Anda di halaman 1dari 8

SOALAN TAMBAHAN

1. Cara-cara membahagiakan ibu bapa

2. Cara-cara membantu OKU, anak-anak istimewa, permata pintar (anak cerdas).

3. Cara- mengurangkan kadar kemalangan jalan raya

4. Peranan pengawas memantapkan disiplin sekolah

5. Peranan ibu bapa mewujudkan budaya ilmu dalam kalangan anak-anak

6. Cara-cara mengembangkan seni mempertahankan diri

7. Faedah mengadakan lawatan ke luar negara

8. Karangan berdasarkan cogan kata, "Budi Bahasa Budaya Kita"

9. Cara-cara menghargai jasa guru

10. Majlis perpisahan pengetua/ guru

11. Cara mengembangkan produk buatan Malaysia ke luar negara

12. Cara-cara meningkatkan kemudahan pengangkutan awam di Malaysia

13. Usaha melahirkan individu penyayang

14. Faedah membaca karya sastera

15. Majlis Anugerah Sasterawan negara/ temu bual dengan sasterawan negara

16. Langkah mengatasi masalah tanah runtuh/ bencana alam

17. Cara-cara memupuk perpaduan melalui lagu dan karya kreatif

18. Kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang

19. Karangan peribahasa, "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan"

20. Jiran sepakat membawa berkat

21. Ciri-ciri/kriteria untuk menjadi penulis yang Berjaya


SOALAN TAMBAHAN

Karangan 1

Simpanan wang merupakan satu amalan murni yang harus ditanam dalam jiwa
remaja kita. Cuma amalan ini belum lagi berakar umbi.

Nyatakan tindakan-tindakan yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini.

Karangan 2

Semangat perpaduan di negara ini dianggap begitu utuh tetapi sejak akhir-akhir ini
sudah ada isu yang mampu menjejaskan perpaduan tersebut.

Jelaskan punca-punca yang boleh menjejaskan perpaduan ini untuk menjadi


renungan kita semua.

Karangan 3

Bencana alam terutama banjir begitu kerap berlaku di negara ini terutama ketika
musim hujan. Bukan sahaja harta benda musnah malah nyawa manusia turut
melayang.

Jelaskan punca-punca yang membawa kepelbagaian bencana alam ini.

Karangan 4

Dunia mula mengalami kemeletan ekonomi dunia yang ketara. Pelbagai pihak
mula mengadu kehilangan pekerjaan. Kerajaan telah mencadangkan supaya lebih
banyak peluang perniagaan diwujudkan supaya mereka yang kehilangan kerja ini
boleh membuatkan perniagaan mereka sendiri pula.

Jelaskan kebaikan-kebaikan bekerja sendiri.


Karangan 5

Pemuliharaan bangunan bersejarah atau lama di negara ini mula mendapat


perhatian masyarakat setempat. Tindakan ini mungkin timbul akibat kesedaran
untuk memastikan warisan sejarah negara terus hidup.

Nyatakan punca-punca yang menyebabkan bangunan lama atau bersejarah ini


dimusnahkan begitu sahaja.

Karangan 6

Bahasa asing dikatakan penting dalam dunia kerjaya moden kini tetapi masih ramai
yang mempertikaikannya.

Berikan pendapat anda tentang isu ini.

Karangan 7

Sistem pengangkutan awam negara telah mula diberi perhatian oleh pihak kerajaan.
Pelbagai langkah sudah dilaksanakan untuk memajukan lagi sistem pengangkutan
awam itu.

Pada pandangan anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk


memajukan sistem pengangkutan awam di negara ini.

Karangan 8

Kerajaan berusaha menjadikan amalan membaca satu amalan masyarakat kita.


Usaha mereka ini mula membuahkan hasil terutama dalam kalangan pelajar.

Namun, apakah kekangan-kekangan yang timbul dalam merealisasikan impian ini?


Karangan 9

Telefon bimbit sudah menjadi satu keperluan utama dalam kehidupan pelajar
sehingga ada pihak yang menyarankan agar teknologi ini diharamkan
penggunaanya di kawasan sekolah.

Jadi, apakah impak-impak negatif yang timbul daripada penggunaan teknologi ini.

Karangan 10

Isu pemanasan global sudah menjadi perkara lumrah kini. Pelbagai persidangan
sudah diatur untuk mencari jalan menyelesaikan masalah ini.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah kerjasama yang mampu dilakukan


oleh pihak masyarakat antarabangsa dalam isu ini?