Anda di halaman 1dari 17

Anda dikehendaki mengemukakan satu kajian kes yang berlaku di sekolah anda.

Jelaskan
kaedah penyelesaian yang telah digunakan dengan mengambil kira pengurusan emosi,
rohani, ilmu serta nilai dan etika sebagai penjawat awam.

TUGASAN 2

NO. SOALAN MARKAH

1(a) Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion 10 Markah
perguruan

1(b) Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah 10 Markah


guru.

1(c) Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan 10 Markah
sahsiah.

PENGENALAN
Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang
sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab,
amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika
seseorang individu tersebut.
Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah berasal
daripada perkata greek ethos yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut
pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud
satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut pengertian dari
sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik
yang dituntut syarak.
Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin
yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-
garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.
Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai
kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek
niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk kepada pengajian moral yang
bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.
Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang
bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari segi
moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak
masyarakat. Ketidak seimbangan etika individu sekarang ini banyak membawa kepada
gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya.
Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan
bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan
dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta
kepakaran. Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang
menentukan kualiti moral, profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah
garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu dalam
masyarat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang tinggi dan
pemikiran yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang
beretika tinggi.
Isu yang dikemukakan

Recent news coverage of corruption scandal at some of the nations corporate giants has
placed the spotlight on the importance of ethical teaching and training in order to counter
this form of unhealthy practices. One of the social scientist had even proposed that the
initial stage teaching and learning of ethics should start from primary schools until
tertiary levels. The other stage should start from the time when he/she joined the
workforce

Setiap hari kita sering membaca dan mendengar di media tulis atau elektronik
berkenaan dengan jenayah rasuah. Masyarakat kini sudah peka dan mula memandang
serius dengan tentang permasalah rasuah kerana sedikit sebanyak akan menjejaskan
ekonomi negara. Menurut badan yang bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibat
rasuah Badan Pencegah Rasuah (BPR), terdapat tujuh takrifan berkenaan dengan suapan
antaranya menerima wang, ganjaran, pangkat dan kedudukan, pembayaran sesuatu yang
berharga atau menerima apa-apa jenis perkhidmatan itu adalah dianggap rasuah. Rasuah
kini bukan saja dalam bentuk wang malahan adakalanya berbentuk metial dan sebagainya.
Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang
memberi makna rasuah seperti tumbuk rusuk dan makan suap. Sejajar dengan
perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi
menggambarkan pengertian rasuah seperti wang kopi, undercounter payment dan
duit pelincir. Tidak dinafikan rasuah banyak mempengaruhi budaya dan mencemar
adat masyakat pada masa kini.
Kesimpulanya golongan saintis sosial berangapan pengenalan tentang rasuah dan
pendidikan berkenaan dengannya haruslah diterapkan semasa individu berada di alam
persekolah dan ianya akan berpanjangan sehinggalah memasuki alam perkerjaan.
Etika Perguruan.
Matlamat utama pendidikan Malaysia adalah berpaksikan kepada Falsafah
Pendidikan Negara (FPN). Aspek-aspek yang mendukung matlamat pendidikan di dala
FPN ialah seperti berikut :
Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.
Aspek utama yang perlu diutamakan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah
perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi
jasmani,emosi,rohani,interlek dan sosial. Tidak dinafikan disini tanggungjawab seorang
guru bukan hanya sebagai pengajar malahan ianya perlu mencakupi setiap aspek
membentukan generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak untuk pembangunan
bangsa dan negara.
Bagi merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara, para guru perlu sedar bahawa
mereka sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang besar. Guru bukan saya perlu
mempertingkatkan profesionalisma mereka malahan guru juga perlu peka dengan
perubahan-perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini. Pada amnya,
guru-guru perlu berkemahiran dan pakar dalam semua aspek dan bidang. Guru-guru
bukan sahaja memperkembangankan kemahiran dengan ilmu pengetahuan sahaja
malahan juga mencakupi disiplin, sikap dan tingkah laku untuk menjaga nama profesion
perguruan itu sendiri.
Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
sehingga 30 Jun 2008 seramai 118,380 guru lelaki yang berkhidmat di sekolah rendah
dan menengah manakala seramai 251,548 orang guru perempuan yang berkhidmat di
sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Tahun demi tahun terdapat peningkatan
jumlah guru di seluruh negara, oleh yang demikian Kementerian Pelajaran sejak dari
dahulu lagi berusaha memartabat profesion perguruan ini supaya menjadi satu profesion
yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan
Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion
Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan menjadi satu
panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan seharian sebagai guru.
Keberkesaan Etika Profesion Perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih
guru-guru dalam memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan
dengan pendekatan yang digunakan oleh guru didalam kelas membantu mempengaruhi
tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan
dengan personaliti guru yang jitu sedikit sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku
pelajar.
Kod Etika Profesion Perguruan
1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa
kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan
kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah
menjalankannya dengan jujur.
4. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya.
Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan
lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau
persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap
muridnya.
6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid
tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan.
7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk
membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang
diterima oleh masyrakat.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap
semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama,
kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan
status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan
murid-muridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi
mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat
sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau
agensi lain yang tidak berkenaan.
11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa
yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia
dan berguna.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang
baik terhadap murid-murid.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya
untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu
sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik
persendirian terhadap murid-muridnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa
murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas
profesionnya.
20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah
menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-
besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion
perguruan.

Prinsip-prinsip Etika Perguruan


Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-
1. Niat yang betul
2. Perlakuan yang baik
3. Pengerak ke arah kebaikan
4. Memperkotakan apa yang dikatakan
5. Berdisiplin dan beradab
6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
Kepentingan Etika Perguruan
Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah
organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai
Etika kerja sendiri. Takrif yang diberikan oleh KPM tentang Etika Kerja Perguruaan
ialah Etika Kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM
berlandaskan nilai-nilai ahklak yang mulia.
Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan itu
sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana :
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam
profesion perguruan. Ianya sebagai penduan dan juga sesuai untuk
dirujuk dan diamalkan oleh guru.

2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab


guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga
membantu guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini


menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.
Perbezaan ini memberi guru-guru menilai dan melihat keunikan etika
yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod
ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat
menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan
dikuatkuasakan.

5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion


perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya dapat membuka mata
masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat
dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah


organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli
dalam organisasi. (INTAN, 1991).

Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip
etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role model kepada pelajar.
Senario ini mempengaruhi etika pelajar dan membantu pembentukan modal insan pada
masa akan datang. Kesimpulannya melalui pemerhatian pelajar terhadap guru menjadikan
pelajar berkenaan lebih berdisiplin dan beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan
terikat dengan garis panduan Etika Perguruan membantu memperkembangan potensi
pelajar ke arah satu pembentukan individu yang berjaya dan menjadikan pelajar lebih
cenderung kepada melakukan perkara-perkara yang positif.

Memupuk Etika Kerja


Memasuki alam perkerjaan adalah satu pengalaman yang baru daripada alam
pembelajaran di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Alam pekerjaaan mungkin
menjadi pengalaman yang berbeza sekiranya individu tidak mendalami etika kerja
profesion yang diceburinya. Individu yang baru menceburi bidang pekerjaan perlulah
memupuk nilai murni, disiplin dan etika kerja yang baik. Individu perlu juga tahu teras
dan ciri dalam etika kerja profesional. Antara teras dan ciri-ciri yang perlu dipupuk
setelah memasuki perkerjaan antaranya :
1.Cemerlang
Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan sambil lewa.
Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau sebagai satu
rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya dengan
bersungguh-sungguh, tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Prestasi kerjanya akan
sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan semasa melaksanakan tugasnya, dia akan
terus berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mudah
patah hati atau mengaku kalah. Bagi mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu
mesti ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan baik
dalam semua keadaan.
Motivasi yang tinggi melahirkan pencapaian yang cemerlang. Guru-guru
permulaan ini menghadapi cabaran-cabaran yang pelbagai dalam proses pengujian dan
penilaian terhadap hasil kerja pelajar. Ini adalah disebabkan oleh pengetahuan guru-guru
permulaan berkaitan dengan ilmu pengujian dan penilaian adalah terlalu cetek. Kajian
menunjukkan guru-guru permulaan mempunyai keinginan yang tinggi dalam penilaian
pelajar tetapi mereka kurang yakin untuk memberi markah dan gred yang setimpal
dengan hasil kerja pelajar. Mereka terkeliru untuk meletakkan jumlah markah terutama
soalan berbentuk subjektif. Guru-guru permulaan juga merasa tidak selesa kerana
terpaksa menyemak latihan murid yang banyak. Apatah lagi jika bilangan murid ramai
dalam sesebuah kelas. Pelajar-pelajar juga sering mempertingkaikan gred dan markah
yang diberikan oleh guru-guru permulaan. Pelajar merasa kurang yakin kerana mereka
guru baru. Selalunya guru-guru permulaan lebih suka memberi markah dan gred yang
cemerlang kepada pelajarnya kerana mengharapkan mereka akan disenangi dan popular
di kalangan pelajar.
Selain dari menyemak, menilai, menguji dan mewujudkan hubungan mesra
kepada para pelajar, guru-guru permulaan ini telah dipertanggungjawabkan untuk
mengurus persekitaran fizikal bilik darjah masing-masing. Kajian-kajian kes yang
dijalankan telah memberi banyak maklumat tentang cabaran yang dihadapi dalam
mengurus bilik darjah. Ada sesetengah dari guru permulaan bertungkus-lumus
menghiaskan dan menguruskan bilik darjah tetapi ada juga yang langsung tidak diberikan
bilik darjah. Tetapi mereka ini diminta bergerak dari satu kelas ke kelas yang lain.
Cabaran-cabaran pengurusan kelas seperti pengawalan kelas, menetapkan peraturan kelas,
masalah pemantauan kesalahan disiplin pelajar, kebersihan dan keceriaan bilik
darjah serta menjaga kebajikan pelajar. Semua ini memerlukan pelan tindakan yang
sistematik dan strategic , apatah lagi bagi sekolah-sekolah yang masuk bertanding dalam
pertandingan 3K (Keselamatan, kebersihan dan keceriaan), sekolah harapan negara,
sekolah cluster dan lain-lain pertandingan. Guru-guru permulaan perlu kuasai ilmu dan
kemahiran di dalam tatahias dalaman kelasnya supaya dirinya memberi sumbangan yang
bermakna kepada organisasi. Dapatan kajian Lourdusamy dan Tan (1992) merujuk
kepada suatu tinjauan yang mendapati bahawa guru tidak dapat mengawal masalah yang
dihadapi dalam kelas seperti masalah kesukaran mengawal pelajar, masalah pelajar
bersikap negatif, masalah pelajar tidak berminat belajar, pasif dan gagal memahami
pelajaran yang diajar menyebabkan guru mengambil pendirian ''tidak peduli.'' Chiam
(2004) berpendapat bahawa terdapat perkaitan antara ketidak berkesanannya pengajaran
guru dengan ponteng dalam kalangan pelajar.

2. Sikap Berinisiatif
Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha
atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu
perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkanberlakunya kesilapan.
Kesilapan dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh dimaafkan tetapi jika dilakukan
berulang kali akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain.
Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang yang
mereka ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha
untuk mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja.Contohnya dalam bidang
perniagaan pekerja akan berusaha untuk mengembangkan perniagaan syarikat dalam
bidang baru seperti keluaran atau perkhidmatan yang baru.
Penguasaan yang cemerlang dalam memberikan pengalaman pembelajaran yang
bermakna kepada pelajar, berkemampuan yang tinggi untuk membina rappo yang baik
bersama pelajar dalam bilik darjah membantu guru-guru menjadi pemangkin kepada
kecemerlangan dalam karier mereka. Hubungan yang baik bersama pelajar di bilik
darjah menjadi titik permulaan kepada hubungan guru dengan ibu bapa dan masyarakat
setempat. Pelajar-pelajar akan menjadi duta kecil dalam menyebarluaskan cerita-cerita
kehebatan guru-guru permulaan kepada masyarakat dan komuniti setempat. Berita yang
baik berkaitan kualiti pengajaran dan personality guru menjadi satu tarikan kepada
masyarakat setempat untuk ke arah pengwujudan jaringan yang mantap melalui aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan. Guru-guru permulaan tidak boleh mencipta kejayaan dalam
profesion jika keadaan sebaliknya berlaku.

Kajian-kajian yang telah dijalankan mendedahkan bahawa guru-guru memerlukan


bimbingan yang berterusan di tempat kerja (Mohammed Sani, 2002). Bagi membina
keyakinan diri dan peningkatkan profesionalisma diri dan kerjaya, tugas membimbing ini
perlulah dimulakan di dalam organisasi di mana guru-guru ini bertugas. Dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa hanya 30% sahaja daripada kalangan pentadbir yang
mengambil berat terhadap perkembangan profesionalisma guru-guru (Mohammed Sani,
2002) dan 95% guru-guru siswazah yang ditempatkan di sekolah-sekolah rendah di
bawah program KPLI tidak berpeluang mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan
bagi meningkatkan tahap pengajaran mereka masing-masing. (Mohammad Sani, 2005).
Pendek kata, dalam memartabatkan profesion keguruan, semua pihak perlu
digemblengkan tenaga dan sama-sama menunjukkan minat yang tinggi dalam membantu
guru-guru permulaan meningkatkan kualiti diri dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Guru-guru perlu mengubah sikap dan sentiasa berusaha dan menyedari
bahawa untuk menjadi seorang guru yang berwibawa dan berketrampilan memerlukan
usaha-usaha yang berlipat ganda yang datang dari diri guru itu sendiri, di samping
dibantu oleh faktor-faktor persekitaran

3. Berniat
Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja
dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang
dilakukannya. Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti
kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup. Berkerja bukan hanya untuk
menyara hidup semata mata malahan ianya berlulah merangkumi pelbagai niat dan tujuan
supaya perkerjaan yang dilakukan itu secara ikhlas dan tidak seperti menunjuk-nunjuk.
Pekerja perlulah meletakkan matlamat dalam perkerjaan untuk mencapai tujuan atau niat
yang lelah diazamkan.

4. Bertanggungjawab dengan masyarakat


Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat.
Tidak wajar mementingkan kepentingan sendiri semata-mata tanpa memikirkan akibat
pekerjaan tersebut kepada masyarakat. Tidak kiralah dalam kerjaya dan bidang apa
sekalipun tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana profesonalima
adakalanya di nilai oleh masyarakat itu sendir. Contohnya dalam kerjaya seorang doktor ,
sekiranya seorang doktor yang tidak beretika dalam menjalankan tugas, masyarakat akan
beranggapan kerjaya seorang doktor itu adalah antara kerjaya yang tidak bermoral.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Amanah Dalam Kerja
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi
masyarakat atau pekerjaan. Jika sebuah institusi mempunyai seseorang pekerja atau
pegawai tidak mempunyai sifat amanah, segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan
membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat tersebut.
Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam
merealisasikan aspirasi dan wawasan negara dalam mewujudkan perpaduan kaum di
Malaysia.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah
mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan
kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan di
negara kita ini. Kejayaan dan keberkesanan seorang guru dalam merealisasikan aspirasi
dan wawasan negara tadi terletak pada tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan
keluhuran peribadi mereka. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan
yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah.
Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib,
alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri
sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya
dengan Allah S.W.T. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-
nilai murni seperti saling hormat-menghormati antara satu sama lain tidak mengira
bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan
betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai
idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan
pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang
lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan
jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.
Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan
untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti
mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan
Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun,
samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga
mesti mengetahui keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-
murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Hasilnya bukan hanya ilmu
pengetahuan yang berjaya diperoleh mereka, bahkan nilai-nilai murni yang dapat
membentuk mereka menjadi seorang insan yang berguna serta dapat memberi sumbangan
kepada agama, bangsa dan negara.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati
serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok,
bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan
sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru
menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman
terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian
pelajaran. Tanggungjawab guru pada abad ke-21 ini lebih mencabar berbanding guru
pada dekad sebelumnya. Cabaran daripada kesanglobalisasi, liberalisasi dan
perkembangan ICT menuntut semua insan yang bergelar guru terus gigih berusaha bagi
menghasilkan anak didik yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia dan mampu bersaing
pada peringkat tempatan dan global.
Hakikatnya, guru berkualiti berkemampuan untuk merealisasikan aspirasi ini
menerusi pengajarannya yang berkesan, kepemimpinannya yang memberi teladan dan
integriti keperibadiannya. Sebagaimana yang telah kita maklum, peranan guru bukan
sahaja mengajar subjek yang mereka ditugaskan mengajar, tetapi juga mendidik minda
dan membina sahsiah pelajar. Masa hadapan pelajar, malah masa hadapan bangsa dan
Negara adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai oleh guru-guru pada hari ini.
Peranan guru sebagai jurutera sosial dan agen perubahan minda adalah sangat dituntut
demi mencapai wawasan negara khasnya dalam era revolusi maklumat dan teknologi
masa kini. Selain menjalankan tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-
peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi
pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah
murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai
kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada
masyarakat.
Di dalam sebuah masyarakat yang sedang membangun, guru juga diharapkan
menjadi agen pembangunan bagi masyarakatnya. Guru sentiasa berusaha menanam sikap,
nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru kea rah yang ingin dibentuk oleh
masyarakat. Biasanya guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut :

1. Kaedah mengajar, keilmuan dan kepakaran dalam sesuatu pelajaran


sekolah.
2. Kawalan sosial di sekolah.
3. Kawalan disiplin murid dan menentukan ganjaran atau denda mengikut
garis panduan sekolah.
4. Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid.
5. Pengelolaan gerakerja kokurikulum.
6. Pembimbing kepada murid, khasnya pemilihan kerjaya dan bidang
pengajian pengkhususan.

Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan
nilai-nilai keperibadian seorang pekerja yang baik. Peranan ketua-ketua bahagian atau
majikan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam kerja. Pekerja-
pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang diberi dan melaksanakan tugas itu dengan
baik. Sifat ini bukan hanya melanda pekerja biasa sahaja, malah tidak kurang juga
majikan atau ketua sendiri yang mengamalkan sifat tidak amanah ini.
Komited Terhadap Kerjaya.
Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang
diceburinya. Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan
bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang
ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang.
Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih
kecemerlangan dalam kerja. Komited dan bersungguh-sungguh dengan apa yang dibuat
mampu menjadikan seseorang itu lebih berjaya dan cemerlang.

7. Akhlak
Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak mulia
yang dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian
peribadi dan kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang berpendidikan dan
pangkat yang tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan yang bagus jika berakhlak
buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam
kerja, dan tidak komited dalam kerja. Keperibadian yang baik dan akhlak yang mulia
menjadi sesorang itu dipandang mulia dan berkedudukan.
8. Jujur
Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat
di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang yang
berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala
perasaan syak wasangka dan tipu daya atau pun dusta. Sifat kejujuran pelu ada dalam
setiap individu yang memasuki alam pekerjaan.
9. Bersyukur
Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan yang
diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa kejayaan yang diperoleh adalah
nikmat kurniaan Allah. Kewajipan bersyukur dinyatakan oleh Allahdalam firman-Nya
yang bermaksud :
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu; Demi sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya
azab-Ku amatlah keras"
(Surah Ibrahim Ayat 7)
Menjadi lumrah manusia, apabila ditimpa kesusahan mereka tabah
menghadapinya dan keimanan mereka pada masa ini kuat sekali. Namun apabila
memperoleh pangkat dan kesenangan, mereka lupa diri dan Tuhan. Inilah yang
dinamakan ‘Kufur Nikmat’. Harus diingat bahawa Allah boleh menarik
balik nikmat yang telah dikurniakankepada hambaNya.
Termasuk dalam golongan yang kufur nikmat ialah orang yang mengamalkan
rasuah di dalam pekerjaan. Orang yang mengamalkan rasuah seolah-olah tidak bersyukur
dan berasa cukup dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Rasuah dilakukan untuk
mendapatkan sesuatu yang bukan haknya dan menguntungkan kedua-dua pihak (pemberi
dan penerima rasuah) dengan cara yang mudah tetapi menyalahi undang-undang dalam
bentuk imbuhan. Imbuhan rasuahpada masa kini berbentuk wang, saham, wanita cantik
dan apa jua yang diatas nama sebagai hadiah.
Amalan rasuah akan melumpuhkan ekonomi negara kerana yang kaya bertambah
kaya manakala yang miskin semakin terbiar. Islam dengan tegas melarang perbuatan
rasuah kerana ia tergolong dalam dosa-dosa besar.
10. Pengurusan Masa
Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa
kerana salah satu faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang
berkesan. Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan beban tugas di
samping memudahkan segala urusan kerja.
Semasa bekerja kita telah diperuntukkan waktu rehat yang secukupnya oleh majikan.
Dalam masa yang agak singkat inilah kita perlu bijak memanfaatkan masa untuk makan,
sembahyang dan berehat. Kadangkala kita terlalu asyik berbualbual bersama rakan-rakan
sekerja sambil menikmati hidangan sehingga terlupa untuk menunaikan solat. Walhal
waktu rehat tersebut jika bijak diuruskan sudah semestinya amat mencukupi untuk kita
berehat dan beribadat dengan selesa.
11. Menilai Diri (Muhasabah)
Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita
lakukan. Kita perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang telah kita lakukan
sepanjang hari terutama dalam pekerjaan. Kita perlu menghisap diri di hujung minggu
tentang apa yang telah kita laksanakan sepanjang minggu. Dan seterusnya kita perlu
menghisap diri di akhir tahun untuk mempastikan apa sebenarnya yang telah kita lakukan
(untuk diri kita, keluarga kita, bangsa kita, negara kita, agama kita) di sepanjang tahun.
Muhasabah ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada bangsa dan
negara melainkan seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan sebagai
anggota masyarakat. Jika muhasabah atau penilaian semula itu hanya setakat mengukur
kejayaan diri secara sempit, tanpa mengambil kira sumbangan yang telah dapat
dicurahkan kepada sanak saudara, kepada masyarakat setempat, kepada bangsa dan
negara, kepada agamanya, ia belum lagi mencapai maksud sebenar.
7.Peranan Pendidikan Dalam Menangani Rasuah
Pendidikan adalah salah satu medium perantaaran yang dapat mendedahkan
tentang kepentingan dalam menangani gejala rasuah dalam masyarakat. Intititusi
pendidikan menjadi wadah penyampaian kepada pelajar-pelajar berkenaan dengan gejala
rasuah ini. Pelajar-pelajar mungkin mempunyai gambaran dan pengetahuan tentang isu
rasuah, ianya boleh didalami lagi dengan adanya pendekatan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas atau melalui pencari mereka untuk menyiapkan sesuatu
kerja kursus yang diberikan
Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah mengabaikan tentang kepentingan
pendidikan rasuah ini. Ini dapat dibuktikan dengan adanya Surat Pekeliling Iktisas Bil
17/1998 Memasukkan Elemen Pencegahann Rasuah Dalam Pendidikan Sekolah Dan
Intitusi Pengajian Tinggi bertarikh 14 Ogos 2008. Tujuan Surat Pekeliling ini dikeluarkan
agar setiap sekolah dan intitusi pengajian tinggi perlu memasukan elemen rasuah dalam
kurikulum seperti mana yang telah dipersetujui dalam MesyuaratJawatankuasa Kabinet
Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan Bil.2/98.
Dalam perkara dua yang dinyatakan dalam pekeliling iktisas ini ialah untuk
meningkat dan mengukuhkan usaha penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajar bagi
mencegah gejala rasuah dan lain-lain salah laku. Sekolah-sekolah hendaklah mengambil
langkah-langkah seperti berikut:
i. Memperkukuhkan penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum melalui
pengajaran dan pembelajaran setiap mata pelajaran;
ii. Memperkemas dan memperkukuhkan mata pelajaran Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral;
iii. Memasukkan tajuk-tajuk khusus mengenai keburukan rasuah dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu (peringkat menengah atas). Tajuk-tajuk yang boleh
dibincangkan adalah seperti berikut:
a. Definisi dan tafsiran rasuah;
b. Jenis-jenis rasuah dan punca rasuah;
c. Bahaya rasuah kepada diri, masyarakat dan negara;
d. Cara-cara menangani gejala rasuah;
e. Kesalahan dan hukuman rasuah.
Tajuk-tajuk ini boleh dikendalikan dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Memperkukuhkan penanaman nilai-nilai murni dan pencegahan sebarang salah laku
melalui kegiatan kokurikulum;
Menentukan setiap guru di sekolah menjadi "role model" yang baik dan segi amalan dan
tingkah laku untuk dicontohi oleh pelajar.
Kini elemen rasuah telah diserapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) di dalam matapelajaran Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan Tingkatan
4. Dalam matapelajaran ini pelajar-pelajar lebih ditekankan dengan lebih terpeinci lagi
berkenaan dengan etika dan elemen rasuah. Topik yang membincangankan hal-hal ini
ialah topik Cabaran Masa Depan. Ianya merangkumi sub-sub topik yang menekankan
tentang membina budaya kerja yang cemerlang ke arah kemakmuran negara dari segi
etika kerja dan rasuah sifar. Guru-guru akan mengadakan aktiviti yang sesuai berkenaan
dengan sub topik yang diberikan dan aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar
mengetahui lebih lanjut tentang gejala rasuah dan etika kerja.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Badan Pencegahan
Rasuah saling berkerjasama bagi memastikan pelajar-pelajar di sekolah memahami
tentang bahaya jenayah rasuah. Menurut Ahmad Khusairi Bin Yahya Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat BPR dalam artikalnya bertajuk
Melahirkan Generasi Muda Benci Rasuah menyatakan Langkah pertama dianjurkan
Kementerian Pelajaran ialah memperkenalkan dasar penerapan elemen pendidikan
pencegahan rasuah dalam kurikulum di peringkat menengah dan institusi pengajian
tinggi iaitu memasukkan elemen berkenaan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral,
Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Ini bermakna KPM bersungguh-sungguh dan
serius dalam melaksanakan penerapan elemen pencegahan rasuah ini di dalam bidang
pendidikan.
Kerjasama antara BPR dan KPM tidak terhenti di situ, banyak seminar dan
bengkel yang dianjurkan kepada pengurusan sekolah dan guru-guru bagi penerapan
elemen rasuah ini. Bermula 2002, seramai 969 guru kaunseling sekolah menengah dari
seluruh negara dipilih mengikuti Seminar Peranan Kaunselor Dalam Pendidikan
Pencegahan Rasuah di Peringkat Sekolah. Bukan sahaja guru kaunselor didedahkan
dengan elemen pencegahan rasuah ini , malahan pentadbir sekolah terdiri daripada
pengetua dan guru besar turut mengikuti seminar berkenaan. Pada 2003, 340 pengetua
telah dipilih mengikuti seminar yang sama, manakala 500 pengetua dan guru besar
mengikuti program yang sama. Kempen pendidikan pencegahan rasuah diperingkat
sekolah ini diteruskan pada 2004 menerusi Bengkel Penerapan Elemen Antirasuah Dalam
Pendidikan Sekolah yang dianjurkan Bahagaian Pendidikan Masyarakat BPR dan Pusat
Perkembangan Kukurikulum, Kementerian Pelajaran. Seramai 382 guru yang terdiri
daripada jemaah Nazir Sekolah, pensyarah maktab perguruan, pegawai Jabatan Pelajaran
negeri dan guru pakar Pendidikan Moral, telah mengikutinya. Pelajar sekolah juga
mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh KPM dan BPR antara aktiviti yang
dianjurkan antaranya mengarang esei bagi pelajar sekolah menengah dan pertandingan
pidato dan perbahasan berkenaan dengan pencegahan gejala rasuah.
7.1 Kepentingan Pendidikan Rasuah
Hasil daripada bengkel dan seminar yang dianjurkan banyak pandangan dan dapatan
yang dirumuskan oleh peserta-peserta bengkel dan seminar mengenai elemen pencegahan
rasuah diserapkan dalam kurikulum sekolah. Antara faedah-faedah yang dinyatakan
antaranya:-
1. Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran guru berhubung kesalahan rasuah
dari segi teori dan praktikal.
2. Menyediakan ruang dan peluang untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan
berhubung tatacara menerapkan elemen antirasuah dalam kurikulum pendidikan.
3. Memberi peluang guru bertanyakan soalan, permasalahan dan kemusykilan berhubung
kesalahan rasuah dan mendapat maklumat tepat daripada pegawai BPR.
4. Forum untuk menjalinkan hubungan silaturrahim antara pendidik dengan pegawai BPR
serta saling bertukar maklumat.
5. Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan maklumat berhubung
kesalahan rasuah kepada pelajar.
6. Memperolehi bahan rujukan dan risalah bercetak sebagai maklumat tambahan dalam
proses pembelajaran dan pengajaran.
Faedah-faedah yang dinyatakan tadi, sedikit sebanyak ianya memberi gambaran yang
menyeluruh kepada guru-guru berkenaan dengan gejala rasuah. Guru-guru jugu dapat
menyalurkan maklumat yang tepat dan betul dengan adanya pengetahuan tentang
permasalahan gejala rasuah ini. Guru-guru juga menegtahui betapa peripentingnya
menyampaikan pendidikan tentang rasuah kepada pelajar-pelajar kerana ianya
merosakkan identiti masyarakat itu sendiri.
Jenayah etika merupakan suatu isu hangat yang sering diperkatakan.Antarannya iaitu
perbuatan rasuah.Rasuah ditakrifkan sebagai suatu pemberian yang dberikan kepada
seseorang untuk melakukan sesuatu yang salah dan menyalahi etika serta undang-undang.
Pelbagai persoalan yang timbul disebalik masalah sosiol yang semakin berleluasa
sehinggan kini bermula di peringkat rendah sehinggalah kealam pekerjaan.Nilai-nilai etika
yang semakin hilang yang mana suatu ketika dahulu dipelihara dengan baik hilang di bawa
arus kemodenan.
Pendidikan etika bertujuan untuk melahirkan individu yang seimbang berdasarkan
Falsafah Pendidikan Negara dari segi intelek,rohani,jasamani dan emosi.Bertepatan dengan
kehendak tugasan ni,hubungan pendidikan etika dengan amalan rasuah,maka etika yang
diterapkan dari alam persekolahan akan dibawa kepada kehidupan yang kian mencabar bagi
mengelakkan gejala-gejala yang tidak sihat melanda diri individu nanti.Sekiranya individu
tersebut berakhlak mulia dan beretika mereka boleh menghindarkan diri dari etika salahlaku
pada masa akan datang.
Keinginan atau kemahuan seseorang yang tidak terbatas itu adalah suatu naluri yang
sentiasa ada pada kita sebagai insan biasa.Contohya,inginkan kereta besar,rumah
besar,pakaian mahal dan sebagainya.Namun begitu jika dalam diri mereka telah tertanam
etika yang mulia semenjak perigkat sekolah sedikit sebanyak dapat mengelakkan mereka dari
terlibat dengan amalan rasuah yang sememangnya merupakan jalan penyelesaian yang
mudah untuk mendapatkan sesutu yang diinginkan.Pendidkan beretiaka semenjak di alam
persekolahan merupakan penghalang bagi mereka terjerumus kepada kancah sosial yang
tidak bermoral.
Namun begiti amalan rasuah masih berlaku di peringkat rendah lagi umpamanya
murid-murid yang akan menduduki peperiksaan contohnya UPSR telah ditawarkan sejumlah
wang atau hadiah yang lumayan oleh pihak-pihak tertentu samada guru,ibubapa ataupun
daripada badan-badan tertentu dalam masyrarakat.Amalan ni terbawa-bawa sehingga alam
pekerjaan.Bagi murid tersebut pemberian tersebut merupakan satu ganjaran yang besar
nilainya.Sedangkan disebalik pemberian tersebut mengandungi nilai-nilai yang kurang baik
dan tidak beretika yang patut diamalkan.
Jelas sekali,apabila menjejaki kaki ke alam pekerjaan,bayak lagi berlakunya jenayah
etika yang kian melanda masyarakat hari ni.Arus kemodenan pada hari ni menuntut mereka
melakukan aktivti tidah sihat contohnya,penyalahgunaan teknologi yang kita kecapi masa
kini.Ada pihak yang menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk amalan jenayah seperti
money launering serata dunia melalui kad kredit via komputer dan sebagainya.
Pendidikan beretika yang telah diterapkan semenjak diperingkat sekaolah rendah
hingga keperingkat universiti menanamkan sikap jujur,amanah,bertanggungjawab dan
sebagainya,merupakan halangan bagi mereka untuk melakukan jenayah etika yang seringkali
kita dengar melalui media massa dan media elektronik. Keperluan pendidikan beretika
merupakan penawar untuk menghindarkan gejala rasuah yang boleh menberi kesan kepada
negara,masyarakat,keluarga serta individu.
Pendidikan beretika bertujuan untuk mengawal tingkahlaku para professional supaya
mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk
kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa etika kerja
professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang
beretika dan berjaya.
Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu melangkaui
etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi dan
menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya. Oleh itu, faktor-
faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-undang,
pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya mewujudkan satu
persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang individu melakukan sesuatu yang
hanya mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak.
Melalui pendidikan yang beretika dan mempraktikkanya ke arah nilai yang baik,
maka ianya tentu sekali dapat mengawal tingkah laku seseorang. Amalan rasuah yang
berlaku perlu dibenteras daripada semakin berleluasa kerana ianya adalah satu amalan
yang patut dijauhi dan perlu dihindari.Sungguhpun rasuah merupakanperbuatan yang
bertentangan dengan nilai etika,namun ia massih dilakukan oleh segelintir manusia yang
inginkan kemewahan secara cepat dan mudah.Dalam jenayah rasuah ini,jalan
penyelesaian yang paling berkesan ialah menpunyai pegangan agama yang kukuh.
Akhir kata, gerak gempur pendidikan pendidikan iaitu menanam semangat
kerohanian dan daya ketahanan yang kuat dan tanggungjawab sosiol mestilah
diteruskan.Agar kita menbangun dalam keadaan yang seimbang.

Kesimpulan
Etika membentuk satu tingkah laku yang positif dan mampu memperbaiki potensi
sesetengah individu pada satu-satu masa. Sekiranya prinsip dan disiplin sering kali diikuti
ianya membantu individu berkenaan melangkah lebih jauh tidak kira dalam apa jua
bidang sekali pun.
Etika kerja yang digariskan bukan untuk membebankan individu, ianya membantu
setiap individu dalam bidang tertentu untuk lebih komited dan memupuk akautebiliti
dalam menjalankan sesuatu kerja yang dijalankan. Ini dapat dihuraikan dengan adanya
Kod Etika Perguruan, kod ini bukan untuk membebankan guru-guru malahan ianya
menjadi satu kayu ukur bagi guru-guru memperbaiki tatasusila dan tingah laku sebagai
penjawat awam.
Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional
supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang
ada untuk kebaikan semua pihak. Ini tidak dinafikan bahawa etika kerja professional
memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan
berjaya. Namun etika kerja ini perlu mempunyai mekanisma yang tersendiri bagi
mengawal tingkah laku individu yang banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor kendiri,
persekitaran dan sebagainya.
Etika ini juga perlu bertitik tolak dengan konsep pendidikan yang dijalankan di
rumah, di sekolah ataupun pusat pengajian tinggi. Corak pendidikan dan pendekatan yang
digunakan dapat mempengaruhi individu lebih beretika dan bertanggungjawab dalam
tugasan yang diberikan. Pendidikan perlulah menjadi satu wadah pembentukan modal
insan bagi melahirkan generasi yang bermoral dan beretika. Ajaran agama juga penting
dan ianya antara tunjang utama pembentukan individu yang berjaya dan cemerlang.
Masalah-masalah yang tidak bermoral seperti gejala rasuah dapat diatasi dengan
pendedahan yang tepat dan betul tentang tingkah laku yang tidak bermoral.
Hilang akauntebiliti dan intergriti dalam organisasi juga menyumbang kepada
permasalahan etika. Kerjasama dan kerja berpasukan hendaklah dipupuk dalam
organisasi bagi memupuk satu budaya kerja yang komprehensif dan berdaya saing antara
satu sama lain. Sikap mementingkan diri sendiri haruslah dibuang dan hindakan bagi
menjaga nama baik organisasi dan masyarakat amnya. Pelakuan yang tidak bermoral
yang ditunjukkan contohnya rasuah ini perlu dihakis supaya ianya tidak merebak kepada
generasi akan datang.
Kepentingan etika ini kini menjadi penting dan perlu difamahi dan dipelajari oleh
setiap individu. Masyarakat kini sudah peka dan perihatin tentang permasalahan yang
berlaku melibatkan etika dan perbuatan yang tidak bermoral. Tepuk dada tanyalah selera
atau tepuk dada tanyalah iman ini semuanya tertakluk kepada induvidu itu sendiri.
Panduan dan prinsip-prinsip tentang etika telah digariskan dan dirangka, sekiranya
individu berkenaan tidak berubah ini bermakna kod etika yang dirangka hanya sekadar
diatas kertas sahaja dan ianya tidak diperakui oleh setiap individu.
Bertepatanlah dengan Firman Allah Aku tidak mengubah sesuatu kaum itu,
sekiranya kaum itu tidak mengubah dirinya sendiri. Ini bermakna setiap individu perlu
mengubah paradigma untuk menjadikan diri seorang yang beretika, bermoral, berilmu
dan beramal.
9. Cadangan
Cadangan berkenaan dengan etika ini dapat dihuraikan kepada dua bentuk iaitu
alam pengajian dan alam pekerjaan.
Di dalam alam pengajian cadangan supaya diadakan penekanan yang lebih
kepada isu-isu yang tidak bermoral dan tidak beretika. Contohnya di sekolah disiplin
yang dirangka di sekolah mampu mengelak pelajar-pelajar ini daripada berlakuan yang
tidak bermoral. Sekolah kini tak menyelaraskan disiplin dan undang di sekolah. Ada
kadang kalanya ianya hanya sebuah buku disiplin sahaja dan perlaksaannya masih tidak
mencukupi. Cadangan agar penetapan disiplin ini perlu diperbincangankan dan
diselaraskan dahulu di semua sekolah Penyelarasan disiplin dianjurkan olen Jabatan
Pengajaran Negeri dan digunapakai oleh negeri berkenaan serta dikawal selia oleh KPM.
Dengan cara ini membentukan disiplin dan prinsip etika itu dapat dipupuk dengan baik
dengan pelarasan yang dibuat itu tadi.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) juga berjaya memasukkan elemenelemen
yang berkenaan dengan etika dan rasuah di dalam Pendidikan Sivik dan Kenegaraan,
namun ianya hanya melibatkan satu bab sahaja dan aktiviti yang dicadangkan berkenaan
dengan rasuah hanyalah gunting dan tampal gejala-gejala rasuah. Cadangan agar PPK
lebih merangka satu aktiviti yang lebih mencabar contohnya membuat soal selidik
ataupun kerja kursus yang melibatkan etika dan gejala rasuah. Walaubagaimanapun,
penghargaan perlu diberikan kepada KPM dan PPK dalam mengenal pasti dan penerapan
nilai-nilai etika dalam kurikulum sekolah kini.
Dalam konteks alam perkerjaan pula, pendedahan tentang etika kerja kepada
pekerja baru harus ditekankan. Penekanan yang lebih berkenaan dengan konsep intergriti
dan akauntebiliti perlulah dititik beratkan oleh pihak majikan dan organisasi . Pengenalan
tentang perkara ini dapat membantu dalam pembentukan satu pekerja yang beretika dan
bertanggungjawab.

RUJUKAN
1. Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra karya: falsafah, nilai dan
etika dalam perkhidmatan awam. Kuala Lumpur: INTAN.
2. Wan Sabri Wan Hussin (2004).Etika Dan Amalan Perniagaan.Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur
3. Dr Mohammad Diah Jurini. (2003). Profesional Ethics
4. Pusat Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan
Sivik Dan Kenegaraan Tingkatan 4
5. Nota PTK Etika Kerja, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003),
Bahagian Pembangunan Dan Kompetensi Penilaian KPM.

Anda mungkin juga menyukai