Anda di halaman 1dari 1

Mengapa anda memilih profesion perguruan?

Guru adalah antara kerjaya yang telah saya pilih sejak bertahun-tahun dahulu. Inilah
soalan yang selalu diajukan oleh guru-guru di sekolah tentang cita-cita saya. Setiap kali saya akan
membalas dengan jawapan yang sama iaitu, 'saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru
cemerlang.' Jika guru adalah kerjaya pilihan utama, bermakna secara tidak langsung saya
memiliki minat yang mendalam dalam kerjaya ini.
Dalam situasi hari ini, murid tidak lagi melihat profesyen perguruan adalah yang pilihan
yang teratas. Apabila ditanya kepada murid-murid sekolah rendah yang belum matang mengenai
cita-cita mereka, rata-rata akan memilih menjadi doktor atau polis. Menjadi seorang pegawai
perubatan kerana hendak menolong orang sakit. Menjadi seorang anggota polis untuk menangkap
para penjahat. Sifat keprihatinan mereka terhadap orang sekeliling masih lagi menebal. Semakin
matang pemikiran seorang murid tersebut, cita-cita mereka juga turut berubah, ditambah pula
dengan peranan kewangan dalam segala aspek kehidupan, mereka kemudiannya memilih untuk
menjadi kaya. Jika tanpa iman dan pedoman yang betul, mereka akan membesar ke arah
kebendaan yang melampau. Soal halal, haram, dosa dan pahala tidak lagi menjadi persoalan. Sikap
individualistik mengatasi sifat keprihatinan mereka terhadap masyarakat. Apabila mereka
memasuki zaman universiti, output-output inilah yang dikatakan sebagai mahasiswa-mahasiswi
lesu. Mereka akan berjuang untuk nasib mereka sendiri dan tidak melibatkan kepentingan
masyarakat. Apabila mereka menceburi bidang kerjaya dan sebagai contoh, menjadi doktor,
mereka menjual dadah kepada para penagih di klinik-klinik sendiri, apabila menjadi anggota polis,
mereka mudah gelap mata dengan habuan pelanggar undang-undang. Apabila menjadi guru,
mereka memberi contoh yang tidak baik kepada rakan sekerja dan murid-murid. Oleh itu, para
guru dan para pendidik tidak kira taraf atau pangkat seharusnya mengorak langkah bersama-
sama berganding bahu sebagai agen atau pencetus ke arah perubahan masyarakat yang lebih baik
dari segi nilai moralnya dan kehambaan kepada Tuhan.

Sekiranya anda terpilih, apakah yang dapat anda sumbangkan terhadap bidang keguruan?
Saya tidak dapat menjanjikan apa-apa sumbangan buat masa ini. Ini adalah kerana bidang
pendidikan ini dinamik, sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Namun jika ada sedikit
kepercayaan dan saya diberikan peluang oleh ketua jabatan, saya akan menyumbangkan sesuatu
yang berguna mengikut situasi pendidikan semasa negara dan mengikut pengetahuan serta
kemahiran yang saya pelajari semasa di maktab perguruan.

Anda mungkin juga menyukai