Anda di halaman 1dari 7

Bab 16 Akikah

16. Akikah

16.1. Pengertian Akikah

16.1.1. menyembelih binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut


bayi yang lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah

16.1.2. hukumnya sunat muakkad dan wajib jika bernazar

16.1.3. Sebaik-Baik Akikah:

16.1.3.1. 2 ekor kambing untuk bayi lelaki

16.1.3.2. 1 ekor kambing untuk bayi perempuan

16.1.4. akikah afdal dilakukan pada hari ke 7 tapi boleh dikemudiankan asalkan
belum baligh. Jika sudah baligh boleh melakukan akikah untuk diri sendiri

16.2. Syarat-Syarat Akikah

16.2.1. niat akikah ketika menyembelih

16.2.2. menyembelih binatang ternakan yang halal dan tidak cacat

16.2.3. menyembelih binatang yang cukup umur

16.2.4. memenuhi syarat-syarat sembelihan

16.3. Daging Sembelihan Akikah

16.3.1. tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin

16.3.2. sunat dimasak manis dan dibuat jamuan

16.3.3. sunat tidak mematah-matahkan tulang akikah


16.3.4. mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah

16.3.5. dilakukan hari ke7 kelahiran bayi

16.4. Hikmah Akikah

16.4.1. tanda kesyukuran kepada Allah atas kurniaan zuriat

16.4.2. mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat

16.4.3. mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam

16.4.4. menghebahkan kepada anggota masyarakat tentang anugerah yang


dikurniakan Allah
AKIBAT PENAGIHAN DADAH
AKIBAT PENAGIHAN DADAH

Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-

i) akibat keatas penagih

ii) akibat keatas keluarga penagih

iii)akibat keatas masyarakat dan

iv)akibat keatas negara

Akibat Ke Atas Penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan
menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan
kumpulan
penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab
kepada
kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah
tenaga ,malas
dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks,
pitam,
pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan
berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan
badan
penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti
kancing gigi, mandul dan sebagainya.

Akibat Ke Atas Keluarga Penagih

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat .
Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa
menghabiskan masa,
tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa k atas
anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi
porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.

Akibat Ke Atas Masyarakat

Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian
mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih penagih yang
memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan
penjara
adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan ,
ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan
,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak
muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah

keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak
dengan dadah.

Akibat Ke Atas Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada
masalah
dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau
masyarakat,
dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata
termasuklah:-

a) Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi

b) Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan


penagih
dadah

c) Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan

d) Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang


berkaitan dan

e) Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan


bilangan
anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan
sebagainya .

Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar
ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan
yang
dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh
penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan
masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan
negara
dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah
penagih
yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur
diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi
risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .

Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan
dan ketahanan negara.Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh
menggunakan dadah sama ada :-

a) untuk menghancurkan nilai-nilai, ahklak dan maruah negara secara langsung


dan

b) untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai


perjuangan mereka

dan secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatn


negara.

Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan, dan di beberapa
buah negara Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong kepada British
selepas Perang Candu di abad ke lapan belas
KESAN KEPADA KELUARGA
XIN XIANG ANG 203695

*Menjatuhkan maruah dan nama baik sesebuah keluarga


Sesiapa yang menagih dadah akan mencemarkan nama baik keluarganya
disebabkan pihak masyarakat akan menggunakan pandangan yang sama
terhadap penagih dan keluarganya.

*Membebankan anggota-anggota keluarga penagih kerana


menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk
merawatnya.
Banyak wang ringgit dan tenaga dihabiskan bagi memulihkan penagih yang
telah terjerumus dengan dadah.Anggota-anggota keluarga akan mencari
jalan untuk menjamin pemulihan yang kekal dan berkesan disebabkan oleh
mereka. Hal ini demikian adalah untuk sokongan kepada penagih.

*Rumah tangga menjadi porak peranda.


Penagih akan kehilangan minda untuk membuat sesuatu keputusan. Hal ini
akan mencetus pergaduhan berlaku. Suasana keluarga juga menjadi
bercerai-berai.Sekiranya,pandangan yang berbagai-bagai,masalah
perselisihan faham akan berlaku antara satu sama lain.

*Menghancurkan harapan ibu bapa.


Penagih sebagai bangkai bernyawa yang tidak berfaedah kepada diri sendiri
atau anggota keluarga.Sekali terjatuh dalam lembah kehinaan ini,tidak
mudah mereka bangun.

*Berlaku perpisahan,perceraian dan keganasan dalam kalangan


anggota keluarga.
Ancaman dan keluh-kesah yang disebabkan oleh penagih terhadap keluarga
menghilangkan kebahagiaan hidup sehingga ibu dan bapa,anak-anak dan
isteri terus merana.