Anda di halaman 1dari 16

100

SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM TUN RAZAK, BUKIT KATIL, MELAKA.

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN [ 2016 ]


BAHASA MELAYU TAHUN 4
KERTAS 1 : PEMAHAMAN
MASA: 1 JAM 15 MINIT
NAMA: ______________________________________ TAHUN : _______________

BAHAGIAN A
(20 markah)

Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Mengapakah ______ berdua kelihatan seperti tidak sihat sahaja?tanya


Cikgu Nurul kepada Arisa dan Khalisya.
A kita
B kami
C awak
D kamu

1
2 Segala pesanan tuanku akan ______ sampaikan kepada rakyat jelata.
A aku
B patik
C dia
D baginda

3 Pak Rahim ___________ lembunya pada sebatang pokok berhampiran


dengan rumahnya.
A menjala
B melekat
C menambat
D membalut

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Sudah lama kami tidak pulang ___________ kampung menjenguk


datuk dan nenek.
A di
B dari
C ke
D kepada

5 Ikan yang baru dibeli oleh ibu itu sangat ________ baunya.
A kelat
B masam

2
C hanyir
D masin

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Bunga raya ialah bunga _________ negara kita.


A warisan
B kebangsaan
C hiasan
D penghormatan

7 Se _________ pokok kelapa telah tumbang dan menghempap


jambatan itu.
A buah
B rumpun
C ikat
D batang

8 Mak Kiah _________ tikar mengkuang ketika anak saudaranya datang ke


rumahnya.
A menghidangkan
B menebarkan
C membentangkan
D melekatkan
3
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 _________ menunggu bas datang, Ina membaca buku cerita.


A Supaya
B Setelah
C Apabila
D Sementara

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10 Saya akan makan __________ saya lapar.


A supaya
B dan
4
C atau
D jika

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Sejak semalam, ibu hanya __________ sahaja.


A termimpi
C terfikir
B teringat
D termenung

12 Kek yang dibuat oleh ibu sungguh enak.


Perkataan seerti bagi enak ialah
A manis
B masam
C lemak
D lazat

13 Soalan Matematik itu sangat susah.


Perkataan berlawan bagi susah ialah
A payah
B senang
C sulit
D sukar

5
Soalan 14 - 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 Awie menjemput Sofia ke majlis perkahwinan kakaknya.


A Majlis perkahwinan adiknya dijemput oleh Awie.
B Ke majlis perkahwinan kakaknya Awie menjemput.
C Sofia dijemput oleh Awie ke majlis perkahwinan kakaknya.
D Awie dijemput ke majlis hari jadi adik Sofia.

15 Mata Ani telah dimasuki habuk.


A Habuk telah memasuki mata Ani.
B Mata habuk telah memasuki Ani.
C Habuk telah memasukkan mata Ani.
D Mata Ani memasukkan habuk.

Soalan 16
Pilih ayat yang betul.
16 A Puan Lina membeli sesikat pisang di pasar raya itu.
B Setiap pagi, ibu menanak air untuk kami.
C Separuh murid tahun satu mestilah mematuhi peraturan
sekolah. D Bayi itu sedang tidur lena di dalam jemuran.

6
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada 4 Mac yang lalu, aku berpeluang menyertai perkhemahan


Pasukan Pengakap Sekolah. Perkhemahan tersebut telah diadakan di
Hutan Bandar, Johor Bahru. Seramai 30 orang ahli pengakap telah
berkumpul dan berkhemah di sana selama tiga hari dua malam.

Tepat jam 8.00 pagi, aku dan rakan-rakan yang lain telah
berkumpul di sekolah. Setelah menerima taklimat daripada Cikgu
Hamizah, kami menaiki bas yang telah disewa khas oleh pihak sekolah.
Perjalanan ke sana mengambil masa selama satu jam sahaja.

Setelah sampai di tapak perkhemahan, kami telah dibahagikan


kepada beberapa kumpulan. Cuaca semakin panas. Kami bekerjasama
mendirikan khemah. Banyak aktiviti yang telah kami sertai. Semua
aktiviti yang dilakukan adalah bertujuan untuk menguji ketahanan
mental dan fizikal kami.

Walau bagaimanapun, kami benar-benar teruji apabila berlaku


suatu peristiwa yang tidak diduga. Salah satu kumpulan yang telah ke
hutan berhampiran untuk mencari kayu api telah tersesat. Beberapa
orang cikgu dan ahli kumpulanku ditugaskan untuk mencari kumpulan
yang tersesat itu. Setelah beberapa jam mencari, akhirnya aku berjaya
menjumpai kumpulan yang tersesat itu di tepi sebatang sungai.
Mereka berjaya diselamatkan.

Perkhemahan selama tiga hari dua malam itu telah tamat. Kami
berkemas dan pulang ke sekolah pada petang hari Ahad. Kami berasa
sangat gembira dan puas.

Pada hari Isnin, sekolahku mengadakan perhimpunan mingguan


seperti biasa. Pada pagi itu telah diadakan acara penyampaian hadiah
kepada peserta perkhemahan. Aku menerima hadiah sebagai peserta
terbaik. Aku bersyukur atas kejayaan yang aku peroleh. Aku berasa
bangga dan gembira.

7
17 Selepas mendengar taklimat
A mereka mendirikan khemah.
B mereka mencari ahli yang sesat.
C mereka mencari kayu api di hutan.
D mereka menaiki bas yang disediakan.

18 Mengapakah penulis menerima anugerah peserta terbaik?


A Penulis telah membimbing banyak ahli pengakap.
B Penulis berjaya berkemas dan pulang ke sekolah.
C Penulis menyampaikan hadiah kepada pemenang.
D Penulis berjaya menjumpai ahli pengakap yang tersesat.

19 Bagaimanakah ahli pengakap itu diuji ketahanan mental dan fizikal?


A Mereka diminta mencari kayu api.
B Mereka diminta bermandi-manda di anak sungai.
C Mereka diminta menyertai aktiviti perkhemahan.
D Mereka diminta mendirikan khemah.

20 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan tersebut.


A Seorang guru menemani sekumpulan murid mencari kayu api.
B Pasukan pengakap itu mengadakan aktiviti perkhemahan.
C Cikgu Hamizah memberikan taklimat kepada ahli pengakap.
D Mereka tiba di tapak perkhemahan pada pukul 9.00 pagi.

BAHAGIAN B
8
(30 markah)

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam
petikan yang diberikan.

dalam pada demi kepada

bagi untuk dari


daripada

Kebelakangan ini, tabiat makan makanan segera dan makanan ringan


seolah-olah sudah menjadi suatu trend _______________ kalangan rakyat
Malaysia. Kita sedia maklum bahawa tabiat pemakanan sedemikian tidak
baik untuk kesihatan, khususnya _______________ golongan kanak-kanak.
Hal ini demikian kerana makanan tersebut kurang berkhasiat
_______________ tumbesaran. Malah, kanak-kanak akan menjadi kurang
berselera menikmati makanan yang lebih berkhasiat. Oleh itu, ibu bapa
hendaklah memantau pemakanan anak-anak _______________
kesejahteraan mereka.

( 4 markah)

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

9
Ayat tanya :
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Jawapan :
Keluarga Encik Tan suka tinggal di Cyberjaya kerana terdapat
pelbagai kemudahan berteknologi tinggi.
(2 markah)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

Sama-sama .Jika
hendak pinjam lagi
jangan malu untuk
beritahu saya.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

(2 markah)

C. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

10
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

(2 markah)
Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau Tawar,
Jerantut, Pahang. Beliau merupakan anak kepada pasangan Imam
Rasu dan Mahda binti Tok Kaut Burau. Bapanya merupakan seorang
pembesar Pahang yang dikenali sebagai Tok Gajah.

Sejak kecil lagi Mat Kilau sudah pandai membaca al-Quran,


berzanji, berdikir maulud dan berdikir rebana. Hobi beliau ialah
bermain gasing dan berlaga buah keras, sejenis permainan tradisional
yang sudah pupus, Beliau sentiasa menjadi juara dalam permainan
yang disertai.

Semasa berumur 20 tahun, Mat Kilau sudah mendirikan rumah


Soalan 23
tangga dengan Yang Chik binti Imam Daud. Mereka dikurniakan tiga
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
orang cahaya mata. Beliau menuntut ilmu kebatinan dan seni
berikutnya.
mempertahankan diri daripada ayahnya. Ilmu agama pula dipelajari
daripada Haji Botok bin Osman yang merupakan seorang ulama
Kelantan yang berpindah ke Pahang untuk menjadi mufti.
11
a. Bapa Mat Kilau merupakan
___________________________________________

__________________________________________________________________________

(1 markah)

b. Siapakah yang mengajar ilmu mempertahankan diri kepada Mat


Kilau?

________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
(2 markah)

c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu


daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

Kampung Masjid, Pulau Tawar,


Jerantut, Pahang merupakan
tempat Mat Kilau dilahirkan. 12
Berlaga buah keras merupakan
sejenis permainan tradisional betul
yang sudah pupus.

Mat Kilau merupakan seorang salah


pembesar Pahang berpindah ke
Kelantan untuk menjadi ulama.

Haji Botok merupakan seorang


ulama Pahang yang mengajar
ilmu agama kepada Mat Kilau.

( 2 markah)

Soalan 24
Baca petikan ceramah di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Yang Berbahagia Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Mahkota,


barisan guru yang saya hormati, dan seterusnya murid-murid yang
saya kasihi. Selamat pagi saya ucapkan. Terima kasih kerana
mengundang saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
"Semangat Patriotisme dalam Kalangan Generasi Muda".

Hadirin yang saya muliakan,

Tahukah anda, tentang aktiviti Bulan Kemerdekaan yang diadakan


Di samping
sepanjang bulanitu, sumbangan
Ogos? negarawan
Pelbagai aktiviti yang
sempena banyak
Bulan berjasa,
Kemerdekaan
terutamanya dalam
dirancang dengan perjuangan
tujuan menyemaikanmenentang
rasa cintapenjajahan dan
kepada negara.
memperoleh
Generasi mudakemerdekaan
terutamanya perlu didedahkan.
murid-murid Antaranya
dapat mengambil termasuklah
bahagian
Tunku Abdul Abdul Rahman, Tuk Janggut, Abdul Rahman
dalam setiap aktiviti tersebut. Mereka akan dibawa mengimbau Limbong,
Rentap, dan seumpamanya.
sejarah kemerdekaan negaraSemangat tokoh-tokoh
kita sejak zaman ini dapat menjadi
penjajahan.
inspirasi kepada generasi muda. Malah tokoh-tokoh tersebut dapat
dijadikan sebagai idola mereka. Perkara ini sekali gus dapat
memberikan pengajaran kepada generasi muda untuk menghargai
dan menyanjung sumbangan pemimpin dan tokoh yang pernah
berjasa kepada negara.

Hadirin sekalian,

Akhir kata, sebelum saya mengundurkan diri, ingin saya tegaskan


bahawa generasi muda harus memahami, menghayati, dan
memperkukuh semangat patriotisme13 demi kesejahteraan negara.
Sekian, terima kasih.
a. Perkataan inspirasi dalam petikan boleh juga digantikan dengan
perkataan
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
( 1 markah)
b. Mengapakah generasi muda wajar mengambil bahagian dalam setiap
aktiviti Bulan Kemerdekaan?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

( 2 markah)

c. Apakah pengajaran daripada pendedahan tentang sumbangan para


negarawan kepada generasi muda?

______________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________
(2 markah)

d. Adakah generasi muda perlu memiliki semangat patriotisme yang


tinggi? Mengapa?

14
______________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________

( 3 markah)

Soalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Indah bersinar cincin permata,


Dipakai oleh Puteri Bongsu;
Fikirlah dahulu sebelum berkata,
Agar tidak mendapat malu.

Pokok pegaga daunnya hijau,


Berguna untuk merawat luka;
Bercakap benar usahlah risau,
Itulah tanda orang mulia.

Sungguh cantik burung kenari,


Berdada kuning berparuh perang;
Kalau suka meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.

Jutaan bintang memagari bulan,


Hening malam indah bercahaya;
Tenang sabar menjadi amalan,
Agar hidup tetap berjaya.

Hari malam gelap-gelita,


Pasang lilin jalan ke taman;
Sopan santun budaya kita,
Jadi kebanggaan zaman-berzaman.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas ?

_______________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________
15
(2 markah )

b. Apakah tanda orang yang mulia ?

______________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(1 markah)

c. Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan (x) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Sopan santun bukan budaya kita.


Sikap suka meninggi diri akan dibenci
orang.

( 1 markah)

d. Terangkan maksud baris-baris pantun tersebut.

Tenang sabar menjadi amalan,


Agar hidup tetap berjaya.

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

(3 markah)
***** SEMOGA BERJAYA *****

16