Anda di halaman 1dari 8

NILAI-NILAI PENDIDIKAN KARAKTER DALAM RANCANGAN

PEMBELAJARAN HARIAN GURU MATEMATIK


SEKOLAH RENDAH KOTA LANGSA-ACEH

Sabaruddin Dahlan Husen1 & Rosnidar Mansor2


1
Fakultas Tarbiyah dan Ilmu Pendidikan, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Langsa Aceh,
Indonesia
2
Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Email: sabaruddin.fazia@gmail.com dan rosnidar@fppm.upsi.edu.my

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis nilai-nilai pendidikan karakter yang terkandung
dalam rancangan pembelajaran harian guru matematik sekolah rendah, khususnya meneroka
kesesuaian antara rancangan dengan pelaksanaan dalam bilik darjah. Data kualitatif diperoleh
melalui pemerhatian pengajaran dalam bilik darjah, analisis dokumen rancangan
pembelajaran harian, temu bual secara individu dan catatan lapangan. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa rancangan pembelajaran guru kebanyakannya tidak mengandung nilai-
nilai pendidikan karakter dalam rancangan pembelajaran pada sesi senario pembelajaran.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan pembelajaran dalam bilik darjah ada sebahagian guru
menerapkan nilai pendidikan karakter pada pembelajaran matematik sama ada secara sengaja
mahupun tidak sengaja. Nilai karakter yang sering diterapkan oleh guru dalam pembelajaran
matematik pada sekolah rendah adalah taat kepada Allah, jujur, disiplin, demokratik, peduli
sosial, cinta lingkungan dan tanggung jawab. Semestinya nilai karakter yang sudah
diterapkan dan nilai-nilai karakter lain yang belum diterapkan terkandung dalam rancangan
pembelajaran harian guru dan diterapkan dalam proses pembelajaran bilik darjah.

Keywords: pendidikan karakater, rancangan pembelajaran dan pembelajaran matematik


1.0. Pengenalan
Pendidikan karakter yang disepadukan dalam pembelajaran pelbagai bidang kajian dapat
memberikan pengalaman yang bermakna bagi murid-murid kerana mereka memahami,
mendalami, dan mewujudkan melalui proses pembelajaran (Darmiyati Zuchdi, 2010). Pada
tahun 2010, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan di Indonesia membentuk satu program
pendidikan karakter bangsa, yang telah dilaksanakan di seluruh peringkat sekolah di
Indonesia. Pada tahun 2013, pihak kementerian telah menerapkan kurikulum baru dengan
penekanan kepada kecakapan dan karakter. Untuk tujuan tersebut, sistem pembelajaran dalam
kurikulum ini semua bersepadu dengan pendidikan karakter termasuk pelejaran matematik.
Dengan demikian akan diperoleh murid yang berkarektor unggul dengan merujuk kepada
murid yang mempunyai ciri-ciri seimbang (akademik dan non-akademik), sahsiah dan sikap,
keterampilan dan kemahiran insaniah (Rosnidar Mansor, 2016).
Karakter merupakan persamaan dua komponen asas iaitu prestasi karakter dan moral
karakter. Prestasi karakter terdiri daripada kualiti yang diusahakan seperti rajin, ketabahan,
etika kerja yang kuat, sikap positif, kecerdikan, dan disipilin diri yang diperlukan untuk
mewujudkan potensi seseorang pada keunggulan dalam setiap lingkup kegiatan seperti
kegiatan akademik kegiatan ekstrakurikuler, tempat kerja, dan sepanjang hidup (Lickona &
Davidson, 2005; Nucci & Narvaeez, 2008). Karakter moral pula terdiri daripada sifat yang
merangkumi tetapi tidak terbatas pada integriti, keadilan, kepedulian, menghormati dan
kerjasama yang diperlukan bagi hubungan interpersonal orang lain dan diri kita sendiri
dengan hormat dan mengambil berat dan bertindak dengan integriti dalam kehidupan etika
kita (Lickona & Davidson, 2005, Nucci & Narvaeez, 2008).
Pendekatan pengajaran yang menekankan kepada penerapan nilai akan menjadikan
pengajaran lebih berkesan, menarik, bermakna dan berguna kepada pelajar (Mohd Uzi et al,
2014). Oleh itu, penerapan pendidikan karakter dalam pembelajaran matematik mulai dari
perancangan, pelaksanaan dan penilaian hasil belajar. Fokus dalam kajian ini adalah pada
analisis rancangan pembelajaran dan pelaksanaan pembelajaran dalam bilik darjah,
khususnya akan melihat adakah kandungan nilai-nilai pendidikan karakter dalam rancangan
pembelajaran harian guru serta adakah guru menerapkan dalam pembelajaran sesuai dengan
rancangan yang telah dibuat.

2.0. Pembudayaan Nilai Karakter dalam Pembelajaran Matematik


Isu tentang pendidikan karakter merupakan salah satu tujuan utama pendidikan nasional.
Pendidikan nasional berfungsi membangun dan membentuk karakter serta peradaban bangsa
yang bermartabat dalam rangka mencerdaskan kehidupan bangsa, bertujuan untuk
berkembangnya potensi murid agar menjadi manusia yang beriman dan bertakwa kepada
Tuhan, berakhlak mulia, sihat, berilmu, cekap, kreatif, kendiri, dan menjadi warga negara
yang demokratik serta bertanggungjawab seperti terkandung di dalam Undang-Undang No.
20 Tahun 2003 tentang Sitem Pendidikan Nasional.
Sekolah mempunyai amanah besar untuk membina budaya dan karakter bangsa yang
positif melalui perkhidmatan pendidikan (Gede Raka, 2011). bermula dari visi dan misi yang
sarat nilai positif, juga terapkan dalam pembelajaran dan pembangunan budaya sekolah. Visi
dan misi yang kuat menjadi dasar dan sistem berfikir, cara pandang, dan bertindak seluruh
warga sekolah mencapai matlamat bersama dengan budaya dan karakter yang disepakati
untuk dijadikan keutamaan pembangunan. Pembangunan budaya dan karakter ini jangan
sekadar memenuhi teknikal administrati tetapi harus melalui contoh teladan yang ditunjukkan
oleh guru, guru besar, mahupun kaki tangan di sekolah. Jika berfokus hanya kepada teknikal
pentadbiran, maka akan menambah beban kepada guru dan murid.
Pendidikan adalah suatu usaha dan usaha mempengaruhi orang lain seperti individu,
kumpulan atau masyarakat secara sedar dan sistematik dalam mengembangkan potensi murid
(Soekidjo Notoatmodjo, 2003). Pendidikan juga suatu usaha masyarakat dan bangsa dalam
mempersiapkan generasi muda bagi penerusan kehidupan masyarakat dan bangsa yang lebih
baik di masa depan (Mudjiono, 2002). Penerusan itu dapat dilihat pada pewarisan budaya dan
karakter yang telah dimiliki masyarakat. Oleh itu, pendidikan adalah proses pewarisan
budaya dan karakter bangsa bagi generasi muda dan juga proses pembangunan budaya untuk
peningkatan kualiti kehidupan masyarakat dan bangsa di masa akan datang.
Budaya adalah keseluruhan sistem berfikir, nilai, norma, moral dan keyakinan yang
dihasilkan masyarakat. Karakter adalah tabiat, watak, atau keperibadian seseorang yang
terbentuk daripada proses pemupukan pelbagai kebajikan yang diyakini dan digunakan
sebagai landasan, cara pandang, berfikir, dan bertindak (Zamroni, 2011). Jadi, karakter dan
budaya adalah sebuah sistem terkait erat antara produk dan sistem untuk mendapatkan produk
budaya dalam masyarakat. Setiap komuniti masyarakat mempunyai budaya dan karakter yang
khas. Budaya dan karakter nusantara yang berbeza-beza tentu tidak boleh dinafikan adanya
kepelbagaian budaya dan karakter bangsa kita (Tilaar, 2002). Budaya dan karakter yang akan
dibangunkan harus dipilih dan disusun secara selektif untuk membina masa depan bangsa
yang lebih baik.
Budaya dan karakter yang perlu dibina dan dikembangkan merujuk kepada sistem
nilai yang disepakati, agama, pancasila dan Undang-Undang Dasar 1945 tujuan
pembangunan nasional dan tujuan pendidikan nasional. Dasar-dasar tersebut menjadi
pemangkin kepada memperoleh beberapa budaya dan karakter yang perlu dibina dan
dikembangkan seperti budaya dan karakter keagamaan, jujur, toleransi, disiplin, tabah,
kreatif, mandiri, demokratik, rasa ingin tahu, semangat kebangsaan, cinta tanah air,
menghargai prestasi, komunikasi, cinta damai, mengambil tahu persekitaran, gemar
membaca, peduli sosial, dan tangung jawab (Pusat Kurikulum Kemendiknas, 2010).
Ciri budaya dan karakter tersebut akan terwujud dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik. Bishop (2001) menjelaskan bahawa budaya belajar matematik
adalah sebuah perspektif sosial budaya yang merupakan perkara penting untuk memahami
peranan nilai-nilai dalam pendidikan matematik. Wan zah (2005) pula menerangkan bahwa
matematik ialah satu bidang yang berkait rapat dengan sesuatu budaya, ini bermakna
matematik ialah satu bidang yang berteraskan nilai. Shaharir Mohamad Zain (1990) turut
menyatakan konsep kebenaran matematik amat simbiosis dengan budaya. Kelahiran
matematik sangat dipengaruhi oleh orientasi budaya sesuatu kelompok, dalam kajian beliau
mendapati bahawa pengaruh budaya ke atas matematik adalah sangat besar.
Matematik dianggap sebagai satu disiplin neutral dan budaya bebas dikeluarkan
daripada nilai-nilai sosial (Rosa, 2011). Rosa & Orey (2006) pula menyatakan bahawa
program budaya ke dalam matematik itu dibangunkan untuk berhadapan dengan hal diluar
kebiasaan bahawa matematik adalah satu bidang pengajian yang universal dan dijadikan
budaya bukan hanya intelektual sahaja. Berdasarkan beberapa kajian dapat disimpulkan
bahawa matematik dengan budaya terhubung kait rapat. Dalam kehidupan berbudaya banyak
dijumpai hal-hal yang bersifat matematik sama ada disadari mahupun tidak disadari.
Matematik tidak boleh lepas dari kehidupan manusia meskipun hanya yang bersifat
sederhana.

3.0. Tujuan Kajian


Kajian ini dijalankan dengan tujuan meneroka dan mendalami kandungan nilai pendidikan
karakter dalam rancangan pembelajaran harian guru serta kesesusian dengan pelaksanaan
dalam bilik darjah dikalangan guru matematik sekolah rendah di wilayah Kota Langsa
Aceh. Karakter pokok dan karakter utama dalam pembelajaran menjadi fokus perbincangan
ini kerana kedua-dua nilai karakter ini cendrung dibincangkan dan diharapkan terlaksana
dalam pembelajaran matematik sekolah rendah.

4.0. Metodologi
Kajian ini melibatkan 43 orang guru sekolah rendah di Wilayah Kota Langsa-Aceh yang
mengajar matematik pada darjah empat dan darjah lima, penyertaan peserta kajian dengan
suka rela. Data diperoleh dengan pendekatan kualitatif iaitu temu bual terkait dengan
perancangan pembelajaran, pemerhatian dilaksanakan dalam situasi pengajaran kelas sebenar
dan analisis terhadap dokumen rancangan yang telah disiapkan oleh guru. Setiap proses
pemerhatian dijalankan melalui tiga sesi. Pertama, sesi temu bual pra-pengajaran yang
dijalankan bagi mengenal pasti tajuk, nilai karakter yang dirancang serta bagaimana
pengajaran akan dilaksanakan. Kedua, sesi pemerhatian pengajaran kelas, pemerhatian fokus
pada aktiviti inti pembelajaran bertujuan menilai adakah nilai karakter yang dirancang
terterap dalam pembelajaran. Catatan lapangan dibuat oleh pengkaji semasa pemerhatian di
samping pengumpulan dokumen pengajaran. Ketiga, temu bual pasca-pengajaran.Temu bual
pra dan pasca pengajaran ini dirakam menggunakan alat perakam audio. Analisis data
dilakukan kepada transkripsi rakaman audio temu bual, di samping catatan pengkaji dan
dokumen. Kesimpulan dibuat berdasarkan analisis terhadap dokumen rancangan
pembelajaran secara merentas kepada peserta kajian serta hasil pemerhatian kepada proses
pembelajaran guru dalam bilik darjah.

5.0. Dapatan Kajian dan Perbincangan


Penyusunan rancangan pembelajaran guru belum sepenuhnya mengandung nilai pendidikan
karaker, khusunya pada senario pembelajaran tidak menjelaskan secara rinci bagaimana nilai
pendidikan karakter diterapkan dalam pembelajaran matematik. Nilai pendidikan karakter
hanya dimuat pada indikator karakter yang ingin dicapai, pada hakikatnya guru berkeyakinan
bahawa nilai pendidikan karakter penting diterapkan dalam pembelajaran matematik.
Sebagaimana dijelaskan oleh cigku andi:
...Dalam penyusunan RPP kami mencantumkan nilai karakter seperti taat
kepada Allah, tanggung jawab, disiplin, peduli sosial dan peduli
lingkungan. Namun untuk senario pembelajaran tidak dijelaskan secara
jelas, saya sesuaikan dengan keadaan dalam bilik
darjah...(TB.Pra/A/RPP-1)
Seramai 32 orang guru (74%) strategi belajar efektif dan seramai 11 orang guru (26%)
strategi belajar kurang efektif. Meskipun secara kriteria purata persentase sudah baik iaitu
sebesar 74% tapi pengkaji menilai seramai 11 orang dari 43 guru (26%) belum menggunakan
strategi yang efektif menjadi masalah bagi kemampanan pembelajaran. Berdasarkan
pemerhatian pengkaji dapati bahawa strategi dalam kegiatan pendahuluan pembelajaran
iaiatu menyampaikan tujuan pembelajaran tidak mengkaitkan dengan konteks kehidupan
seharain murid sehingga murid kurang menarik belajar matematik, pada sesi apersepsi guru
kurang mengaitkan dengan bahan ajar sebelumnya serta guru tidak memperhatikan
kemampuan awal murid yang berkaitan dengan bahan ajar yang akan diajarkan.
Strategi dalam menyampaikan informasi dapat dinilai bahawa urutan penyampaian
bahan ajar tidak sistematis, ruang lingkup materi berfokus pada buku sahaja dan materi yang
akan disampaikan tidak disiapkan sebaik mungkin. Penyampaian bahan juga banyak yang
berulang pada hal-hal yang dianggap tidak penting. Strategi dalam melibatkan murid pengkaji
melihat guru kurang melibatkan murid dalam mengajar, murid duduk, melihat dan
mendengar sahaja apa yang guru sampaikan sebagaimana dapatan kajian wan zah et al (2005)
dan Moh Uzi (2007) pengajaran yang berpusatkan guru akan menjadikan pengajaran tidak
bermakna dari sudut pelajar, yang memungkin matematik dilihat sebagai suatu mata pelajaran
yang tidak bermaya dan mati.
Penyampaian bahan ajar terlihat sangat kaku dan tidak melibatkan unsur pendidikan
karakter. Guru juga tidak memberikan latihan dan praktik apa yang dipelajari oleh murid,
latihan bersifat soalan yang bersifat abstrak dengan menggunakan nombor-nombor sahaja.
Semestinya guru memberikan latihan sesuai dengan kes dalam kehidupan harian murid dan
bahan ajar yang disampaikan untuk mencapai indikator yang telah dirancang.
Mengembangkan strategi pembelajaran, guru perlu mempertimbangkan beberapa hal
yang memungkinkan terciptanya pembelajaran efektif dan berhasil baik. Selain itu harus
disesuaikan dengan jenis materi, karakteristik peserta didik, serta situasi dan kondisi di mana
proses pembelajaran berlangsung. Terdapat pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran yang
akan digunakan oleh guru, tetapi tidak semuanya sama efektifnya mencapai tujuan
pembelajaran. Untuk itu dibutuhkan aktivitas guru dalam memilih strategi pembelajaran.
Untuk menciptakan suasana belajar yang demokratis guru mesti membimbing murid
agar berani menjawab, berani bertanya, berani berpendapat atau berani mengeluarkan ide-
ide, dan berani memperlihatkan unjukkerja (performace). Alternatif yang dapat dilakukan
guru dalam awal pembelajaran diantaranya mengajukan pertanyaan-pertanyaan untuk
dijawab murid atau memberikan stimulus supaya murid berpendapat atau mengeluarkan
gagasan berkaitan dengan topik bahasan. Suasana belajar yang demokratis harus dikondisikan
sejak awal pembelajaran, guru harus selalu memberikan kesempatan pada murid untuk
melakukan kreativitas. Mulai dari awal pembelajaran guru memungkinkan dapat
mengembangkan bakat dan keunggulan yang dimiliki oleh murid. Demokratis adalah salah
satu sifat karakter yang mesti dibiasakan dan diajarkan kepada murid melalui pembelajaran
matematik.
Seramai 39 orang guru (90%) menggalakkan semangat murid yang kurang aktif dan
selebihnya 4 orang guru (10%) tidak menggalakkan semangat murid yang kurang aktif.
Murid yang kurang aktif dan kurang pencapaian terhadap pelajaran matematik bukanlah
semata-mata mereka kurang dibidang lain, kecerdasan seseoarang tidak sama. Oleh itu, guru
mesti memperhatikan hal ini untuk menjadikan pendekatan dalam mengajar matematik dan
menciptakan kelas yang semangat belajar matematik. Berdasarkan pemerhatian, pengkaji
menilai bahawa guru sekolah rendah di Langsa sudah baik dalam menggalakkan semangat
bagi murid yang kurang aktif dengan berbagai aktifiti belajar yang menyenangkan seperti
belajar di alam terbuka, memberikan contoh nyata yang terjadi seharian dikaitkan dengan
matematik, memberikan soalan-soalan yang ada hubungan dengan kehidupan seharian,
belajar mulai dari yang mudah dan menggunakan bahan bantu mengajar yang diproleh dari
alam sekitar. Masing-masing murid juga memiliki minat yang berbeda pada pelajaran, ada
murid yang berminat pada pelajaran bahasa, ada juga yang berminat pada pelajaran sukan,
ada yang minat bidang sosial dan lainnynya. Oleh itu, guru tidak boleh menghakimi murid
yang rendah pencapaian dalam matematik, seharusnya guru membuat pembelajaran yang
menyenangkan semua murid untuk mengikuti pelajaran matematik. Kaedah pembelajaran
juga mesti ada variasi tidak secara konvesnsional sahaja, penglibatan teknologi juga perlu
diambil kira untuk menumbuhkan sikap dan minat murid untuk perbaikan karakter melalui
pembelajaran matematik.
Membentuk kumpulan dalam pembelajaran, diperoleh data berdasarkan hasil
pemerhatian seramai 15 orang guru (35%) sahaja yang membentuk kumpulan dalamproses
pembelajaran, selebihnya seramai 28 orang guru (65%) tidak membuat kumpulan belajar.
Beberapa teknik yang dilakukan guru dalam membentuk kumpulan belajar seperti
mengumpulkan seramai 4-5 orang dari urutan nama presensi, berdasarkan tempat duduk
murid dan berdasarkan keakraban murid dalam pergaulan seharian. Dari pemerhatian
pengkaji menilai ada beberapa kelemahan pembentukan kumpulan belajar yang dilakukan
guru, semestinya guru melakukan asesmen sebelum membuat kumpulan, perlu diperhatian
tingkat kebolehan murid dari tinggi, sedang dan rendah, dengan demikian kumpulan memiliki
beragam ahli di dalam nya. Pembentukan kumpulan tidak menerapkan beberapa teknik, ini
menjadikan kumpulan tidak aktif dan efesien dalam melaksanakan pembelajaran. Tugas
masing-masing ahli kumpulan juga kurang jelas, guru tidak membuat lembar kerja murid,
aturan untuk kumpulan juga tidak diberikan oleh guru. Sehingga rasa kebersamaan dalam
kumpulan kurang terjalin, tanggung jawab masing-masing ahli kumpulan juga terlihat
kurang.
Pembentukan kumpulan belajar sebenarnya boleh membiasakan murid mempunyai
karakter sosial, saling menghargai pendapat orang lain, saling memberikan nasihat kepada
rakan kumpulan, bertanggungjawab, tekun dalam memahami bahan ajar, mencari inti dari
pembahasan pembelajaran, suasana demokratik, daya serap lebih tinggi, memupuk kemahuan
dan kemampuan kerjasama di antara para pesera didik, meningkatkan penglibatan sosio-
emosi dan intelek para peserta didik dalam proses belajar mengaar yang diadakan dan
meningkatkan perhatian terhadap proses dan hasil dari proses belajar mengajar secara
berimbang.
Memberikan gambaran bahawa suatu bahan pembelajaran penting untuk pelajar
kuasai adalah suatu hal yang dapat meningkatkan motivasi belajar. Bila pelajar berkeyakinan
bahawa bahan pembelajaran tersebut penting untuk kehidupannya di luar sekolah atau akan
penting pada jenjang pendidikan selanjutnya yang akan ditempuhnya, akan dapat memacu
motivasi belajar mereka. Cara yang boleh dilakukan guru untuk menunjukkan pentingnya
suatu bahan pelajaran bagi mereka adalah dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian
mereka.
Berdasarkan pemerhatian diperoleh seramai 16 orang guru (37%) mengaitkan
pelajaran matematik dengan dunia nyata, sedangkan seramai 27 orang guru (63%) tidak
mengaitkan matematik dengan dunia nyata. Pengkaji menilai pembelajaran yang terjadi di
sekolah rendah masih perlu peningkatan kaedah dan strategi untuk pembelajaran kontekstual.
Murid belum merasakan manfaat matematik secara langsung, matematik hanya mengikut
kiraan dan nombor yang membuat kesulitan dalam memahaminya. Dengan pembelajaran
dengan pendekatan kontekstual murid lebih dekat dengan matematik dan dapat merasakan
matemati bukan pelajaran yang sulit dan selalu didapatkan dalam kehidupan seharian.
Mengaitkan materi pelajaran dengan konteks keseharian pelajar akan menjadikan
pengetahuan yang mereka peroleh di sekolah sebagai pengetahuan yang bermanfaat. Bila
guru memaksakan memberikan materi pelajaran tanpa menghubungkan dengan kehidupan di
luar sekolah, maka yang akan terbentuk adalah sebuah pengetahuan inert. Sebuah
pengetahuan yang terisolasi, terkucil, terkurung, dan tak bermanfaat yang hanya akan
membuat sesak memori siswa. Ibaratnya, bagai penggunaan memori dalam sebuah disk
hardware komputer. Ia adalah file rusak yang tak berguna. Contoh konkrit produk pendidikan
macam ini sering kita lihat di masyarakat. Setelah lulus sekolah, seorang yang dulu punya
peringkat bagus di kelas ternyata tak bisa berbuat apa-apa di masyarakat. Di suruh ini tidak
bisa, diminta itu tidak mampu. Pengetahuan yang diperoleh di sekolah menjadi tidak bisa
diaplikasikan. Walau bagaimanapun, tentu ini bukan semata diakibatkan karena mereka telah
memperoleh pengetahuan inert, karena ada banyak faktor-faktor lain penyebabnya. Tapi,
salah satunya adalah karena mereka tidak bisa menghubungkan apa yang telah diperoleh di
bangku sekolah pada dunia nyata.
Beberapa materi pelajaran agak sulit untuk dihubungkan dengan keseharian murid,
banyak pula materi-materi pelajaran yang dengan mudah dapat kita hubungkan. Misalnya
saat mempelajari persentase (%) pada pelajaran matematika, kita bisa tunjukkan bahwa pada
zaman sekarang materi ini sangat penting. Bukankah dengan mengetahui seluk-beluk seputar
perhitungannya kita boleh mengira harga barang-barang di sebuah kedai yang menyertakan
label potongan harga?
Pembelajaran matematik pula dapat meningkatkan disiplin murid, juju, demokratik,
cinta lingkungan, tanggung jawab dan patuh pada syariat. Meskipun tidak dirancang tetapi
dalam pelaksanaan pembelajaran matematik guru secara berterusan meningkatkan karakter
murid dengan berbagai macam kaedah, sebagaimana dijelaskan oleh cigku Halimah:
saya selalu menginginkan murid memiliki karakter yang baik, kerana ciri-ciri
murid yang memiliki pencapaian baik adalah murid yang berkarakter baik
pula. Dalam pembelajaran matematik saya terapkan nilai karakter seperti
jujur dalam pengiraan adalah salah satu sifat matematik itu, bekerja dengan
kumpulan untuk memudahkan memecahkan permasalahan matematik dan
memberikan latihan soal untuk meningkatkan keingintahuan murid...
Pembelajaran matematik dengan penerapan nilai-nilai karakter diyakini akan memberikan
impak terhadap perilaku murid, Penemuan dari kajian William (2002) mencadangkan bahawa
program pendidikan karakter memberikan kesan positif terhadap tingkah laku pelajar.

6.0. Penutup
Kajian ini telah mendedahkan tentang kesesuaian rancangaan pembelajaran guru dengan
pelaksanaan pembelajaran dalam bilik darjah, nilai karakter belum sepenuhnya terkandung
dalam rancangan pembelajaran harian khususnya pada sesi senario pembelajaran. Walau
bagaimanpun, dalam pelaksanaan pembelajaran dalam bilik darjah guru menerapkankan nilai
karakter dalam pembelajaran mtematik seperti nilai karakter jujur, disiplin, meyakini
kebesaran Allah SWT, peduli sosial, peduli lingkungan, tanggung jawab dan tekun dalam
belajar. Kajian ini bukanlah suatu generalisasi kepada semua guru, sebagai kajian dengan
pendekatan kualitatif memungkinkan hal ini tidak terjadi pada lain tempat dan lain masa.
Oleh itu, menjadi harapan pengkaji agar kajian lanjutan dan menyeluruh dapat dilaksanakan.
Selain itu, penemuan ini membawa kepada cadangan mengenai pelaksanaan program
pendidikan karakter di sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan karakter
sepatutnya menjadi sebahagian daripada kurikulum dan diinternalisasi dalam setiap pelajaran
seperti sains, ilmu sosial dan ilmu bahasa. Peraturan bilik darjah harus berdasarkan prinsip-
prinsip karakter yang baik, dan guru harus menjadi model karakter yang baik untuk
dipererhatikan murid. Di samping itu, pelajar harus diajar karakter melalui aktiviti yang
menyumbang kepada sekolah dan masyarakat umum. Ini akan membantu pelajar
membangunkan rasa pemilikan program pendidikan karakter dan akan membantu
meningkatkan tingkah laku pelajar.

7.0. Daftar Rujukan


Bishop, A. J., Fitzsimons, G., Seah., W. T. & Clarkson, P. (2001). Do Teachers Implement
Their Intended Values in Mathematics Classrooms? Proceedings of the 25th
Conference of the International Group for the Psychology of Mathematics Education
(Vol. 2, pp. 169176). Utrecht, The Netherlands: Freudenthal Institute.
Lickona, T., & Davidson, M. (2005). Smart & Good High Schools: Integrating Excellence
and Ethics for Success in School, Work, and Beyond. Cortland, New York.
Mohd Uzi Dollah & Lim, C. S. (2009). Penerapan Nilai Pendidikan Matematik Dalam
Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah. Jurnal Sains dan Matematik Vol.1
No.2 (29-40).
Mudjiono & Dimyati. (2002). Belajar dan Pembelajaran. Jakarta: Rineka Cipta dan
Depdikbud.
Notoatmodjo, Soekidjo, (2003). Pengembangan Sumber Daya Manusia, PT. Rineka Cipta,
Jakarta.
Nucci, L. P., & Narvaez, D. (Eds.). (2008). Handbook of Moral and Character Education.
New York: Routledge.
Nucci, Larry P. dan Narvaez, Darcia. (eds). (2014) Handbook Pendidikan Moral dan
Karakter. Handbook of Moral and Character Education. Terjemahan. Bandung:
Penerbit Nusa Media.
Rosa, M. & Orey, D. C. (2011). Ethnomathematics: the cultural aspects of mathematics.
Revista Latinoamericana de Etnomatemtica, 4(2). 32-54
Rosa, M., & Orey, D. C. (2006). Abordagens atuais do programa etnomatemtica:
delinenando-se um caminho para a ao pedaggica [Current approaches in the
ethnomathematics as a program: Delineating a path toward pedagogical action].
BOLEMA, 19(26), 19-48.
Rosnidar Mansor, Aslina Ahmad & Nik Azmah Nik Yusuff. (2016). Pembinaan Karektor
Unggul Murid Menerusi Aktiviti Kokurikulum (1 - 12). Jurnal Pendidikan Bitara Upsi,
vol. 9, issue 1.
Tilaar, A.R. (2002). Membenahi Pendidikan Nasional. Jakarta: Rineka Cipta.
Wan Zah Wan Ali, Sharifah Kartini Said Husain, Habsah Ismail, Ramlah Hamzah, Mat Rofa
Ismail, Mohd. Majid Konting & Rohani Ahmad Tarmizi. (2005). Kefahaman Guru
Tentang Nilai Matematik. Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia
43(E)(45-62).
Zamroni. (2011). Pendidikan Demokrasi pada Masyarakat Multikultural, Gavin Kalam
Utama, Yogyakarta.
Zuchdi, Darmiati. (2010). Pendidikan Karakter Dengan Pendekatan Komprehensif, UNY
Pres, Yogyakarta.

Anda mungkin juga menyukai