Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah merupakan pengalamana awal yang penting dalam dunia persekolahan
seorang kanak-kanak. Pengalaman dan kemahiran berkesan yang di peroleh di peringkat
prasekolah dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak sebagai persediaan memasuki alam
persekolahan formal. Setiap guru prasekolah memainkan peranan sebagai pembimbing
kepada kanak-kanak dan seharusnya mempunyai pengetahuan dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuain dengan perkembangan kanak-kanak. Untuk
memenuhi peranan ini, guru di peringkat prasekolah bukan sahaja harus menyediakan
suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga perlu mencipta
pengajaran yang berkesan. Ini bermaksud, guru prasekolah perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat merangsang minat kanak-kanak di samping sentiasa memikirkan
perkembangan dan keperluan kanak-kanak di penuhi selaras memenuhi tuntutan pendidikan
awal kanak-kanak. Oleh yang demikian, untuk memenuhi keperluan ini, guru di peringkat
pendidikan awal kanak-kanak perlu mempunyai pengetahuan dalam memilih kemahiran
pedagogi bersesuaian dengan perkembangan dan kebolehan kanak-kanak.
Kemahiran pedagogi ditakrifkan sebagai kemahiran mengajar yang digunakan oleh
guru untuk menyampaikan pengetahuan yang khusus dalam sesuatu bidang. Mohd Rain
(2012), pula menyatakan bahawa pedagogi ialah seni dan sains pengajaran yang meliputi
strategi, pendekatan, kaedah, teknik, dan pelbagai pertimbangan untuk menjayakan
pengajaran. Ini bermakna, guru prasekolah memainkan peranan dalam menentukan
pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai untuk
merangsang kanak-kanak belajar secara aktif dan memudahkan pembelajaran kanak-kanak.
Justeru, objektif tugasan ini adalah untuk mengetahui keberkesanan startegi
pembelajaran dan konsep pedagogi yang di pilih dan di laksanakan oleh seorang guru di
peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Bagi melengkapkan objektif tugasan ini, sebuah
prasekolah anjuran Kementerian Pendidikkan Malaysia (KPM) iaitu Prasekolah Sekolah
Perumahan Tampoi (2) di Johor Bahru telah di pilih untuk tujuan tinjauan dan guru
prasekolah tersebut telah dipilih sebagai subjek kajian. Fokus utama kajian tugasan ini adalah
untuk mengetahui pemilihan dan perlaksanaan kaedah pedagogi yang di gunakan oleh guru
prasekolah dalam pengajaran tunjang Komunikasi khususnya mata pelajaran Bahasa Melayu.
Manakala, metodologi kajian ini, berbentuk kajian kualitatif dan kaedah pengumpulan
data kajian di lakukan secara pemerhatian berstruktur dan temu bual semi berstruktur.
Semua data dan maklumat yang terkumpul seperti protokol dan laporan kajian boleh di rujuk
dalam lampiran yang disertakan.
2.0 LATAR BELAKANG PRASEKOLAH PILIHAN.

Prasekolah di Malaysia merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan yang diawasi oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah
didefinisikan sebagai satu persediaan sebelum kanak-kanak melangkah ke alam persekolahan
di peringkat sekolah rendah (Suppiah Nachiappan, 2015). Pendidikan awal kanak-kanak atau
prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran yang
bersesuaian kepada kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun dalam jangka
masa setahun atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut melangkah masuk ke alam
persekolahan formal. Di Malaysia, ibu bapa atau penjaga kanak-kanak mempunyai banyak
pilihan untuk memilih pendidikan awal yang bersesuai dengan kemampuan mereka. Antara
pilihan prasekolah yang ada di Malaysia adalah prasekolah yang di anjurkan oleh KPM.
Berdasarkan portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), perlaksanaan program
pendidikan prasekolah yang di anjurkan oleh KPM ini bermula pada tahun 1992 dan dikenali
sebagai prasekolah annex. Prasekolah ini merupakan projek rintis yang mendapat kelulusan
daripada Jemaah Menteri. Bermula pada tahun 2002, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya
KPM meneruskan program pendidikan prasekolah dan sejak daripada itu peluasan prasekolah
telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada yang telah ditetapkan.
Lokasi prasekolah yang di anjurkan oleh KPM terletak di dalam kawasan sekolah rendah
kerajaan. Konsep pendidikan prasekolah anjuran KPM pula adalah satu program pendidikan
yang tidak formal dan fleksibel. Aktiviti pembelajaran dan pengajarannya menitik beratkan
perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Manakala,
matlamat pendidikan prasekolah di bawah pengelolaan KPM ini, bertujuan untuk
menyuburkan potensi pelajar dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas
dan memupuk sikap positif sebagai persediaan memasuki alam persekolahan formal. Selain
itu, menurut maklumat yang terkandung dalam portal rasmi Kementerian Pendidikan
Malaysia (2016), pemilihan pelajar yang layak menyertai prasekolah anjuran KPM tertakluk
kepada beberapa syarat kemasukan yang telah di gariskan oleh KPM iaitu:
Warganegara Malaysia sahaja.
Keutamaan kepada kanak-kanak yang berumur lima (5) hingga enam (6) tahun pada
hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.
Jumlah maksimum bilangan murid bagi setiap kelas tidak melebihi 25 orang.
Keutamaan pemilihan pelajar prasekolah anjuran KPM berdasarkan pendapatan dan
tanggungan ibu bapa atau penjaga. Walau bagaimanapun pihak sekolah pihak sekolah
akan menerima kanak-kanak lain tanpa meletakkan syarat kemampuan ibu bapa jika
masih ada kekosongan.

Anda mungkin juga menyukai