Anda di halaman 1dari 2

TABIK HORMAT PANDU PUTERI

Hormat atau tabik Pandu Puteriadalah perlakuan menerusi


isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-
pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua, dan juga
sesama ahli kumpulan.
Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar
dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi.
Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh
Pandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalam
acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan.

Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut:


1. Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan orang-orang
kenamaan di dalam upacara yang kepanduan.
2. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan.
3. Upacara mengibarkan bendera.

Cara memberikan hormat adalah seperti berikut:


1. Tiga jari tangan kanan ditegakkan.
2. Ibu jari diletakkan di atas jari
kelengkeng yang dibengkokkan.
3. Tangan di angkat sehingga sama tinggi
dengan dahi.
4. Sebaik sahaja dapat hormat balas,
tangan dijatuhkan dan pandu puteri
bolehlah bergerak dari situ.
ISYARAT PANDU PUTERI
Pada dasarnya, Isyarat Pandu Puteri adalah sama
dengan Hormat Pandu Puteri. Yang berbeza ialah
kegunaan dan kedudukan tangan.
Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu
diterima menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa Pandu
Puteri membaharui ikrar.Dalam kedua-dua keadaan ini
Isyarat Pandu Puteri dilakukan.
Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan
rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri
khususnya, dan dunia amnya.

Caranya adalah seperti berikut:


1. Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia.
2. Tangan kanan dinaikkan ke atas bahu dan tangan kiri
dirapatkan terus ke badan.
3. Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat Pandu
Puteri.
4. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm
dari telinga kanan.