Anda di halaman 1dari 6

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (TAHUN 3)


MASA : 1 JAM 15 MINIT
NAMA : _________________________________________________________

BAHAGIAN A( 20 markah)
Soalan 1 hingga 20
Pilih jawapan yang betul.

1 Siakap ialah nama bagi sejenis ______________________ .


A kucing C ayam
B ikan D kambing

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Encik Omar bekerja sebagai __________.


A tentera C polis
B pembaca meter D posmen

3 _______ akan ke Kelantan esok, kata Fairus dan Salikin kepada Bahrudin.
A Kamu C Kami
B Kita D Anda

4 Ayah membawa __________sekeluarga makan angin ke Cameron Highlands.


A kalian C saya
B kami D mereka

5 ____________seminar tentang pengambilan makanan seimbang akan


diadakan?
A Apakah C Mengapakah
B Bilakah D Bagaimanakah

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

6 Pak Karim sedang_______________ sawah dengan menggunakan kerbau.


A membajak C bajak
B membajakan D pembajakan
7 Air yang_________jangan disangka tiada buaya.
A jernih C deras
B keruh D tenang

8 Kucing Huda sungguh ______________ dan manja.


A jinak C garang
B mesra D galak

9 Setiap pagi, abang saya ____________ motosikal ke tempat kerjanya di Kunak.


A membawa C menunggang
B mengayuh D memandu

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10 Guru besar sedang berucap. __________ mengingatkan murid-murid agar


mematuhi peraturan sekolah.
A Mereka C Dia
B Beliau D Kami

11 Zurin __________ terbahak-bahak apabila mendengar cerita datuk.


A menangis C ketawa
B berbual D tidur

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Emak membeli se____________ pisang di kedai Pak Andie.


A sisir C tandan
B biji D buah

13 Tolong ___________buku-buku cikgu ke bilik guru, kata Puan Aisyah kepada


Ani.
A dibawa C bawakan
B bawalah D membawa

14 Umie menyiapkan kerja sekolah di kantin ______________ menunggu ayahnya


tiba.
A sambil C selepas
B sementara D serta
Soalan 15
Pilih perkataan berlawan erti bagi perkataan bergaris yang diberikan.

15 Murid-murid Tahun 6 datang pada jam 10.00 pagi setiap hari.


A tiba C sampai
B masuk D pulang

Soalan 16
Pilih perkataan berlawan erti bagi perkataan bergaris yang diberikan.

16. Azma seorang murid yang baik hati dan ringan tulang.
A rajin C cepat
B malas D pandai

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pak Razak penoreh getah. Dia ke kebun getah pada pukul 7.00 pagi. Anak
sulungngya, Adib, selalu membantunya pada masa cuti sekolah.

Sebaik sahaja tiba di kebun getah, Pak Razak memungut getah beku. Getah
beku itu dimasukkan ke dalam baldi.

Kemudian, Pak Razak akan menorah sebatang demi sebatang pokok getah.
Setelah semua getah ditoreh, dia memasukkan semua getah beku ke dalam
guni.

Pak Razak akan membawa getah beku ke kedai peraih. Peraih itu akan
menjualkan getah kepada pengusaha kilang getah. Di kilang getah, getah beku
diproses. Getah yang telah diproses itu akan dijadikan pelbagai jenis barangan.

17 Apakah pekerjaan Pak Razak?


A Peraih
B Pekebun Getah
C Penoreh Getah
D Pengusaha Kilang

18 Siapakah yang membeli getah buku daripada Pak Razak?


A Peraih
B Pekedai
C Pekebun getah
D Pengusaha kilang
19 Apakah yang dilakukan oleh Pak Razak sejurus sampai di kebun getahnya?
A Menoreh getah
B Menjual getah beku
C Memungut getah beku
D Menghantar getah ke kilang

20 Antara yang berikut ialah barang-barang yang dihasilkan daripada getah


kecuali
A Bola sepak
B Kerusi rotan
C Kasut sekolah
D Span pencuci pinggan

BAHAGIAN B
(30 MARKAH)

A) Berikan antonim untuk perkataan di bawah. (4 Markah)


1. Hangat = ________________
2. Basah = ________________
3. Ketat = ________________
4. Menang = ________________
5. Tenggelam = ________________
6. Hinggap = ________________
7. Keruh = ________________
8. Jinak = ________________

B) Isi tempat kosong dengan kata seru yang betul. (4 markah)

Syabas Hai Nah Hah Wah

Kamal : _____________, kawan-kawan! Mari ke sini. Cuba kamu lihat cili merah
ini.
Husna : _____________, lebat dan besar-besarnya cili merah ini!
Nisa : Ayah kamu menggunakan cara pot auto?
Hanim :Ya, Nisa. Cara penanamannya mudah dan mesra alam.
Kamal : _____________, mesra alam!
Razi : Benar, Kamal. Penggunaan baja dan air dengan cara ini
menjimatkan. Air dan baja disalurkan terus secara automatik.

Nisa : _____________, hebatnya! Adakah pokok ini kamu tanam?


Hanim : Betul, Nisa. Melalui kaedah ini, pokok cili hidup seragam.
C) Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. (6 markah)

TEMPAYAN

Tempayan ialah bekas yang diperbuat daripada tembikar atau seramik. Antara
nama tempayan termasuklah tempayan taban dan tempayan tapak gajah.
Tempayan mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan.

- Bentuk : bulat tinggi, bulat rendah, bercorak atau tanpa corak.


- Saiz : kecil, sederhana atau besar
- Kegunaan : mengisi air, mengisi beras atau sebagai perhiasan.

Pengumuman Pameran dan Jualan

Selamat datang tuan-tuan dan puan-puan,


Kami mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan ke pameran dan jualan tempayan
di ruang legar kompleks beli-belah ini.
Kami menjual pelbagai tempayan seperti _________________________________
________________________________________________________________________________.
Pengunjung yang ingin membeli tempayan boleh memilih tempayan
berbentuk _____________________________________________________________________
________________________________________________________________________________.
Tempayan yang dijual juga mempunyai pelbagai saiz, iaitu ________________
________________________________________________________________________________.
Rebutlah peluang untuk memiliki produk kraf tangan tempatan yang
bermutu ini. Anda boleh menggunakannya untuk mengisi air, ____________________
atau dijadikan sebagai ___________________.
Sekian, ______________.

D) Isi tempat kosong dengan perkataan yang betul. (4 Markah)


pedagang pemimpin pengutip penentang

Mat Salleh ialah ______________ masyarakat di Sabah. Beliau merupakan


______________ Inggeris. Pihak Inggeris marah kepada Mat Salleh yang menjadi
pengutip cukai daripada ______________ di Sungai Sugut. Pihak Inggeris
beberapa kali menyerang Mat Salleh tetapi gagal. Beliau sebenarnya pejuang
Sabah yang sangat berjasa.

E) Lengkapkan simpulan bahasa berikut. (2 markah)


i. Buah ________________
ii. Raja ________________
F) Jawab soalan berikut berdasarkan petikan. (10 markah)

Ayah saya pernah menceritakan kisah beliau dibawa oleh datuk ke Stadium Merdeka
pada 31 Ogos 1957. Mereka menyaksikan peristiwa bersejarah. Pada hari itu, Tanah
Melayu merdeka.

Mereka tiba pada pukul 6.00 pagi. Pada masa itu, hujun turun dengan lebat. Pada pukul
8.00 pagi, hujan mulai reda. Sebaik sahaja tetamu diraja masuk ke dalam stadium,
upacara pengisytiharan pun bermula. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri,
telah membaca teks Pengisytiharan Kemerdekaan.

Pengisytiharan itu disambut dengan laungan Merdeka sebanyak tujuh kali. Semua
tetamu menyanyikan lagu Negaraku semasa bendera Persekutuan Tanah Melayu
dinaikkan.

1. Siapakah yang pergi ke Stadium Merdeka?


______________________________________________________________________________.

2. Bilakah mereka pergi ke Stadium Merdeka?


______________________________________________________________________________.

3. Apakah tujuan mereka ke sana?


______________________________________________________________________________.

4. Siapakah yang membaca teks Pengisytiharan Kemerdekaan?


______________________________________________________________________________.

5. Apakah acara yang diadakan selepas laungan Merdeka oleh rakyat Tanah
Melayu?
______________________________________________________________________________.

Anda mungkin juga menyukai