Anda di halaman 1dari 11

KERTAS CADANGAN

KEJOHANAN BOLA BALING 2017

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

TARIKH :
05 OKTOBER 2017

HARI :

KHAMIS

TEMPAT :

GELANGGANG BOLA BALING, IPG KAMPUS SULTAN MIZAN,

BESUT, TERENGGANU.

ANJURAN :

PISMP SEMESTER 5 AMBILAN JUN 2015


1.0 PENGENALAN

Bola Baling merupakan salah satu jenis sukan yang berpotensi untuk dibangunkan
sebagai sukan teras negara. Namun, negara kita agak ketandusan bakat muda bagi
sukan ini. Menyedari akan hakikat ini, Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda
dengan menganjurkan Kejohanan Pertandingan Bola Baling. Hal ini
berkesinambungan daripada matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan
yang baik dan sempurna supaya dapat menjadi warga negara Malaysia yang
seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dengan
perkataan lain, Kejohanan Pertandingan Bola Baling ini dapat memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan seimbang. Selain itu, melalui penganjuran
Kejohanan Bola Baling 2017 IPGKSM ini, adalah bertujuan untuk melengkapkan
silibus Kejurulatihan Sukan bagi subjek elektif untuk guru-guru pelatih semester 5.

2.0 RASIONAL

Penganjuran pertandingan ini diadakan untuk menyediakan guru-guru pelatih


supaya mendapat pengalaman dan ilmu pengetahuan terutamanya dalam
permainan bola baling. Melalui penganjuran ini, para guru pelatih dapat
memperkayakan diri dengan perkongsian ilmu dan kemahiran dalam meningkatkan
sahsiah dan etika perguruan. Di samping itu, melalui penganjuran ini juga guru-guru-
pelatih juga dapat diberikan bimbingan kejurulatihan di venue (side coaching)
berkaitan kandungan ilmu kejurulatihan sukan sebelum, semasa dan selepas
pertandingan. Selain itu, penganjuran kejohanan ini juga merupakan laluan kepada
guru pelatih untuk mengaplikasi pengetahuan kejurulatihan sukan dalam pelbagai
situasi semasa pertandingan dijalankan. Justeru, penganjuran ini adalah bertujuan
untuk menjadikan guru pelatih lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran
dan rintangan baru pada masa akan datang.
3.0 MATLAMAT

Matlamat bagi pelaksanaan program ini ialah bagi memenuhi kehendak sukatan
kursus Kejurulatihan Sukan dalam usaha untuk melahirkan bakal-bakal guru yang
berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam pengurusan pertandingan di
sekolah supaya lebih yakin dan efisien.

4.0 OBJEKTIF

Selepas mengikuti pertandingan ini, bakal-bakal guru pelatih akan dapat :

4.1 Bekerjasama dalam mengelolakan satu pertandingan Bola Baling bersama-sama


dangan rakan-rakan.

4.2 Mempertingkatkan integrasi dalam kalangan guru pelatih.

4.3 Memperluas peluang penglibatan pelajar dalam aktiviti perancangan dan


pengurusan kokurikulum.

4.4 Membina minda yang cergas dan cerdas.

4.5 Mempertingkatkan lagi semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan guru-
guru pelatih, pensyarah dan peserta yang terlibat.

5.0 TARIKH DAN MASA

5.1 Tarikh : 05 Oktober 2017

5.2 Hari : Khamis

5.3 Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari

5.4 Tempat : Gelanggang Bola Baling IPG Kampus Sultan Mizan.

5.5 Jenis Pertandingan : Tertutup

5.6 Bentuk Pertandingan : Kalah mati


6.0 PENYERTAAN

Penyertaan terbuka kepada semua guru pelatih lelaki semester 3, 5, 7 dan 8 sahaja

7.0 PENDAFTARAN PEMAIN

Pemain yang didaftarkan mestilah terdiri daripada warga guru pelatih


IPGKSM sahaja.
Tarikh tutup penyertaan pada 03hb Oktober 2017 (Selasa).
Borang penyertaan yang telah siap diisi boleh dihantar kepada Nurul Nadiah
Binti Yahaya atau Nur Ain Syafiqah Binti Sahidi.
Sebarang pertanyaan dan urusan berkaitan kejohanan ini, sila berhubung
dengan penyelaras pertandingan iaitu Tuan Haji Wan Aziz Bin Wan
Muhammad @ Wan Ahmad.

8.0 PERATURAN PERMAINAN

Tempoh Permainan
30 minit setiap separuh masa dengan 10 minit rehat, 20 minit setiap separuh
masa dengan 10 minit rehat. Masa permainan hanya akan di hentikan atas
perintah pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang bagi setiap separuh
masa.

Bilangan pemain
Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang
pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam
gelanggang. Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam
gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang
keluar terlebih dahulu sebelum pemain pengganti masuk.

Jaringan Gol
Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang
gol. Gol-gol boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan
referi.
Memainkan Bola
a. Pemain dibenarkan :
- Mengambil 3 langkah dengan bola.
- Memegang bola maksimum 3 saat.
- Menggelecek.
- Menjunam untuk mendapatkan bola.

b. Pemain tidak dibenarkan :

- Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola.


- Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak
lawan.
- Menggunakan bahagian anggota di bawah lutut.

Hukuman Susulan
Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan
balingan percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuiman yang
lebih berat. Antara hukuman yang boleh diberikan :
- Amaran (Kad Kuning)
- 2 minit penggantungan
- Penyingkiran
- Pembatalan
9.0 JAWATANKUASA INDUK BOLA BALING

Penaung : Ybrs Dr. HAJI MOHD AZIZ BIN MOHD DIN


Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Besut

Penasihat : TUAN HAJI CHE AMINULDDIN BIN ABD


HAMID
Timb. Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan
Besut

Penasihat 2 : ENCIK MOHAMAD BIN AB LATIFF


Penyelaras : TUAN HAJI WAN AZIZ BIN WAN MUHAMMAD
@ WAN AHMAD

Pensyarah Penasihat 1 : ENCIK MOHD YUSOFF BIN AWANG TO

Pensyarah Penasihat 2 : TUAN HAJI SYAKIRIN BIN ABD GHANI

Pensyarah Penasihat 3 : EN. AZIZO BIN AWANG

Pensyarah Penasihat 4 : ENCIK SULIZI BIN AWANG

Pengerusi : ZAHIR BIN ZAINOL AZALI

Naib Pengerusi : MUHAMMAD SYAHIR BIN MUSTAPA

Setiausaha : NURUL NADIAH BINTI YAHAYA

Naib Setiausaha : NUR AIN SYAFIQAH BINTI SAHIDI

Bendahari : MOHAMAD AFIQ IKHWAN BIN ABDULLAH

Naib Bendahari : RUMAIZAH BINTI ALI


10.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN PERTANDINGAN BOLA BALING

Pengerusi : ZAHIR BIN ZAINOL AZALI

Naib Pengerusi : MUHAMMAD SYAHIR BIN MUSTAPA

Setiausaha : NURUL NADIAH BINTI YAHAYA

Naib Setiausaha : NUR AIN SYAFIQAH BINTI SAHIDI

Bendahari : MOHAMAD AFIQ IKHWAN BIN ABDULLAH

Naib Bendahari : RUMAIZAH BINTI ALI

AJK Persiapan Tempat : MOHD AFFNAN BIN JUSIDIN

: NIK ALYA FATINI BINTI SHARI

AJK Peralatan : AHMAD FARHAN BIN ZAHARI

: HUSNI NAEEM BIN GHANI

AJK Kesegaran : NUR IZZATI BINTI HAMDI

: WAN NURUL IZZATI BINTI WAN GHAZALI

AJK Pengacara Majlis : JOYCE HO JEN YHEE

: SITI NURADDINNA BINTI MOHD ROSLI

AJK Dokumentasi : CHRYILMIX TANIS

: MUHAMMAD TAJUDDIN BIN AB AZIZ

: HANY NAJWA BINTI MOHD SAKRI

AJK Disiplin Dan Kehadiran : MUHAMMAD IZZAT BIN IBRAHIM

: ASYRAAF BIN YUSUF

AJK Saguhati Dan Hadiah : KOH KOK AN

: TEO HUI YING

AJK Pakaian : MOHD HAZIQ HILMI BIN HASBI

AJK Perubatan dan Keselamatan : SHARIF HAZIQ BIN SHAIMI

: MINDY LIM MIM

AJK Sijil : MUHAMMAD AQIB BIN SAKRI


: NOR SHAFIKAH BINTI ROZALI

AJK Perhubungan : MOHAMAD ALI MURSYID BIN MOHD

HAMZAH

AJK Pertandingan & Teknikal : MUHAMMAD HASRI BIN IDRIS

: AHMAD RAIS AKMALUDDIN BIN ROZELAN

11.0 SENARAI PERALATAN

BIL. JENIS PERALATAN KUANTITI


1. Bola Baling 4
2. Wisel 4
3. Kon 10
4. Tiang Gol 4
5. Papan skor 3
6. Jaring Gol 4
7. Meja 4
8. Kerusi 4
9. Alat tulis 4
12.0 KEWANGAN

12.1 Anggaran Pendapatan

Perkara Kuantiti Jumlah


Yuran Ahli RM 5 x 29 orang RM 145.00
Bayaran Penyertaan Ahli RM 10 x 4 kumpulan RM 40.00
Bayaran Penyertaan RM 100 x 8 kumpulan RM 800.00
Bukan Ahli

JUMLAH KESELURUHAN : RM 985.00

12.2 Anggaran Perbelanjaan

Perkara Kuantiti Jumlah


Makanan AJK RM 2 x 29 orang RM 58.00
Makanan pensyarah RM 2 x 4 orang RM 8.00
Air mineral RM 10 x 2 kotak RM 20.00
Bayaran pengadil RM 10 x 2 orang RM 20.00
pertandingan
Hadiah pemenang RM 50 x 1 kumpulan RM 100.00
pertandingan RM 30 x 1 kumpulan
RM 20 x 1 kumpulan
JUMLAH RM 206.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 206.00


13.0 PENUTUP

Semoga apa yang dirancangkan akan dapat direalisasikan dengan menepati segala
objektif yang digariskan dan seterusnya dapat memberikan pendedahan dan
pengetahuan kepada bakal-bakal guru pelatih tentang persediaan, pengurusan,
pentadbiran serta pelaksanaan sesuatu pertandingan bagi menghadapi proses
pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan sesuatu program berkaitan
sukan di sekolah kelak. Diharapkan agar segala aktiviti yang telah dirancang dapat
dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga
pertandingan bola baling ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada
guru-guru pelatih tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam melahirkan
generasi yang berilmu pengetahuan luas dalam bidang pengurusan dan pentadbiran
sukan bola baling ini

Disediakan oleh :

( NURUL NADIAH BINTI YAHAYA )

Setiausaha,

Kejohanan Bola Baling 2017,

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Disemak oleh :

( ENCIK WAN AZIZ BIN WAN MUHAMMAD @ WAN AHMAD )

Pensyarah Penasihat,

Kejohanan Bola Baling 2017,

Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan.


Disahkan oleh :

( ENCIK MOHAMAD BIN LATIF )

Ketua Unit Kokurikulum,

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Diluluskan Oleh :

(Dr. HAJI MOHD AZIZ BIN MOHD DIN)

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

ULASAN:

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________