Anda di halaman 1dari 3

Kertas Kerja eRPH SK Teriang, Endau, Johor

Tahun 2017

1.0 PENDAHULUAN

Dalam alam pendidikan, kemahiran mengguna aplikasi pemprosesan perkataan seperti


Words, aplikasi paparan seperti Excel, aplikasi penyampaian seperti Powerpoint,
kemahiran mencari maklumat, dan kemahiran mengolah data yang diperoleh menjadi satu
kemahiran asas untuk semua. Pengkhususan selanjutnya bergantung kepada keperluan
tugas individu terutamanya dalam pengurusan catatan rekod pengajaran guru.
Penggunaan eRPH dalam mencatat rekod pengajaran guru di negara ini semakin
berkembang. Namun begitu eRPH boleh dibangunkan menggunakan aplikasi-aplikasi
yang sedia ada di dalam pelantar maya Vitrual Learning Environment (VLE)

2.0 MATLAMAT

3.1 Membantu mempercepatkan usaha PPPM 2013-2015.


3.2 Memupuk semangat cintakan teknologi dalam pengurusan pendidikan.
3.3 Melahirkan guru yang berdaya saing dalam penggunaan teknologi.
3.4 Melahirkan guru yang mengamalkan ciriciri PAK 21.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan VLE di kalangan


guru.
3.2 Memupuk minat dan amalan pengunaan teknologi terkini di kalangan warga
sekolah.
3.3 Meningkatkan tahap penggunaan VLE di kalangan guru.
3.4 Menggalakkan penggunaan teknologi terkini dalam penulisan buku rekod
pengajaran

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh : Januari November 2017


4.2 Hari : Minggu Persekolahan
Kertas Kerja eRPH SK Teriang, Endau, Johor
Tahun 2017

5.0 PESERTA PENGGUNA

5.1 Barisan Pentadbir sekolah sekalu penyelia RPH


5.2 Semua guru SK Teriang

6.0 JAWATANKUASA eRPH

Penasihat : En. Md. Jais Bin Samad (KPPD Mersing)


Pengerusi : Pn. Maimon binti Ismail ( Guru Besar )
Naib Pengerusi : En Sabri bin Mohamad ( GPK 1)
En Maarop bin Mohamad ( GPK Hem )
Pn Puspa Julina binti Jaafar Sidek ( GPK Koko )
Pembangun Sistem : Pn. Baizuramaszatulana Binti Rosli
AJK : Semua Ketua Panitia dan Semua Guru.

7. PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti pembangunan
ini akan digunakan oleh semua guru. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Tuan amat kami
hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.....................................
(Baizuramaszatulana Binti Rosli) (Pn Maimon binti Ismail )
Guru Penyelaras Bestari Guru Besar,
SK Teriang, SK Teriang
Endau, Johor. Endau, Johor.
Kertas Kerja eRPH SK Teriang, Endau, Johor
Tahun 2017