Ucapan jutaan terima kasih dan rakaman penghargaan ini saya tujukan khusus kepada
pihak pengurusan Majlis Restu Ilmu UPSR 2015, kerana memberi kepercayaan dan
peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis keramat
yang dianjurkan khusus buat kami yang akan menduduki pepriksaan UPSR, pada pagi
hari Selasa,8 haribulan September sehingga 10 haribulan September,2015.
Kesempatan pada pagi ini merupakan suatu detik bersejarah bagi diri saya kerana
dapat menyampaikan ucapan sebagai wakil pelajar dalam majlis seperti ini.
Teks Wakil Murid Majlis Restu Ilmu oleh Cikgu Aidil Page 1
Terima kasih cikgu! Halalkan segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Restuilah
kami dan doakanlah kejayaan kami dalam peperiksaan UPSR yang kami nantikan
penuh debar dan persediaan ini.
Akhirulkalam, sebelum saya menyerahkan majlis ini kepada Tuan Pengerusi Majlis,
saya selaku wakil murid sekalian ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para guru sepanjang kami dididik
daripada tahun 1 sehinggalah tahun 6, yang telah sudi menabur bakti demi
kecemerlangan hidup kami di hari muka. Segala jasa dan pengorbanan guru-guru tidak
dapat kami balas, justeru kami serahkan kepada Allah jua untuk membalasnya.
Sedikit tanda ingat, banyak tanda ada, kasih kepada yang sudi, meminta kepada yang
ada dan bertanya kepada yang tahu.
Teks Wakil Murid Majlis Restu Ilmu oleh Cikgu Aidil Page 2