Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN LEGONG ULU

71350 KOTA N.SEMBILAN

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI INTERNSHIP
2015

DAM ULAR SERBAGUNA

TARIKH:
30.3.2015 24.4.2015
Kertas Cadangan Projek Inovasi Dam Ular Serbaguna.
1.1 Tajuk
Projek inovasi yang telah dipilih untuk program internship ini ialah projek inovasi yang
bertajukDam Ular serbaguna . Dam ular Serbaguna ini adalah hasil inovasi dalam cara
permainannya. Projek ini dipilih berdasarkan perbincangan yang melibatkan beberapa orang
murid bersama guru pemulihan.

1.2 Pengenalan
Dam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan dimain oleh orang-orang India sejak
dahulukala. Di India, Dam Ular popular dengan nama MOKSHA PATAMU yang diberikan oleh
Guru Spiritual Hindu. Permainan ini disebut "Leela" dan mencerminkan kehidupan Hindu di
mengharungi kehidupan sehari-hari.Nama lainnya adalah "TanggaKeselamatan" yang telah
dibawa ke Victoria Inggris di mana versi baru telah dibuat dan diperkenalkan oleh John Jacques
di tahun 1892. Selepasitu, Dam Ular dibawa ke Amerika oleh seorang pembuat mainanbernama
Milton Bradley di tahun 1943 dan telah diberi nama "Snakes n Ladder" yang bermaksud "Tangga
Ular".
Saya telah menamakan projek inovasi yang bertajukDam Ular serbaguna berdasarkan
masalah murid yang dihadapi di kelas pemulihan. Masalah yang difokuskan dalam permainan
ini adalah masalah membaca suku kata tertutup iaitu kv + kvk.
Justeru, diharap agar inovasi dalam permainan dam ular ini dapat membantu murid
membaca suku kata tertutup kvkvk dan seterusnya menjadikan proses pembelajaran dan
pengajaran (pdp) yang lebih menarik.

1.3 Objektif
Dapat menyebut sekurang kurangnya 10 perkataan yang mengandungi suku kata
tertutup kvkvk dengan betul.
Dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti aktiviti pdp dalam kelas.
1.4 Rasional projek
Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah khusus untuk membantu murid pemulihan
menyebut suku kata tertutup kvkvk . Selain itu, projek inovasi ini juga dapat membantu proses
pengajaran di dalam dan di luar kelas. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat
pelajar terhadap permainan dan seterusnya memberi pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran
. Pelajar-pelajar mendapat ilmu pengetahuan sambil bermain dam ular yang diminati oleh
pelajar.Projek ini juga dapat mempelbagaikan teknik p dan p yang boleh digunakan oleh guru-
guru di dalam kelas.

1.5 Skop dan limitasi projek


Skop projekDam Ular Serbaguna ini adalah untuk kegunaan guru mengajar di dalam kelas,
mengisi masa lapang ketika ketiadaan guru, semasa mengisi kegiatan kokurikulum sekolah dan
boleh dijadikan set permainan di rumah.

Terdapat beberapa perkara yang telah membataskan projek Dam Ular Serbaguna ini ialah
semasa penyediaan kad pintar.Bagi menghasilkan kad pintar yang unik dan pelbagai, pelajar
memerlukan masa untuk menghasilkan set permainan yang banyak.

1.6 Kepentingan dan Impak projek


Permainan dam ular tradisional hanyalah satu permainan yang mendatangkan keseronokan
semata-mata dan membuang masa sedangkanDam Ular serbaguna pula mampu memberikan
keseronokan disamping menambah ilmu pengetahuan kepada pelajar.
Proses p dan p yang tradisional seperti sistem kuliah dan chalk and talk membosankan
pelajar dalam kelas. Manakala proses p dan p akan lebih berkesan dan menarik minat pelajar
dengan penggunaanDam Ular serbaguna ini dalam kelas. Pelajar-pelajar akan mudah tertarik
kepada proses pembelajaran dan pengajaran kerana proses untuk mengingat fakta melibatkan
tiga deria iaitu penglihatan, pendengaran dan perbuatan.
1.7 Anggaran kos projek

BARANG HARGA
Dam Ular RM 3.00
Daun Terup RM 3.00
Kertas Warna RM 10.00
Gam RM 1.00
Jumlah RM 17.00

1.8 Tinjauan / Kajian literature


Projek Dam Huruf, kajian daripada Emir Din B Baharudin Muhamad Fadheruhisham B.
DaudAsmaa' Bt Mohd Sobri Pismp Pendidikan Khas Sem 4. Dam huruf ini merupakan gabungan
elemen permainan dan pengintegrasian pembelajaran dalam permainan. Bermatlamatkan
mengenali huruf konsonan dan vocal dengan lebih baik lagi atau melahirkan murid mahir pra-
bacaan, dam huruf ini cuba menampilkan kelainan. Saiz huruf yang besar dan boleh dipijak akan
menimbulkan rasa keseronokan dalam diri murid, buktinya, kanak-kanakmemang akan teruja
dengan bahan yang mempunyai adaptasi saiz ,perubahan saiz dam huruf daripada saiz dam ular
biasa akan menjadi daya penarik kepada murid.
Namun begitu, permainan ini tidak berlalu sekadar permainan biasa, menggunakan dadu
gergasi yang telah dibina khas, murid dikehendaki untuk melambung dadu dan setelah mendapat
bilangan langkah yang perlu dilalui, murid akan memijak dam huruf sambil menyebut huruf
yang dipijak, contohnya : dadu menunjukkan angka 3, murid mengira sampai tiga agar dia tahu
destinasinya di mana, setelah itu, murid memijak huruf sambil menyebut huruf yang dipijak,
guru dikehendaki membantu murid dalam proses menyebut huruf samada vokal atau konsonan,
setelah sampai ke destinasi, guru boleh meletakkan penanda sebagai tanda murid tersebut
berhenti di situ.
Untuk mengelakkan kekeliruan dan menambah daya penarik, dam huruf ini membezakan
cara penzahiran huruf konsonan dan vokal, huruf konsonan berada dalam keadaan biasa, namun,
huruf vokal pula dibuat pop-up agar murid dapat membezakan huruf konsonan dan vokal.
1.9 Kaedah penyelidikan atau metodologi projek

KAEDAH GAMBARAN
PEMERHATIAN
Hasil pemerhatian di sekolah saya mendapati pelajar-
pelajarnya gemar bermain dam ular tradisional pada masa
lapang.Hasil pemerhatian mendapati bahawa pelajar lebih
tertarik kepada dam yang berwarna cantik dan bersaiz
besar.
LAKARAN KONSEP
Konsep untuk alat ini, diadaptasi daripada reka bentuk Dam Ular
dam ular yang tradisional. Konsep permainan Dam Ular
serbaguna ialah ;
1. Kaedah permainan adalah seperti permainan Kad
katak
Perkataa
Dam Ular.
n
2. Bagi permainan Dam Ular Serbaguna ini,
apabila murid berhenti di petak papan nombor,
murid dikehendaki mengambil kad soalan
berdasarkan warna petak papan nombor tersebut.
3. Murid dikehendaki menjawab soalan yang
terdapat di kad soalan tersebut.
4. Murid yang sampai dahulu di petak terakhir
dikira sebagai pemenang.

PROSES PERLAKSANAAN
Minggu 1 Proses perbincangan dan lakaran.
Minggu 2 Membeli peralatan yang diperlukan.
Minggu 2- Menghasilkan dam ular serbaguna
Minggu 3 melaksanakan pdp
Minggu 4 refleksi dan laporan projek inovasi
1.10 Pelan perancangan projek

MULA

PENUBUHAN KUMPULAN

PEMILIHAN PROJEK

CADANGAN / PENYELIDIKAN

PERINGKAT UJIKAJI

ANALISIS HASIL UJIAN BERJAYA ATAU


KELEMAHAN TIDAK

A B

PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN

PENILAIAN / TINDAKAN
SUSULAN

ANALISA KAJI SELIDIK

PENYERAGAMAN

TAMAT
1.11 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, projek inovasi Dam Ular Serbaguaini memerlukan kerjasama


berpasukan dalam kalangan pelajar. Pelajar-pelajar dapat berbincang dan mengemukakan
idea-idea yang kreatif untuk menjayakan projek ini. Perbincangan dengan guru
pemulihan memantapkan lagi pengembangan idea yang kreatif. Bantuan daripada semua
pihak akan menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya. Sesungguhnya, untuk
menterjemahkan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu memerlukan usaha yang jitu
daripada semua pihak.