Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN MODUL 3

Soalan:
Sebagai pemimpin sekolah, kita hendaklah sentiasa peka serta mencari ruang dan
peluang untuk melakukan penambahbaikan agar prestasi pencapaian murid terus
meningkat sama ada daripada segi kuantiti mahu pun kualiti. Sebarang kelemahan
atau kekurangan yang dikenal pasti perlu ditangani segera melalui tindakan-tindakan
penambahbaikan yang kreatif dan inovatif. Tindakan-tindakan penambahbaikan
berkenaan perlu dirancang dengan rapi serta diterima dengan baik oleh semua
warga dalam organisasi.
Arahan kepada peserta:
Anda dikehendaki menyediakan satu penulisan cadangan penambahbaikan sekolah
yang panjangnya tidak kurang daripada 350 patah perkataan dengan menggunakan
font Arial atau Times New Roman bersaiz 12 dalam bentuk esei. Cadangan
penambahbaikan anda mestilah mengaplikasikan elemen kreativiti dan inovasi
dalam proses penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengurus
perubahan. Anda harus menggunakan mana-mana model dan alat yang telah
dipelajari dalam Modul 3: Mengurus Perubahan dan Inovasi.
Panduan penulisan adalah seperti berikut:
1. Pendahuluan
2. Mengenal pasti masalah dan membuat keputusan
3. Pelaksanaan dan mengurus perubahan
4. Rumusan

PENGUMUMAN PENTING:
1. Panduan Pemarkahan:

Markah akan diberi berdasarkan perkara-perkara berikut (wajib ada):


Kreativiti dan Inovasi
Proses penyelesaian masalah
Proses membuat keputusan
Proses membuat penambahbaikan
Proses mengurus perubahan.
2. Anda diingatkan supaya TIDAK mengambil keseluruhan program/projek yang
telah dijalankan di sekolah tuan/puan (termasuk program sandaran) secara cut &
paste atau menghantar kertas kerja program berkenaan tanpa sebarang modifikasi.
3. Penulisan plagiarisme adalah dilarang sama sekali. Penulisan bagi kedua-dua
peniru dan pemberi tiru akan diberi markah kosong.
4. Anda dibenarkan menghantar SATU sahaja fail dalam bentuk Word atau PDF
sebelum tarikh tutup. Sebarang pindaan jawapan boleh dimuat naik sebelum tarikh
akhir penghantaran yang ditetapkan.
1
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TUGASAN MODUL 5.1
Rujuk Model Proses Latihan (Lampiran 1) dan Strategi Pelaksanaan PLC (Lampiran
2), Anda dikehendaki merancang pelaksanaan satu strategi pembangunan sumber
manusia yang bersesuaian berdasarkan data sebenar kajian keperluan latihan di
organisasi anda.
* Peserta diingatkan supaya tidak menyalin semula nota yang diberikan dalam
Modul 5 - Hubungan Sesama Manusia. TIADA markah akan diberikan sekiranya
peserta berbuat demikian.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUBMODUL 5.2 - KOMUNIKASI
Arahan
Sila jawab soalan di bawah dengan dengan mengambil kira keadaan sebenar yang
berlaku di tempat anda bertugas. Jawaban yang diberikan hendaklah tidak melebihi
ruangan yang disediakan.
Soalan 1
Telah timbul pelbagai isu kesan daripada kelemahan berkomunikasi dalam kalangan
warga sekolah. Terdapat juga isu-isu yang jika tidak dikawal boleh memudaratkan
sekolah. Sebagai seorang pengetua/guru besar, anda bertanggungjawab
sepenuhnya untuk mengenal pasti dan menangani isu-isu yang timbul supaya tidak
mengganggu perjalanan sekolah. Dengan menggunakan pengetahuan dan
kemahiran berkomunikasi yang sedia ada dan yang telah dipelajari semasa kursus
NPQEL, bincangkan secara kritis isu tersebut. Jawaban anda hendaklah meliputi
aspek-aspek berikut:
i) Pendahuluan
ii) Isu-isu kesan daripada kelemahan berkomunikasi yang dikenal pasti di sekolah.
iii) Pilih salah satu isu dan bincangkan.
- Cara isu tersebut dikenal pasti
- Punca tercetusnya isu tersebut
- Kesan terhadap sekolah sekiranya isu tersebut tidak dikawal
- Langkah-langkah menangani isu tersebut
- Kebaikan kepada sekolah setelah isu tersebut dapat diselesaikan
iv) Kesimpulan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2
SUBMODUL 5.3 - MENJALIN HUBUNGAN DENGAN PIHAK LUAR
Soalan 2
Huraikan enam (6) jenis penglibatan ibubapa menurut model Epstein dan diikuti
dengan contoh yang relevan dan berkaitan dalam menjalin hubungan sekolah
dengan ibubapa dan komuniti.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan 3
SUBMODUL 5.4 - KERJA SEPASUKAN
Pasukan kerja yang cemerlang merupakan salah satu faktor penting kepada
kecemerlangan organisasi. Huraikan peranan pemimpin sekolah dalam membentuk
sebuah pasukan kerja yang cemerlang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan 4
SUBMODUL 5.5 - PROTOKOL DAN ETIKET
Jelaskan kepentingan pengetahuan dan kemahiran tentang protokol dan etiket sosial
apabila berhubung dengan pihak luar terhadap kecemerlangan sekolah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6.1 MUAT NAIK TUGASAN
Arahan kepada peserta:
Anda dikehendaki mengemukakan satu kajian kes yang berlaku di sekolah
anda. Jelaskan kaedah penyelesaian yang telah digunakan dengan mengambil kira
pengurusan emosi, rohani, ilmu serta nilai dan etika sebagai penjawat awam.

Panduan tugasan
1) Kajian kes yang sebenar bukan rekaan.
2) Kaedah penyelesaian kes hendaklah mengambil kira empat aspek penting iaitu
pengurusan emosi, rohani, ilmu serta nilai dan etika sebagai penjawat awam.
3) Laporan kes perlu mendapat pengesahan daripada Pengetua/Guru Besar
sebelum
dimuat naik ke dalam portal e-Pembelajaran Sub Modul 6.1.
4) Laporan kes yang dihantar tanpa tandatangan pengesahan akan ditolak.
5) Borang pengesahan Pengetua/Guru Besar boleh dimuat turun dari portal
e-Pembelajaran Sub Modul 6.1

3
6.3 TUGASAN PENGURUSAN KENDIRI
Pengenalan

Menurut Kopper (2002), pengurusan masa merupakan kemahiran yang berkaitan


dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi, dan mengatur masa
seharian supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, seseorang
pemimpin sekolah yang berupaya mengurus masa dengan baik akan menggunakan
alat pengurusan masa seperti Matriks Pengurusan Masa.

Berikut adalah sebahagian tugasan pemimpin sekolah :


Menghadiri mesyuarat PIBG
Menandatangani cek
Memantau kerja pengawal keselamatan sekolah
Menyemak buku rekod Pengajaran dan Pembelajaran guru
Mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar sekolah
Menyediakan laporan kes salah laku staf kepada PPD/JPN/KPM
Mengadakan temu janji dengan ibu bapa yang ingin menyaman sekolah
Menyemak buku latihan murid
Menyelesaikan isu keracunan makanan di kantin sekolah
Menyelesaikan masalah kekurangan guru mengikut opsyen

Arahan:
Anda perlu mengkategorikan tugasan pemimpin sekolah yang bersesuaian dengan
kuadran Matriks Pengurusan Masa di atas. (10 markah)

4
Pilih satu tugasan bagi setiap kuadran dan berikan justifikasi pengkategorian
tugasan pemimpin sekolah dalam kuadran tersebut berdasarkan mandat, SPI dan
sebagainya. (10 markah x 4 = 40 markah)
50 markah
Pemarkahan berdasarkan rubrik yang diberikan di bawah:
Rubrik permarkahan
Peserta dapat mengkategorikan semua tugasan pemimpin sekolah dalam kuadran
Matriks Pengurusan Masa.
i. Penting dan Segera
ii. Penting dan Tidak Segera
iii. Tidak Penting dan Segera
iv. Tidak Penting dan Tidak Segera

Skala markah:
0 Tidak mengkategorikan tugasan pemimpin sekolah (0 markah)
1 Mengkategorikan 3 daripada 10 tugasan pemimpin sekolah (2.5 markah)
2 Mengkategorikan 6 daripada 10 tugasan pemimpin sekolah (5.0 markah)
3 Mengkategorikan 9 daripada 10 tugasan pemimpin sekolah (7.5 markah)
4 Mengkategorikan 10 tugasan pemimpin sekolah (10.0 markah)

Peserta dapat memilih satu tugasan pemimpin sekolah bagi setiap kuadran. Peserta
memberikan justifikasi mengapa peserta mengkategorikan dalam kuadran tersebut
dengan berdasarkan mandat, SPI dan sebagainya.
Skala markah:
0 Tiada justifikasi pemilihan tugasan bagi setiap kuadran (0 markah)
1 1 justifikasi pemilihan tugasan bagi setiap kuadran (10 markah)
2 2 justifikasi pemilihan tugasan bagi setiap kuadran (20 markah)
3 3 justifikasi pemilihan tugasan bagi setiap kuadran (30 markah)
4 4 justifikasi pemilihan tugasan bagi setiap kuadran (40 markah)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6.4 TUGASAN VIDEO
PERUNDINGAN
Perundingan merupakan satu proses yang dilakukan untuk mencapai kata sepakat
untuk menyelesaikan konflik atau menerima dan menolak sesuatu perkara yang
melibatkan dua pihak atau lebih. Menurut Caplan (1970), perundingan melibatkan
ciri kesukarelaan dan perhubungan yang wujud antara dua professional itu tidak

5
melibatkan perhubungan berhierarki. Biasanya professional yang terlibat adalah
berasal dari bidang yang berbeza, seperti doktor, peguam, guru, pegawai polis atau
pegawai kebajikan. Di samping itu, perundingan bermatlamat untuk memperbaiki
tugas yang dijalankan dan memperkembangkan kemahiran sehingga ianya mampu
menyelesaikan masalah yang serupa secara tersendiri pada masa hadapan.
1. Berdasarkan video yang telah anda tonton, nyatakan dua kemahiran
perundingan yang terdapat dalamnya beserta dengan contoh. (10 markah)
2. Huraikan tiga (3) proses perundingan yang boleh dikenalpasti berdasarkan
video tersebut. (20 markah)
3. Bagaimana anda mengaplikasikan kemahiran perundingan dalam menjayakan
projek sandaran.(20 markah)