Anda di halaman 1dari 1

Doa Penutup Majlis Penutupan Program Sit-In

Sesungguhnya pada pagi yang bahagia ini, kami ingin merafakan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, atas kehendak serta kurniaan yang tidak ternilai sehingga kami mampu berada di
dalam Majlis Penutupan Program Sit-In bagi meraikan saudara-saudara kami Mahasiswa
UPGRIS yang berkunjung ke Malaysia khususnya ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim.


Kami juga ingin menyatakan bahawa betapa bertauhnya kami berada di dalam rahmat dan inayahmu
yang telah mentakdirkan pertemuan ini untuk kami berkolaborasi bagi menyemai inspirasi dalam meniti
perjuangan memartabatkan institusi pendidikan negara bangsa kami. Kami mengharap kasih sayang dan
ihsan Mu Ya Allah, agar jalinan ukhuwah yang terbina ini kekal dan subur dalam memori kenangan kami.

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,

Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut,
muliakanlah kami dengan ilmu dan amal, serta sempurnakanlah keindahan diri kami dengan keimanan
dan ketaqwaan. Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini akan dapat
melahirkan insan yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu berdikari, mandiri dan
mempunyai jati diri yang berkualiti.

Ya Allah, Ya Qadhial Hajat, Ya Fathihal Barakat,

Kurniakanlah kepada kami kebaikan, hindarkanlah kami dari segala keburukan dan selamatkanlah kami
daripada segala kejahatan, jadikanlah kami hamba yang beriman supaya kami tergolong ke dalam
kalangan mereka yang berhak mendapat keredhaan-Mu ya Allah.

Anda mungkin juga menyukai