Anda di halaman 1dari 9

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

CASE STUDY
JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA HOSPITAL SANDAKAN

______________________________________________________________________

TAJUK TUGASAN
ANEMIA

NAMA PELATIH : ROMEH MICHEAL


NO.KAD PENGENALAN : 940108-12-7047
NO.MATRIK : BPP2013-2320
AMBILAN : JANUARI 2013
PENGENALAN

Penyebab kematian ibu terbahagi kepada 2 iaitu penyebab secara langsung


(perdarahan, infeksi dan eklampsia) dan penyebab secara tidak langsung diantaranya
iaitu anemia dalam kehamilan. Anemia dalam kehamilan merupakan suatu keadaan di
mana ibu dengan kadar haemoglobin(sel darah merah) dibawah 11 gr % terutama
pada trimester I dan trimester ke III.

PENYEBAB ANEMIA PADA KEHAMILAN


Peningkatan keperluan zat besi untuk pertumbuhan janin
Kurangnya kandungan zat besi pada makanan yang diambil ole ibu hamil
Pola pemakanan ibu terganggu akibat mual selama kehamilan
Adanya kecenderungan rendahnya cadangan zat besi (Fe)

Tiga kelas anemia yang utama termasuk:

1. kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (seperti dalam


kes pendarahan akibat kecederaan, atau kronik melalui kehilangan isi padu
darah dalam jangka masa yang lama);
2. pemusnahan sel darah yang berterusan (hemolisis)
3. pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang
tidak berkesan).

Anemia merupakan gangguan darah yang paling biasa. Terdapat berbagai-bagai sebab
yang menyebakan anemia. Anemia boleh digolongkan melalui berbagai-bagai cara,
berdasarkan morfologi atau bentuk sel darah merah, mekanisme etiologi, dan simptom
klinikal yang boleh dikesan, antara lain.

1
Adanya dua pendekatan utama untuk mengelaskan anemia, iaitu pendekatan "kinetik"
yang melibatkan penilaian pengeluaran, pemusnahan, dan kehilangan sel darah
merah,[1] serta pendekatan "morfologi" yang mengelaskan anemia mengikut saiz sel
darah merah. Pendekatan morfologi menggunakan satu ujian makmal yang mudah
didapati (min isi padu korpuskel, MCV) sebagai titik permulaannya. Sebaliknya,
menumpukan perhatian pada persoalan pengeluaran pada peringkat awal
membenarkan seseorang perawat/doktor untuk mengesan kes-kes anemia yang
diakibatkan oleh berbagai sebab dengan lebih cepat

PENCARIAN LITERATUR

Anemia adalah keadaan dimana sel darah merah menurun atau berlakunya penurunan
paras hemoglobin, sehingga kapasiti daya angkut oksigen untuk keperluan organ-organ
vital pada ibu dan janinberkurangan. Selama kehamilan, indikasi anemia adalah jika
konsentrasi hemoglobin kurang dari 10,50 sampai dengan 11,00 gr/dl (Varney, 2006 ).

Hemoglobin ( Hb ) iaitu komponen sel darah merah yang berfungsi menyalurkan


oksigen ke seluruh tubuh, jika Hb berkurang, jaringan tubuh kekurangan oksigen.
Oksigen diperlukan tubuh untuk bahan bakar proses metabolisme. Zat besi merupakan
bahan yang mendorong kepada penghasilan sel darah merah. Ibu hamil mempunyai
tingkat metabolisme yang tinggi misalnya untuk membuat jaringan tubuh janin,
membentuknya menjadi organ dan juga untuk menghasilkan tenaga agar ibu hamil
dapat melakukan aktiviti seharian dalam keadaan yang normal ( Sin sin, 2010 ).

Simpanan zat besi yang sangat rendah akan menyebabkan berlakunyaketidakcukupan


untuk membentuk sel-sel darah merah di dalam sumsum tulang sehingga kadar
hemoglobin terus menurun di bawah paras normal, keadaan inilah yang disebut anemia
gizi besi ( Masrizal, 2007)

2
Menurut Evatt dalam Masrizal ( 2007) anemia deficiency adalah anemia yang
disebabkan oleh kekurangan zat besi pada tubuh. Keadaan ini dikesan dengan
penurunan saturasi transferin, berkurangnya kadar feritin serum atau hemosiderin
sumsum tulang. Secara morfologi keadaan ini diklasifikasikan sebagai anemia
mikrositik hipokrom disertai penurunan kuantitii pada sintesis hemoglobin. Defisiensi
besi merupakan penyebab utama anemia. Wanita usia subur sering mengalami anemia,
karena kehilangan darah sewaktu menstruasi dan peningkatan keperluann besi
sewaktu hamil.

Penyebab anemia biasanya bermula apabila kurang zat besi, kehilangan darah saat
persalinan yang lalu, dan penyakit penyakit kronik (Mochtar, 2004).

Kenaikan isipadu darah berfungsi untuk memenuhi keperluan perfusi dari


uteroplasenta. Ketidakseimbangan antara kecepatan penambahan plasma dan
penambahan eritrosit ke dalam sirkulasi ibu biasanya memuncak pada trimester kedua (
Smith et al., 2010 ).

3
PERBINCANGAN

Keadaan di mana terdapat kekurangan atau kadar rendah konsentrasi hemoglobin (sel
darah merah) dalam darah periferi bawah paras normal mengikut umur dan
jantina.terutamanya kepada ibu yang mengandung.

Faktor factor risiko anemia mengikuti klasifikasi :

Mengikut Punca
-excessive destruction of RBCs
-blood loss
-production of RBCs

Mengikut morfologi sel darah merah


-MCH Mean corpuscular
-MCHC Mean corpuscular Hb concentration
-MCV Mean corpuscular volume

Punca-punca anemia:

Anemia kehilangan darah (trauma)


Anemia hemolitik
Anemia ketidaksimbangan SDM (sel darah merah)
Anemia profiferasi dan pematangan
Anemia gangguan sum-sum tulang

4
Kesan-kesan anemia
Keguguran, bayi pra-matang. Ianya berlaku kerana kurang peredaran bekalan oksigen
kepada rahim (bayi), pendarahan post partum, biasanya berlaku pada ibu yang
dengan Hb kurang dari 10 g .
Anemia juga boleh menyebabkan Hipoksia dan ianya boleh memberi kejutan pada ibu
dan menyebabkan kematian ibu saat melahirkan anak/bersalin walaupun tidak berlaku
pendarahan.
Kematian bayi dalam kandungan, kematian bayi pada usia sangat muda serta
berlakunya kecacatan pada anggota tubuh bayi.

KOMPLIKASI

1. Kegagalan Jantung
2. Tumbesaran Terbantut
3. Sistem imun badan rendah (mudah dijangkiti penyakit)

5
CADANGAN PENYELESAIAN

Selain terapi ubat, ia juga boleh ditangani dengan terapi diet. Dengan cara
meningkatkan pengambilan bahan makanan yang tinggi zat besi.

BESI (Fe)
Merupakan mineral mikro yang paling banyak terdapat di dalam tubuh manusia, iaitu
sebanyak 3 5 gram

FUNGSI BESI (Fe)


Besi merupakan sebahagian dari Haemoglobin yg berfungsi sebagai alat yang
membawa oksigen dari paru paru ke seluruh tubuh. Dengan berkurangnya Fe (besi)
,penghasilan Haemoglobin akan berkurang dan akhirnya menyebabkan haemoglobin
akan menurun.

KEKURANGAN ZAT BESI


masalah pembesaran bayi,kematian janin,cacat anggota badan,down sindrom , BBLR
(Berat Badan Lahir Rendah), Anemia pada bayi yang dilahirkan,
lahir premature danPendarahan.

6
PENGURUSAN
1. Rawatan spesifik:
- rawatan punca
- terapi zat besi- Sulfat ferrous 200mg BD/TDS
I.V dextran-zat besi 100-200
- suntikan imferon 2-5 ml
Transfusi darah bagi kes teruk.
- terapi vit B12, asid folik, B6, Thiamine dan Riboflavine
- Steroids
2. . Rawatan simptomatik
- sedation utk rehat dan tenangkan pesakit
- Vitamin B Kompleks
- Losyen atau Cream untuk kulit kering

3. Penjagaan kejururawatan
- Rehat atas katil
- Mengawal tekanan darah, nadi, kadar pernafasan dan suhu badan
- Diet High Protein dan high calorie

Pendidikan kesihatan
1.Mengambil ubat mengikut arahan doctor
2.Datang untuk rawatan susulan ditetapkan
3.Makanan berzat terutama zat besi dan folic acid
4.Rehat secukupnya
5Amalkan cara hidup sihat

7
RUMUSAN

Berdasarkan data-data yang saya dapati daripada laporan kes tentang anemia di
jabatan Kecemasan dan trauma serta laman-laman web.Saya mendapati kebanyakan
pesakit yang menghidap anemia boleh mengawalnya dengan mendapatkan rawatan
awal dan mengikuti nasihat yang diberi oleh perawat. Penyakit Anemia mungkin di
pandang ringan oleh sesetengah masyarakat, namun ia merupakan risiko yang tinggi
dan berbahaya kepada ibu yang akan melahirkan anak. Banyak kesan buruk yang akan
berlaku kepada ibu dan anak jika anemia tidak di cegah dan di kawal melalui rawatan
dan pengambilan makanan seimbang yang betul, pemeriksaan berkala perlulah di jalani
kepada ibu untuk mengetahui tentang status perkembangan darah (paras HB) ibu.

RUJUKAN
-9month magazine
-docco.com
-http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_anemia
-portal.alamhamil.com