Anda di halaman 1dari 22

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Apabila cuti sekolah, Abu dan ayahnya sering ke sungai untuk memancing. Abu dan ayahnya sama-
sama minat memancing. Abu pandai memancing. Dia belajar daripada ayahnya. Cara memasang umpan,
membaling pancing dan merasai pancing semuanya dia tahu.

Sambil memancing, Abu dan ayahnya berbual-bual tentang hobi mereka. Asyik berbual-bual, pancing
Abu mula ditarik ikan. Batang pancingnya meliut kuat. Abu terus memegang pancingnya dengan kuat.
Bapanya segera membantu Abu menarik pancingnya secara perlahan, kalau tidak ikan akan terlepas.

Nasib Abu memang bertuah, dia mendapat seekor ikan lampam yang besar setelah dibantu oleh
ayahnya. Dia semakin bersemangat. Dibalingnya sekali lagi pancing ke tengah sungai, tetapi kali ini tali
pancingnya tersangkut di dahan pokok. Ayahnya menyuruh Abu menarik perlahan tetapi Abu tidak sabar,
disentaknya tali tersebut dan terpelanting balik ke dahinya.

Sifat gopohnya menyebabkan dahi Abu telah bengkak terkena ketulan besi yang tersangkut di hujung
pancing. Mulai hari itu, Abu berjanji kepada ayahnya untuk berhati-hati dengan keadaan tersebut.

1. Apakah hobi Abu?


A. Melancong
B. Berlari di pantai
C. Suka memancing ikan
D. Suka berehat di pantai

2. Daripada siapakah Abu mempelajari cara-cara memancing?

A. Daripada bapanya
B. Melalui kawannya
C. Melalui pengalamannya
D. Kawannya yang membantu

3. Mengapakah Abu tidak tergesa-gesa menarik pancingnya apabila dimakan ikan?


A. Bimbang pancingnya patah
B. Bimbang ikan akan terlepas
C. Bimbang bahaya mata pancing
D. Bimbang umpannya akan putus

Maksud disentaknya ialah

tarik perlahan.

lepas secara perlahan.

C
ditariknya dengan kuat.

dirampas dengan cepat.

Apakah pengajaran daripada peristiwa yang telah menimpa Abu?

Taat itu baik

Sabar itu iman

Takut dapat memberi kejayaan


D

Gopoh boleh memberi bencana

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Satu pameran dan jualan hasil pertanian telah diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV. Pameran
tersebut diadakan selama seminggu. Saya telah membuat tinjauan di pameran ini.

Pameran ini disertai oleh petani-petani dari seluruh Kelantan. Menurut seorang pegawai pertanian,
Encik Ahmad Ramlee, pameran ini diadakan untuk membantu petani menjual tanaman mereka terus
kepada pembeli.

Seorang peserta pameran ini, Pak Harun menyatakan rasa gembira kerana dapat menjual hasil
kebunnya seperti pisang, nangka, keledek dan sayur-sayuran dengan cepat dan mudah. Hasil jualannya
memuaskan kerana ramai orang yang datang ke pameran itu.

Pameran ini dikunjungi oleh penduduk dari seluruh Kelantan dan para pelancong juga. Mereka
berpuas hati dengan harga barang-barang di pameran itu.

Apakah yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV?


A

Pameran dan jualan barangan kraftangan

Pameran dan jualan hasil pertanian

Pameran dan jualan hasil lukisan

Pameran dan jualan kain batik

Siapakah yang menyertai pameran ini?


A

Para petani dari seluruh negeri Kelantan

Para pelancong dari seluruh Kelantan

Para peneroka dari seluruh Kelantan

Para penoreh dari seluruh Kelantan


8

Mengapakah Pak Harun gembira?

Dapat menyertai pameran ini

Dapat membeli hasil pertanian di pameran ini

Dapat melihat pameran dan jualan hasil pertanian

Dapat menjual hasil kebunnya dengan cepat dan mudah

9
Bagaimanakah keadaan sayur-sayuran di pameran itu?

Segar dan mahal harganya

Segar dan murah harganya

Segar dan sederhana harganya

Tidak segar dan murah harganya


10

Siapakah yang pergi ke pameran ini?

Para petani sahaja

Para nelayan sahaja

Para penoreh getah sahaja

D
Penduduk dari seluruh Kelantan dan para pelancong

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada masa dahulu, tidak jauh dari istana Maharaja, terdapat sepasang burung helang membuat
sarang di atas sebatang pokok. Pada suatu hari, mereka mendapati salah seekor anak mereka di dalam
sarang telah hilang ketika mereka keluar mencari makanan. Kejadian itu amat mendukacitakan helang
tersebut. Mereka hendak tahu siapa yang mencuri anak mereka itu.

Pada keesokannya, mereka berpura-pura terbang keluar mencari makanan. Mereka hinggap di atas
sebatang pokok tidak jauh dari sarang mereka itu untuk melihat apa yang berlaku. Tidak lama kemudian,
mereka ternampak seekor musang keluar dari lubang di dalam batang pokok di bawah sarang mereka
itu. Musang itu memanjat naik lalu makan anak burung helang di dalam sarang itu.

"Oh, rupanya musang bedebah itu yang makan anak kita," kata helang jantan.

"Kita tak berdaya nak membunuh musang bedebah itu. Lagi pun, kita tak dapat masuk ke dalam
lubangnya. Kita perlu mencari jalan lain untuk membunuhnya."
Pada suatu hari, helang betina ternampak seorang puteri sedang mandi bersama-sama beberapa
orang dayang di sebuah kolam. Puteri menanggalkan kalung saktinya, lalu mandi dengan gembiranya di
dalam kolam itu. Helang betina terbang turun lalu memagut kalung itu dan dibawanya terbang ke atas
sebatang pokok di tepi kolam itu.

"Kalungku diterbangkan seekor helang!" teriak puteri itu dengan cemas. "Dayang! Cepat panggil
pengawal. Suruh mereka tangkap helang yang melarikan kalungku itu,"

Inang pun segera memanggil beberapa pengawal. Helang betina itu sengaja terbang rendah dan
perlahan-lahan supaya dapat dilihat dan diikut oleh pengawal. Setelah sampai di bawah pokok sarang
mereka, helang sengaja memasukkan kalung puteri yang dicuri itu ke dalam lubang tempat musang itu
tinggal.

Seorang pengawal pun cuba mengeluarkan kalung dari lubang itu. Tetapi didapati di dalamnya ada
seekor musang. Apa lagi! Pengawal itu pun segera membunuh musang itu dengan pedangnya. Selepas
itu kalung di dalam lubang itu pun diambilnya. Dengan demikian, dapatlah helang tinggal dengan aman
di sarang itu tanpa gangguan dan ancaman lagi.

11

Burung helang membuat sarang di mana?

di dalam rumah

B
di atas tanah

di atas pokok

di atas batu

12

Di manakah musang itu membuat sarang?

di dalam lubang bawah pokok

B
di tepi lubang bawah pokok

di bawah pokok tepi batu

di atas pokok tepi lubang

13

Siapakah yang mencuri kalung tuan puteri?

Helang jantan

Anak helang
B

Helang betina

Musang

14

Mengapakah helang sengaja terbang rendah?

Supaya pengawal menangkapnya


B

Supaya pengawal membunuhnya

Supaya pengawal memukulnya

Supaya pengawal melihatnya

15

Mengapakah pengawal itu membunuh musang?

Disangkanya musang itu kecil

B
Disangkanya musang itu besar

Disangkanya musang itu berbahaya

Disangkanya musang itu pencuri

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya

Arnia dan Azam dalam perjalanan pulang dari sekolah. Ketika mereka sampai di persimpangan jalan,
mereka terdengar suara kucing yang mengiau-ngiau dari arah semak di tepi jalan.
Tanpa membuang masa, mereka bergegas ke arah suara itu. Seekor anak kucing sedang mengiau-
ngiau kesakitan. Mereka menghampiri kucing tersebut. Kakinya luka dan berdarah. "Kemungkinan kucing
ini telah dilanggar oleh kereta", kata Arnia.

Azam mengelap luka di kaki kucing itu dengan sapu tangan. Akhirnya, mereka bercadang untuk
membawa pulang kucing itu. Dalam perjalanan pulang, kucing itu tidak berhenti mengiau-ngiau.

Tiba di rumah, Arnia terus memberi kucing itu minum susu. Kemudian, beliau merawat kaki kucing
itu. Arnia memberi kucing itu nama Tompok. Setelah sembuh, kucing itu menjadi lebih sihat. Setiap
petang Arnia dan Azam membawa kucing itu untuk bersiar-siar. Kadang-kadang mereka bermain dengan
Tompok. Tompok mempunyai ekor yang panjang dan bulu yang lembut. Warnanya pula bertompok-
tompok. Arnia dan Azam sangat sayang kepada kucing itu.

16

Mengapakah Arnia dan Azam berhenti di persimpangan jalan?

Kerana lupa jalan pulang

Kerana ada kucing melintas

C
Kerana mereka tersesat jalan

Kerana terdengar suara mengiau-ngiau

17

Apakah sikap yang dipamerkan oleh Arnia dan Azam?

Sikap rajin dan taat

Sikap zalim dan sombong

Sikap tidak membuang masa


D

Sikap prihatin dan penyayang

18

Di manakah kucing itu dibawa oleh Arnia dan Azam?

Ke sekolah

Ke rumah Azam

Ke rumah Arnia
D

Ke klinik haiwan

19

Apakah yang dilakukan oleh Arnia untuk menyelamatkan kucing itu?

Membawa pulang ke sekolah

Membersihkan bulu kucing itu

Memberi nama pada kucing itu

D
Memberi susu dan merawat kucing itu

20

Pada pendapat kamu, apakah yang akan berlaku kepada kucing itu jika Arnia dan Azam tidak
menyelamatkannya?

Mungkin kucing itu lari

Kucing itu mungkin mati

Kucing itu akan gembira


D

Kucing itu akan mengikut Arnia dan Amin pulang