Anda di halaman 1dari 2

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi memulihkan murid-murid yang lemah dalam
penulisan ayat tunggal beserta keterangan. Tinjauan awal melalui analisis dokumen
dan temu bual mendapati bahawa murid melakukan kesalahan dalam ayat kerana
tidak dapat membina ayat tunggal dengan betul. Mereka mempunyai masalah
berkaitan konstituen predikat dalam ayat tunggal. Predikat merupakan konstituen
yang menerangkan subjek dalam ayat tunggal. Tambahan pula, mereka tidak dapat
menggunakan kata kerja yang bertepatan dengan gambar yang dipaparkan sekaligus
menunjukkan kelemahan mereka dalam membina ayat tunggal beserta huraian atau
keterangan berdasarkan bahan grafik. Kajian ini adalah berpandukan kepada Model
Penyelidikan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Responden terdiri daripada 30
orang murid tahun lima dari sebuah sekolah di Ulu Kinta. Teknik 4K iaitu teknik
yang memfokuskan kepada penggunaan jadual berpandu telah digunakan bagi
membantu murid untuk meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal beserta
keterangan berdasarkan bahan grafik. Jadual berpandu ini terbahagi kepada empat
bahagian iaitu kata nama, kata kerja, kata hubung/kata sendi, dan keterangan untuk
membina ayat tunggal beserta keterangan. Penyelidik telah menggunakan instrumen
ujian, temu bual dan pemerhatian untuk mengumpul data kajian. Hasil dapatan kajian
kesemua responden menunjukkan peningkatan dari segi pengguasaan kemahiran
membina ayat tunggal beserta keterangan berdasarkan bahan grafik setelah Ujian Pos
diberikan. Terdapat 12 orang responden mendapat markah 90% (Cemerlang) dan 18
orang responden mendapat markah 100% (Cemerlang). Berdasarkan dapatan kajian
tersebut, Teknik 4K dapat meningkatkan kemahiran murid dalam penulisan ayat
tunggal beserta keterangan berdasarkan bahan grafik. Teknik ini juga berupaya untuk
ditingkatkan lagi pada masa hadapan dengan beberapa aspek penambahbaikkan.
ABSTRACT