Anda di halaman 1dari 16

Masalah Berita Palsu

1. Pendahuluan

Masalah berita palsu bukanlah satu masalah kecil. Ia menjadi masalah besar apabila

ada individu tertentu yang menyebarkan untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Ia juga

satu masalah besar apabila terdapat sebilangan besar kelompok masyarakat menerima

dan mempercayai berita-berita palsu tanpa banyak menyoal. Lebih mengecewakan

apabila masyarakat bersikap acuh tak acuh dan tidak berminat untuk menyemak

terlebih dahulu kesahihan sesebuah berita sebelum ia disebarkan. Daripada merujuk

berita-berita tersebut dengan mereka yang berautoriti, mereka memilih untuk berkongsi

berita-berita berkenaan dengan rakan-rakan mereka. Itu sebabnya, kita sering kali

terdengar pihak-pihak tertentu yang tampil mengadu mereka ditipu, mereka dihina di

media sosial dan mereka difitnah dan sebagainya. Persoalannya, adakah mereka

sudah menyemak kesahihan berita yang diterima sebelum memberikan reaksi?

Pengguna media sosial kita nampaknya mudah dipengaruhi oleh berita-berita yang

sensasi. Terbaca sahaja tajuk artikel yang sensasi, dengan lantas berita tersebut akan

dikongsi kepada rakan-rakan lain. Akan tetapi, apakah pengguna sudah membaca

keseluruhan artikel yang diterima itu dan mesej sebenarnya yang ingin disampaikan?

Kebarangkalian tindakan itu dibuat adalah tiada. Maka, mereka ini boleh disifatkan

sebagai naf, mudah percaya dan adakalanya menggunakan emosi apabila berfikir

sedangkan ini tidak sepatutnya diamalkan. Perkembangan ini sebenarnya amat

membimbangkan kita semua.


2. Penyebaran berita palsu

Datuk Seri Najib Razak berkata pengamal media arus perdana perlu bertindak tangkas

dalam menghadapi atau menangani berita palsu yang disebar menerusi dalam talian.

Perdana Menteri berkata, kebanyakan berita palsu berkenaan memang telah dirancang

untuk menimbulkan kekeliruan atau kebencian rakyat terhadap kerajaan. Beliau

berkata, media arus perdana turut berdepan fitnah dan berita palsu terutama daripada

media alternatif yang banyak mempengaruhi rakyat terutama golongan muda.

"Kerajaan tidak pernah lupa jasa pengamal media terutama wartawan wanita yang telah

memainkan peranan membangunkan negara bagi meningkatkan kesedaran

pemahaman lebih baik mengenai dasar-dasar dilakukan kerajaan, agenda

pembangunan dan langkah dan keputusan dibuat kerajaan. "Kadang-kadang kenyataan

dibuat pemimpin termasuk kenyataan saya disalahertikan dan dikilas untuk

mengelirukan rakyat. Terutama apabila saya bercakap dengan Presiden Amerika

Syarikat, Donald Trump di White House, baru-baru ini, saya beritahu: "I come here to

strengthen the US economy'.

Satu tinjauan terhadap 2,000 warga Kenya yang dilakukan melalui pemesejan telefon

bimbit mendapati sembilan daripada setiap 10 responden melihat berita palsu dan

separuh daripada pengguna mendapat berita menerusi media sosial, menurut satu

kajian oleh Geopoll and Portland Communications bulan lepas. "Berita palsu semakin

menjadi masalah besar di Kenya," kata Alphonce Shiundu, editor Afrika Check sebuah

organisasi yang berusaha meningkatkan pemeriksaan fakta dan mengumpulkan berita

di benua itu. "Dari pelbagai perkara yang kita lihat dalam talian, di Facebook,

WhatsApp, Twitter, dan laman web yang meniru laman berita sebenar, kami mendapati
gambaran bahawa terdapat banyak kandungan palsu mengenai pilihan raya," kata

Shiundu. Tujuh juta pengguna Facebook di Kenya akan melihat alat baharu ini untuk

membantu mereka menilai kandungan dipaparkan dengan jelas ketika mereka log

masuk. Pengguna akan dibawa kepada halaman dengan tips mengenai bagaimana

untuk melihat berita palsu, termasuk menyemak alamat dan sumber web serta mencari

laporan lain mengenai topik itu, kata Facebook dalam satu kenyataan.

3. Proses pembentukan Dasar melalui penyebaran berita palsu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah ditubuhkan menurut

Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 sebagai badan pengawal

selia bagi industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Pada masa yang sama, Akta

Komunikasi dan Multimedia 1998 turut digubal dan diluluskan untuk memenuhi

keperluan pengawalseliaan industri penumpuan komunikasi dan multimedia yang

semakin berkembang.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengetengahkan prinsip asas ketelusan dan

kejelasan, menggalakkan persaingan dan kawal selia kendiri, fleksibiliti dan cenderung

ke arah peraturan prinsip umum. Akta ini bertujuan untuk menyediakan satu set

peruntukan pengawalseliaan yang berdasarkan definisi generik pasaran dan aktiviti

industri komunikasi dan multimedia.

Selain daripada Akta Komunikasi dan Multimedia, SKMM turut mengambil alih

pengawalseliaan perkhidmatan pos pada 1 November 2002. Pada hari yang sama, ia

juga telah dilantik sebagai badan yang berfungsi untuk mengawasi dan menyelia aktiviti

pihak berkuasa pemerakuan di bawah Akta Tandatangan Digital 1997. Selanjutnya,


SKMM juga turut diberikan kuasa di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 untuk

mengeluarkan permit bagi barang dalam kategori 4 dan 5 seperti mana yang

dinyatakan di dalam Perintah Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010.

MCMC ingin menjelaskan kepada orang ramai bahawa perbualan dalam mana-mana

kumpulan aplikasi pesanan seperti Whatsapp, Wechat, Viber, Telegram dan

sebagainya adalah bersifat persendirian. Siasatan hanya akan dijalankan jika terdapat

aduan terhadap kandungan yang disebarkan dalam kumpulan tersebut. Justeru, orang

ramai, sama ada pentadbir atau ahli kumpulan, perlu berwaspada dalam menyebarkan

maklumat dalam kumpulan masing-masing supaya tidak terjadi kes penyebaran

maklumat palsu.

Penyebaran maklumat palsu adalah kesalahan di bawah undang-undang Malaysia,

termasuk seksyen 233 AKM 1998. Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk

menggunakan perkhidmatan aplikasi seperti Whatsapp, untuk membuat dan

memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain

yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan

hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Perlu ditekankan bahawa mana-mana siasatan tidak akan membezakan di antara

pentadbir dan ahli kumpulan. Jika pentadbir atau mana-mana ahli kumpulan didapati

menyebarkan maklumat palsu, maka tindakan undang-undang boleh diambil terhadap

mereka. Berdasarkan fakta, bukti dan perlakuan, seorang pentadbir mungkin

dipertanggungjawabkan dalam keadaan seperti berikut;


Apabila pentadbir sendiri membuat komen, permintaan, cadangan atau

komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya

dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang

lain, yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 233 AKM 1998;

Apabila pentadbir, walau pun dengan sendirinya tidak membuat komen tersebut,

meminta komen sedemikian daripada yang lain;

Apabila pentadbir membantu, melalui hasutan, mana-mana orang lain dalam

kumpulan untuk membuat komen tersebut;

Apabila pentadbir menghalang siasatan terhadap komen sedemikian oleh mana-

mana agensi penguatkuasaan.

3.1 Pembentukan dasar pada tahun 2015

Pada tahun 2015, pihak MCMC akan mempertimbangkan keperluan mengadakan garis

panduan tentang penggunaan aplikasi pesanan dan seumpamanya. Pada masa yang

sama, orang ramai digesa untuk sentiasa berhemah dalam penggunaan media sosial

demi perlindungan mereka sendiri.

Pendedahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(SKMM) dalam sebuah akhbar tempatan beberapa bulan lalu, ternya-ta mengesahkan

kebimbangan tersebut. Menurut SKMM, kebanyakan rakyat Malaysia yang memperoleh

sumber berita mereka daripada media sosial masih tidak dapat membezakan apa yang

benar daripada yang palsu.


Malah, apa yang lebih mengejutkan ialah laman-laman sesawang yang menyiarkan

berita-berita palsu ini tidaklah secanggih mana berbanding negara-negara maju namun

rakyat kita masih menghadapi kesukaran untuk membezakannya. Perkembangan berita

palsu yang semakin membimbangkan itu akhirnya mendorong kerajaan untuk

mewujudkan sebuah portal iaitu sebenarnya.my dalam usa-ha mengekang penyebaran

berita palsu yang makin berleluasa kebelakangan ini. Menerusi portal tersebut, orang

ramai boleh menyemak dan melaporkan berita yang belum ditentukan kesahihannya

bagi membolehkan ia disahkan oleh saluran rasmi atau agensi kerajaan yang terbabit.

Bagaimanapun, sebarang usaha untuk menangani berita-berita palsu ini tidak patut

di-sandarkan kepada pihak kerajaan semata-mata ataupun menerusi aspek

penguatkuasaan sahaja. Tindakan penguatkuasaan oleh kerajaan adalah sebahagian

daripada jalan penyelesaian kepada isu ini namun tidak semestinya mena-ngani punca

sebenar permasalah-an tersebut.

Oleh itu, penyertaan, sokongan menyeluruh serta peranan proaktif oleh golongan rakyat

adalah kritikal dalam memastikan penyebaran berita-berita palsu tidak akan berleluasa.

Apa tidaknya, sebagai pengguna yang sentiasa menerima dan menggunakan maklumat

yang diterima menerusi pelbagai medium baik dari media sosial, khidmat pesanan

ringkas (SMS) mahupun Facebook, mereka mempunyai misi untuk memastikan hanya

berita-berita sah sahaja disampaikan.

Seandainya rakyat mempunyai kesedaran dan kebijaksa-naan mengenai perkara ini,

sudah tentu mereka tidak akan menyebarkan berita-berita palsu sedemikian. Dan
apabila berita-berita tersebut tidak disebarkan maka tidak akan wujudlah berita-berita

palsu.

Dalam hal ini, pengguna tidak seharusnya bersikap pentingkan diri sendiri sebaliknya

segera memaklumkan kepada pihak berkuasa jika terbaca berita-be-rita meragukan.

Gunakan -kesempatan yang ada ini untuk menyemak dengan pihak yang berautoriti

ataupun mendapat pengesahan daripada sumber yang boleh dipercayai. Realitinya,

masyarakat mempunyai pilihan sama ada untuk menyebarkan maklumat yang diberikan

atau sebaliknya. Namun dalam keghairahan untuk menyebarkan maklumat yang

diterima, ada baiknya juga mereka memikirkan akibatnya jika berita yang di-sebarkan

kepada orang lain itu adalah palsu.Jangan sesekali menyebarkannya hanya kerana

rakan-rakan mereka turut berbuat demikian. Bayangkan apa yang akan terjadi jika

berita yang disebarkan itu melibatkan keselamatan nasional, rahsia kerajaan ataupun

perpa-duan kaum. Ibarat pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk

padahnya.Juga, usahlah melatah ataupun panik apabila terbaca berita-beri-ta sebegini.

Fikir sejenak apakah benar atau sahih berita yang dikeluarkan itu dan jika benarlah

berita berkenaan, ia sepatutnya dikeluarkan oleh agensi rasmi.

3.2 Pembentukan dasar pada tahun 2016

Rentetan itu pada tahun 2016, pelbagai tindakan proaktif telah mula diambil oleh

pelbagai pihak termasuk agensi-agensi media, laman media sosial terkenal dunia,

seperti Facebook dan syarikat teknologi gergasi Google bagi menangani masalah

berkenaan. Misalnya, Facebook telah melancarkan inisiatif diberi nama Journalism

Project dalam percubaan mereka untuk menjalinkan kerjasama yang lebih efektif
de-ngan agensi-agensi media dalam memerangi berita-berita palsu. Di bawah inisiatif

tersebut, ia akan tampil dengan produk-produk berita, latihan dan peralatan kepada

wartawan serta mendidik pengguna bagaimana untuk membezakan berita yang sahih

daripada yang palsu.

Google pula tampil dengan inisiatif Fact Check Label pada lewat 2016 untuk tujuan

yang sama manakala akhbar terkenal di Perancis, Le Monde turut tidak ketinggalan

apabila memper-kenalkan inisiatif dipanggil Les Decodeurs yang mana pengguna

dibenarkan untuk menghantar artikel-artikel kepada mereka untuk pengesahan. Le

Monde juga mewujudkan sebuah pangkalan data terdiri daripada laman-laman

sesawang yang disyaki dan berita-berita palsu.

3.3 Pembentukan dasar pada tahun 2017

Pada tahun 2017 pula, Portal SEBENARNYA.MY, sebuah pusat sehenti telah

dibangunkan bagi mengekang penularan berita-berita palsu dalam talian, membolehkan

masyarakat menyemak kesahihan maklumat yang diterima. Portal dibangunkan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama agensi-agensi

kerajaan itu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh

Said Keruak hari ini. Menurut kenyataan MCMC, portal itu dibangunkan berikutan

penularan berita palsu yang makin meruncing pada ketika ini dengan peningkatan

jumlah pengguna internet khususnya media sosial.

Di Malaysia berdasarkan rekod, sebanyak 167 kes penyalahgunaan Internet dan media

sosial disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) antara
tahun lepas hingga 1 Feb tahun ini, termasuk penyebaran kandungan dan maklumat

palsu melalui platform WhatsApp, Facebook dan Twitter. Menurut Kementerian

Komunikasi dan Multimedia (KKMM), dalam tempoh sama, 1,375 laman web turut

disekat atas kesalahan kandungan berunsur palsu.

Di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang individu

yang menyebarkan komen, permintaan, cadangan atau komunikasi palsu boleh

didenda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau

kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Menyedari aspek pendidikan memainkan peranan

penting, Ahmad Marthada berpendapat etika penggunaan media sosial perlu diterapkan

dari peringkat sekolah rendah memandangkan alat komunikasi seperti telefon pintar

turut digunakan oleh pelajar.

Dari aspek psikologi pula, Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional

Malaysia (UPNM), Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata apabila tabiat

menyebar maklumat palsu sudah menjadi kebiasaan, si pelaku akan cenderung ke arah

kelompok kompulsif iaitu cepat berasa resah jika tidak melakukannya.

Berdasarkan pernyataan di atas, Usaha Williams, Rice, dan Rogers (1988) boleh dilihat

sebagai telah memperkenalkan asas kerangka teoritikal U&G paling sesuai digunapakai

untuk menganalisis penggunaan media baharu. Kaset, pemain CD, televisyen kabel,

computer, Internet dan media sosial pada awal pengenalan masing-masing semuanya

dikenali sebagai media baharu. Tiga ciri-ciri media baharu yang diutarakan oleh mereka

iaitu interactivity, demassification dan asynchronicity masih releven sehingga hari ini.

Begitupun tiga variabel utama dalam kajian U&G yang berkembang seiringan dengan
kemunculan media-media baharu masih lagi adalah keperluan, pengunaan dan

kepuasan. Variabel-variabel demografi pula adalah apa yang mendasari ketiga-tiga

variable tersebut.

Penularan berita palsu itu dilihat memberi kesan yang serius ke atas keharmonian dan

keselamatan rakyat. "Berbanding dengan portal berita lain di Malaysia, portal

SEBENARNYA.MY memberi fokus kepada maklumat dan pengesahan berita palsu.

Kandungan yang dimuat naik adalah berita yang melibatkan kepentingan awam dan

negara," kata MCMC.

Menurut MCMC, pihaknya akan mendapatkan pengesahan daripada agensi-agensui

yang terlibat atau menyemak sebarang maklumat rasmi yang ada bagi mendapatkan

maklumat yang terkini, tepat dan sahih. "Kita akan bekerjasama dengan semua pihak

khususnya daripada agensi kerajaan, dan daripada pengamal media yang berkredibiliti,

bagi menepis berita palsu yang tersebar.

"Portal ini hanya memberi fokus kepada berita berkaitan Malaysia sahaja, yang

melibatkan kepentingan awam dan negara dan tidak akan memuat naik semua berita

yang ditularkan," kata MCMC.

Sepanjang tahun lepas, sebanyak 4,333 aduan berkaitan penyalahgunaan media

baharu diterima oleh MCMC, dan daripada jumlah itu, sebanyak 36 aduan adalah

berkenaan penyebaran berita palsu. Dalam pada itu, MCMC berkata pihaknya akan

mewujudkan SEBENARNYA.MY di Facebook dalam menyebarluaskan kesedaran

mengenai berita palsu kepada orang ramai. "Orang perseorangan atau mana-mana

pihak tidak boleh melaporkan kes berita palsu yang bersifat peribadi atau persendirian.
Namun, individu tersebut boleh membuat aduan mengenai penyalahgunaan media

baharu di Biro Aduan MCMC," katanya. Sebarang aduan boleh dibuat menerusi ruang

'Laporkan Pada Kami' di portal SEBENARNYA.MY di talian aduan: 1800-188-303 atau

whatsapp kepada 016-2206262 atau emel ke aduanskmm@cmc.gov.my

4. Konsep teori

Teori yang dipilih yang bersesuaian dengan isu berita palsu adalah teori kegunaan dan

kepuasan. Ini disebabkan oleh aplikasi teori ini menerangkan mengenai media yang

mana dekat dengan masyarakat yang kini berkembang melalui media sosial. Media

sosial merupakan aplikasi yang menjadi kegunaan seluruh masyarakat dunia yang

mana mudah menyampaikan berita-berita yang berkait dengan berita palsu.

Teori kegunaan dan kepuasan (uses and gratification U&G) yang diperkenalkan oleh

Katz, Blumler, dan Gurevitch (1974) berasaskan khalayak media adalah khayak aktif

(active audiences)yang menggunakan media bagi tujuan memenuhi keperluan speksifik

daripada media. Keperluan terhadap media diterjelmahkan kepada pelbagai faktor

penggunaan media yang berlainan danseterusnya memberikan jenis serta tahap

kepuasan yang berbeza-beza kepada penggunanya. Persoalan pokok yang dilontarkan

oleh Katz dan rakan-rakannya adalah apa yang khalayak lakukan dengan media?

berbanding penyelidikan komunikasi sebelumnya yang menekankan persoalan apa

yang media lakukan dengan khalayak?

Di Malaysia antara kajian yang terkini menggunakan U&G sebagai kerangka teoritikal

kajian adalah usaha oleh Hamedi M. Adnan dan Samira Rahimi Mavi (2015) melihat

kepuasan daripada penggunaan facebook di mana mereka merumuskan perkongsian


identiti dan perhatian sosial sebagai kepuasan utama yang diperolehi oleh para pelajar.

Mohd Zaidi Mahmud dan Bahiyah Omar (2013) melihat juga motif penggunaan

facebook merumuskan tiga dapatan utama iaitu merasa hebat berteman, menghiburkan

dan mencari maklumat.

Keperluan terhadap penggunaan media yang menjadi titik permulaan kepada sesuatu

aktiviti media oleh khalayak. Ini mendorong sarjana seperti McQuail (2000) menyatakan

khalayak menggunakan media sebenarnya berorientasikan matlamat. Kepuasan akan

diperolehi sekiranya matlamat yang memotivasi mereka bertindak menggunakan media

tercapai. Sebaliknya jika matlamat atau tujuan tersebut gagal direalisasikan, pengguna

akan berakhir dengan kekecewaan. Antara kepuasan-kepuasan yang diperolehi

daripada penggunaan media berdasarkan penyelidikan U&G oleh sarjana-sarjana

seperti Bennett (1995), Berger (1998) dan sebagainya termasuklah sifat teknologi,

identiti personal, pemesongan (diversion), hubungan sosial, pengawasan (surveillance),

dan fantasi. Penemuan-penemuan daripada kajian U&G ini ke atas media tradisional

telah digunapakai untuk menguji penggunaan media baharu. Sebagai misalannya Kaye

dan Johnson (2002) mendedahkan dapatan daripada kajian U&G televisyen telah

digunapakai untuk kajian U&G untuk Internet. Di Malaysia usaha yang hampir sama

dilakukan oleh Hasrul Hashim dan Bahiyah Omar (2011) dengan menjurus kepada

khalayak remaja. Umumnya dapatan kajian U&G yang membuktikan wujud keperluan

dalam penggunaan media dan keperluan ini bertambah seiringan dengan

perkembangan media. Secara ringkasnya juga dapatan penyelidikan-penyelidikan

berasaskan teori U&G ini telah membantu menambah pemahaman terhadap

tingkahlaku penggunaan media.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dua lagi kes

penyebaran berita palsu menerusi aplikasi media sosial dan pesanan berhubung

kejadian banjir di Pantai Timur. Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi

berkata kes pertama melibatkan berita palsu kematian ramai mangsa banjir yang

kononnya disorok oleh kerajaan dan pihaknya telah mengenal pasti individu yang boleh

membantu siasatan kes tersebut.

"Kes kedua membabitkan tiga lagi individu yang kami telah kenal pasti berkaitan

penyebaran berita palsu kematian 10 mangsa di Kuala Krai yang dipetik sumber

kononnya daripada sebuah stesen berita," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur,

Isnin. Dalam pada itu, empat individu yang diminta tampil membantu siasatan tentang

penyebaran berita palsu bahawa Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai runtuh Ahad,

hadir di pejabat SKMM untuk memberi keterangan, Isnin. Suruhanjaya itu kini dalam

proses memperkemas siasatan tersebut dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara

untuk tindakan lanjut.


5. Penutup

Dalam usaha untuk mengekang penyebaran berita palsu ini, pelbagai inisiatif

dilaksanakan oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia (MCMC) dan pihak polis. Sebagai contohnya, MCMC telah menganjurkan

kelas-kelas literasi media kepada para penduduk di Pusat-Pusat Internet 1Malaysia

(PI1M) seluruh negara sepanjang 2016. Ketika menghadiri kelas-kelas literasi tersebut,

penduduk ditunjukkan sampel berita palsu merangkumi pelbagai isu berbangkit.

Penganjuran kelas-kelas literasi itu amat signifikan kerana ia akan memberi peluang

kepada pengguna untuk memahami dengan lebih mendalam intipati berita-berita yang

disajikan. Matlamat utama penganjuran kelas-kelas literasi tersebut adalah untuk

mendidik pengguna menggunakan media sosial secara berhemah sekali gus menjadi

seorang pengguna yang beretika. Dalam aspek penguatkuasaan pula, Seksyen 233

dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan suruhanjaya berkenaan

untuk mendenda mereka yang menyebarkan maklumat-maklumat palsu di media sosial.

Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum satu tahun penjara, denda RM50,000 atau

kedua-duanya sekali.

Aspek penguatkuasaan dan advokasi hanyalah sebahagian daripada penyelesaian

kepada masalah penyebaran berita palsu. Sebaliknya, jalan penyelesaian sebenarnya

terletak di tangan pengguna. Ini kerana, pengguna berhak untuk menolak sebarang

berita yang tidak sahih. Segala-galanya bersangkut-paut dengan sikap serta mentaliti

pengguna itu sendiri. Oleh itu, jangan sesekali membiarkan berita palsu ini meracuni

pemikiran rakyat hingga tidak dapat membezakan perkara yang benar dan palsu.

Jadilah pengguna media sosial yang berhemah.


Rujukan

Amira Sariyati Firdaus. (2014). A Network Paradigm of Communication Research. Jurnal


Pengajian Media Malaysia, 16(1): 87-99. Arnett, J.J., Larson, R., & Offer, D. (1995). Beyond
Effects: Adolescents as Active Media Users. Journal of Youth and Adolescence, 24(5): 511-518.

Azmah Bt Ab Wahab & Samsudin A. Rahim. (2013). Kredibiliti Media dan Penyertaan dalam
Persekitaran Pengdemokrasian Maklumat di Malaysia. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of
Communication, 29(1): 141-160.

Bennett, L.W. (1988). News: The Politics of Illusion (2nd Ed.) New York: Longman. Berger,
A.A. (1998). Media Analysis Techniques (2nd Ed.). London: Sage Publications.

Internet: Kajian Perhubungan Kepuasan Terhadap Pengguna Remaja. Jurnal Komunikasi,


Malaysian Journal of Communication, 27(1): 146-169.

Katz, E., Gurevitch, M., & Haas, H. (1973). On the Use of the Mass Media for Important Things
American Sociological Review, 38(2): 164-181.

Kaye, B.K., & Johnson, T.J. (2002). Online and in the Know: Uses and Gratifications of the Web
for Political Information. Journal of Broadcasting & Electronic Media, 46(1): 54-71.

Kitzinger, J. (1995). Introducing Focus Group. Qualitative Research. British Medical Journal,
311(7000): 299-302.

Larson, C.U. (1994). Persuasion (7 th Ed.). Belmont, CA: Wadsworth.

Lee Hui Er, Normah Mustaffa, & Ali Salman. (2014). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Remaja
Lembah Klang untuk Terus Membaca dan Membeli Melalui Pengiklanan Facebook. Jurnal
Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 30(1): 229-250.

Lunt, P. & Livingstone, S. (1996). Rethinking the Focus Group in Media and Communication
Research. London: LSE Research Online. Diambil dari
http://eprints.lse.ac.uk/409/1/focus_group-J_Comm1996.pdf
McLeod, J.M., & Becker, L. (1981). The Uses and Gratifications Approach. Dalam Nimmo, D.
& Sanders, K. (Ed.). Handbook of Political Communication. Beverly Hills, CA: Sage
Publications. m/s. 67-100.

Melkote, S.R., & Liu, D.J. (2000). The Role of the Internet in Forging a Pluralistic Integration.
Gazette 62: 494-504.

McQuail, D. (2000). Mass Communication Theory: An Introduction (4 th Ed.). Thousand Osks,


CA: SAGE Publications.

Mohd Zaidi Mahmud & Bahiyah Omar. (2013). Motif dan Kekerapan Penggunaan Facebook
dalam kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication,
29(1): 35-54.