Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA BENGKEL MEMBINA BAHAN BANTU MENGAJAR

OLEH IBU BAPA MURID LINUS

TARIKH : FEBRUARI
TEMPAT : KELAS TAHUN 2
ANJURAN : JAWATANKUASA LINUS SK.KAMPUNG SENAU

TUJUAN:
Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan dan pembiayaan daripada
pihak sekolah bagi menjalankan bengkel ini.

PENGENALAN:
Program ini adalah penting untuk melibatkan ibubapa untuk sama-sama
melibatkan diri dalam program membantu anak-anak mereka sendiri untuk
mencapai sasaran menguasai kemahiran 3M dikalangan anak-anak mereka.

OBJEKTIF:
Melibatkan ibubapa dalam proses penyediaan bahan untuk anak-anak
mereka belajar di rumah.
Ibu bapa dapat belajar cara-cara untuk mengajar anak-anak mereka
dirumah agar apa yang dibelajar di sekolah dapat mendapat tindakan
susulan di rumah dengan bimbingan daripada ibu bapa.

JUSTIFIKASI:
Program ini diwujudkan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa tentang
pentingnya anak-anak mereka menguasai kemahiran 3M dan pentingnya
ibubapa terlibat sama untuk menjayakan program tersebut.

KUMPULAN SASARAN/PESERTA:
Ibubapa murid tahun 1,2 dan 3(Tegar/Linus), murid pemulihan dan murid
prasekolah 6 tahun.
TENTETIF PROGRAM:
BIL. AKTIVITI PESERTA
1. Tunjuk cara fasilitator fasilitator
2. Ibu bapa membina bahan dengan dibimbing Semua peserta
dan dipantau oleh guru yang terlibat
3. Penerangan guru tentang cara-cara untuk Semua peserta
menggunakan bahan yang telah dihasilkan
tadi.

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH(RM)
1. Manila kad 20 keping 12.00
2. Pen marker 20 batang 24.00
3. Gunting 20 bilah Pinjam Panitia PS
4 Gam 10 botol Pinjam Panitia PS
5. Pembaris 10 batang Pinjam panitia MT

PENUTUP:

Diharapkan program ini dapat dijayakan dengan sempurna dan ABM dapat
dihasilkan dengan jayanya dan ibubapa dapat mengajar anak-anak mereka
dirumah dengan bahan yang telah sama-sama mereka hasilkan tadi.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN


MENGEJA,MEMBACA DAN MENGIRA LINUS
TARIKH : MEI
TEMPAT : KELAS PEMULIHAN SK.KAMPUNG SENAU
ANJURAN : JAWATANKUASA LINUS SK.KAMPUNG SENAU

TUJUAN KERTAS KERJA:


Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan dan pembiayaan daripada
pihak sekolah bagi menjalankan pertandingan ini.

PENGENALAN:
Pertandingan ini dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa Linus Sk.Kampung Senau
bagi memberi sokongan dan dorongan kepada murid-murid yang
lemah(Tegar,Pemulihan,Linus) untuk memajukan diri mereka dan sekaligus
melibatkan murid-murid yang lemah dalam pertandingan yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.

OBJEKTIF:
Memberi peluang kepada murid-murid yang lemah untuk bersaing antara
satu sama lain.
Memberi keyakinan diri kepada murid-murid yang lemah bahawa mereka
juga turut dihargai oleh pihak sekolah wlaupun mereka belum mencapai
apa yang diharapkan.
Menimbulkan semangat daya saing dikalangan ibubapa untuk turut
membantu mendidik anak-anak mereka yang masih lemah.

JUSTIFIKASI:
Pertandingan ini dianjurkan untuk melibatkan murid-murid yang lemah dalam
aktiviti yang pihak sekolah anjurkan dan sekaligus sebagai medan untuk mereka
berjuang dan memperkembangkan bakat masing-masing dan sekaligus
mencapai tahap 3M seperti yang pihak sekolah harapkan.

KUMPULAN SASARAN/PESERTA:
Murid-murid pemulihan, pra sekolah,murid linus tahun 1,2 dan 3

ANGGARAN PERBELANJAAN:
BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH(RM)
1. Hadiah Tempat Pertama 6X5 30.00
2. Hadiah Tempat Kedua 6X4 24.00
3. Hadiah Tempat Ketiga 6X3 18.00
4. Hadiah Saguhati 6X2 12.00
84.00

PENUTUP:
Diharapkan pertandingan ini akan mendapat sambutan yang baik dari kalangan
pelajar Linus, Tegar, Pra sekolah dan murid pemulihan, serta mendapat
sambutan yang baik daripada kalangan ibubapa murid-murid yang terlibat.
Kerjasama daripada semua guru juga amat diharapkan untuk menjayakan
program ini.