Anda di halaman 1dari 9

3. CARA-CARA MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN BERBAHASA.

Berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa dan komunikasi dalam peribadi
individu, dapat kita simpulkan bahawa sekiranya faktor itu tidak diuruskan dengan sebaiknya oleh pihak-
pihak yang berkaitan maka ia akan memberi impak yang buruk kepada kehidupan kanak-kanak di usia
dewasa mereka. Oleh itu, haruslah diketahui cara-cara mempertingkatkan kemahiran berbahasa dalam
diri individu supaya masalah ini dapat ditangani. Cara tersebut haruslah dilihat dalam pelbagai aspek.

3.1:Intervensi Pengajaran Bahasa.

Menurut Anuar dalam penulisan blog pada 15 April 2009, intervensi pengajaran bahasa merupakan
tindakan awal untuk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-
kanak. Kaedah ini memerlukan guru menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi
memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut.

3.1.1:kaedah mengajar bahasa dalam situasi.

Ramai kanak-kanak sukar untuk mempelajari sesuatu dalam keadaan abstrak. Mereka perlukan situasi
untuk menggambarkan perkara yang mereka pelajari. Oleh itu kaedah ini memerlukan guru untuk
mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan supaya ia dapat membantu kanak-kanak memahami isi
pelajaran dan seterusnya membantu mereka menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contohnya, guru
mengadaptasi cara hidup kanak-kanak mengikut kesesuaian dalam pembelajaran. Jika kanak-kanak
tersebut mendiami kawasan pedalaman, maka situasi membantu ayah di kebun sesuai digunakan. Jika
anak-anak mendiamai kawasan bandar, situasi melancong bersama keluarga adalah sesuai digunakan.

3.1.2:Mengikuti perkembangan bahasa normal.

Guru-guru haruslah mengambil kira tahap perkembangan normal kanak-kanak terhadap bahasa dan
komunikasi. Kaedah ini menekankan cara penyampaian pengajaran mengikuti perkembangan kanak-
kanak. Dalam erti kata lain, pengajaran dan pembelajaran haruslah berdasarkan kemampuan berbahasa
kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.

3.1.3:Menggunakan teknik pengajaran yang khusus ketika memperkenalkan konsep baru.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus tahu untuk mempelbagaikan cara penyampaian
agar para pelajar tidak bosan dengan pelajaran yang harus mereka kuasai terutamanya menguasai
teknik-teknik baru. Pelbagai jenis kaedah pengajaran telah dipelopori oleh para pakar bahasa yang boleh
digunakan. Namun demikian, guru masih boleh menggunakkan kaedah sendiri yang direka khas untuk
mengajar para pelajar.

Contoh teknik pengajaran yang selalu digunakan ialah kaedah fonik dan VAKT. Menurut Kamus Dewan
edisi keempat, kaedah fonik merupakan salah satu kaedah mengajar membaca dengan melatih para
pelajar menghubungkaitkan bunyi tertentu dengan lambang tertentu. Teknin VAKT pula adalah kaedah
pengajaran huruf yang memerlukan murid melihat huruf sebagai Visual, Auditori, Kinaesthetik dan
Tactile. Teknik pembelajaran sedia ada ini juga boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian.

3.1.4:Bercakap mengenai apa yang mereka fikir atau lakukan,

Anuat menjelaskan bahawa kanak-kanak harus dilatih meluahkan hasrat hatinya sejak kecil lagi. Cara
paling mudah adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan
mengenai sesuatu benda atau perkara yang mereka sedang lakukan.

Proses penerangan itu harus diperhatikan oleh guru yang berkaitan dengan memerhatikan penggunaan
aspek fonologi, semantik dan sintaksisnya. Setelah proses menerang itu berakhir, guru kemudian
membetulkan mana-mana aspek penggunaan bahasa yang salah.

3.1.5:Menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh orang lain.

Kemahiran menerang juga sangat penting dalam proses komunikasi. Oleh itu, pelajar juga digalakkan
meningkatkan kemahiran menerang dengan cara meminta mereka menceritakan apa yang orang lain
sedang lakukan. Hal ini demikian kerana ianya lebih mudah untuk kanak-kanak bermasalah
pembelajaran menceritakan perkara yang dilihat berbanding perkara-perkara abstrak.

3.1.6:Menggunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagu kemahiran bahasa yang khusus.

Guru juga seharusnya menggunakan bahan-bahan yang boleh dijadikan contoh atau model penggunaan
bahasa yang betul kepada para pelajar. Anuar menjelaskan dalam penulisan blognya bahawa ada dua
cara yang boleh digunakan. Pertama adalah bacaan mekanis yang boleh ditunjukkan oleh guru itu
sendiri. Kedua, guru boleh menggunakan bahan-bahan sedia ada seperti menayangkan rakaman
pembaca berita TV membaca berita.

3.1.7:Menggunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam


lingkungan konteksnya.

Guru-guru juga harus bijak memanfaatkan aktiviti harian kanak-kanak di rumah untuk dijadikan sebagai
pengalaman-pengalaman bahasa yang mereka boleh pelajari. Selain itu, aktiviti ini juga boleh dijadikan
sebagai tema pengajaran bahasa.
3.2: Intervensi masalah artikulasi.

Salah satu aspek yang menyumbang kepada terbantutnya perkembangan bahasa dan komunikasi dalam
diri individu adalah masalah kesihatan terutamanya dalam kawasan artikulasi. Oleh itu, intervensi
artikulasi juga harus diketengahkan dalam menangani masalah bahasa dan komunikasi yang berlaku
dalam kalangan para pelajar sebelum masalah tersebut memberi kesan yang negatif kepada kanak-
kanak.

3.2.1:Terapi pertuturan.

Dalam terapi pertuturan, kanak-kanak akan dibahagikan kepada beberapa kelompok kecil. Setiap
kelompok mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli terapi pertuturan. Dalam kelompok ini, ahli
terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan bercakap dengan mereka. Bahan-bahan
seperti gambar, buku dan peristiwa akan digunakan sebagai bahan untuk merangsang perkembangan
bahasa kanak-kanak. Ahli terapi juga akan menunjukkan cara penyebutan yang betul dan menggunakan
kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur dan bahasa.

Terapi artikulasi yang melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi dan latihan-latihan melalui tunjuk cara
penyebutan yang betul harus ditunjukkan kepada kanak-kanak. Namun demikian, aktiviti ini dijalankan
melalui aktiviti permainan. Contohnya, ahli terapi akan menunjukkan cara menyebut huruf s. Selain itu,
dia juga akan menunjukkan bagaimana lidah harus digerakkan sehingga bunyi s dihasilkan. (Anuar, 2009)

3.2.2:Pendekatan interaktif.

Bloom, 1991 menjelaskan bahawa pendekatan ini digunakan agar kanak-kanak dapat dirangsang untuk
banyak bercakap dan menggunakan bahasa. Melalui pendekatan ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri
daripada ibu bapa, guru pendidikan khas atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat
semulajadi kanak untuk bercakap tetang apa yang mereka sedang lakukan, merancang untuk lakukan
ataupun perkara yang ingin dilakukan. Sesi pemulihan ini boleh dilakukan di mana sahaja terutamanya
semasa kanak-kanak sedang bermain, makan, dan lain-lain dengan menggunakan sebutan dan bahasa
yang betul. Melalui pendekatan ini, kanak-kanak akan meningkatkan perbendaharaan kata mereka dan
memperbetulkan sebutan dan memperkayakan pengetahuan berbahasa mereka.

3.2.3: Komunikasi tambahan.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, kanak-kanak bermasalah pembelajaran terbahagi kepada
beberpa jenis. Ada kalanya terdapat kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan yang serius. Oleh
itu, haruslah komunikasi tambahan diberikan kepada kanak-kanak ini. Komunikasi tambahan yang
dimaksudkan adalah bahasa isyarat kod tangan yang biasanya digunakan oleh golongan masalah
pendengaran.