Anda di halaman 1dari 10

Lai Hui Min

Jelaskan sumbangan Tamadan


Cina kepada dunia dalam bidang
sains dan teknologi.

LN127-Assignment(01)-LaiHuiMin

1
Lai Hui Min

Isi Kandungan

Pengenalan ....................................................................................... 3

Asas Sains Cina ............................................................................... 3

Sumbangan Terhadap Perkembangan Ilmu Sains ....................... 4

Sumbangan Terhadap Bidang Astronomi ..................................... 4

Sumbangan Terhadap Bidang Matematik .................................... 4

Sumbangan Terhadap Bidang Perubatan .................................... 5

Sumbangan Terhadap Bidang Fizik, Kimia dan Biologi ............. 7

Sumbangan Terhadap Bidang Optik ............................................. 8

Sumbangan Terhadap Bidang Alkimia......................................... 8

Sumbangan Terhadap Perkembangan Teknologi ......................... 8

Kesimpulan....................................................................................... 9

Lampiran .......................................................................................... 10

2
Lai Hui Min

Pengenalan

Tamadan Cina merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia yang bermucul pada abad
ke-6, tamadun ini telah memberi sumbangan kepada dunia dalam sains dan teknologi yang dicipta.
Dengan mengamalkan sifat terbuka dalam berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain, integratif dan
dinamik walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahan-
perubahan dalam proses perkembangan yang panjang. Tamdun Cina bermula di Huang Ho dan
Yangtze dengan kemuculan dinasti-dinasti superti Hsia, Shang dan Chou.

Asas Sains Cina

Terdapat dua unsur asas yang penting dalam perkembangan Tamadun Cina iaitu yin yang
dan teori lima unsur. Dalam falsafah China, konsep yin-yang merupakan semua yang mempunyai
baik dan buruk sebagai pelengkapan dan digunakan untuk manggambarkan kuasa-kuasa yang
bertentangan adalah absolute dan saling bergantung daripada satu sama lain contoh pasangan
termasuk tinggi dan rendah, panas dan sejuk, hidup dan mati. Yin yang juga bermuncul dalam
falsafah Daois, daodejing pada bab 42 sebagai gelap dan terang. Selain itu, dalam metafizik Tao,
perbezaan antara yang baik dan begitu sempit bahawa penaakulan moral tidak benar, maka, adalah
keseluruhannya yang boleh dibahagikan kepada yin dan yang. Dalam falsafah Dong Zhongshu
(abad ke-2 SM) satu dimensi moral dilampirkan kepada idea yin-yang. Selain daripada yin dan yang
teori lima unsur juga merupakan asas-usul sains Cina yang penting. Toeri lima unsur juga dinama
Wu Xing yang merangkumi logam, kayu, air, api dan tanah yang digunakan untuk menjelaskan
interaksi dan hubungan antara fenomena. Bidang-bidang lain yang menggunakan konsep ini
termasuk Feng shui, astrologi, perubatan Cina tradisional, seni bela diri, muzik dan strategi
ketenteraan. Tai Chi Chuan yang merupakan salah satu jenis kungfu yang mengutamakn aliran
lembut juga mengaitkan lima unsur ini dengan pengerakan kaki tangan.

3
Lai Hui Min

Sumbangan Terhadap Perkembangan Ilmu Sains

Tamdun Cina sangat mementingkan kemahiran dalam teknologi untuk menggalakkan


kemakmuran tamadun dengan mengawal banjir Sungai Kuning dan teknologi melebur dan menuang
besi ke dalam acuan, pengeluran porselin, pembutan kertas dan loyang. Sumbangan terhadap
perkembangan Ilmu Sains yang termasuk dalam bidang Astronomi, Fizik, Kimia, Biologi,
Perubatan, Matematik dan penciptaan teknologi.

Sumbangan Terhadap Bidang Astronomi

Dalam awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-35 SM) , sumbangan
besar mereka ialah perekodan dan pengkatalokan tentang bintang-bintang, gerhana dan komet
contohnya Kexing atau guest star yang sekarang dikenali sebagai Crab Nebula telah dipemerhatian
sejak 1300 SM. Selain daripada bintang-bintang, orang Cina juga mempelajari matahari dengan
rekod astronomi yang semurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2000 tahun. Di
samping itu, orang cina menghasilkan peralatan astronomi iaitu Gnomon yang merupakan alat
untuk mengenal pastikan masa dengan memerhatikan kedudukan panjang bayang-bayang.
Clepsydra juga peralatan astronomi untuk mengukur masa berdasarkan aliran cecair yang masuk ke
atau keluar dari sebuah bekas dan ia merupakan alat ukuran waktu yang tertua dan diketahui wujud
di China seawal-awal tahun 4000 SM. ('SAINS DAN TEKNOLOGI ASIA : HADIAH ASIA
KEPADA DUNIA', 2015) Sistem kalender Cina juga merupakan salah satu sistem yang paling awal
dan maju berbanding dengan sistem lain di dunia kerana dengan catatan yang sempurna dan
peralatan yang dicipta dalam tamadun itu telah memberi kemudahan untuk menghasilkan kalender.

Sumbangan Terhadap Bidang Matematik

Pencapain dalam bidang matematik mempunyai penyambungan dengan bidang astronomi


kerana banyak catatan astronomi yang menggunakan formula formula. Oleh itu, Orang Cina juga
mencapai kemajuan dalam bidang Matematik dengan mencipta sempoa (abacus) untuk malakukan
operaso aritmatika seperti penjumlahan, pengurangan, perkalian, pembahagian dan akar kuadrat.
Alat ini dicipta oleh seorang ahli matematik Xu Yue pada kurun ke-2 tetapi alat ini tidak digunakan
secara meluas pada zaman itu. Dua buah karya matematik yang tertua di dunia merupakan Chou Pei
Usan King dan Chiu Chang Suan Shu, Ciu Pei Suan King membincangkan tentang bidang
astronomi yang menggunakan matematik untuk menkira masa bayang-bayang. Pada kurun ke-2
4
Lai Hui Min
SM, karya agong Chiu Chang Suan Shu yang mengandungi sembilan bab tentang kira-kira, ukuran
dan beberapa teori matematik, buku ini merupakan buku matematik yang paling lama dan
berpengaruh.
Sejak abd ke tiga Masihi, orang Cina menggunakan sistem perpuluhan dan pada abad ke -13
M sudah bermula perkembangan dalm Aljabar contohnya, buku yang ditulis oleh Chin Chiu Shao
telah membicarakan tentang persamaan berangka tinggi, persamaan tak tentu dan penggunaan
Aljabar dalam Trigonometri. Pada abad ke -14 M, matematik China telah mengalami perkembangan
dengan mempunyao kemahiran menguasai siri matemtik, pilih atur dan gabungan. Dalam buku Ssu-
Yuan Yu-Chieu yang dihasilkan oleh Chu Shin-Chieh pada tahun 1303M telah mempunyai
perbincangan tentang siri matematik yang juga dikenali sebagai segi tiga pascal, beliau juga menulis
buku yang melambangkan kemuncak perkembangan Aljabar di China iaitu buku Suan Hsueh Chi
Meng (Pengantar ilmu Matematik) pada 1299 M. Perkembangan dalam bidang Matematik ini kekal
digunakan sehingga masa kini. ('SAINS DAN TEKNOLOGI ASIA : HADIAH ASIA KEPADA
DUNIA', 2015)

Sempoa (abacus) Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik)

Sumbangan Terhadap Bidang Perubatan

Sistem perubatan orang Cina merupakan sistem yang saintifik, mempunyai pencapain yang
tinggi dan perkembangan yang kain daripada perubatan lain. Pada abad ke -3 SM, Huang- ti Nei-
Ching yang dituis tentang maklumat perubatan China merupakan dokumen yang paling awal.
Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga
teori lima elemen. (Hasan, 2010) Menurut kepada teori yin dan yang, keseimbangan kedua-dua
kuasa yin (kuasa pasif) dan Yang (kuasa aktif) akan menandakan kesihatan seseorang, jika kedua-
dua kuasa itu tidak seimbang dalam badan, kesakitan akan berlaku. Teori lima elemen menganggap
badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati,
5
Lai Hui Min
jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta.
(Hasan, 2010) Contohnya, seseorang itu yang menghadapi gangguan paru-paru yang dianggao
mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api mudah menjadi marah, oleh itu, melaraskan
keseimbangan lima unsur juga sangat penting untuk menjaga kesihatan seseorang.
Teoking (saluran) dan luo(kolateral) yang merupakan asas bagi rawatn terapeutik seperti
membakar daun moxa juga merupakan ssatu lagi bentuk teori yang penting. Orang Cina percaya
bahawa sistem peredaran darah dan angin merupakan sistem yang sangat penting dalam manusia,
jika mempunyai ganggian dalam angun akan menyebabkan penyakit. Akpunktur dan moxihustion
digunakan untuk mengatasi masalh apabila darah dan qi (tenaga dinamik) tidak dapat mangalir
lancar, kaedah ini dipraktikkan sejak 600 SM merupakan perubatan Cina tradisional. Jarum logam
yang telah disteril yang panjangnya antara 3 hingga 24cm dimassukkan ke dalam kulit untuk
mentimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo dengan membetulkan qi, inilah cara yang
digunakan oleh akunpuntur manakal dalam rawatan moxibustion, membubuh daun moxa pada
permukaan kulit lalu dibakar. Idea mengenai sistem peredaran darah muncul pada abad pertama
Masihi, iaitu pada zaman Han. ('SAINS DAN TEKNOLOGI ASIA : HADIAH ASIA KEPADA
DUNIA', 2015)
Dalam bidang perubatan tumbuh-tumbuhan (herba), binatang dan sumber galian boleh
digunakan sebagai ubat. Terdapat kebih kurang 1000 jenis herba digunakan untuk memulihkan
keseimbangan yin dan yang dan sudah digunakan sekurang-kurangnya sepanjang 4000 tahun di
negara Cina. Shen Nung merupakan bapa perubatan tang menemui banyak jenis dadah termsuk
opium, kroton dan lain-lain. Setelah pengkajian yang dilakukan ke atas dadah, beberapa dadah baru
misalnya Ephedine, sejenis alkodloid yang diambil daripada tumbuhan Ma Huang didapati, orang
Barat juga menggunakan dadah ini untuk merawat penyakit asthma dan mengubati jangkitan virus
HIV.
Karya Hwang Ti (2650 SM) yang bertajuk Nei Ching yang mengandungi tentang peredaran
darak dikawal oleh kantung dan berterusan dalam satu lingkunga sudah dijadikan sebagai buku
rujukan asas bagi semua buku perubatan di China. Chang Chung King (195M) dan Hua Tu
(115-205M) merupakan dua orang doktor China yang terkenal pada awal eral Kristian. Buku Chang
Chung King tentang deman manakala Hua Tua menyatakan bahawa pengetahuan tentang nadi untuk
menentukan penyakit yang dijakiti.
Melalui kaedah empirikal yang memerhatikan terhadap badan manusia merupakan amalan
perubatan China. Dalam karya Yellow Emperors Classic of Internal Medicine membincangkan
teori dan falsafah perubatan China klasik yang menumpukan soal kelebihan terapeutik dari

6
Lai Hui Min
akupunktur,herba, diet dan senaman. ('SAINS DAN TEKNOLOGI ASIA : HADIAH ASIA

KEPADA DUNIA', 2015)


Hua Tuo, tabib terkenal pada masa Zaman Negeri Berperang (San Guo)

Ben Cao Gang Mu

Sumbangan Terhadap Bidang Fizik, Kimia dan Biologi


Dalam pekembangan Fizik mangandungi perkembangan tentang magnet dan penciptaan
kompas. Sifat-sifat magnet telah ditemui dalam dinasti Han, dengan ilmu pengetahuan tentang
gejala magnet aruhan, pengherotan dan kekutuban magnet, kompas telah dihasilkan oleh orang Cina
untuk digunakan semasa pelayaran. Pada abad ke-11, kompas dicipta sebagai alat bantuan ahli
pelayaran untuk mendapat arah sebenar di muka bumi dan ciptaan ini hanya digunakan oleh ahli
pelayaran Eropah pada 1300 Masihi. Pada dinasti Song China, kompas digunakan bagi operasi
tentera untuk navigasi pelayaran dan terus digunakan oleh pelayar maritim.
Boleh dibuktikan dengan menemuan mayat puteri Dai yang meninggal dunia pada tahun 168
SM yang masih segar dan tidak reput, orang Cini telah mengembangkan usaha mengawet mayat
dalam bidang kimia. Penukaran logam-logam biasa yang bermutu rendah kepada emas dann perak
dengan menukar kandungan Yin dan Yang logam tersebut dengan India mengesankan beberapa
7
Lai Hui Min
peralatan penting bagi kajian kimia antaranya pengenalan alat dacing bagi mengukur berat bahan
tertentu.
Tamadun Cina merupakan tamadun yang mementingkan pertanian, asas tamadun ini dari
Hwang Ho yang memberikan saliran untuk pertanian, oleh sebab itu, binatang binatang yang sangat
penting untuk digunakan bagi tujuan ekonomi dan harian. Contohnya, kerbau digunakan untuk
aktiviti penanaman padi dan juda sebagai binatang tuggangan. Orang CIna mengunnakan serangga
berguna untuk menhasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga perosak sengan
menggantungkan sarang semut pada pokok buah-buahan.

Sumbangan Terhadap Bidang Optik


Dengan memahami prinsip fokus, saintis Cina memberi perhatian kepada penyongsangan
imej yang dihasilkan oleh kamera lubang jarum dan begitu juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh
kanta cekung (concave- lens).

Sumbangan Terhadap Bidang Alkimia


Ahli alkimia Cina mencari cara untuk membuat manusia hidup selam-lamanya dengan
menhasilkan sejenis eliksir kehidupan yang mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum
dan arsenik. Bahan-bahan tersebut kebanyakan adalah bersifat toksik yang dikaji untuk
memanjangkan usia manusia, juga telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.

Sumbangan Terhadap Bidang Teknologi


Tamadun Cina juga sangat mementingkan dalam bidang penciptaan seperti penghasilan
teknologi untul mencipta kertas. Semasa dinasti Han, Cai Lun mencipta kertas yang diperbuat
daripada sutera, kemudian dibuar darpada buluh, kulit pokok dan gentian pokok dan seterusnya
disebar luas ke negara-negara Islam seperti Damascus, Mesir, Afrika Utara, Sepanyol dan
seterusnya ke negara-negara barat. Pada abad ke-7, teknologi pencetakan juga ditemui, tidak lama
lagi serbuk peletup juga diciptakan sebagai bahan bunga api tetapi kemudiannya digunakan sebagai
bahan pembuatan senjata. Benang sutera diciptakan oleh Maharani Lei Tze pada 2700 SM dengan
mengekstrk filamen dalam cocoon lalu mengubahnya dalam bentuk benang. Tamadun Cina juga
merupakan tamadun yang pertama memperkenalkan wang kertas dengan mencetak slip-slip kertas
yang bersama dengan nilai wang yang tertentu. Kompas sebagai bantuan dalam bidang pelayaran
dan kincir air sebagai bantuan dalam bidang pertanian. Kerja-kerja pengisaran bijiran dan kerja-
kerja membersihkan bijih muncul pada abad ke -30M. Selain itu Seimoskop isitu alat pengukur
gempa bumi juga dicipta oleh Zhang Heng pada 132 M. Pada 3500 SM, roda yang digunalan
sebagai alat pengangkutan yang diperbuat daripada tiga kepingan kayu dengan penyokong-
8
Lai Hui Min
penyokong di antaranya dan kemudiannya kayu ditambah di tepinya sebagai rim supaya roda
berjalan dengan licin.

Kesimpulan
Dengan melakukan penerokan, penemuan, penciptaan , pengubahsuaian dan pembaharuan
kepada setiap hasil penemuan, mana-mana bangsa di dunia ini noleh membina ketamaduan yang
besar dan agung, Pencapaian dan kecemerlangan dalam bidang ilmu sains dan teknologi ini juga
memberi maanfaat kepada manusia sekarang.

9
Lai Hui Min

Lampiran

Hasan, A. (2010). CTU551 - TAMADUN CHINA. 551china.blogspot.my. Retrieved 9 October 2015,


from http://551china.blogspot.my/

Hong, O. (2012). Sumbangan tamadun cina. Slideshare.net. Retrieved 9 October 2015, from http://
www.slideshare.net/yinyinhong/sumbangan-tamadun-cina

Ong, C., Ong, C., & profile, V. (2013). Tamadun China: Sains dan Teknologi Tamadun China.
Chinatamadun.blogspot.my. Retrieved 9 October 2015, from http://chinatamadun.blogspot.my/
2013/06/sains-dan-teknologi-tamadun-china.html

prezi.com,. (2015). Copy of Copy of sumbangan tamadun china dalam sains dan teknologi.
Retrieved 9 October 2015, from https://prezi.com/asjr8jrtf_vs/copy-of-copy-of-sumbangan-
tamadun-china-dalam-sains-dan-teknologi/

prezi.com,. (2015). Sumbangan Tamadun Cina Kepada Dunia Dalam Bidang Sains & Teknologi.
Retrieved 9 October 2015, from https://prezi.com/nmen5ivb8jqj/sumbangan-tamadun-cina-kepada-
dunia-dalam-bidang-sains-teknologi/

SAINS DAN TEKNOLOGI ASIA : HADIAH ASIA KEPADA DUNIA. (2015). Retrieved 9 October
2015, from http://eprints.utm.my/1435/1/JT37E%5B3%5D.pdf

(China), S. (2015). Sumbangan Tamadun: Sumbangan Tamadun Hwang Ho (China). Info-pintas-


sej.blogspot.my. Retrieved 12 October 2015, from http://info-pintas-sej.blogspot.my/2012/07/
sumbangan-tamadun-hwang-ho-china.html

Ika, H., Ika, H., & profile, V. (2011). SUMBANGAN TAMADUN CHINA TERHADAP TAMADUN
MALAYSIA. Tamadunmalaysia.blogspot.my. Retrieved 12 October 2015, from http://
tamadunmalaysia.blogspot.my/

prezi.com,. (2015). Sumbangan Tamadun India dan Tamadun Cina. Retrieved 12 October 2015,
from https://prezi.com/d4qc2rjvffzt/sumbangan-tamadun-india-dan-tamadun-cina/

Sushicute.blogspot.my,. (2012). TAMADUN CINA: SUMBANGAN TAMADUN CINA. Retrieved 12


October 2015, from http://sushicute.blogspot.my/2012/04/sumbangan-tamadun-cina.html

10