Anda di halaman 1dari 3

VISI

RBT
Melahirkan pelajar yang dilengkapkan dengan
pelbagai kemahiran asas bagi membolehkan
mereka hidup berdikari dalam alam pekerjaan
serta dunia yang mencabar kini.

MISI
RBT
1. Membekalkan pelajar dengan kemahiran asas dalam bidang
teknologi dan perniagaan.

2. Membekalkan pelajar dengan kemahiran amali yang


mencukupi bagi membolehkan mereka membuat kerja secara
berdikari.

3. Melengkapkan pelajar dengan ilmu dalam bidang reka


bentuk dan penghasilan projek, reka cipta, elektronik,
perpaipan, lukisan kerja, jahitan dan masakan, tempat
kediaman, dan juga tanaman hiasan.
MATLAMAT
RBT
Reka bentuk dan Teknologi adalah untuk melahirkan
insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan
teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan
harian.

OBJEKTIF
RBT
1. Mengamalkan daya usaha, kreatif dan inovatif dalam mereka bentuk dan
menghasilkan produk daripada pelbagai bahan.

2. Menggembeling tenaga dan menyelaras aktiviti-aktiviti kefahaman dan


kemahiran mengenai asas-asas Reka Bentuk dan Teknologi.

3. Memperkembangkan ilmu pengetahuan tentang bahan dalam bidang


kayu, logam, elektrik, elektronik dan enjin serta membuat pengiraan kos.

4. Menambah pemahaman tentang asas perdagangan yang berorientasikan


keusahawanan dalam kehidupan sehari-hari.

5. Memupuk dan memperkembangkan nilai dan kebolehan mengurus


sumber yang ada di persekitaran dengan cekap, bijak, kreatif dan berkesan
serta puas hati dan bangga terhadap hasil kerja sendiri.
STRATEGI
RBT
1. Menerangkan kepentingan subjek Reka Bentuk dan Teknologi.

2. Mendedahkan pelajar tentang kemajuan reka bentuk alam


teknologi.

3. Mendedahkan pelajar tentang dunia perniagaan tanpa


sempadan.

4. Menggunakan alat bantuan mengajar untuk menarik serta


menyesuaikan dengan kemudahan teknologi semasa.

5. Peranan guru sebagai pemudah cara untuk memberi peluang


murid meyumbangkan daya kreativiti dan inovatif.

6. Menambahkan ABM untuk kegunaan guru.

7. Mengadakan pelbagai keadah pengajaran


untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran.

8. Menambahkan bahan-bahan bacaan rujukan di dalam


perpustakaan.

9. Mengadakan latih tubi selepas menghabiskan setiap bab.

10. Sentiasa memberi perhatian terhadap pelajar yang rajin dan


baik bagi memastikan mereka mendapat gred yang baik.

Anda mungkin juga menyukai