Anda di halaman 1dari 12

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH3063E) / Fairos Azmi bin Marzah

1.0 PENGENALAN Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajlb dipelajari oleh
semua murid secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah juga di
sekolah rendah. Tujuan mata pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan
memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di
samping itu, mata pelajaran Sejarah dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa
Malaysia, semangat patriotisme dan kesefahaman antarabangsa. Dapatan
pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah menunjukkan mata pelajaran Sejarah kurang
diminati oleh murid. Hal ini berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru. Pengajaran
Sejarah yang berkesan bergantung kepada sikap, keupayaan, kemahiran dan
pengetahuan guru itu sendiri. Mengikut Brown (1980), pula "Menguasai Kurikulum
Sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak
pada cara penyampaiannya". Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak berkesan
menjadi punca utama murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam
tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,Literasi Sains dan
Teknologi dan Keterampilan Diri.Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang
menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif.Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang
dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan. Guru sejarah juga perlu
menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan supaya
murid-muridnya berminat untuk mempelajari mata pelajaran sejarah. Antara kaedah
pengajaran yang mampu merangsang minat murid ialah dengan menggunakan kaedah
hubungan dua hala (Child Centered ), melalui kaedah ini guru dan murid saling
berinteraksi di antara satu sama lain dan seterusnya mewujudkan suasana mesra dan
menyediakan keadaan yang kondusif bagi pembelajaran sejarah.Melalui pendekatan ini,
pelajar tidak setakat mendengar penerangan guru tetapi juga membuat pelbagai aktiviti
seperti perbincangan,penyelesaian masalah, melukis dan lain-lain lagi.

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH3063E) / Fairos Azmi bin Marzah 25

Di samping itu, peranan guru sejarah lebih bertindak sebagai fasilatator atau pun
pemudah cara yang mana wujudnya integrasi dan tindak balas antara guru dan
pelajar.Manakala, guru yang berkesan dan seterusnya boleh dijadikan sebagai idola
pelajar ialah guru yang menggunakan pendekatan induktif dalam penyampaian
pengajarannya.Pendekatan induktif melibatkan pengajaran yang bermula dari khusus
ke umum dan kemudiannya kesimpulan yang menyeluruh dan umum. Misalnya, teknik
TOCFE(Theory of Constraints For Education) yang mana guru menggunakan aktiviti
bercerita untuk mendedahkan pemahaman dan konflik SERTA cara watak untuk
membuat keputusan.Dengan cara ini, pelajar dapat terlibat secara aktif dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
2.0 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH (PETA I-THINK
PENGAJARAN SEJARAH) Peta Jujukan ( Flow Map) :

5.4.2 Menyatakan peranan Hang Tuah sebagai laksamana Mengetuai angkatan tentera
Ketua Angkatan Laut Menjaga Ketenteraman Laut Mengawal Keselamatan Sultan
Pengawal Peribadi sultan Ketua duta Mengetuai utusan diraja ke seberang laut
Peranan Hang Tuah sebagai Laksamana Peta Multi-jujukan ( multi flow Map)

5.4.3 Menjelaskan peristiwa pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam
Hikayat Hang Tuah.Raja Tun jebat Menderhaka raja melaka Raja Melaka menitahkan
Laksamana Tun Tuah supaya membunuh Paduka Raja Tun Jebat. Laksamana Tun
Tuah memohon keris Taming Sarinya Raja Melaka pun menganugerahkan keris Parung
Sari Laksamana Tun Tuah mencabar Paduka Raja Tun Jebat turun dari istana dan
bertikam dengannya. Peristiwa pertarungan Hang Tuah dengan hang jebat 888888
Laksamana Tun Tuah telah berjaya mendapatkan semula keris taming sari dari tangan
Raja Peduka Tun Jebat Tipu helah oleh Tun tuah Laksamana Tun Tuah akhirnya
berjaya menikam dada Paduka Raja Tun Jebat Laksamana Tun Tuah dan Paduka Raja
Tun Jebat meneruskan pertikaman, lalu keris Paduka Raja Tun Jebat terpacak dan
terlekat di talam Peta Dakap ( Part of Whole Map) :

6.1.1 Menyatakan maksud raja dan kerajaan. Mentadbir, mengurus ,melaksana,


menyelaras, mengawas Maksud Raja dan Kerajaan Organisasi Yang melaksana kuasa
dan undang-undang Institusi pentadbiran dalam negara Pembangunan fizikal dan
sosio-ekonomi Pemerintahan , perundangan, kehakiman Jentera yang melaksana
fungsi-fungsi sebuah negara Kerajaan Raja Mengikut keturunan Peranan Tradisional
Ketua Eksekutif Berkuasa selama 5 tahun Ketua Negara & Demokratik Mentadbir dan
Mengurus Peta Buih Berganda (Double bubble map) :

6.1.2 Menyatakan konsep daulat dan derhaka. Kedudukan Daulat dan Derhaka Janji
tetap ditunaikan Derhaka Daulat Konsep daulat - baginda tidak boleh ditegur / dicela
Hukuman langsung-raja mengarah orang membunuh Tujuan - Memberi kuasa tertinggi
kepada raja Raja berdaulat - Kuasa dan berwibawa untuk memerintah Satu sifat
kekuasaan atau hak tertinggi / khas kepada golongan raja Melanggar/ ingkar kepada
perintah /arahan raja Rakyat tidak akan menderhaka Ingkari arahan-akibat tulah-
hukuman bunuh Berjanji memberi taat setia kepada raja Menjaga kebajikan , tidak
menzalimi Hukuman tidak langsung-hukuman dalam bentuk bala tulah/sumpahan Asas
penting dalam kehidupan masyarakat melayu Wujud kesetiaan yang mutlak daripada
rakyat kepada raja Peta Pokok (Tree Map) :

6.1.3 Menyatakan kedudukan raja pada masa kini. Kedudukan Raja Agama
Ketenteraan Perundangan Perlembagaan Ekonomi Ketua pertahanan Terselamat Yang
Di-Pertuan Agong - Ketua utama Berkuasa Mutlak Ketua Agama Ambil bahagian dalam
perniagaan Menjaga & melindungi agama Mengetuai angkatan tentera Kapasiti
kedudukan umum Pemerintah tertinggi Keputusan mutlamat bagi mempertahankan
negara Undang-undang jenayah Negara- menjaga kedudukan Menyebar agama islam
Pengisytiharan darurat Berkuasa dalam soal perburuan, cukai Kuasa budi bicara untuk
melantik perdana menteri Simbol perpaduan Hak mendapat hasil pungutan cukai
Menjaga dan memelihara kedudukan Menentukan hubungan diplomatik Menjaga
kebudayaan dan adat Peta Jambatan ( Bridge Map) :

6.1.4 Menyenaraikan negara-negara lain di Asia yang mengamalkan sistem


pemerintahan beraja pada masa kini. Brunei Thailand Indonesia Vietnam Asia
Tenggara Beraja Beraja Beraja Beraja China Jepun Asia Timur Beraja Beraja India Asia
selatan Beraja Sistem Beraja Di Asia Peta Buih (Bubble Map) :

6.2.1 Menyatakan Islam sebagai warisan negara. Unsur tradisi yang terpenting Asas
kepada fikiran orang lain Agama persekutuan Islam Warisan Negara Menerima dan
mengamalkan ajaran islam Agama anutan orang melayu Peta Bulatan ( Circle Map) :

6.2.2 Menyatakan Islam sebagai agama Persekutuan.Islam Agama Persekutuan Buku


Rujukan Internet Jurnal ` Surat Khabar Agama Rasmi Kedudukan agama islam selepas
merdeka Agama lain boleh diamalkan Perkara 3(1) Perlembagaan persekutuan Hak
menganuti agama sendiri Peruntukan perbelanjaan Membantu pertubuhan islam
Dipertahankan oleh orang melayu Sekolah dan institusi pendidikan Kerajaan pusat dan
negeri Membelanja wang bagi tujuan pentadbiran agama islam dan undang-undang

3.0 SEJAUH MANAKAH PEMBELAJARAN KOPERATIF MENJADIKAN


PEMBELAJARAN SEJARAH DALAM KALANGAN MURID MENYERONOKAN?
Sejarah berasal daripada perkataan Greek iaitu inquire yang bermaksud menyiasat dan
menyelidik masa lalu dengan teliti berdasarkan bukti yang diperolehi. Istilah ini lebih
awal digunakan oleh Herodotus dan kemudiannya ia ditukarkan kepada istilah historia
yang bermaksud pengendalian secara naratif berkaitan pembinaan masa lalu.
Pembelajaran sejarah berbeza dengan subjek-subjek mata pelajaran yang lain kerana
ia bukan sekadar berperanan sebagai memindahkan dan mengembangkan ilmu
pengetahuan, tetapi juga mempunyai misi membina akhlak dan jiwa daripada
pengalaman generasi sebelumnya. Kita haruslah memahami bahawa penekanan
terhadap ilmu pengetahuan semata-mata belumlah cukup kerana ia dilihat masih belum
dapat menjadikan seseorang itu mempunyai accountability terhadap diri, agama dan
negara. Oleh kerana itulah kurikulum sejarah di Malaysia menekankan kepada
pemupukan nilai-nlai murni dalam diri pelajar sebagai salah satu fokus utamanya. Hal
ini dijelaskan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah berdasarkan kenyataannya seperti berikut: Dalam usaha untuk
melahirkan generasi yang dapat memenuhi matlamat dan aspirasi negara,
pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Sejarah perlu menjurus kepada
pemupukan kemahiran berfikir dan kemahiran pemikiran sejarah di kalangan murid di
samping nilai-nilai murni dan semangat patriotik. Walaupun pembelajaran sejarah
memainkan peranan penting dalam pemupukan minda, akhlak dan jiwa manusia,
namun ianya tetap berada dalam kondisi yang menyedihkan. Sejarah dianggap mata
pelajaran yang membosankan, tidak memberi manfaat dan sekadar membuang waktu
sahaja. Anhar Gonggong menyatakan bahawa sejarah dipandang sebahagian
orang sebagai masa lampau, lalu dianggap mata pelajaran yang membuang-buang
waktu. Mata pelajaran sejarah dipinggirkan dan kesannya, lahirlah generasi muda
yang buta sejarah, yang gagal memahami dan menggunakan sejarah untuk membaiki
kepincangan-kepincangan yang wujud dalam kehidupan mereka. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru boleh memilih dan menggunakan
teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan kajian
daripada bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan, seperti bidang
psikologi, sosiologi, falsafah pendidikan dan pedagogi. Memang tidak dapat disangkal
bahawa pelbagai teknik boleh diaplikasikan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, namun demikian harus diingat bahawa tiada satu teknik pun yang
dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua
situasi pengajaran. Oleh itu, teknik yang digunakan itu harus bergantung pada peringkat
umur, suasana bilik darjah dan kemampuan serta minat murid terhadap bahan
pengajaran yang akan disampaikan. Tegasnya, seorang guru itu mestilah bijak memilih
teknik-teknik yang akan digunakannya semasa menyampaikan sesuatu pengajaran.
Kaedah dan teknik pengajaran ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang
digunakan untuk mengajar (atau menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Ia
boleh wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik, dan bahan atau alat yang
berkaitan dengan pelajaran tersebut. Menurut Mengantar Simanjuntak dalam buku
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abd. Aziz pula, teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Berdasarkan
definisi tersebut, dapat diringkaskan bahawa, teknik dan kaedah amat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian adalah sama dengan proses
P&P sejarah. Dalam pengajaran sejarah terdapat beberapa kaedah dan teknik yang
boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Antaranya, kaedah penceritaan, kaedah inkuiri,
kaedah perbincangan, kaedah syarahan, kaedah dapatan, kaedah sokratik, kaedah
penerangan, kaedah simulasi, kaedah kaji peta, kaedah kaji gambar, kaedah kaji
dokumen, kaedah tutorial, kaedah tunjuk cara, kaedah kaji buku teks, kaedah lakonan
dan kaedah projek. Sungguhpun begitu, kaedah-kaedah ini juga boleh membosankan
pelajar. Hal ini demikian kerana, pengajaran dengan hanya menggunakan satu
pendekatan dilihat hanya dapat menarik perhatian pelajar pada awal pengajaran sahaja
namun tumpuan pelajar akan terjejas jika guru terlalu yakin akan kaedah yang
digunakan. Oleh hal yang demikian, penggabungjalinan antara beberapa kaedah dan
strategi pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah perlu bagi mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih hidup dan kondusif dan dalam masa yang sama,
matlamat pengajaran sejarah dapat dicapai. Wan Nik Muda dan Wan Ruslim Ismail
dalam artikel mereka theory of constraints for education menyatakan bahawa
penggabungan beberapa kaedah akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Untuk itu, mereka telah mencadangkan satu kaedah pengajaran sejarah berdasarkan
theory of Constraints. Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik
ini dapat menghidupkan pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus
meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini. TOC adalah satu teknik
pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar
pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Menerusi perlaksanaan teknik
TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya mencapai
matlamat pengajaran dan pembelajaran, menyelesaikan masalah dengan berkesan,
membuat keputusan secara bertanggungjawab, berkomunikasi dengan baik dan
memperoleh pembelajaran sepanjang hayat. Melalui aplikasi teknik TOC juga, tiga
kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran generik.
Contoh yang boleh kita ambil menerusi penggunaan teknik TOC dalam pendidikan
sejarah adalah sebagaimana berikut; sesi bercerita (pemahaman konflik dan cara watak
membuat keputusan), kajian kes (modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran
nilai murni dan kerohanian), dan kandungan Huraian Sukatan Pelajaran (kemahiran
berfikir dan perancangan strategik).

Teknik sebab dan akibat menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau
kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Penekanan yang perlu diberikan
ketika melaksanakan teknik sebab dan akibat dalam pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran sejarah termasuklah, Memahami teks atau maklumat yang diberikan,
mengenal pasti objektif pengajaran dan pembelajaran (what to learn). Menentukan titik
tolak atau permulaan peristiwa (the begining event), mengenalpasti perkara-perkara
penting yang terkandung dalam teks, menyusun perkara-perkara tersebut mengikut
turutan yang bermula dengan titik tolak peristiwa, mengemukakan maklumat yang
menyokong perkara-perkara penting (anggapan antara sebab dan akibat) yang
memperkembangkan higher-order thinking . Teknik penyelesaian masalah pula
satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada
pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan
persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi
merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi
dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Terdapat
beberapa langkah yang perlu diberikan perhatian ketika melaksanakan teknik
penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Antaranya,
mengenal pasti matlamat yang diingini dan matlamat tersebut mestilah jelas, mengenal
pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum pencapaian matlamat yang telah
ditetapkan, mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi
cabaran dan menyusun langkah-langkah untuk mengatasi cabaran mengikut
keutamaan. Selain menggunakan teknik tersebut, guru-guru juga boleh mengubah suai
teknik-teknik yang sedia ada kepada suatu teknik yang lebih kreatif. Contohnya dalam
menggunakan pendekatan penyelesaian masalah, guru boleh menggantikan pemberian
masalah secara formal kepada mengenalpasti masalah dalam pantun teka-teki (lihat
lampiran). Para pelajar perlu menyelesaikan masalah teka-teki tersebut. Seterusnya
guru akan membimbing pelajar mendalami persoalan teka teki tersebut dan
mengadakan sesi perbincangan. Dengan itu, para pelajar akan lebih faham dan
berminat dengan pelajaran mereka. Dalam pada itu, pengaplikasian teknik permainan
dalam sesi pembelajaran juga boleh menjadikan proses P&P menjadi lebih menarik.
Contohnya mengaplikasikan teknik permainan POKER dalam proses pembelajaran
koperatif. Teknik ini mengkehendaki guru menyuruh pelajar membentuk kumpulan kecil
seramai empat orang dengan satu set kad poker. Set poker dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu bahagian yang mengandungi soalan dan bahagian yang mengandungi
jawapan. Kad yang mengandungi soalan dipilih dan dicabut terlebih dahulu oleh pelajar
sebelum memulakan permainan (prinsip terbuka). pelajar akan mencabut set kad yang
mengandungi jawapan secara bergilir. Kad jawapan yang tepat akan disimpan oleh
pelajar manakala kad yang mempunyai jawapan yang tidak tepat akan diletakkan
semula pada kad di bahagian bawah sekali. Setelah berjaya memadankan kad-kad
soalan dengan kad-kad jawapan, pelajar perlu membuat analisis atau deskripsi atas
jawapan tersebut. Setelah itu, semua laporan diselesaikan, atau setelah masa yang
diperuntukkan telah tamat, setiap pelajar hendaklah berkongsi laporan mereka dengan
pelajar-pelajar yang lain. Laporan yang dikongsi akan dilanjutkan dengan
penambahbaikkan oleh pelajar-pelajar disertai dengan pendapat dan bukti dengan
dibantu oleh guru. Selepas itu pelajar membuat kesimpulan setelah mendapat
penjelasan daripada guru. Walau apapun kaedah atau teknik yang digunakan oleh guru
dalam proses P&P, perkara yang paling penting adalah kesediaan dan kekreatifan guru
itu sendiri dalam mengenal pasti kehendak dan kebolehan pelajar, suasana bilik darjah
dan beberapa faktor lain. Hal ini bukan sahaja memerlukan usaha yang gigih daripada
kalangan guru-guru bahkan juga memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dalam
memastikan kesesuaian kaedah dalam bilik darjah. Koperatif bermaksud bekerja
bersama-sama bagi mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan bersama. Di dalam
pembelajaran koperatif, pelajar berinteraksi dan saling bantu-membantu dalam
aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang.
Kaedah kolaboratif ialah melibatkan sekumpulan pelajar yang berusaha bersama ke
arah mencapai prestasi dan matlamat yang sama. Dengan kata lain, pembelajaran
koperatif dan kolaboratif dapat membantu guru meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pembelajaran Koperatif didefinisikan
sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk
mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product)
yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur
(structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses
mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi
kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan
interaksi sosial dalam bilik darjah. Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran
koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang
disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang diwakili oleh hubungan di bawah.
Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti. Kagan telah
menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50 contoh struktur
(dengan nama-nama yang tertentu) yang dapat disesuaikan dengan isi
kandungan. Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu TEAM
BUILDING (kumpulan kecil), Classbuilding (satu kelas), Masteri, Kemahiran berfikir,
Perkongsian Maklumat dan Kemahiran berkomunikasi. Jesteru itu ingin saya
menjelaskan dahulu mengenai ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti berikut :
Pencapaian akademik Kepekaan positif kepada kepelbagaian Pemantapan
kemahiran sosial Pembelajaran Koperatif menggunakan peraturan bilik darjah yang
mampu mewujudkan satu pasukan yang berkesan. Singkatan KISSES mewakili
peraturan bilik darjah seperti yang diterangkan di bawah. K Keep with
the group (Sentiasa dalam pasukan) I Include
everyone (libatkan semua ahli elakkan passenger)
S Share ideas and feelings (sedia berkongsi idea dan
perasaan) S Stay on task (Sentiasa melakukan tugasan yang
diberi) E Encourage others (Memberi galakan kepada rakan
sebaya) S Six inch Voices ( perbincangan mesra kumpulan
berberdua / berempat dalam jarak lebih kurang 6 inci.)
Terdapat pelbagai pendapat mengenai ciri-ciri pembelajaran koperatif.Slavin (1990)
berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri
berikut: ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk
berjaya. Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran koperatif.
Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran
berkumpulan dan penilaian kumpulan. Ganjaran kumpulan: Pelajar akan diberikan
ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria tertentu tanpa ada
sebarang persaingan antara sesama kumpulan. Ganjaran kumpulan menjadikan pelajar
lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Tanggungjawab
individu: Tanggungjawab individu bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawab
menentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Ini akan mendorong pelajar membimbing
rakan-rakan sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran.
Peluang yang sama untuk berjaya: Ia merujuk kepada pencapaian pelajar diukur
berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing. Oleh itu, semua pelajar berpeluang
meningkatkan pencapaian kumpulan mereka tanpa mengira tahap kebolehan masing-
masing. Matlamat kumpulan: Pelajar mesti bekerjasama dalam satu kumpulan untuk
mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tanpa kerjasama antara ahli, sesuatu
kumpulan tidak dapat mencapai matlamat tersebut. Secara amnya pembelajaran
koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan melalui proses
perancangan, pengendalian, pengurusan dan penilaian. Oleh hal yang demikian
pembelajaran sejarah akan menjadi lebih menyeronokan murid dan menambah minat
murid untuk mengetahu lebih banyak mengenai fakta-fakta sejarah. Sejarah merupakan
satu mata pelajaran yang penting. Hal ini demikian kerana pengajaran sejarah mampu
membentuk jiwa, akhlak dan jati diri bangsa khususnya dalam memupuk semangat
patriotisme. Sungguhpun begitu, pengajaran dan pembelajaran subjek ini memerlukan
penghayatan dan minat bagi menimbulkan konsep kesedaran atau celik dalam sejarah.
Oleh yang demikian, peranan guru amatlah ditagih dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang menarik dan mampu membawa pelajar menghayati peristiwa
sejarah itu seperti yang sebenarnya. Guru yang kreatif dapat mempengaruhi tahap
kesedaran pelajar. Jadi, penggunaan pelbagai teknik, alat bantu mengajar, dan minat
guru sejarah itu sendiri merupakan nadi penggerak pada kejayaan tersebut. 4.0
RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SEJARAH Mata Pelajaran dan Kelas Sejarah Tahun 4 Tema/Tajuk Mari Belajar Sejarah
Masa 8.40 9.10 pagi (30 minit) Standard Kandungan: 1.1 Mari belajar sejarah
Standard Pembelajaran: 1.1.1 Menyatakan pengertian sejarah dan sumber sejarah
1.1.2 Mengenal pasti konsep masa silam dan ruang berdasarkan garis masa dan
kronologi. K1.1.7 menyatakan kepentingan pengurusan masa dalam kehidupan harian.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat; 0. Menyatakan
pengertian sejarah berdasarkan kamus DBP dan kamus atas talian seperti
wikipedia.com. 0. Menyatakan 3 sumber sejarah. 0. Melakar jalur masa yang
menunjukkan konsep masa silam dan kronologi. Aktiviti 1. Memberikan contoh-contoh
masa silam dengan menyebut tahun. Contohnya, 1990, 1890 dan sebagainya. 2.
Menyenaraikan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. 3. Membuat lakaran mengenai
jalur masa. Sekarang EMK Nilai Murni menghargai masa TMK belajar melalui
TMK mencari gambar-gambar yang berkaitan dengan suasana masa silam,
contohnya suasana zaman pra-sejarah Bahan Bantu Belajar Komputer, LCD,DVD,
buku teks, buku latihan, alat tulis, kad arahan Tahap Penguasaan 2. Murid mengetahui
tentang pengertian dan kemahiran sejarah. 2. Murid memahami pengertian dan
kemahiran sejarah Refleksi Akan diisi kelak...
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI EMK/PEDAGOGI
CATATAN Permulaan (3 minit) Menonton tayangan video

1. Murid menonton tayangan video Merong Mahawangsa .

2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan video yang ditayangkan: a) Siapa
tahu tajuk cerita ini? Murid menjawab soalan guru secara lisan b) Pada zaman bilakah
cerita ini berlaku? Murid menjawab secara lisan c) Apakah kerajaan awal Tanah Melayu
yang disebut dalam filem tersebut? Murid menjawab soalan guru

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini. Nilai Murni -
bersyukur - kerjasama TKP TMK KB -Menjana Idea BBM -Komputer riba, LCD, DVD -
Langkasuka Aktiviti 1 (10 minit)

1. Dalam kumpulan, murid berbincang untuk menyenaraikan kerajaan-kerajaan Melayu


awal yang wujud di Tanah Melayu .

2. Murid-murid berbincang dalam kumpulan masing-masing menyenaraikan hasil


dapatan mereka dalam kertas kosong.

3. Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan di


hadapan kelas.

4. Murid membentangkan hasil dapatan masing-masing.

5. Guru merumuskan pembentangan murid dan menyatakan senarai penuh kerajaan


awal di Tanah Melayu. Nilai kerjasama KB menjana idea Buku Teks (Tajuk 4 )
Kerajaan-kerajaan Melayu Awal *DSKP Tahap Penguasaan Aktiviti 2 (10 minit)

1. Guru menunjukkan layar peta di hadapan kelas. 2. Murid di minta menjawab peta
apakah ini. 3. Guru juga merumuskan jawapan murid. 4. Guru meminta murid
memikirkan kedudukan kerajaan-kerajaan Melayu awal pada peta. 5. Murid berbincang
dalam kumpulan 6. Guru meminta murid tampil kehadapan melabelkan nama kerajaan
Melayu awal mengikut kedudukan pada peta. 7. Murid tampil kehadapan dan
melabelkan peta. 8. Guru mengaitkan jawapan murid dengan menerangkan tentang
kerajaan-kerajaan Melayu awal yang di labelkan. KB Menghubungkait BBM Peta
Kedudukan kerajaan-kerajaan Melayu awal pada peta. Cth: Kedah Tua Patani
*DSKP Aktiviti 3 (5 minit) 1. Guru menerangkan kedudukan semua kerajaan-kerajaan
Melayu awal yang terletak di pesisir pantai. 2. Murid mendengar dengan teliti
penerangan guru. 3. Guru menyoal murid apakah keistimewaan kerajaan-kerajaan
Melayu awal? 4. Murid menjawab soalan guru. 5. Guru merumuskan jawapan murid.
ICT KB menjana idea BBM Peta *DSKP Penutup (2 minit) 1. Guru merumuskan isi-isi
penting dalam pelajaran hari ini. Nilai bersyukur 5.0 REFLEKSI Alhamdulillah, sejuta
kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin dan rahmat
daripada-Nya dapatlah saya sempurnakan kerja kursus projek bagi subjek SJH 3063E -
Kaedah pengajaran Sejarah ini. Walaubagaimanapun terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing subjek SJH063E,
Puan Warti binti Kimi kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan
tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Komitmen beliau yang tinggi dalam
memastikan setiap dari kami dapat mengikuti interaksi dengan berkesan telah
mendorong saya dan rakan-rakan untuk turut memberikan kerjasama yang maksimum.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi dan bertukar-tukar
maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Sesungguhnya, kerja kursus
yang diberikan sudah tentu memberikan satu impak yang mendalam terhadap diri
setiap individu yang terlibat termasuklah saya sendiri. Berdasarkan kesemua input yang
telah dipelajari sepanjang melaksanakan kerja kursus, saya berpendapat setiap satu
daripadanya adalah amat berguna sekali bagi tujuan masa kini dan masa hadapan.
Melalui pelaksanaan kerja kursus projek ini, saya mula menyedari betapa pentingnya
penerapan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid. Apatah lagi kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) yang boleh mendorong murid mencipta, mengaplikasi dan membuat
penilaian terhadap apa yang dipelajari. Jesteru itu melalui penggunaan pendekatan
pengajaran yang berkesan yang memerlukan penglibatan murid melalui strategi
berkumpulan, pelbagai kaedah boleh disalurkan kepada murid-murid dengan
menggunakan teknik-teknik pengajaran yang betul dan berkesan. Pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih tersusun, murid-murid seronok untuk belajar sambil
berfikir lalu menghasilkan satu corak pembelajaran yang berkesan dalam kelas yang
kondusif, aman dan tenteram. Kemunculan pelbagai gajet dan kemudahan ict pada
masa kini, memudahkan kita menerapkan KBAT kepada murid-murid. Melalui
pembelajaran interaktif, pelbagai soalan boleh dikemukakan untuk menggalakkan
murid-murid berfikir. Aktiviti penyelesaian masalah menjadi lebih menarik melalui
penggunaan computer di samping kemahiran berfikir boleh diterapkan. Tugasan-
tugasan mingguan lain yang melibatkan pencarian maklumat menggunakan enjin
pencari turut menajamkan lagi kemahiran mencari maklumat menggunakan internet.
Hampir kesemua tugas mingguan yang diarahkan memerlukan kemahiran
menggunakan enjin pencari, sebagai contoh; mencari bahan bantu mengajar bagi
pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan, membaca, dan menulis. Hal ini
membolehkan saya dan rakan-rakan memperoleh banyak maklumat atau bahan yang
berguna dan sesuai dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran kelak. Dengan
adanya bahan-bahan tersebut, ianya akan membantu saya untuk melancarkan lagi
pengajaran dan pembelajaran yang akan saya jalankan sendiri satu hari nanti
memandangkan kesemua bahan telah disimpan dalam folder tertentu dan boleh
digunakan pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, kemahiran-kemahiran yang dipelajari
turut membantu dalam mendewasakan saya, di mana terdapat beberapa perkara yang
pada awalnya saya anggap tidak perlu diulangkaji lagi kerana sudah mahir dalam
menggunakan kemahiran tersebut. Tetapi pada hakikatnya, masih terlalu banyak yang
harus dipelajari lagi. Sebagai contoh, dalam penggunaan microsoft power point yang
mana kami gunakan bagi tujuan membuat pakej pembelajaran. Walaupun perisian
tersebut seringkali digunakan ketika membuat mana-mana pembentangan di bilik kuliah,
namun saya masih belum mengetahui banyak perkara yang boleh dibuat dengan
menggunakan perisian power point. Saya menyedari hakikat itu setelah melihat
beberapa contoh pakej pembelajaran yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing,
dan mendapati bahawa masih jauh untuk saya mencapai tahap-tahap tertentu. Oleh itu,
sebagai jalan inisiatif, saya seringkali bertanyakan pendapat kepada pensyarah
pembimbing dan rakan-rakan mengenai fungsi-fungsi microsoft power point dengan
lebih mendalam. Alhamdulillah, dengan perkongsian yang ada, saya telah mempelajari
banyak lagi kemahiran-kemahiran baharu seterusnya membolehkan tugasan kerja
kursus ini disempurnakan dalam masa yang lebih singkat. Tugasan kerja kursus projek
ini juga turut memberi saya satu pengalaman yang sangat menyeronokkan, di mana
buat julung kalinya saya telah membina satu laman sesawang secara individu. Laman
sesawang yang dihasilkan adalah salah satu dari kehendak soalan tugasan, yang mana
meminta saya dan rakan-rakan lain memuat naik segala bahan yang telah diperoleh
sepanjang pembelajaran minggu pertama hingga minggu kelima ke dalam laman
sesawang masing-masing. Bagi saya, pengalaman baru seperti ini merupakan satu lagi
batu loncatan yang berharga untuk membawa diri ini ke aras yang lebih tinggi. Satu
kemahiran yang tidak pernah saya terfikir untuk mempelajarinya, kini telah menjadi
salah satu keistimewaan dalam diri sendiri. Secara keseluruhannya, kerja kursus kali ini
telah menambah satu lagi ilmu yang bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai
seorang bakal warga pendidik yang perlu menguasai banyak hal termasuklah ilmu
dalam bidang teknologi. Selepas ini, segala kemahiran yang diperolehi pasti akan
saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Akhir kata, saya ingin
mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam membantu
untuk tugasan kali ini.
Pengajaran berasaskan projek adalah salah satu pendekatan mengajar yang menarik untuk dilakukan bersama kanak-
kanak. PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK atau lebih dikenali dengan PROJECT APPROACH dalam bahasa Inggeris ialah penyiasatan
secara mendalam berkaitan dengan topik dunia sebenar agar dapat menarik perhatian kanak-kanak mengenai topik yang ingin diajar. Melalui
pendekatan ini, kanak-kanak dapat mengaitkan pengalaman luar sekolah dengan aktiviti. Ia juga dapat membantu mereka untuk bersedia
menjalankan kajian dalam bidang sains dan sains sosial. Hal ini kerana kebanyakan projek tersebut adalah berbentuk sains.

Dalam pengajaran kepada kanak-kanak 4-6 tahun, pelbagai bentuk projek boleh dilakukan. Pendekatan ini mestilah mempunyai langkah-
langkah atau urutan dalam melaksanakannya. Pendekatan ini juga perlu diakhiri dengan penilaian kanak-kanak terhadap apa yang telah
mereka lakukan.

Dalam melaksanakan pendekatan ini, beberapa langkah sebelum perlu dilakukan iaitu:

1. Guru memperkenalkan projek yang ingin dilaksanakan.


2. Guru menggalakkan kanak-kanak untuk memberi idea dan cadangan mereka.

Langkah semasa projek dilakukan:

Galakkan sumbangsaran idea dan membina kesepakatan antara kanak-kanak.


Melaksanakan projek.
Setiap kanak-kanak memainkan peranan dalam melaksanakan projek dan pembahagian tugas perlu dilaksanakan.
Terdapat skop dan urutan pelaksanaan projek.
Menyediakan graf tempoh masa.
Menjalankan proses inkuiri, penyelidikan dan pengumpulan data.
Mempersembahkan projek.
Penambahan berterusan dan penilaian berterusan.
Pengintegrasian teknologi amat digalakkan.

Langkah yang perlu diambil selepas projek dilaksanakan:

Menghargai pencapaian dalam melaksanakan projek.


Membuat penilaian terhadap beberapa aspek iaitu kekuatan, kelemahan, kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari, pemarkahan
oleh guru, penilaian kendiri pelajar dan analisis skor markah yang diperolehi.
Maklum balas daripada rakan-rakan terhadap projek yang dilaksanakan.
Menilai kualiti projek.
Mencatatkan bukti-bukti kejayaan menyempurnakan projek.

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam pendekatan ini:

Menanam pokok seperti pokok cili, pokok bendi dan lain-lain.


Membuat
Menghias
Melakukan bingkai gambar.
Eksperimen sains (meneroka alam).