Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

dan oleh atau untuk


yang kepada pada kerana

Semua peserta Program Larian Cergas mulai berkumpul di padang sejak pukul 7.30 pagi. Larian
akan dimulakan tepat __________ pukul 8.00 pagi. Mereka kelihatan bersemangat untuk
memulakan larian tersebut. Tujuan larian diadakan adalah __________ menyemaikan perasaan
cinta akan alam sekitar yang indah dalam kalangan peserta, di samping mengeratkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana program ini disertai __________ peserta
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Program ini memberikan peluang __________ para peserta
untuk beramah mesra, sekali gus menjadikan hubungan yang erat sesama mereka.

[4 markah]
Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

____________________________________________________-
______________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

Jawapan: Hanya lima orang sahaja yang berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh itu.

[2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Sediakan peralatan
untuk berburu. Sultan
Abdullah berhajat untuk
berburu hari ini.

Tun Ali Bendahara

____________________________________________________-
______________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

[2 markah]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

____________________________________________________-
______________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

[2 markah]
Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Anyaman rotan merupakan salah satu seni anyaman selain daripada anyaman mengkuang,
pandan, buluh, lidi dan ribu-ribu. Kekayaan sumber rotan pada masa dahulu telah memberikan
ilham kepada masyarakat Melayu tradisional untuk menghasilkan produk berasaskan bahan
mentah ini.
Sungguhpun terdapat hampir 300 spesies rotan di Malaysia, namun hanya beberapa
spesies rotan yang boleh digunakan untuk penghasilan produk kraf tangan. Antaranya ialah rotan
manau, rotan semambu, dan rotan dok yang bersaiz besar. Rotan ini digunakan dalam
penghasilan perabot rotan, serta rotan sega yang bersaiz kecil dan sesuai digunakan untuk tujuan
anyaman.
Terdapat beberapa proses untuk mendapatkan bilah rotan bagi tujuan anyaman. Pada
peringkat awal, rotan akan ditetak dan dilingkar untuk dibawa keluar dari hutan. Bilah-bilah
rotan ini kemudiannya akan direbus untuk mematikan tisu dan menyingkirkan gula. Kemudian,
bilah rotan ini akan dikeringkan selama seminggu, divarnis mahupun diwarnakan sebelum
digunakan untuk menganyam.
Antara produk yang dihasilkan daripada anyaman rotan ialah bakul, bekas pakaian, pasu
bunga dan lain-lain. Rotan sering menjadi pilihan utama dalam seni anyaman kerana sifatnya
yang tahan lama dan mudah dibentuk. Seni anyaman yang pada mulanya digunakan untuk
menghasilkan barangan kegunaan harian.
Walau bagaimanapun, generasi muda pada masa kini tidak mempunyai inisiatif untuk
mempelajarinya. Hal ini disebabkan oleh proses anyaman yang rumit, memakan masa yang
memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menyiapkannya.

a. Anyaman rotan merupakan produk berasaskan ___________________________________.

[1 markah]
b. Apakah spesies rotan di Malaysia yang sesuai dalam penghasilan produk kraf tangan?

____________________________________________________-
______________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan


sebagai contoh.

Terdapat hampir 300 spesies rotan di Malaysia.

Rotan menjadi pilihan kerana sifatnya yang sukar


BETUL
dibentuk dan tahan lama.

Rotan sega antara rotan yang paling sesuai dijadikan


SALAH
bahan anyaman.

Bilah rotan akan divarnis atau diwarnakan dahulu


sebelum dikeringkan sebelum digunakan untuk
menganyam.

[2 markah]
Soalan 24

Baca berita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SHAH ALAM, 19 Oktober 2015 Rapid Bus Sendirian Berhad, pengendali bus Rapid KL
hari ini memperkenalkan perkhidmatan bas dua tingkat bagi laluan U64 iaitu dari Taman Sri
Muda, Seksyen 25 Shah Alam ke Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Pengurus Zon Tiga, Sarifudin bin Saidin berkata, perkhidmatan itu adalah untuk laluan
keempat menggunakan kemudahan bas dua tingkat selepas laluan U80 dari Seksyen Dua, Shah
Alam ke Pasar Seni, U30 dari Ampang ke KLCC dan dari Kajang ke Jalan Silang di ibu kota.
Bagi laluan U64 ini, kami memperuntukkan empat buah bas dua tingkat kerana jumlah
pengguna di sini mencatat hampir 5,000 penumpang sehari pada hari bekerja dan meningkat
kepada 6,000 penumpang pada hari cuti, kata beliau dalam sidang akhbar pagi tadi.
Tiada bayaran tambahan akan dikenakan kepada para pengguna yang menaiki bas dua
tingkat ini, kadar tambangnya tetap sama seperti bas Rapid KL yang lain, katanya kepada
pemberita selepas memperkenalkan perkhidmatan bas berkenaan di sini hari ini.

Kadar tambang yang dikenakan bagi perjalanan sehala dari Taman Sri Muda ke Pasar
Seni ialah RM3.00 bagi setiap penumpang. Menurutnya lagi, sejak perkhidmatan bas dua tingkat
ini dilancarkan September lepas, perkhidmatan berkenaan telah mendapat sambutan yang amat
baik dan memberangsangkan daripada para pengguna.
Ada pengguna yang mahu perkhidmatan bas itu disediakan di semua laluan Rapid KL
tetapi perkhidmatan ini masih tertakluk kepada kesesuaian laluan memandangkan bas berkenaan
adalah setinggi 4.2 meter, katanya, semasa mengulas permintaan pelanggan.
Sehingga kini 14 daripada 40 buah bas dua tingkat telah beroperasi di sekitar Lembah
Klang. Bas berkenaan yang mampu membawa sehingga 108 orang penumpang pada setiap masa
dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya tandas dan kemudahan rangkaian kawasan setempat
(Wifi) secara percuma. Selain itu, perkhidmatan bas dua tingkat Rapid KL ini juga sangat mesra
pelanggan. Bas ini amat istimewa kerana mesra untuk orang kurang upaya (OKU).

(Dipetik daripada sumber; Bernama)

a. Perkataan Rapid KL, rapid merujuk kepada perhidmatan bas yang ______________________.

[1 markah]

b. Nyatakan laluan yang diperkenalkan oleh Rapid KL melalui perkhidmatan bas dua tingkat
yang bermula pada 19 Oktober 2015.

____________________________________________________-
______________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

[2 markah]

c. Mengapakan perkhidmatan bas dua tingkat Rapid KL tidak dapat disediakan bagi kesemua
laluan yang meliputi Shah Alam dan Kuala Lumpur?

____________________________________________________-
______________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________
_______________________________________________________-
___________________________________

[2 markah]

d. Berapakah anggaran penumpang perkhidmatan bas dua tingkat Rapid KL bagi hari-hari
bekerja dan hari-hari cuti umum? Nyatakan anggaran lebihan penumpang bagi hari cuti
umum dengan hari bekerja?

____________________________________________________-
______________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

[3 markah]
Soalan 25

Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Hendak mengikat gunakan tali,
Beli segulung di sebuah kedai;
Jasa guru besar sekali,
Mendidik murid menjadi pandai.

Pergi ke pecan membeli laksa,


Lepas makan pergi berbelanja;
Tidak mengira hari dan masa,
Sedia berbakti di mana sahaja.

Bangun awal waktu subuh,


Hendak pergi memburu rusa;
Dugaan dan rintangan rela ditempuh,
Demi mendidik anak bangsa.

Tali persaudaraan sudah terjalin,


Hidup bersama dalam kebahagiaan;
Dirimu ibarat sebatang lilin,
Membakar diri menerangi insan.

Air laut kelihatan tenang,


Ikan dipancing tidak mengena;
Budi ditabur tetap dikenang,
Menjadi sebutan di mana-mana.

a. Siapakah individu yang dimaksudkan dalam pantun di atas?

____________________________________________________-
______________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

[1 markah]

b. Mengapakah individu tersebut diumpamakan seperti lilin ?


____________________________________________________-
______________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

[2 markah]

c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Jasa guru tidak dikenang oleh murid-murid.

Guru mendidik setiap masa tanpa jemu.

[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di bawah ini.

Budi ditabur tetap dikenang,


Menjadi sebutan di mana-mana.

____________________________________________________-
______________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

[3 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai