Anda di halaman 1dari 7

Menurut Noriati A.

Rashid (2013), budaya dikatakan sebagai satu himpunan


kelengkapan intelek dan kebendaan. Kedua-dua aspek ini dapat memenuhi kehendak
biologi dan kemasyarakatan serta dapat pula menyesuaikannya dengan kehendak
dan keperluaan persekitaran. Penyesuaian budaya ini adalah sangat penting
terutamanya di negara kita, Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang
mempunyai budaya masing-masing. Menurut Noriati A. Rashid (2013) juga, walaupun
setiap masyarakat adalah berbeza, namum terdapat lima unsur utama budaya dalam
setiap kelompok masyarakat iaitu simbol atau lambang, bahasa, nilai dan kepercayaan,
norma dan teknologi. Kepelbagaian budaya juga telah menjadi sumber identifikasi
kekitaan dalam kepelbagaian kelompok manusia di negara kita. Namum begitu,
terdapat beberapa proses pertembungan proses pertembungan dan penyesuaian
antara budaya yang berlaku sehingga kita mampu membentuk masyarakat berbilang
kaum dan budaya yang bersatu padu. Berdasarkan pengalaman saya sendiri di
sekolah menengah dulu, pertembungan dan penyesuaian antara budaya berlaku
apabila terdapatnya kaum melayu, cina dan india yang hidup bersama dalam sekolah
tersebut.

Proses pertembungan budaya di sekolah berlaku apabila terdapat penggunaan


bahasa yang berbeza antara pelajar kaum melayu, cina, india dan siam. Pelajar yang
berbangsa melayu bertutur dalam bahasa melayu, pelajar cina bercakap dalam
bahasa mandarin atau dialek masing-masing manakala pelajar yang berbangsa india
menggunakan bahasa tamil dalam pertuturan. Sehubungan itu, pelajar kaum siam
pula menggunakan bahasa Siam sebagai alat komunikasi antara mereka sendiri.
Bahasa ini mempunyai unsur-unsur perlambangan atau simbol sesuatu budaya. Oleh
itu, penggunaan bahasa bangsa sendiri adalah sangat penting supaya bahasa ibunda
bangsa sendiri dapat dikekalkan secara turun-temurun. Namum begitu, penggunaan
bahasa bangsa masing-masing ini juga akan menimbulkan satu masalah yang besar
sekiranya hidup dalam kelompok yang pelbagai. Contohnya, di dalam kelas, pelajar-
pelajar cina bertutur dalam bahasa mandarin akan menyebabkan pelajar-pelajar
seperti pelajar melayu india dan siam tidak faham berkaitan dengan isi yang
diperbualkan tersebut. Hal ini besar kemungkinan akan menyebabkan prasangka atau
salah faham di antara mereka. Sehubungan itu, keadaan ini juga akan menyebabkan
pelajar-pelajar berasa tidak selesa. Oleh itu, penyesuaian budaya turun berlaku
dengan menggunakan satu bahasa perantaraan iaitu bahasa melayu dalam perbualan
harian oleh semua pelajar di dalam kelas untuk mengelakkan perselisihan faham
disebabkan bahasa yang tidak difahami. Menurut Noriati A (2013), bahasa ialah alat
atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling berkomunikasi atau
berhubungan, baik dari segi tulisan, lisan ataupun gerakan (bahasa isyarat) bertujuaan
menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada orang lain. Berdasarkan hujah ini,
penggunaan satu bahasa perantaraan sangat diperlukan supaya semua pelajar yang
berbeza kaum dapat saling berkomunikasi dengan antara satu sama lain dengan
menggunakan bahasa yang boleh difahami semua iaitu bahasa melayu. Tambahan
pula, perkara 152 Perlembangan Persekutuan juga telah memperuntukkan bahasa
Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Dengan ini, bahasa
ini telah memjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penyesuaian
budaya dengan penggunaan bahasa Melayu oleh pelajar-pelajar cina dan india
sebagai alat komunikasi ini di sekolah bukan sahaja sekadar dapat mewujubkan
perpaduan malahan sebagai lambang martabat dan keperibadian rakyat serta
kedaulatan negara.

Kepercayaan dan agama yang berbeza dalam kalangan pelajar-pelajar di


sekolah juga mendorong kepada pertembungan budaya. Di sekolah menengah saya
dahulu, terdapat pelajar yang beragama Islam, Buddha, Kristian dan Hindu. Setiap
pelajar mempunyai kepercayaan sendiri dan amalan yang harus ditaati berdasarkan
ajaran agama masing-masing. Misalnya, pelajar-pelajar Melayu yang beragama Islam
akan bersolat zohor di surau sekolah sebelum pulang atau meneruskan kelas
tambahan pada waktu petang. Selain itu, kebanyakkan pelajar yang beragama
Buddha akan memohon cuti pada Hari Wesak untuk bersembahyang sebagai tanda
peringatan 3 peristawa penting iaitu Hari Kelahiran pengasas agama Buddha
(Sidharta), Hari Sidharta mendapat ilham agung lalu menjadi Buddha dan Hari
kematian Sidharta. Berdasarkan pengalaman saya, rakan-rakan saya yang menganut
agama Kristian pula akan berdoa dengan cara mereka sendiri sebelum menjamu
selera sebagai tanda kesyukuran. Seterusnya, berdasarkan pergaulan saya dengan
pelajar-pelajar india di sekolah dahulu, saya telah mengetahui bahawa mereka yang
beragama Hindu tidak makan daging lembu kerana bagi mereka lembu merupakan
binatang suci yang dikurniakan oleh Tuhan mereka. Walaupun terdapat pelbagai
kepercayaan dan agama di sekolah, tetapi warga sekolah tetap dapat hidup bersama
kerana penyesuaian budaya yang berlaku berdasarkan beberapa proses. Pertama
sekali, penyesuaian budaya ini berlaku melalui proses pergaulan atau persahabatan
antara pelajar-pelajar yang berbeza agama di sekolah. Dengan itu, pelajar-pelajar
secara tidak langsungnya dapat mengetahui dan memahami agama-agama rakan-
rakan lain melalui perkongsian dan pergaulan harian. Contohnya, pelajar-pelajar
beragama Islam dan Hindu berkawan dan mereka memperkenalkan agama masing-
masing. Tambahan pula, proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di
sekolah juga mempunyai topik yang berkaitan dengan kepelbagaian agama di
Malaysia. Melalui pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini, murid-murid dapat
mengetahui pantang larang dan amalan harian setiap agama dengan jelas. Secara
tidak langsung, murid-murid dapat menyemaikan nilai hormat-menghormati antara
satu sama lain. Pengetahuan berkaitan dengan agama bangsa lain adalah sangat
penting untuk mengelakkan kita tidak melarang batas ajaran agama lain sehingga
menyebabkan mereka berasa tidak selesa dengan perbuatan kita.

Kepelbagaian bangsa juga mendorong wujudnya kepelbagaian adat resam.


Kepelbagaian adat resam daripada pelajar-pelajar yang berbeza bangsa ini juga
merupakan salah satu faktor berlakunya pertembungan budaya di sekolah saya
dahulu. Adat ialah kebiasaan, manakala resam ialah lembaga, peraturan ,hukum,
norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Adat resam ialah cara yang sudah
menjadi kebiasaan yang diwarisi dalam sesebuah masyarakat. (Noriati A, 2013).
Dengan kata lain, adat resam adalah sesuatu kebiasaan cara hidup yang diamalkan
oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya sesuatu
masyarakat tersebut. Pengetahuan berkaitan dengan adat-adat mesyarakat ini
didapati melalui perkongsian daripada rakan-rakan yang berlain bangsa di sekolah
dahulu. Sebagai contohnya, adat bersunat adalah salah satu adat resam masyarakat
melayu. Saya mengetahui bahawa kanak-kanak lelaki akan bersunat di usia tujuh
hingga dua belas tahun. Penyesuaian budaya yang berkaitan dengan adat resam ini
juga telah berlaku apabila sikap guru sendiri yang menitik berat terhadap kepentingan
memahami adat resam kaum lain. Guru akan memberi pendedahan berkaitan dengan
pengetahuan adat resam kaum di Malaysia semasa mengajar topik yang berkaitan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Contohnya, guru
menyalurkan informasi kepada pelajar-pelajar mengenai adat resam masyarakat india
bahawa masyarakat india akan mengadakan agat valaikaapu yang mana wanita
hamil akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baharu demi kesejahteraan sewaktu
kandungan sulung.. Berdasarkan pengalaman saya di sekolah menengah dahulu,
persatuan Bahasa Cina sering sekali mengadakan pameran berkaitan dengan adat
resam kaum Cina sempena hari kokurikulum sekolah. Pameran-pameran tersebut
termasuklah pameran adat resam kelahiran, perkhawinan dan kematian kaum cina.
Salah satu contoh adat resam masyarakat cina adalah tidak membenarkan ibu
mengandung melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir
akan mengalami kecacatan. Dengan adanya pendedahan maklumat-maklumat dan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan adat resam masyarakat Malaysia yang
dijalankan di sekolah, bukan sahaja dapat membantu murid-murid dalam proses
penyesuaian budaya, malahan juga dapat memupuk nilai bersifat sejagat atau
universal seperti nilai hormat-menghormati. Dengan itu, pelajar-pelajar di sekolah
akan menamankan sifat menghormati kaum-kaum lain demi sejahteraan hidup semua
masyarakat.

Seperti yang kita sekian maklum, negara kita terkenal dengan keunikan
kesenian yang pelbagai kerana mempunyai kaum berbilang bangsa. Begitu juga
dengan situasi yang berlaku di sekolah saya dahulu. Proses pertembungan budaya
juga berlaku apabila kewujudan seni budaya yang unik daripada pelajar yang berlain
bangsa. Keunikan karya seni masyarakat dapat dilihat pada corak-corak atau lukisan
pada pakaian tradisional bangsa masing-masing. Berdasarkan pengalaman saya di
sekolah menengah dahulu, guru mengalakkan pelajar-pelajar berpakaian trasional
sama ada memakai pakaian tradisional sendiri atau kaum lain sempenan sambutan
Hari Kemerdekaan peringkat sekolah. Pada hari tersebut, semua warga sekolah akan
berpakaian tradisional yang dapat melambangkan perpaduaan dalam kalangan warga
sekolah. Persembahan tarian tradisional juga akan diadakan pada hari sambuatan
tersebut. Misalnya, tarian joget daripada pelajar melayu, tarian kipas daripada pelajar
cina dan lain-lain. Melalui aktiviti ini, pelajar-pelajar dapat mengenali keunikan seni
budaya kaum-kaum lain selain kaum sendiri. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar
juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Di samping itu,
penyesuaian budaya juga berlaku dengan adanya kelab seni dan budaya di sekolah
saya dahulu. Penubuhan kelab ini sebagai salah satu kelab aktiviti kokurikulum
merupakan satu pilihan yang bijak dan tepat untuk memberi peluang kepada pelajar-
pelajar mengenali keunikan seni budaya masyarakat di Malaysia terutamanya seni
budaya kaum-kaum lain yang mungkin tidak diketahui. Sebagai contohnya, ahli-ahli
kelab seni dan budaya di sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum akan
mempelajari tarian tradisional setiap kaum di Malaysia. Hasil penyesuaian dapat dilihat
apabila terdapat pelajar kelab tersebut yang berbangsa cina, india dan siam
mempersembahkan tarian joget bersama-sama dengan pelajar-pelajar melayu
sempena sambutan hari guru. Sehubungan itu, penyesuaian budaya dari segi aspek
kesenian juga berlaku menerusi pendedahan yang diberi oleh guru Pendidikan Seni
Visual. Sebagai contoh, saya mempunyai pengalaman melukis batik dan membuat
kraf tangan tanglung dengan menggunakan ang pau dalam kelas mata pelajaran Seni
Visual. Hail kerja hand on ini telah memberi satu pengalaman sebenar kepada
pelajar-pelajar dalam menghasilkan karya seni pelbagai bangsa yang terdapat di
Malaysia. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar juga berpeluang memperkenalkan
kesenian kaum sendiri serta mengenali dan mengetahui keunikan kesenian kaum lain.
Secara amnya. persekitaran pembelajaran di sekolah menengah saya dahulu
adalah selesa dengan suasana yang ceria, kemudahan-kemudahan yang mencukupi
serta warga sekolah yang saling menghormati walaupun mempunyai pelbagai kaum
dan agama. Secara khususnya pula, persekitaran di bilik darjah juga dapat
menyumbang kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya.
Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya wujud apabila guru-guru menitik berat isi
pembelajaran yang berkaitan dengan budaya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya, subjek pendidikan moral tidak diabaikan oleh guru-guru Hal
ini demikian kerana mata pelajaran ini merupakan salah satu subjek yang mempunyai
banyak ini pengetahuan yang berkaitan dengan budaya masyarakat di Malaysia.
Dalam Pendidikan Seni Visual pula, guru memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar
untuk melatihan atau mempraktis karya seni yang ada di negara kita, misalnya melukis
batik. Dalam aspek kekuatan (streangth), sikap guru yang menitik berat dalam
pendedahan pengetahuan budaya merupakan satu langkah yang betul untuk
mewujubkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. Hal ini
penting kerana melalui penekanan terhadap kepentingan pengetahuan tentang
budaya setiap bangsa membolehkan pelajar-pelajar mengetahui dan mengenali
budaya-budaya kaum lain denga lebih jelas. Dengan cara ini, murid- murid juga akan
tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga berkaitan
dengan ilmu pengetahuan. Mereka akan lebih menghargai budaya mereka dan dapat
berfikir secara logik. Sehubungan itu, guru secara tidak langsungnya juga akan
menekankan kepentingan mengetahui dan mengenali budaya kaum lain serta
menyeru pelajar-pelajar untuk menghormati budaya-budaya kaum lain sebagaimana
kita mengharapkan kaum lain menghormati budaya kaum sendiri. Secara tidak
langsung, nilai saling menghormati juga akan dapat ditanamkan dalam setiap pelajar-
pelajar di dalam kelas tersebut.

Walaupun guru di sekolah menengah saya dahulu menekankan isi


pembelajaran yang berkaitan dengan budaya masyarakat di Malaysia, namum masih
mempunyai kelemahan-kelemahan (weakness) serta menjadi kekangan dalam
membentuk persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya.
Kelemahan yang dimaksudkan ialah pelajar-pelajar masih lebih gemar membentuk
kumpulan mengikut bangsa masing-masing semasa menjalankan aktiviti proses
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pelajar cina suka berkumpulan dengan
rakan-rakan yang berbangsa cina, pelajar melayu gemar berkumpulan dengan rakan-
rakan yang berbangsa melayu dan begitu juga dengan pelajar bangsa lain-lain. Pada
pendapat saya, pelajar-pelajar bertindak demikian bukan kerana mereka tidak suka
akan bangsa tetapi mungkin bagi mereka membentuk kumpulan dengan bangsa yang
sama lebih mudah dalam berkomunikasi semasa menjalankan perbincangan. Mereka
berasa lebih seleasa dan mudah sekiranya bertutur dalam bahasa ibunda masing-
masing. Secara ringkasnya, sikap pelajar-pelajar yang suka membentuk kumpulan
dalam kelompok sendiri ini menjadi satu kelemahan persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya di sekolah saya sedangkan guru sangat menekankan pengetahuan
budaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran bilik darjah mesra


budaya yang wujub di sekolah menengah, ia telah memberi peluang (oppurtunity)
kepada pelajar-pelajar untuk memperkenalkan budaya-budaya sendiri dan mengenali
budaya-budaya kaum lain. Selain itu, pelajar-pelajar juga akan berasa bangga dengan
keunikan budaya masing-masing semasa membuat perkenalan budaya sendiri
kepada rakan-rakan yang berbangsa lain. Pada masa yang sama, pelajar-pelajar juga
dapat mengetahui rasional mengenali budaya, adat resam dan kepercayaan kaum lain
adalah untuk mewujubkan masyarakat yang saling memahami dan menghormati
antara satu sama demi kesejahteraan hidup bersama.

Setiap kelemahan perlu mempunyai cara penambahbaikan untuk


mengatasinya. Seperti yang sedia maklum, kelemahan berkaitan dengan persekitaran
mesra budaya yang dialami di sekolah menengah saya dahulu ialah pelajar-pelajar
suka membentuk kumpulan mengikut bangsa yang sama. Dengan itu, guru harus
memainkan peranan dalam mengatasi kelemahan ini. Guru boleh menggunakan
kaedah pembelajaran koperatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
boleh membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan yang kecil. Setiap
kumpulan harus terdiri daripada pelajar yang pelbagai bangsa. Sebaliknya, guru tidak
seharusnya memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk membentuk kumpulan
sendiri untuk mewujubkan persekitaran mesra budaya. Menurut Noriati A (2013), guru
perlu sentiasa mengambil kira faktor perbezaan budaya dalam kalangan pelajar-
pelajar di dalam bilik darjah dalam merancang dan mengurus pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan pelajar daripada kelompok etnik yang berbeza-beza
menerima peluang pembelajaran yang sama. Antara tindakan guru dalam hal ini
adalah memilih pelajar daripada pelbagai etnik untuk aktiviti kumpulan. Tindakan ini
juga dapat mengalakkan perkongsian idea, pandangan dan pendapat daripada semua
pelajar tanpa mengira bangsa dan agama. Kaedah pembelajaran koperatif yang
membolehkan pembelajaran dalam bentuk kumpulan ini secara tidak langsung juga
dapat mengeratkan hubungan pelajar antara satu sama lain walaupun mereka berlain
bangsa. Peranan guru yang hanya sebagai pembimbing dan dorongan kepada peljar-
pelajar. Perbincangan secara bebas dalam kumpulan ini juga dapat memberi peluang
kepada semua pelajar-pelajar untuk mengeluarkan pemikiran mereka tanpa berasa
tersekat atau beban. Tegasnya, dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
dalam pembelajari isi pembelajaran berkaitan dengan budaya di Malaysia akan lebih
berkesan dan seterusnya menyumbang kepada persekitaran pengajaran dan
pembelajaran yang mesra budaya.

Kesimpulannya, proses pertembungan proses pertembungan budaya berlaku


apabila wujubnya pelbagai bangsa yang mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan,
adat resam serta kesenian budaya yang berbeza dalam satu kelompok masyarakat.
Penyesuaian budaya pula berlaku apabila bangsa-bangsa yang berbeza dapat
mengamalkan sikap tolak ansur, saling memahami dan menghormati antara satu
sama lain demi kesejahteraan hidup sejagat. Seterusnya, persekitaran pengajaran
dan pembelajaran yang mesra budaya perlu diwujubkan di dalam bilik darjah supaya
pelajar-pelajar dapat belajar dengan selesa. Persekitaran pengajaran da
pembelajaran yang mesra budaya juga membolehkan pelajar merasai dirinya
dihormati dan secara tidak lansung hubungan guru dan murid atau murid dan murid di
dalam sesebuah bilik darjah juga akan lebih erat.

Anda mungkin juga menyukai