Anda di halaman 1dari 2

MINGGU: 34 HARI: RABU TARIKH: 27 SEPTEMBER 2017

Mata Pelajaran dan kelas Dunia Seni Visual Tahun 2


Tema Objek Buatan Manusia
Tajuk Pasu Bunga
Masa 7.45 8.45 pagi
Standard Pembelajaran 1.1.1.3
Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. Membentuk pasu bunga menggunakan tanah liat dengan kemas dan cantik.
Aktiviti Pengajaran dan 1. Murid ditunjukkan satu model lesung batu yang dihasilkan oleh guru
Pembelajaran menggunakan tanah liat.
2. Murid diberikan tanah liat oleh guru.
3. Murid membina model pasu bunga mengikut pilihan dan kreativiti masing-
masing.
4. Murid yang menghasilkan model yang paling kemas dan cantik akan diberikan
ganjaran.
Bahan Bantu Belajar Pembaris, tanah liat, model tanah liat
Penilaian Model tanah liat yang dihasilkan dengan kemas dan menarik.
Refleksi

Mata Pelajaran dan kelas Bahasa Malaysia Tahun 6


Tema Semarakkan Pertanian dan Penternakan Kita
Tajuk Tanya Pada Pokok
Masa 9.15 - 10.15 pagi
Standard Pembelajaran 4.1.1
Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. Menyanyikan sekurang-kurangnya 3 buah rangkap lagu dengan nada dan
intonasi yang sesuai dan betul.
2. Menulis sekurang-kurangnya satu rangkap sajak dengan gramatis dan sesuai
berdasarkan tajuk.
Aktiviti Pengajaran dan 1. Murid mendengar lagu tanya sama pokok yang dipasang oleh guru.
Pembelajaran 2. Murid menyanyikan lagu mengikut lirik lagu yang terdapat dalam buku teks
muka surat 165.
3. Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi tersirat setiap rangkap lagu
tersebut.
4. Secara berkumpulan bertiga, murid menulis sekurang-kurangnya serangkap
sajak yang berkaitan dengan pokok.
Bahan Bantu Belajar Buku teks, kertas mahjong, video, laptop
Penilaian Sajak yang dibina dengan gramatis dan betul.
Refleksi
Mata Pelajaran dan kelas Pendidikan Kesihatan Tahun 6
Tema Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial
Tajuk Tekanan daripada rakan sebaya
Masa 10.35 11.05 pagi
Standard Pembelajaran 2.3.2
Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran, murid dapat: melakonkan cara mengurus tekanan melalui
komunikasi yang berkesan dengan tepat.
Aktiviti Pengajaran dan 1. Murid ditunjukkan keratan akhbar kesan gangguan emosi seperti kejadian
Pembelajaran bunuh diri dan cubaan membunuh.
2. Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan keratan tersebut.
3. Murid berbincang dan memberikan contoh situasi tekanan daripada rakan
sebaya.
4. Murid melakonkan cara komunikasi yang berkesan bersama rakan sebaya.
5. Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.
Bahan Bantu Belajar Keratan akhbar, buku teks, lembaran kerja
Penilaian komunikasi dengan rakan sebaya yang tepat.
Refleksi

Mata Pelajaran dan kelas Bahasa Malaysia Tahun 5


Tema Teknologi Dalam Kehidupan
Tajuk Papan Pintar
Masa 11.35 - 12.35 tengah hari
Standard Pembelajaran 5.1.7
Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti kata nafi, kata pembenar, kata arah yang terdapat dalam teks.
2. Membina sekurang-kuranngya 5 ayat yang lengkap menggunakan kata nafi, kata
pembenar dan kata arah.
Aktiviti Pengajaran dan 1. Murid membaca petikan dalam buku teks m/s 210.
Pembelajaran 2. Murid menyenaraikan kata nafi, kata pembenar dan kata arah yang terdapat
dalam petikan berkenaan.
3. Secara berkumpulan, murid membina ayat majmuk menggunakan kata-kata
tersebut.
4. Murid berbincang dan mengemukakan pendapat tentang penggunaan papan
pintar dalam pengajaran dengan menggunakan ayat yang gramatis.
Bahan Bantu Belajar Buku teks, lembaran kerja, kertas mahjong,
Penilaian Ayat yang dibina dengan betul dan gramatis.
Refleksi

Anda mungkin juga menyukai