Anda di halaman 1dari 7

SULIT

PUSTAKA INTELEK GUA MUSANG


KELANTAN DARUL NAIM

MODEL UJIAN RAMALAN UPSR 2017


SET DUA

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011


Bahagian B

Untuk Kegunaan Pemeriksa


JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU Kod Pemeriksa:
Nombor Soalan Markah

1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil (a)


kelahiran dan angka giliran kamu pada petak yang 21 (b)
disediakan. (c)
22
2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan
yang disediakan dalam kertas soalan ini. (a)
23 (b)
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang (c)
jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada (a)
akhir peperiksaan.
4.

24 (b)
(c)
(a)
(b)
25
(c)
(d)
Jumlah 30

Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

[Lihat halaman sebelah


011 2017 Hak Cipta Pustaka Intelek Gua Musang SULIT
SULIT 2 011

Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21

(a) Tandakan ( ) bagi kata majmuk yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) __________ penonton di Stadium Bukit Jalil itu bergema apabila pasukan Malaysia
berjaya menjaringkan gol kemenangan.
Haru-biru ( ) Sorak-sorai ( ) Kacau-bilau ( )

(ii) Datuk tidak dapat mendengar dengan jelas kerana __________ telinga datuk telah
mengalami masalah sejak setahun yang lalu.
lelangit ( ) rerongga ( ) gegendang ( )
[2 markah]

(b) Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripada telah
ditunjukkan sebagai contoh.

(i) Pak Johan menggunakan teras pokok nangka untuk membuat


________ sarung parang.

(ii) Ibu ________ kerana abang Haikal suka menonton


menghidap
televisyen hingga larut malam.

(iii) Pemuda yang ________ demam denggi berdarah itu


membebel
masih dirawat di Hospital Daerah Kulim.

(iv) Nur Hasni bersalam-salaman dengan kedua-dua ibu


bapanya sambil ________ tangan mereka. mencium

[2 markah]

(c) Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

(i) Semasa berkunjung ke Zoo Negara, kami terhibur melihat (gelagat, perangai, lakonan)
ikan lumba-lumba bermain bola.

(ii) Anak-anak ayam kampung itu lari bertempiaran apabila seekor helang putih tiba-tiba
muncul dan (meragut, menerkam, menyambar) dari udara.
[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 2017 Hak Cipta Pustaka Intelek Gua Musang SULIT
SULIT 3 011

Soalan 22

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

dihiasi aktiviti bermalam kemerduan


terbaik kenduri direhatkan berkeluarga
terletak dinaungi mendirikan kesyahduan

Hutan Lipur Kuala Woh __________ di Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan. Bandar

yang paling hampir ialah pekan Tapah. Hutan Lipur ini sangat sesuai sekali untuk __________

perkhemahan keluarga. Di samping beriadah sambil __________ kehijauan hutan semula jadi

yang berusia ratusan tahun, kita juga dapat menikmati __________ bunyi siulan unggas yang

amat mendamaikan. Jika ingin melakukan aktiviti perkhemahan __________ di hutan lipur ini,

kita boleh terus berhubung dengan pegawai Pejabat PERHILITAN Daerah Batang Padang. Bagi

tujuan tempahan tapak perkhemahan tersebut, kita bolehlah berurusan di pejabat berkenaan yang

terletak di pekan Tapah.


[5 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 2017 Hak Cipta Pustaka Intelek Gua Musang SULIT
SULIT 4 011

Soalan 23

Baca catatan dan maklumat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
menggunakan ayat yang lengkap.

Kalau sudah makan, jawabnya boleh naikkan kalori. Ada beberapa jenis buah-buahan yang
memang tinggi kalori seperti pisang. Sebab itulah ada atlet sukan yang ambil pisang sebelum
perlawanan. Rafael Nadal pernah makan pisang semasa rehat, ini kerana nak tambah tenaga
untuk menghadapi perlawanan tenis yang sengit. Jadi kalau nak diet, kena pandai mengira kalori
dan ambil kalori yang rendah. Paling baik ambil banyak serat, bak kata Kevin Zahri, serat buat
kita rasa kenyang malahan serat pula mengandungi kalori yang rendah. Di bawah ini beberapa
jenis makanan dan kandungan kalori di dalam makanan sebagai panduan dan rujukan.

JENIS MAKANAN KADAR / SUKATAN JUMLAH KALORI


Kasui Berkelapa Parut sepotong 160 kalori
Kuih Lapis Tepung Gandum sepotong 130 kalori
Nasi Lemak Kukus sepinggan 075 kalori
Bubur Kacang Hijau semangkuk 100 kalori
Ikan Kembong Kari Berkuah seekor 085 kalori
Ikan Kembong Goreng Tepung seekor 150 kalori
Sambal Udang Masak Merah semangkuk 150 kalori
Sambal Sotong Masak Merah semangkuk 120 kalori

(a) Apakah pendapat kamu tentang ikan kembong yang dimasak kari dengan yang digoreng?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Jika kamu makan semangkuk bubur kacang dan sepotong kuih lapis, jumlah kalori ialah
230 kalori.
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Berapakah jumlah kalori? Jika emak bersarapan sepinggan nasi lemak kukus sambal udang
dan ayah pula makan nasi lemak kukus sambal sotong serta seekor ikan kembong.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 2017 Hak Cipta Pustaka Intelek Gua Musang SULIT
SULIT 5 011

Soalan 24

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Salah satu aspek penting dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlu mengambil makanan
dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan kita. Pengawalan
pemakanan sebegini akan menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan
mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti riadah terutamanya aktiviti senaman dan berjoging
yang mampu menyihatkan fizikal dan mental seseorang. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika
seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam kehidupan sehariannya.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak
cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu masalah yang dialaminya.
Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir dengan lebih efektif. Justeru, pemakanan
seimbang menjadikan aspek mental seseorang itu lebih stabil dan berdaya tahan.
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana kepentingannya sudah jelas dan
nyata. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan
positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah
sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah. Ketika itu mungkin
sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahan. Tepuk dada tanya selera.

(a) Apakah aktiviti yang mampu serta boleh menyihatkan jasmani dan rohani sesorang itu?

_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah.

Pemakanan seimbang menjadikan mental seseorang itu bijaksana


dan pintar dalam semua perkara.

Pemakanan seimbang ialah pengambilan makanan dalam kuantiti


yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan.
[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, apakah kebaikan makanan seimbang kepada masyarakat dan negara?

_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 2017 Hak Cipta Pustaka Intelek Gua Musang SULIT
SULIT 6 011

Soalan 25

Baca maklumat dan jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
menggunakan ayat yang lengkap.

Rakyat Malaysia tidak terlalu cerewet dalam memilih kereta. Secara umumnya, model-model
kereta yang dipasarkan di negara kita, ada sahaja pengemarnya. Antara jenis kereta yang paling
digemari dan menjadi pilihan para pelanggan. Kereta yang digemari serta laris dijual biasanya
mempunyai ciri-ciri berikut, antara ciri-ciri kereta pilihan adalah seperti harganya mampu milik.
Praktikal serta mudah digunakan untuk apa-apa jua tujuan oleh semua peringkat usia dan status.
Ekonomi iaitu jimat penggunaan bahan api. Jenama yang diyakini. Berkualiti dan berstail. Mutu
servis lepas jualan. Rendah kos penyelengaraan dan alat ganti serta harga jualan semula yang
tinggi. Dalam pada itu, harganya pula di bawah seratus ribu Ringgit Malaysia.
Reka bentuk, teknologi, kuasa enjin, eksesori dan tahap keselamatan dilihat hanya hebat
menjadi bualan serta kritikan tetapi semua ini tidak membawa pengaruh yang agak besar kepada
pilihan para pembeli. Aksesori hebat itu hanya mempengaruhi pembeli yang membeli kereta
pada harga seratus ribu Ringgit Malaysia ke atas sahaja.
Mari kita lihat statistik bagi jenama dan pengeluar kenderaan yang paling laris jualannya
kenderaan yang dipasarkan di negara kita. Berikut adalah top ten, sepuluh terbaik bagi jenama
serta pengeluar kenderaan yang menjadi pilihan pembeli serta paling laris jualannya di Malaysia
sepanjang tahun 2016.

KEDUDUKAN JENAMA JUMLAH JUALAN


TEMPAT KENDERAAN (Sehingga September 2016)

1 Perodua 150,889 unit


2 Honda 63,262 unit
3 Proton 50,091 unit
4 Toyota 44,520 unit
5 Nissan 30,398 unit
6 Mazda 10,084 unit
7 Isuzu 9,214 unit
8 Mercedes Benz 9,194 unit
9 Mitsubishi 7,356 unit
10 BMW 6,295 unit
* (Carta akan dikemaskini mengikut jumlah jualan dari semasa ke semasa)

Jelas sekali Perodua begitu unggul menguasai pasaran kereta baharu di Malaysia. Honda
pula semakin mendapat tempat di hati pengguna kereta sehingga berjaya memintas Proton untuk
berada di tempat kedua. Jumlah jualan kereta mewah Mercedes Benz dan BMW pula sangat
memberangsangkan. Adakah ini bermakna semakin banyak orang kaya di Malaysia?

[Lihat halaman sebelah


011 2017 Hak Cipta Pustaka Intelek Gua Musang SULIT
SULIT 7 011

(a) Perodua dan Proton merupakan dua buah Syarikat Otomobil Nasional, kedua-dua syarikat
ini berjaya menjual kenderaan sebanyak
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Perbezaan jumlah jualan kenderaan bagi tempat kelima dengan tempat kesepuluh sebanyak
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Dua jenama kereta mewah yang berjaya menambat hati pengguna kereta di Malaysia ialah
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(d) Sekiranya kamu pengkaji kenderaan paling laris di Malaysia, apakah ramalan kenderaan
yang berada di kedudukan kesebelas dan mengapakah kamu memilih kenderaan itu?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


011 2017 Hak Cipta Pustaka Intelek Gua Musang SULIT

Anda mungkin juga menyukai