Anda di halaman 1dari 2

Punca Dan Langkah Menangani Gejala Ponteng

Ponteng merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar diatasi di
sekolah. Antara lain, ponteng bagaikan satu indikator yang menanda aras kelemahan sistem
pendidikan Malaysia yang diimplementasikan melalui Dasar Pendidikan Negara (DPN). Perang
media menerusi akhbar, majalah, blog dan sebagainya telah pun meletus bagi membincangkan
pro serta kontra kegiatan tidak bermoral ini. Walau bagaimanapun , pihak kerajaan sedang
bergiat cergas dengan mengobservasi punca dan ikhtiar bagi menekan kemajuan polemik ini.

Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta ukhrawi
daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar kemewahan
hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar keagamaan anak-anak mereka.
Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah yang bakal merosakkan anak bangsa kita.
Persis slogan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara', ibu bapa hendaklah mengawasi
pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka supaya terhindar daripada maksiat seterusnya
mengatur strategi kehidupan anak-anak mereka supaya dapat menjadi tonggak negara pada
masa akan datang.

Pemuda watan kita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebut 'terlajak
perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini disebabkan, remaja marcapada
lebih cenderung memilih rakan yang mengikut trend walhal budaya yang disalurkan adalah
negatif. Sudah terlalu menggunung budaya barat yang diisi dalam kotak pemikiran kita
sehinggakan kita terlupa kepada budaya asal. Dasar remaja pula, mereka mahukan sesuatu yang
lebih menarik dan mengikut peredaran zaman. Jadi apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya,
mudahlah baginya untuk turut serta dan mencuba perkara baru. Pemilihan kawan yang baik
dapat mencorakkan kehidupan kita ke aras yang lebih sempurna.

Di samping itu, peranan media juga menjadi tulang belakang kepada kegawatan ini. Media
kini lebih gemar memaparkan program-program yang bertentangan dengan norma masyarakat
lokal. Eksploitasi seks terhadap wanita dalam iklan-iklan sebagai intiha, memesongkan iman
para remaja seterusnya menyebabkan mereka berpotensi untuk terjerumus ke lembah kehinaan.
Selain itu, penapisan filem serta drama dianggap masih longgar kerana wujud adegan-adegan
separa lucah yang dapat meracun minda remaja kita. Oleh yang demikian, remaja seringkali
terikut-ikut dengan paparan negatif yang jelas berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P).
Bagi menangani punca-punca ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh variasi pihak. Antara cara
demi menangani polemik sosial ini ialah mengadakan sesi kaunseling yang melibatkan pihak
sekolah, ibu bapa dan remaja itu sendiri. Menerusi pendekatan ini, masalah yang menyebabkan
seseorang pelajar ponteng dapat dikesan. Pihak kaunselor harus menerangkan impak negatif
aktiviti ponteng supaya pelajar tersebut sedar dan berhati-hati menongkah arus kehidupannya.
Hal ini dilihat berkesan demi mengurangkan kadar pertambahan bilangan pelajar yang ponteng
sekolah, kerana peribahasa ghalib menyebut "sediakan payung sebelum hujan". Makanya,
apabila pihak yang berkenaan sudah mengetahui punca-punca gejala ponteng, usaha
membanteras juga lebih efektif.

Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah aktiviti yang
menjamin masa depan. Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan ilmu dan pengajaran
sebagai bekalan untuk masa hadapan. Pihak kerajaan pula perlulah menitikberatkan peraturan
dan undang-undang kerana para pelajar dilihat memandang sebelah mata akan peraturan
sekolah seolah-olah tiada mata yang melihat pergerakan mereka. Apabila peraturan dan
hukuman dilaksanakan, pelajar-pelajar akan tergerak daripada mimpi dan sedar bahawa
kebebasan yang dikecapi adalah terhad.

Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah bertanggungjawab membaik


pulih sistem pendidikan negara agar dapat memacu kejayaan negara seterusnya bersaing
dengan kuasa besar antarabangsa yang lain. Janganlah kita menjatuhkan air muka negara sendiri
tatkala rumpun lain asyik memperlekehkan kemampuan kita. Sesungguhnya pentarbiahan yang
sempurna menjamin keterjelmaan negara seiring dengan Gagasan 1Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai