Anda di halaman 1dari 9

1) Erti pendidikan dan pengajaran

Pelbagai erti pengajaran dalam konteks pendidikan


a) Informal (http://eprints.utm.my/14919/1/Pendidikan_-_eprint4.pdf ) (Hussin
Bin Sarju, Rohana Binti Hamzah, Amirmudin Bin Udin )
Informal education (IFE)-the truly lifelong process whereby every individual
acquires attitudes, values, skills and knowledge from daily experience
and the educative influences and resources in his or her environment -from
family and neighbours, from work and play, from the market place,
the library and the mass media. www.projects.aegee.org/educationunlimited
(Dicapai pada 30 September 2010)

- Pendididikan tidak formal merupakan pendidikan awal yang diterima


oleh kanak-kanak melalui institusi kekeluargaan. Peranannya adalah
terhadap pengajaran nilai-nilai moral dan mengurus kehidupan harianya
melalui penglihatan, pendengaran dan pengamatan.
- Pendidikan tidak formal juga merupakan hasil daripada interaksi
manusia dengan persekitarannya. Pendidikan ini bergantung kepada
tahap kematangan seseorang individu mentafsirkan dengan persekitaran.
Perhubungan atau interaksi yang aktif terhadap persekitaran boleh
meningkatkan input kepada pemikiran dan dapat meningkatkan
pengetahuan serta kematangan seseorang individu. Individu yang
boleh mengaitkan persekitaran dengan penciptaNya lebih mudah
untuk mencapai kehidupan yang bersifat universal (sejagat) dan
kenal akan dirinya kerana kehidupan adalah proses pendidikan
sepanjang hayat, sesuai dengan kenyataan:

b) Non-formal (http://digilib.uinsby.ac.id/827/5/Bab%202.pdf )
- Philip H.Coombs berpendapat bahwa pendidikan non-formal adalah
setiap kegiatan pendidikan yang terorganisir yang diselenggarakan
diluar system formal, baik tersendiri maupun merupakan bagian dari
suatu kegiatan yang luas, yang dimaksudkan untuk memberikan layanan
kepada sasaran didik tertentu dalam mencapai tujuan-tujuan belajar.
(Soelaman Joesoef, Konsep Dasar Pendidikan non formal.(Jakarta:
Bumi Aksara. 1992) hal 50.)

- Menurut Soelaman Joesoef, pendidikan non-formal adalah setiap


kesempatan dimana terdapat komunikasi yang terarah di luar sekolah
dan seseorang memperoleh informasi, pengetahuan, latihan maupun
bimbingan sesuai dengan tingkat usia dan kebutuhan hidup,
dengan tujuan mengembangkan tingkat keterampilan, sikap dan
nilai-nilai yang memungkinkan baginya menjadi peserta-peserta yang
efesien dan efektif dalam lingkungan keluarga, pekerjaan bahkan
lingkungan masyarakat dan negaranya. (Soelaman Joesoef, hal 51)
- Pendidikan non-formal sudah ada sejak dulu dan menyatu di dalam
kehidupan masyarakat lebih tua dari pada keberadaan pendidikan
sekolah. Para Nabi dan Rasul yang melakukan perubahan
mendasar terhadap kepercayaan, cara berfikir, sopan santun dan cara-
cara hidup di dalam menikmati kehidupan dunia ini, berdasarkan sejarah,
usaha atau gerakan yang dilakukan bergerak di dalam jalur pendidikan
non-formal sebelum lahirnya pendidikan sekolah. Gerakan atau
dahwah nabi dan Rosul begitu besar porsinya pembinaan yang
ditujukan pada orang-orang dewasa dan pemuda. Para Nabi dan
Rosul berurusan dengan pendidikan dan pembangunan masyarakat
melalui pembinaan orang dewasa dan pemuda yang
berlangsungnya diluar system persekolahan. (Sanapiah Faisal.
Pendidikan non formal Di dalam Sistem Pendidikan dan Pembangunan
Nasional. (Surabaya: Usaha Offset Printing. 1981) Hal 80)

c) Formal (http://eprints.utm.my/14919/1/Pendidikan_-_eprint4.pdf ) (Hussin


Bin Sarju, Rohana Binti Hamzah, Amirmudin Bin Udin )
Formal education (FE) - the hierarchically structured,
chronologically graded 'education system', running from primary school
through the university and including, in addition to general academic
studies, a variety of specialised programmes and institutions for full-time
technical and professional training.
(Dicapai pada 30 September 2010)

- Di Malaysia pendidikan formal mempunyai lima peringkat iaitu pra


sekolah, peringkat sekolah rendah, peringkat menengah rendah, peringkat
menengah atas dan lanjutan. Peringkat pra sekolah bermula seawal
umur kanak-kanak 4,5 dan 6 tahun. Pendidikan ini untuk
menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid bagi menyuburkan
potensi mereka dari aspek perkembangan menguasi kemahiran asas
dan memupuk sikap positif sebagai persediaan ke sekolah rendah.
Pendidikan prasekolah menekankan pendidikan yang mudah bermula
dengan kemahiran mengenal huruf, bersosial dan berinteraksi sesama
mereka.
- Pendidikan peringkat kedua ialah kanak-kanak berumur 7 hingga 12
tahun. Mereka menerima pendidikan di peringkat sekolah rendah
berteraskan pendidikan KBSR. Prinsip utama KBSR menekankan kepada
kemahiran asas seperti menulis, membaca, mengira, kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif, penerapan nilai-nilai murni, patriotism dan
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Kesinambungan
pendidikan ini diteruskan di peringkat sekolah menengah selama 5
atau 6 tahun lagi (KBSM). Di akhir setiap peringkat pendidikan,
pelajar akan menduduki peperiksaan awam. Keupayaan pelajar
melengkapkan pendidikan wajib memberi peluang kepada mereka untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti di universiti
dan pusat-pusat latihan . Kesimpulannya KBSR dan KBSM bertujuan
untuk meningkatkan mutu pendidikan seiring dengan pendidikan dunia.

2) Teori-teori Pembelajaran (Mok Soon Sang, Penerbitan Multimedia, Ipoh, Perak,


September 2010) (LB2326.3-LB2326.4)
a) Behaviorisme
- Tokoh yang terlibat ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner.
- Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaintan dengan perubahan
tingkah laku.
- Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan ransangan dan gerak balas
yang menghasilkan perubahan tingkah laku.
- Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan
ransangan adalah sesuatu proses pembelajaran demi membentuk sesuatu
tingkah laku yang baru.
- Di dalam teori behaviorisme terdapat beberapa lagi teori yang ada.
Antaranya ialah:
1. Teori pelaziman klasik Pavlov
2. Teori pelaziman Watson
3. Teori pelaziman Operan

b) Kognitif
- Ahli-ahli psikologi kogniitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel.
- Mereka berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu proses
dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan
secara langsung daripada tingkah laku manusia.
- Teori ini ditumpukan pada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal,
kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan
resepsi.
- Menurut teori, manusia mempunyai struktur kognitif dan dalam proses
pembelajaran, otaknya akan menyusun segala maklumat dalam
ingatannya.
- Pembelajaran hanya boleh berlaku sekiranya murid mempunyai cukup
pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru, di
samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran.
- Di dalam teori kognitif ini juga, terdapat beberapa lagi teori. Antaranya
ialah :
1. Teori Pembelajaran Kohler
2. Pembelajaran Isyarat Tolman
3. Teori Pembelajaran Kognitif Piaget
4. Teori Pemprosesan Maklumat R.M Gagne
5. Teori Peembentukan Konsep
6. Teori Pembelajaran Resepsi Dvud P. Ausubel

c) Konstruktivisme
- Teori ini menegaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar
minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.
- Mengikut Von Glaserfeld, konsep konstruktivisme berasaskan andaian-
andaian berikut:
1. Ilmu pengetahuan adalah dibentuk oleh individu yang mengambil
inisiatif sendiri.
2. Tujuan membentuk ilmu adalah mengubahsuai diri dalam alam
sekitarnya.
3. Proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi
pengalaman individu.
- Di dalam teori konstruktivisme terdapat teori lain iaitu scaffolding.
- Keutamaan pembelajaran adalah ditumpun kepada hasil perolehan di
dalam bidang konstruktivisme, khasnya dalam zon perkembangan
prokimal (ZPD)

3) Model-model pengajaran secara am


a) Model Tyler
Model ini berasaskan kepada objektif dan proses. Tyler memberi definisi
kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanaka oleh
pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Objektif
pelajarann hendaklah merangkumi dua aspek yang berkaitan iaitu :

i) Perlakuan tingkah laku kendiri murid


ii) Isi kandungan matapelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku
murid

Tyler berpendapat bahawa dengan adanya penyataan objektif pelajaran dalam


sesuatu kurikulum, guru dapat merancang pembelajaran berdasarkan objektif
yang dinyatakan dalam kurikulum itu.

Terdapat 4 perkara yang utama yang dirangkumi dalam kurikulum sekolah :


i) Perkara dan aktiviti yang ingin dilakukan oleh guru.
ii) Topik dan konsep untuk pelajaran handaklah disenaraikan.
iii) Tingkah laku bersama objektif bersama perkembangan hendaklah
dinyatakan dalam setiap topik pelajaran.

iv) Objektif pelajaran hendaklah dinyatakan dalam bentuk eksplisit agar


menjadi panduan guru untuk menghasilkan perubahan tingkah laku murid.
Berdasarkan huraian tersebut, Tyler mengusulkan satu model kurikulum yang
mengandungi perkara-perkara berikut :
i) Matlamat pelajaran yang haru dicapai.
ii) Isi pelajaran berdasarkan objektifnya.
iii) Metodogi yang digunakan dalam melaksanakan kurikulum berdasarkan
objektif.
iv) Penilaian untuk mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

b) Model Masteri
- Menurut Bloom (1968). Pembelajaran masteri merupakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam
sesuatu perkara yang diajar. Manakala menurut falsafah Bloom
menyatakan bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai
sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan
sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan
untuk murid itu menguasai pembelajarannya.

- Menurut Anderson dan Block (1975) Pembelajaran Masteri ialah satu set
idea dan amalan pengajaran s ecara individu yang dapat membantu murid
untuk belajar secara konsisten. Idea dan amalan ini menghasilkan
pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah
pembelajaran serta memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid
mencapai masteri berpadukan kriteria yang jelas.

c) Model Inquiri
- Model inkuiri biasa disebut dengan model pembelajaran penemuan.
Pembelajaran inkuiri boleh menyelidik suatu masalah dengan cara yang
sistematik, kritis dan logis.
- Guru hanya akan menjadi fasilitator yang membimbing murid dalam
menyelesaikan masalah.
- Terdapat dua jenis model inkuiri iaitu model inkuiri terbimbing dan inkuiri
bebas.

d) Model Pemprosesan Maklumat


- Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti
komputer. Seorang pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti
mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-
output. Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada
persekitaran pembelajaran. ( Borgatti dan Foster (2003), Brass et al (2004)
)

4) Kaedah pengajaran/Strategi pengajaran (Mok Soon Sang, September 2010,


penerbitan Multimedia).
1. Simulasi
- Simulasi aalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal
dan sengaja diwujudkan sama dengan situsi yang sebenar bertujuan
menjalankan latihan menyelesaikan satu-satu masalah.
- Murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara
melakonkan suatu situasi secara pura-pura dalam keadaan yang teratur.
- Jenis-jenis simulasi ialah:
Sosiodrama
Main peranan
- Tujuan bagi simulasi ini adalah untuk menguasai kemahiran, membina
pemikiran secara, membina sikap positif, mengaitkan isi pelajaran dengan
aspek afektif, membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah dan
untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

2. Tunjuk cara
- Sejenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran
pengajar mendemostrasikan cara atau angkah melakukan sesuatu aktiviti di
hadapan murid.
- Ianya juga lebih dikenali sebagai demonstrasi.
- Jenis-jenis tunjuk cara :
Model hidup
o Demonstrasi pengajar dan murid yang telah menguasai
kemahiran untuk mendemonstrasikan aktiviti yang
berkenaan.
Model simbolik
o Tunjuk gambar yang dilakukan berdasarkan langkah-
langkah secara bertulis, bergambar atau arahan pengajar.
Model persepsi
o Menggunakan video yang menayangkan suatu demonstrasi.

3. Perbincangan
- Satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan
antara guru dan murid-murid di dalam kelas, atau suatu jenis aktiviti
pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi
maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan di bawah penyeliaan
seorang guru.
- Terdapat dua bentuk perbincangan iaitu:
Perbincangan keseluruhan kelas
Perbincangan kumpulan-kumpulan kecil

4. Kerja kumpulan
- Berasaskan kepada strategi berpusatkan murid.
- Tujuan utamanya ialah murid-murid dapat menguasai kemahiran dalam
kalangan murid sesebuah kelas.
- Jenis-jenis kumpulan ialah :
Kumpulan mengikut kebolehan
o Ianya dibentuk berdasarkan rasional bahawa terdapat
perbezaan kebolehan dalam penguasaan kemahiran dalam
kalangan murid sesebuah kelas.
Kumpulan pelbagai kebolehan
o Sesuai diadakan dalam keadaan kekurangan alatan atau
bahan pembelajaran apabila digunakan oleh setiap
kumpulan dalam masa yang sama.
- Tujuan bagi pengajaran berkumpulan ialah murid-murid cerdas terus maju
melalui aktiviti penggayaan, manakala murid-murid lambat dapat
menguasai kemahiran asas melalui aktiviti pemulihan.
- Murid-murid juga akan dapat mengembangkan potensi masing-masing dan
memudahkan guru untuk memberi bimbingan yang sewajarnya.

5. Pengajaran modul
- Satu kaedah mengajar individu di mana murid mengikut panduan dan
arahan guuru dan mempelajari bahan-bahan pelajaran melalui panduan
bahan bercetak.
- Ciri-ciri pengajaran modul ialah :
Mempunyai objektif pelajaran yang khusus serta eksplisit agar
pencapaian murid dapat diukur selepas aktiviti pembelajaran.
- Pengajaran terancang merupakan salah satu jenis modul pengajaran
berprogram dengan menggunakan panduan bercetak yang menekankan
pembelajaran secara individu berdasarkan kebolehan masing-masing.

6. Penyelesaian masalah
- Aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, masalah bukan
mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaan kemahiran matematik dalam
situasi yang sebenar.
- Kaedah-kaedah yang sering digunakan ialah :
Kaedah penyelesaian masalah sendiri
Kaedah inkuiri
Kaedah dapatan
Sumbangsaran
Teknik TOC
- Terdapat 3 model di dalam langkah-langkah pengajaran dengan kaedah
penyelesaian masalah iaitu:
Model Dewey
o Proses penyelesaian masalah di dalam Model Dewey :
1 Mengenal pasti masalah
2 Mencari maklumat rumusan
3 Membuat hipotesis
4 Menguji hipotesis
5 Menilai dan membuat rumusan

Model Polya
o Terdapat 4 peringkat di dalam Model Polya iaitu:
1 Memahami soalan bermasallah
2 Merancang strategi penyelesaian
3 Melaksanakan strategi penyelesaian
4 Menyemak masalah dan penyelesaian
Model Lester (1978)
o Terdapat peringkat di dalam Model Lester iaitu:
1 Kesedaran masalah
2 Kefahaman masalah
3 Analisis objektif
4 Perancangan strategi
5 Pelaksanaan strategi
6 Prosedur dan penilaian penyelesaian

7. Lawatan sambil belajar


- Aktiviti sokongan yang membolehkan murid memerhati apa yang hendak
dipelajari di dalam buku seperti situasi sebenar.
- Tujuannya ialah untuk memberikan murid kesempatan memperolehi
pengalaman secara langsung serta menarik.
- Ianya juga memberi kesempatan kepada murid-murid membandingkan
perkara-perkara yang dipelajari dalam bilik darjah dengan situasi yang
sebenar.
- Kelebihan lawatan ini ialah:
Memberikan murid-murid kesempatan memperolehi pengalaman
secara langsung serta menarik.
Mengukuhkan ingatan tentang perkara-perkara yang dipelajari.
- Kelemahan lawatan pula ialah:
Lawatan memerlukan tanggungjawab yang berat seprti menjaga
keselamatan dan mengawal disiplin murid.
Ianya juga memerlukan kos yang tinggi.

8. Inkuiri-penemuan
- Terdapat 2 jenis inkuiri iaitu :
1 Inkuiri terbimbing
Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing murid-
murid menjalankan segala proses kajian.

2 Inkuiri terbuka
Murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan. Segala
proses kajian dijalankan oleh murid sendiri.

- Model inkuiri merangkumi segala proses soal selidik unuk mendapatkan


jawapan atau kesimpulan daripada soalan atau daripada masala yang
dikemukakan.

9. Ekspositori
- Penerangan yang jelas dan terperinci.
- Merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara
langsung kepada murid di dalam kelas.
- Kaedah eksploitasi ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan,
bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.

Anda mungkin juga menyukai