Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yang dialu-alukan Cik Wan Maziani binti Wan Muhamad Pen.Pengarah Unit Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia

Yang Berusaha Cik Siti Zakiah binti Johari Penolong Kanan Pentadbiran

Yang dihormati En. Abd Mutalip bin Md Nor Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn.Nor Shahida binti Ahmad Penolong Kanan Pendidikan Khas

Serta guru-guru pendidikan khas sekalian

Saya dan pihak sekolah amat berbesar hati menerima kunjungan daripada Pegawai unit KSSR Cik Wan
Maziani binti Wan Muhammad. Terima kasih kerana memilih Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa sebagai
sekolah rintis untuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSR (semakan 2017). Kelas Integrasi
Pendidikan Khas Sk Seri Sentosa mempunyai tujuh kelas iaitu seramai 31 orang murid dengan kekuatan
12 orang guru dan 4 orang Pembantu Pengurusan Murid.

Untuk pengetahuan Cik Wan Maziani program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Seri Sentosa
telah merancang untuk menjalankan beberapa aktiviti untuk tahun 2017. Antara program yang terdekat
yang akan dijalankan ialah Program Terapi Air. PPKI Seri Sentosa juga akan mengadakan lawatan ke
Pulau Langkawi pada bulan ogos. Untuk lawatan ke Pulau Langkawi Pihak sekolah akan membawa
murid-murid ini menaiki kapal terbang. Ini adalah bertujuan untuk memberi pengalaman kepada anak-
anak khas ini.

Seiring dengan perkembangan program aliran perdana guru-guru pendidikan khas juga telah
didedahkan dengan pembelajaran Abad 21. Ini amat penting untuk semua guru kerana pembelajaran
Abad 21 adalah satu program yang dibina berdasarkan murid. Murid akan menjadi pelopor di dalam
kelas dan guru pula menjadi pemudahcara untuk murid-murid tersebut. Namun untuk murid
berkeperluan khas guru akan sentiasa menjadi pembimbing untuk mereka. Pembelajaran Abad 21 telah
mula mengaplikasikan semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Ini kerana pembelajaran Abad 21
dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan murid semasa di dalam kelas.

Saya dan dan barisan guru-guru Pendidikan Khas amat berharap dengan Program ini
pihak sekolah dan kementerian dapat sama-sama meningkatkan potensi dan prestasi murid melalui
perkongsian maklumat dan perbincangan yang dilakukan. Pihak kami juga berharap dengan kerjasama
ini guru-guru dapat meningkatkan dari pelbagai aspek bagi memastikan keupayaan murid dapat
ditingkatkan bagi menjamin masa hadapan mereka dengan lebih bermakna. Kerjasama tuan-tuan dan
puan-puan berikan amat kami hargai demi kepentingan murid. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai