TARIKH :
05 OKTOBER 2017
HARI :
KHAMIS
TEMPAT :
BESUT, TERENGGANU.
ANJURAN :
4|Page
1.0 PENGENALAN
Bola Baling merupakan salah satu jenis sukan yang berpotensi untuk dibangunkan
sebagai sukan teras negara. Namun, negara kita agak ketandusan bakat muda bagi
sukan ini. Menyedari akan hakikat ini, Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda
dengan menganjurkan Kejohanan Pertandingan Bola Baling. Hal ini
berkesinambungan daripada matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan
yang baik dan sempurna supaya dapat menjadi warga negara Malaysia yang
seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dengan
perkataan lain, Kejohanan Pertandingan Bola Baling ini dapat memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan seimbang. Selain itu, melalui penganjuran
Kejohanan Bola Baling 2017 IPGKSM ini, adalah bertujuan untuk melengkapkan
silibus Kejurulatihan Sukan bagi subjek elektif untuk guru-guru pelatih semester 5.
2.0 RASIONAL
5|Page
3.0 MATLAMAT
Matlamat bagi pelaksanaan program ini ialah bagi memenuhi kehendak sukatan
kursus Kejurulatihan Sukan dalam usaha untuk melahirkan bakal-bakal guru yang
berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam pengurusan pertandingan di
sekolah supaya lebih yakin dan efisien.
4.0 OBJEKTIF
4.5 Mempertingkatkan lagi semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan guru-
guru pelatih, pensyarah dan peserta yang terlibat.
6|Page
6.0 PENYERTAAN
Penyertaan terbuka kepada semua guru pelatih lelaki semester 3, 5, 7 dan 8 sahaja
Tempoh Permainan
30 minit setiap separuh masa dengan 10 minit rehat, 20 minit setiap separuh
masa dengan 10 minit rehat. Masa permainan hanya akan di hentikan atas
perintah pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang bagi setiap separuh
masa.
Bilangan pemain
Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang
pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam
gelanggang. Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam
gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang
keluar terlebih dahulu sebelum pemain pengganti masuk.
Jaringan Gol
Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang
gol. Gol-gol boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan
referi.
7|Page
Memainkan Bola
a. Pemain dibenarkan :
- Mengambil 3 langkah dengan bola.
- Memegang bola maksimum 3 saat.
- Menggelecek.
- Menjunam untuk mendapatkan bola.
Hukuman Susulan
Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan
balingan percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuiman yang
lebih berat. Antara hukuman yang boleh diberikan :
- Amaran (Kad Kuning)
- 2 minit penggantungan
- Penyingkiran
- Pembatalan
8|Page
9.0 JAWATANKUASA INDUK BOLA BALING
9|Page
10.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN PERTANDINGAN BOLA BALING
10 | P a g e
: NOR SHAFIKAH BINTI ROZALI
HAMZAH
11 | P a g e
12.0 KEWANGAN
12 | P a g e
13.0 PENUTUP
Semoga apa yang dirancangkan akan dapat direalisasikan dengan menepati segala
objektif yang digariskan dan seterusnya dapat memberikan pendedahan dan
pengetahuan kepada bakal-bakal guru pelatih tentang persediaan, pengurusan,
pentadbiran serta pelaksanaan sesuatu pertandingan bagi menghadapi proses
pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan sesuatu program berkaitan
sukan di sekolah kelak. Diharapkan agar segala aktiviti yang telah dirancang dapat
dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga
pertandingan bola baling ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada
guru-guru pelatih tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam melahirkan
generasi yang berilmu pengetahuan luas dalam bidang pengurusan dan pentadbiran
sukan bola baling ini
Disediakan oleh :
Setiausaha,
Disemak oleh :
Pensyarah Penasihat,
13 | P a g e
Disahkan oleh :
Diluluskan Oleh :
Pengarah,
ULASAN:
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
14 | P a g e
1.0 PENGENALAN
Bola baling merupakan gabungan daripada beberapa kemahiran asas bola jaring, bola
keranjang dan bola sepak. Permainan ini mulai mendapat pengiktirafan antarabangsa
sebagai satu permainan yang diminati. Dari segi populariti, bola baling sudah menjadi
permainan yang setanding dengan permainan-permainan lain.
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang
diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang
(tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua
orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh
merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau
berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur,
40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan
dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap
kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam
tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi
dalam tiang gol. Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah
garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan
gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan
panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam
gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.
Kemahiran asas dalam permainan Bola Baling, terbahagi kepada lapan iaitu bermula
dengan kemahiran berlari, melompat, hantaran bola, menyambut bola, menggelecek bola
dengan tangan, mengadang, menjaring, dan menjaga gol. Kemahiran-kemahiran ini perlu
dipelajari dan dikuasai bagi setiap pemain Bola Baling sebelum boleh menjadi seorang
pemain Bola Baling yang profesional. Kemahiran asas dalam sukan Bola Baling:
15 | P a g e
1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Menggelecek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol.
Periodisasi latihan
Periodisasi adalah proses pembahagian pelan latihan tahunan kepada beberapa fasa
latihan dan bahagian-bahagian kecil bertujuan untuk ;-
16 | P a g e
2.0 KEMAHIRAN ASAS BOLA BALING
Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan
penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya
jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan
dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan
yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat
dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan
perlu ada pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol.
Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan
taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang
akan menjaringkan bola.
Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang
perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol.
Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak
merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah berputus asa.
Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam
permainan bola baling. Antaranya ialah:
17 | P a g e
2.3 JENIS JARINGAN
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara
yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke
depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi
pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal
ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini.
Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan daripada
lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.
1) Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain
memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
2) Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil
membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan
dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak
lawan.
3) Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
4) Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.
1) Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan
sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.
2) Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara
memusingkan bahu dan lengannya.
3) Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di
celah-celah kaki penjaga gol.
4) Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka
sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.
18 | P a g e
2.3.2 Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh
Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru,
jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan
gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah
kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat
membesarkan lagi sudut jaringan.
19 | P a g e
2.3.3 Jaringan Penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang
penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan
hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.
20 | P a g e
3.0 PERMAINAN KECIL
21 | P a g e
3.4.3 Mengebom Kubu
22 | P a g e
*CONTOH OFF SEASON*
Objektif Latihan :
1) Psikomotor :-
Pemain dapat melakukan kemahiran menjaring bola sekurang kurangnya 3 daripada
5 percubaan.
2) Kognitif:-
Pemain dapat menyenaraikan fasa-fasa dalam menjaringkan gol.
3) Afektif :-
Memupuk semangat kesukanan yang tinggi dan bekerjasama dalam pasukan.\
1. Memanaskan Badan
23 | P a g e
4. Jaringan 7 meter Jaringan 7 meter
(Penalty)
- balingan penalty,
5. Permainan Kecil
Permainan penuh gelanggang
bahagi 2 pasukan, masa permainan
hanya 15 minit sahaja.
6. Kelonggaran (cooling
down)
1. Memanaskan Badan
Khamis
Jaringan lompat
3. Jaringan lompat (Jump
shoot) - jaringan dari 9 meter
Set 1
24 | P a g e
bola.
Set 2.
Set 3.
Set 4.
5. Kelonggaran (cooling
down)
1. Memanaskan Badan
25 | P a g e
Jaringan lompat
Jaringan 7 meter
- balingan penalty,
Set 3.
Set 4.
26 | P a g e
penjaga gol akan menggunakan
kaki untuk menahan bola tersebut.
7. Kelonggaran (cooling
down)
27 | P a g e
REFLEKSI
Bagi kerja kursus KJSS3013 Kejurulatihan Sukan, semua pelajar yang mengambil kursus ini
dikehendaki mengendalikan satu acara Kejohanan Bola Baling bagi memenuhi kehendak
kursus. Program ini diketuai oleh Zahir Bin Zainol Azali sebagai pengurusi program dan
dibantu oleh beberapa orang ahli lain lagi. Di awal perancangan, kami peserta kursus
Kejurulatihan Sukan melakukan beberapa kali perjumpaan untuk menentukan tugas masing
masing agar semua peserta kursus dapat mengambil peranan dan seterusnya
menjalankan tugas tugas yang telah diberikan berdasarkan daripada perbincangan dan
undian.
Bagi pengurusan sijil, pihak AJK hadiah, sijil dan jemputan telah mengemukakan
senarai keseluruhan peserta yang akan terlibat semasa sukan dijalankan kelak. Pada
mesyuarat tersebut AJK sijil. hadiah dan jemputan telah meminta pihak pertandingan
membuat kepastian jumlah peserta kerana pihak AJK sijil , hadiah dan jemputan telah
diberi maklumat bahawa untuk pemberian sijil, yang berjumlah 40 orang ahlinya.
Bidang tugas AJK Sijil dan cenderamata dapat melatih seseorang individu
berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih baik contohnya ketika membuat
penempahan dan juga mencari hadiah untuk peserta dan VIP. Selain itu, bidang tugas ini
juga dapat melatih seseorang individu melakukan kerja dengan cekap dan pantas. Hal ini
kerana,bidang tugas ini secara tidak langsung membantu melicinkan perjalanan sesuatu
program sekiranya tugas dilakukan dengan cekap tanpa melakukan kesilapan.
28 | P a g e
RUJUKAN
KPM. (n.d.). Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan Bola
Baling.
Lee Chin Choy (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah Alam. Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Reita E. Clanton (1997). Team Handball Step To Success. United States of America. Human
Kinetics, Inc.
Teng Boon Tong (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Petaling Jaya.
Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Wee Eng Hoe (2000). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah
Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
29 | P a g e