Anda di halaman 1dari 5

Sebab Keluk Kos Purata Berbentuk U

1. Bentuk keluk SAC dipengaruhi oleh hukum pulangan


berkurangan

2. Hukum ini menyatakan bahawa apabila input berubah (buruh)


ditambah secara terus-menerus ke atas input tetap (tanah),
maka jumlah keluaran akan bertambah dengan cepat,
kemudianya semakin perlahan, dan akhirnya jumlah keluaran
akan merosot.
3. Sebelum tingkat ooutput Q0, SAC sedang merosot kerana
keluaran sut input berubah masih positif, iaitu tambahan input
berubah menaikkan jumlah keluaran.

4. Pada tingkat output Q0, SAC mencapai titik minimum kerana jumlah keluaran adalah maksimum atau keluaran sut
input berubah menjadi 0.

5. Selepas tingkat output, Q0 SAC meningkat kerana tambahan input berubah menurunkan jumlah keluaran, iaitu
keluaran sut input berubah adalah negatif.

PERBENTUKAN KELUK KOS PURATA JANGKA PANJANG (LAC)

Saiz loji firma diwakili oleh keluk SAC. Andaikan firma mempunyai 3 saiz loji yang berbeza, iaitu SAC1, SAC2 dan
SAC3.
Andaikan firma ingin menghasilkan tingkat keluaran Q1, firma akan memilih saiz loji SAC1 kerana kos
purata SAC1 pada titik B lebih rendah berbanding dengan saiz loji SAC2 pada titik A (C2<C3).
Oleh itu, bagi tingkat keluaran yang kurang daripada Q2, firma akan memilih loji SAC1 untuk meminimumkan kos
pengeluaran.
Sekiranya firma ingin mengeluarknan tingkat keluaran Q2, saiz loji SAC1 bersilang dengan SAC2 di titik C.
Ini bermakna firma boleh memilih loji SAC1 atau SAC2 kerana kos puratanya adalah sama.
Walaubagaimanapun firma perlu memilih loji SAC2 kerana loji SAC2 beroperasi dalam keadaan kos yang
berkurangan.
Pada tingkat keluaran Q3, saiz loji SAC2 dan SAC3 bersilang di titik D dengan kos purata yang sama, iaitu
sebanyak C1.
Oleh itu, firma boleh menggunakan saiz loji SAC2 atau SAC3.
Bagi tingkat keluaran antara Q2 dan Q3, loji SAC2 akan dipilih kerana menghasilkan kos purata yang lebih
rendah. Ini ditunjukkan oleh keluk SAC2 yang berada di bawah SAC1.
Jika tingkat output melebihi Q3, misalnya Q4, saiz loji SAC3 dipilih kerana kos puratanya hanya C0 (titik F)
berbanding dengan C2 (titik E) yang lebih tinggi.
Kesimpulanya sambungan titik-titik BCDF akan membentuk keluk LAC. Dapat disimpulkan juga keluk LAC terdiri
daripada bahagian keluk SAC yang dapat meminimumkan kosnya pada pelbagai tingkat output.

KELUK KOS PURATA JANGKA PANJANG (LAC)

Dalam keadaan sebenar, firma mempunyai banyak saiz loji. Ini bermakna pada setiap tingkat keluaran tertentu,
firma mempunyai satu saiz loji yang memberikan tingkat kos purata yang terendah,
Apabila semua saiz loji ini disusun dan disambungkan, maka terbentuklah keluk kos purata jangka
panjang (LAC).
Rajah diatas menunjukkan keluk LAC terbentuk daripada sambungan titik-titik kos purata jangka pendek (SAC)
yang memberi kos per unit terendah pada pelbagai tingkat output.
Keluk ini juga disebut sebagai keluk kandung.
Keluk LAC dipengaruhi oleh ekonomi bidangan dalaman (sebelum Q) dan disekonomi bidangan dalaman (selepas
Q).
Keluk SAC pula disebabkan oleh hukum pulangan berkurangan.

EKONOMI BIDANGAN DAN DISEKONOMI BIDANGAN


Ekonomi Bidangan
Pertambahan kecekapan atau faedah yang dinikmati oleh sesebuah firma,
Menyebabkan kos purata jangka panjangnya menurun,
Hasil daripada pengeluaran secara besar-besaran atau perkembangan industri secara keseluruhan.
Terbahagi kepada ekonomi bidangan dalaman dan ekonomi bidangan luaran.
Disekonomi Bidangan
Kemerosotan kecekapan atau masalah yang dihadapi oleh sesebuah firma,
Menyebabkan kos purata jangka panjang meningkat,
Hasil daripada pengeluaran secara besar-besaran atau perkembangan industri keseluruhan.
Terbahagi kepada disekonomi bidangan dalaman dan disekonomi bidangan luaran.

PUNCA EKONOMI BIDANGAN DALAMAN


Ekonomi Pengkhususan
Apablia firma mengeluarkan output secara besar-besaran,
Firma dapat mengadakan pembahagian kerja dan pengkhususan,
Ini akan meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran pekerja.
Maka kos purata semakin rendah apabila tingkat output bertambah.
Ekonomi Pengurusan
Perkembangan firma akan meningkatkan kecekapan pengurus dan melicinkan pentadbiran serta pengeluaran.
Kos perunit pengurus atau kos purta semakin merosot apabila tingkat output berkembang.
Bilangan pengurus yang sama akan diarah untuk menjalankan kerja pentadbiran pengeluaran yang semakin
banyak.
Ekonomi kewangan
Firma besar memperoleh pinjaman dari bank dengan kadar bunga yang lebih rendah dan tempoh pinjaman yang
lebih panjang berbanding dengan firma kecil.
Ini bermakna kos meminjam firma adalah rendah dan ini memudahkan firma untuk menambahkan modal bagi
memperkembangkan outputnya.
Ekonomi Pemasaran
Firma yang beroperasi secara besar-besaran akan membeli bahan mentah secara pukal dengan harga yang lebih
murah.
Firma mampu menanggung kos pengiklanan kerana apabila output meningkat,
Maka kos puratanya semakin merosot.
Ekonomi Teknikal
Firma besar menggunakan mesin dan peralatan secara ekonomi berbanding dengan firma kecil.
Dengan pengeluaran tingkat output yang besar, mesin-mesin akan digunakan dengan kapasiti sepenuhnya.
Firma besar juga mampu membeli mesin-mesin moden yang mempunyai kelebihan teknik daripada mesin kecil
dan lama.
Ini seterusnya akan meningkatkan daya pengeluaran dan menjimatkan kos.

PUNCA EKONOMI BIDANGAN LUARAN


Ekonomi Pemusatan
Apabila firma-firma yang menghasilkan keluaran yang sama jenis atau keluaran yang berbeza ditempatkan di
suatu kawasan, kawasan ini berkembang menjadi kawasan perindustrial.
Maka firma yang terdapat di kawasan ini akan menikmati pelbagai faedah daripada ekonomi penempatan.
Kemudahan Infrastruktur
Kawasan perindustrian akan dibekalkan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air.
Firma-firma yang ditempatkan di kawasan ini tidak perlu menyediakan kemudahan-kemudahan ini.
Hal ini menjimatkan kos pengeluaran firma.
Bekalan Tenaga Buruh
Bekalan tenaga buruh senang diperoleh di kawasan perindustrian.
Hal ini demikian kerana ramai pekerja akan berhijrah ke sekitar kawasan perindustrian.
Kaedaan ini menyebabkan kos pengrekkrutan pekerja menjadi rendah.
Di samping itu, pembangunan yang pesat di sesuatu kawasan perindustrian akan menggalakkan lebih banyak
pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan dengan perindustrian seperti kejuruteraan, perniagaan,
dan ICT.
Keadaan ini membolehkan firma menjimatkan kos latihan pekerja keranan kursus dan latihan terknikal.
Kewangan
Perkembangan pusat perindustrian akan disokong oleh perkhidmatan kewangan seperti bank perdagangan dan
bank saudagar.
Institusi perbankan ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti pinjaman kadar bunga yang menarik kepada
firma.
Teknologi dan Maklumat
Apabila sesebuah firma berjaya menemui kaedah keluaran baru atau mampu meningkatkan mutu keluaran R&D,
hasil kejayaan tersebut akan disebarkan melalui media.
Keadaan ini membolehkan firma-firma yang lain dalam industri menikmati hasil penumuan R&D tersebut.
Oleh itu, sesebuah firma akan menikmati ekonomi bidangan luaran kerana firma tersebut dapat menurunkan
kos per unit output akibat penjimatan kos penyelidikan di samping meningkatkan daya pengeluaran.
Ekonomi Integrasi
Firma-firma dalam industri digabungkan secara menegak atau mendatar untuk menikmati ekonomi bidangan.
Integrasi menegak berlaku apabila firma-firma yang menghasilkan keluaran yang berlainan tetapi berkait rapat,
bergabung untuk membentuk satu rangkaian keluaran yang lengkap.
Integrasi mendatar wujud apabila firma-firma yang menjalankan aktiviti yang sama atau menghasilkan keluaran
pengganti, bergabung untuk meningkatkan daya bersaing. Integrasi sedemikian membolehkan firma
berkembang dengan lebih cepat dan tingkat keluaran dapat dikeluarkan secara besar-besaran.

PUNCA DISEKONOMI BIDANGAN DALAMAN
Disekonomi Pengkhususan
Pengkhususan pekerja akan menimbukan kelemahan kerana melakukan sesuatu pekerjaan yang sama secara
berulang-ulang akan menjemukan pekerja.
Setiap pekerja hanya melakukan sebahagian kecil kerja dalam menghasilkan sesuatu keluaran.
Ini akan menyebabkan kekurangan kepuasan kerja dan menyebabkan prestasi pekerja terjejas dan merugikan
firma.
Disekonomi Pengurusan
Apabila firma terus berkembang sehingga mencapai satu tahap, ia akan merumitkan hal-hal pengurusan dan
pentadbiran.
Seseorang pengurus tidak lagi berupaya mengawal sejumlah kakitangan yang terlalu ramai.
Kawalan firma menjadi semakin tidak cekap dan menjejaskan kualiti keluaran.
Disekonomi Pemasaran
Apabila firma terus berkembang, tingkat keluaran terus meningkat dan ini akan membawa masalah pemasaran.
Ketidakcekapan dalam penyelarasan antara jabatan dalam organisasi menyebabkan aktiviti pemasaran terjejas.
Aktiviti pengiklanan yang berkesan sukar dirancang apabila tingkat keluaran terlalu banyak.
Ini menyebabkan sasaran pengiklanan kepada kumpulan pelanggan yang tepat menjadi semakin rumit.
Disekonomi Teknikal
Peralatan kilang akan mengalami kerosakan atau kehausan apabila terus digunakan.
Kos pengeluaran meningkat apabila perbelanjaan pembelian peralatan baru demi menggantikan yang rosak.
Ini bermakna, peningkatan tingkat keluaran turut menaikkan jumlah kos pengeluaran firma.