tinggi iaitu 2,000 orang setahun dengan purata 7 orang sehari dan 13.7

peratus dari golongan remaja. Daripada kajian ini menunjukan kesan stress menyebabkan seseorang itu

mengalami kemurungan, perubahan personaliti, kerisauan melampau, mudah marah, mudah menangis,

kurang minat, kemurungan bipolar, hilang selera makan dan bunuh diri. Emosi mempunyai kesan yang

sangat besar kepada sistem saraf automatik dan sistem hormon yang terletak pada otak manusia sekiranya

individu mengalami stess. Malahan stress merupakan pembunuh senyap yang perlu diberi perhatian oleh

setiap individu terutamanya di dalam kesibukan ditempat kerja.

Ditempat kerja apabila seseorang itu mengalami tekanan ianya memberi kesan kepada emosi pekerja

iaitu tidak dapat mengawal emosi dan melepaskan geram terhadap sesuatu perkara. Misalnya seorang

majikan melepaskan stress kepada seorang pekerja. Hal ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu

mengalami ketegangan ianya akan mengakibatkan seseorang itu akan mengalami kemurungan dan sekaligus

26
boleh menyebabkan gangguan psikologi kebimbangan, kesedihan dan kejengkelan dan cepat marah dan

menyebabkan prestasi kerja menurun. Malahan bebanan kerja turut memberi kesan stress kepada kerja yang

menyebabkan pekerja itu mengalami kehabisan tenaga (burnout) serta masalah gastrous dan sekiranya tidak

dikawal akan menyebabkan seseorang itu melakukan pembunuhan atau bunuh diri dan perbalahan antara

rakan sekerja.

Jika diteliti, stress juga memberi kesan terhadap mental seseorang. Hal ini di perakui oleh

Kementerian Kesihatan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga turut melaporkan

bahawa stres di tempat kerja memberi kesan kepada peningkatan masalah kesihatan mental di Malaysia.

Stress boleh mempengaruhi pekerja dengan pelbagai cara iaitu mengurangkan daya ketahanan terhadap

penyakit, mengganggu tidur, fikiran bercelaru serta menyebabkan hilang daya tumpuan. Apabila masalah ini

berterusan, ia boleh memberi kesan kepada pekerja untuk melakukan kesilapan dan kecuaian yang

membawa kepada kemalangan, kecederaan, kualiti produk yang rendah serta menjejaskan keseluruhan

produktiviti organisasi dan kos keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Tambahan pula, stress memberi kesan kepada perubahan tingkahlaku pekerja dimana pekerja yang

mengalami stress pada umumnya akan menunjukkan tingkah laku atau kegiatan yang tidak biasanya dilakukan,

samada dilakukan tanpa disedari atau dengan sengaja. Misalnya pekerja yang mengalami stress berkemungkinan

besar akan melakukan tingkahlaku di luar daripada kebiasaan seperti merokok terus menerus, terlalu bergantung

pada minuman keras, pengambilan dadah dan berbagai pil bagi mendapatkan ketenangan. Di Britain kesan stress

telah menyebabkan kehilangan hari bekerja sebanyak 13.4 juta hari dalam setahun akibat daripada

ketidakhadiran yang membawa anggaran kerugian kepada ekonomi sebanyak 3.8 billion. Daripada kes ini

dapat diperjelaskan bahawa kesan stress memberi kesan perubahan tingkahlaku pekerja untuk kerap ponteng

disebabkan mengalami stress.

Sebenarnya, masalah stres yang berlaku di tempat kerja juga memberi impak terhadap kehidupan

sosial individu. Keadaan stres yang berlebihan boleh menyebabkan masalah ini berpanjangan sehingga ke

rumah dan melibatkan pihak lain. Stress yang berlaku di tempat kerja boleh menyebabkan terbawanya tanda

kebimbangan tersebut ke rumah. Ini boleh mengganggu psikologi dan hubungan sosial mereka. Kesemua

impak sosial ini menunjukkan stres di tempat kerja bukan sahaja memberikan masalah kepada organisasi

26
masa kini, tetapi ia melibatkan masalah peribadi yang menekan individu (Malaysian Journal Of Community

Health 2006: Vol. 12). Stres di tempat kerja yang tidak terkawal dan berlebihan boleh meninggalkan impak

negatif kepada pekerja, keluarga dan organisasi keseluruhannya.

LANGKAH MENGURUS STRES DI TEMPAT KERJA

Seperti yang sedia maklum, di tempat kerja kita sering dibebani dengan tugas-tugas tertentu dan persekitaran

yang memungkinkan kita untuk mengalami stres. Justeru, kita perlu mengetahui langkah-langkah yang

sewajarnya bagi mengatasi ataupun menguruskan stres di tempat kerja. Antara langkah-langkah yang dapat

diambil adalah seperti berikut :

1) Elakkan melakukan kerja melampau dalam jangka masa yang panjang

Melakukan kerja-kerja dengan keterlaluan dapat mengundang stres. Bagi mengelakkannya daripada

berlaku, kita perlu melakukan kerja-kerja dengan lebih sistematik. Kita perlu mengambil masa bagi berehat

seketika. Jangan melakukan sesuatu kerja dalam jangka masa yang panjang. Ini secara tidak langsung dapat

merehatkan minda dan fizikal buat seketika. Dengan itu, kita dapat meneruskan kerja-kerja dengan lebih

selesa dan produktif. Ini seterusnya dapat meningkatkan kualiti kerja dan kebarangkalian melakukan

kesilapan adalah kecil. Pihak atasan turut berpuas hati dengan hasik kerja yang kita lakukan. Jadi, reputasi

diri dan kerja meningkat dan peluang untuk mendapat kenaikan pangkat juga adalah tinggi.

2) Tidak membawa pulang kerja ke rumah

Selalunya ada sesetengah pihak yang suka menghabiskan ataupun menangguhkan kerja-kerja di

pejabat untuk dibawa pulang ke rumah. Tabiat ini perlu dihentikan sama sekali kerana ia mengundang stres.

Oleh itu, sekiranya kita membawa pulang kerja pejabat, kita tiada masa untuk merehatkan diri dan minda

kita yang penat bekerja seharian. Selain itu, apabila kita membawa pulang kerja ke rumah, kemungkinan kita

turut mendapat gangguan daripada anak-anak yang masih kecil. Keadaan ini lebih mengusutkan fikiran.

Sebaik-baiknya, jangan membawa pulang kerja pejabat. Jika kerja yang dibuat tidak dapat diselesaikan di

26
pejabat, tangguhkan kerja itu untuk keesokan harinya.

3) Luangkan masa bercuti

Kerja-kerja yang bertimbun akan merungsingkan kepala dan lama-kelamaan akan menyebabkan kita

tertekan. Jadi, tidak salah jika kita meluangkan sedikit masa kerja kita untuk bercuti. Apabila kita bercuti,

kita dapat melupakan seketika masalah-masalah dan hal-hal di pejabat. Pada masa ini kita berasa seronok

bersama keluarga dan dapat meluangkan lebih masa untuk diri-sendiri. Oleh itu, penggunaan cuti yang

optimum dan terancang dapat meningkatkan keyakinan dan kecekapan kita dalam melakukan kerja-kerja

pejabat yang terbengkalai. Masalah-masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah dan lancar.

4) Jalinkan hubungan baik

Hubungan yang baik sesama rakan sekerja membolehkan kita melakukan tugasan dan kerja dengan

lancar. Kebarangkalian melakukan kesilapan dapat dielakkan. Kerja-kerja di pejabat menjadi lebih bagus

dan bermakna apabila disertai oleh pendapat dan buah fikiran daripada rakan sekerja yang lain. Tanpa

bantuan dan sokongan daripada mereka, kemungkinan kita untuk menghadapai masalah dapat dielakkan.

Selain itu, rakan sekerja yang kita percayai juga dapat menjadi pendengar dan menyelesaikan masalah-

masalah yang kita hadapi. Apabila terdapat perselisihan pendapat atau pertelingkahan dengan rakan

sepejabat, kita perlu mencari jalan penyelesaian dengan segera. Kita juga perlu bijak mengawal emosi dan

elakkan perasaan tidak puas hati kepada mereka. Layan rakan sekerja dengan sewajarnya dan ikhlas.

5) Tidur yang mencukupi

Tidur adalah aset penting dalam kehidupan. Ahli sains menyatakan tidur adalah salah satu aktiviti

yang dapat merehatkan minda selepas seharian bekerja. Ini kerana, kita memerlukan banyak tenaga untuk

meneruskan aktiviti-aktiviti harian pada keesokan harinya. Walaupun kita sibuk dengan tugas-tugas yang

perlu dilakukan di pejabat, kita sepatutnya memastikan tidur kita semalaman mencukupi dan dalam keadaan

selesa. Jika berlaku hal yang sebaliknya, kita akan kelihatan tidak bermaya serta kerja-kerja di pejabat turut

terbengkalai. Ini akan menjejaskan tahap kesihataan. Bagi memastikan tidur mencukupi, kita perlu

26
mempunyai rutin harian yang sihat, teratur dan terancang seperti waktu makan, bersenam, tidur dan lain-

lain. Semua aktiviti ini sedikit sebanyak mempengaruhi aktiviti tidur. Pastikan kita tidak sesekali mengambil

pil tidur kerana akan memburukkan lagi keadaan.

6) Lakukan senaman ringan

Setelah penat melakukan kerja-kerja di pejabat yang sememangnya banyak, kita dapat mengatasi

masalah-masalah lenguh dan kurang bermaya dengan melakukan senaman-senaman ringan. Contohnya,

mata kita akan kelihatan tidak bermaya kerana berdepan dengan komputer seharian. Jadi apa salahnya jika

kita berehat seketika sambil melakukan senaman ringan dan menghirup udara yang bersih bagi

mengembalikan tenaga yang hampir hilang itu. Senaman yang dilakukan dapat ditumpukan di bahagian

kepala, tengkuk, kaki serta tangan. Senaman ini perlulah diselang-selikan dengan kerja pejabat bagi

mendapatkan hasil yang memuaskan. Kita juga perlu mengamalkan rehat secukupnya selepas bekerja

selama dua jam berturut-turut agar kualiti kerja tidak terjejas.

7) Mendengar muzik

Muzik tanpa lagu yang berentak perlahan dan berunsurkan sentimental dapat menenangkan fikiran

kita yang dalam keadaan gundah-gulana. Kita perlu memilih muzik yang sesuai dengan keadaan dan jiwa

supaya fikiran kita menjadi lebih tenang. Kita juga perlu memastikan supaya muzik yang dipasang tidak

mengganggu rakan-rakan sekerja yang lain. Ternyata muzik yang lembut itu dapat membantu menciptakan

suasana rileks pada fikiran dan menghilangkan stress.

8) Cara berkomunikasi dengan orang lain

Berkomunikasi dengan seseorang adalah salah satu cara bagi melepaskan stress. Cara berkomunikasi dengan

baik dan berkesan perlu dipelajari dan diketahui supaya hubungan kita tidak terjejas. Ini kerana, kadang-

kadang seorang itu lebih suka melepaskan kemarahan dan tidak puas hati mereka secara terus tanpa

berselindung. Sifat ini agak berbahaya kerana jika tidak kena pada masa dan tempat yang sesuai , hubungan

dengan seseorang mungkin terjejas. Jadi, kita perlu mempelajari cara terbaik bagi menegur ataupun

26
melahirkan rasa tidak puas hati pada seseorang. Pemilihan cara dan kata-kata yang sopan dan berhikmah

adalah salah satu cara untuk mengubah sikap buruk seseorang. Apabila kita benar-benar memahami rakan

kita, ia akan memudahkan komunikasi dan urusan. Selain itu, kita perlu sentiasa melibatkan diri dalam

sebarang aktiviti berpasukan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sekerja.

9) Sentiasa berfikiran positif

Berfikiran positif dapat mengelakkan daripada stres. Sentiasa memikirkan perkara-perkara yang

positif dapat meringankan fikiran. Kita tidak perlu memberikan pandangan negatif yang seterusnya

menyekat pergaulan kita dengan masyarakat. Sebaik-baiknya, kita lihat yang baik di sebalik yang negatif itu.

Ini secara tidak langsung dapat mengubah tanggapan dan persepsi kita kepada orang lain. Kita juga perlu

berpandangan positif pada setiap sikap dan kelakuan masyarakat di sekeliling demi menjaga keharmonian

bersama. Mungkin mereka bersikap sedemikian disebabkan oleh masalah-masalah tertentu yang dihadapi

oleh mereka pada masa itu. Oleh itu, kita perlu sentiasa berfikiran positif dalam menjalani hidup. Elakkan

dari bergelumang dengan pandangan-pandangan negatif yang akhirnya akan memakan diri sendiri.

Pandangan negatif juga boleh menghalang seseorang daripada melihat ke dalam diri yang sebenar.

10) Tingkatkan keyakinan diri

Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap orang perlu percaya kepada

diri sendiri, tidak kira sama ada daripada segi kekuatan, kelemahan, kebolehan ataupun kemahiran yang

dimiliki. Apabila orang itu ditugaskan dengan kerja-kerja yang mencabar, seboleh-bolehnya jangan cepat

berputus asa. Kita perlu sentiasa berusaha dan bertungkus lumus mencari sebanyak mungkin maklumat itu.

Kita juga dinasihatkan agar selalu bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan.

Kita juga perlu menanam dalam diri kita dengan prinsip yang kuat seperti aku boleh dan setiap apa yang

aku usahakan pasti menemui kejayaan.

11) Persekitaran dan suasana pejabat yang selesa

Berada di pejabat selama lapan jam seharian, ditambah dengan bunyi-bunyi yang tidak enak

26
didengari memberi kesan buruk kepada kita. Jadi, suasana dan persekitaran yang tenang di pejabat

diperlukan supaya dapat memberi motivasi serta keselesaan kepada pekerjanya. Majikan seharusnya

memastikan pekerjanya mendapat keselesaan yang sewajarnya. Perkara-perkara seperti udara yang cukup

dan segar, sistem atau punca pencahayaan yang terang dan sempurna, serta tahap kebisingan yang minimum

perlu diberi penekanan bagi kepentingan pekerjanya. Tumbuh-tumbuhan hijau perlu dijadikan hiasan di

sudut-sudut tertentu. Ini kerana warna hijau adalah simbol ketenangan yang secara tidak langsung dapat

memulihkan mood atau perasaan yang tegang. Susun atur perabot di pejabat seperti kerusi, meja, dan

komputer turut memainkan peranan penting. Susunan yang teratur dan memenuhi ciri-ciri tertentu dapat

menyejukkan mata yang memandang. Meja peribadi juga dapat dihias dan disusun bagi keselesaan sendiri.

Aksesori-aksesori tambahan boleh diletakkan seandainya dapat memberi kedamaian kepada kita.

12) Mengurus masa dengan betul dan sistematik

Masa itu begitu berharga dalam hidup setiap manusia. Jika kita bijak menguruskan masa, kita

merasakan 24jam sehari itu sudah cukup untuk menguruskan kerja-kerja kita. Di pejabat atau di tempat

kerja, kita selalunya suka menangguhkan kerja. Masa yang ada dihabiskan dengan berbual-bual kosong

sesama rakan sekerja. Ada sesetengah pekerja yang sanggup berbual di telefon begitu lama tanpa rasa

bersalah. Apabila kita tidak bijak menguruskan masa dengan sistematik, kerja-kerja kita akan terbengkalai

dan menyebabkan kita runsing dan tertekan. Akhirnya, kita tidak tahu kerja mana yang perlu didahulukan.

Akibatnya, kerja itu tidak dapat diserahkan pada masa yang ditetapkan. Selain itu, kerja yang dilakukan

secara tergesa-gesa mengundang banyak kesalahan. Ini akan mengundang kemarahan pihak atasan. Oleh itu,

kita perlu merancang masa dengan betul. Oleh yang demikian, stres atau ketegangan jiwa dapat

mengurangkan keberkesanan potensi seseorang apabila tidak dikawal. Jika disalurkan dengan cara yang

betul, stres dapat memberikan tenaga bagi meningkatkan prestasi kerja dan pengembangan diri.

13) Pendekatan aroma terapi

Aroma terapi adalah salah satu cara menangani stress dan pengubatan penyakit yang disebabkan oleh

stress dengan menggunakan bau-bauan yang wangi dan menyenangkan. Bau-bauan itu berasal daripada sari

26
tumbuh-tumbuhan berupa daun, bunga, buah, kulit buah, ranting, kayu, kulit kayu dan akar. Bahan-bahan

yang berasal daripada sari tumbuhan itu diperah melalui proses pemerahan atau cold pressing, sebelum ia

dijadikan minyak essential. Penggunaan minyak essential memainkan peranan penting sebagai penghasil

bau wangi dan harum dalam kaedah aroma terapi. Bau-bauan daripada minyak essential ini dihidu oleh

pancaindera penciumnya dan seterusnya mempengaruhi emosi serta suasana hati yang lebih harmoni lebih-

lebih lagi dalam keadaan tertekan di tempat kerja. Hal ini berlaku kerana penciuman adalah pancaindera

kuat dan cepat sampai ke otak berbanding pancaindera yang lain. Oleh itu, ubat dapat mencapai ke saraf

otak lebih berkesan. Mereka yang menderita akibat depresi atau stress pasti merasai kenyamanan serta

pengurangan gangguan pada saraf. Aroma terapi juga adalah pemangkin semula jadi yang berkesan sebagai

antivirus, antibakteria dan antiseptik. Sel tumbuhan semula jadi yang kaya dengan kandungan mineral itulah

yang diperlukan oleh tubuh untuk hidup sihat dan mengurangkan tahap stress yang dihadapi. Mereka yang

sering mengamalkan aroma terapi misalnya selama dua jam sehari ataupun lebih pasti merasai ketenangan

jiwa, lebih rileks, tubuh dan fikiran menjadi lebih segar, kembali bertenaga serta membangkitkan suasana

hati yang gembira.

Stres dalam konteks ini dapat ditakrifkan sebagai reaksi psikologi dan fizikal kepada diri seseorang

apabila ia tidak dapat menyeimbangkan antara tugas atau tanggungjawab dengan kemampuan atau

keupayaannya bagi menyelesaikan tugas itu.

KESIMPULAN

Stres di tempat kerja amat berkait dengan masalah organisasi seperti ketidakhadiran, pusingganti

pekerja, prestasi kerja, kemalangan dan kesilapan, serta pengambilan alkohol dan dadah. Isu stres di tempat

kerja memberi kesan ke atas prestasi keseluruhan organisasi termasuklah prestasi kerja yang lemah, kadar

ketidakhadiran yang tinggi, ketidakpuasan hati di kalangan tenaga kerja, pusingganti buruh yang tinggi di

mana kehilangan pekerja terbaik dan peningkatan yang besar dalam kos pengambilan, dan kos latihan

semula.

Di Malaysia, kajian yang berkaitan dengan stres seharusnya dipertingkatkan kerana kajian lepas

26
terhadap stres di tempat kerja adalah tidak menyeluruh. Perkembangan ini sejajar dengan perubahan yang

berlaku di persekitaran kerja seperti teknologi, sosial, ekonomi, undang-undang buruh dan seumpamanya.

Kajian stres di tempat kerja perlu dijalankan kerana sumbangannya amat bernilai dalam menghasilkan

sumber manusia yang lebih produktif dan berdaya saing. Selain itu, di sepanjang kehidupan di dunia ini, kita

sentiasa dicabar dengan pelbagai dugaan yang membawa kepada situasi stress. Oleh itu, fenomena ini boleh

menjadi pendorong dan motivasi kepada mereka yang tabah. Selagi ada kemahuan bagi berdaya maju

kehadapan selagi itulah stress sama ada disukai ataupun tidak, kita sememangnya tidak dapat

menghindarinya.

26

Anda mungkin juga menyukai