Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN MELINTANG

36400 HUTAN MELINTANG


PERAK DARUL RIDZUAN

ABA5035 Tel : 05 641 2889 Fax : 05 641 2075


E-mail :ABA5035@moe.edu.my
_________________________________________________________________________________
PERAK EXCELLENT
KOMITED - SISTEMATIK - INTEGRITI

Ruj. Kami: SKHM/KO/ 08/04/02( )


Tarikh : 2 OKTOBER 2017

Kepada ,
En Zainal Abidin b Ibrahim ,
Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang ,
36400 Hutan Melintang ,
Perak .

Tuan ,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBANGUNAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH


SK HUTAN MELINTANG 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk .

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaaan Hutan Melintang telah mencapai tahap
cemerlang dalam unit kokurikulum . Pihak sekolah kekurangan dana untuk meningkatkan lagi
kecemerlangan unit kokurikulum tersebut.

3. Sehubungan dengan itu , pihak sekolah ingin meminta jasa baik tuan untuk memberikan
sumbangan ikhlas bagi merealisasikan impian dan hasrat sekolah serta peningkatan prasarana unit
kokurikulum .

4. Besarlah harapan kami , agar permohonan ini dapat pertimbangan dan perhatian yang
sewajarnya daripada pihak tuan .Keperihatinan dan kerjasama yang pihak tuan berikan amat kami
hargai dan sanjungi bagi kemajuan sukan permainan sekolah .

Sekian, Terima Kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..
(RAMLI BIN BAJURI)
GURU BESAR

Anda mungkin juga menyukai