Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN POLIS KEM

KERTAS CADANGAN

PERTANDINGAN TREASURE HUNT

TARIKH :
15 November 2016 (Selasa)

ANJURAN:
Persatuan Matematik SK Polis Kem

TEMPAT :
SK Polis Kem
KERTAS KERJA
MENGANJURKAN PERTANDINGAN TREASURE HUNT
ANTARA KELAB DAN PERSATUAN.

1.0 PENGENALAN
Matematik adalah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya
berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan
pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Selaras dengan
prinsip tersebut, Persatuan Matematik SK Polis Kem telah mengambil
inisiatif untuk mengasah dan menguji minda murid murid SK Polis Kem
dalam pemikiran logikal matematik dengan menganjurkan Pertandingan
Treasure Hunt . Hal ini berkesinambungan daripada matlamat
Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna
supaya dapat menjadi warga negara Malaysia yang seimbang daripada
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dengan erti kata lain,
pertandingan Treasure Hunt yang menggunakan permainan berstesen
ini dapat memperkembangkan minat individu terhadap matematik.

2.0 RASIONAL

Penganjuran pertandingan ini diadakan untuk menyediakan murid-


murid SK Polis Kem supaya mendapat pengalaman dan ilmu
pengetahuan matematik dengan cara yang menyeronokkan. Melalui
penganjuran ini, para guru pelatih dapat memperkayakan diri dengan
kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah harian matematik,
meningkatkan sahsiah dan etika perguruan. Justeru, penganjuran ini
adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid menimba
ilmu tambahan dalam bidang matematik untuk lebih bersedia dalam
menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan pada masa akan datang.

3.0 MATLAMAT

Matlamat bagi pelaksanaan program ini ialah bagi memenuhi


kehendak sukatan kursus Persatuan Matematik dalam usaha untuk
melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran
tinggi.

4.0 OBJEKTIF

Objektif pertandingan ini dijalankan adalah untuk:

4.1 Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid-murid SK Polis


Kem.

4.2 Memberi peluang kepada murid-murid mendapat pengalaman


dan ilmu yang berkait rapat dengan matematik secara menarik.

4.3 Memperluas peluang penglibatan murid-murid dalam aktiviti


perancangan dan pengurusan persatuan.

4.4 Mengasah dan menguji kemahiran berfikir murid-murid dalam


ilmu pengetahuan matematik.

4.5 Mempertingkatkan minat murid-murid SK Polis Kem terhadap


Matematik.

5.0 TARIKH DAN MASA YANG DICADANGKAN

5.1 Tarikh : 15 November 2016


5.2 Hari : Selasa
5.3 Masa : 8.30 pagi 11.30pagi
5.4 Tempat : Dewan Terbuka, Dataran Kejat,
Perpustakaan, Makmal Komputer,
Dewan Tertutup

6.0 PENYERTAAN

Setiap kelab dan persatuan wajib untuk menghantar sekurang-


kurangnya satu pasukan untuk menyertai pertandingan yang dijalankan.
Satu pasukan terdiri daripada 10 orang ahli pasukan.. Antara kelab dan
persatuan yang terlibat adalah :

1. Persatuan Bahasa Melayu (A)


2. Persatuan Bahasa Melayu (B)
3. Persatuan Bahasa Inggeris
4. Persatuan Matematik (A)
5. Persatuan Matematik (B)
6. Persatuan Sains
7. Persatuan Pendidikan Islam (A)
8. Persatuan Pendidikan Islam (B)
9. Persatuan Seni Visual
10. Kelab Kitar Semula
11. Kelab Rukun Negara
12. Kelab Komputer (A)
13. Kelab Komputer (B)
14. Kelab Kebudayaan
15. Kelab Pencegahan Jenayah (A)
16. Kelab Pencegahan Jenayah (B)
17. Kelab Kaunseling
18. Kelab Kompang

7.0 CARA PERLAKSANAAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dilaksanakan dalam bentuk permainan berstesen di mana


pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan perlu menyelesaikan masalah-
masalah yang dihadapi dalam kelima-lima stesen yang disediakan. Antara
stesen-stesen yang disediakan adalah:
1) 1-50 Teng Teng
2) Water Mathematics
3) Balancing
4) Paper To Circle
5) Rope Play
Peserta perlu berjaya menjawab soalan dalam bentuk kuiz atau puzzle
setelah selesaikan masalah yang dikemukan oleh setiap stesen untuk teruskan
ke stesen yang seterusnya . Pasukan yang dapat menyelesaikan kesemua
masalah dalam kelima-lima stesen dalam masa yang tersingkat akan digelar
sebagai pemenang. Cara permainan bagi setiap stesen adalah seperti berikut:

1) 1-50 Teng Teng


Tempat: Dewan Terbuka

Peserta diminta untuk mencari apa yang dikehendaki dalam lingkungan


nombor 1-50 dalam petak seperti di bawah.
- Pendaraban x4
- Nombor perdana
- Angka dua dalam nombor. Contohnya, 12,32

1 2 36 16 15 13 24 40 23 30

35 3 4 20 21 31 47 49 22 41

43 34 5 19 14 42 25 48 12 11

18 44 33 6 37 7 27 39 29 28

17 46 32 50 45 38 26 8 9 10

1. Peserta akan menggunakan anggota badan (tangan dan kaki) untuk


menekan jawapan yang betul.
2. Peserta hanya diberi masa 4 minit untuk setiap soalan.
3. Peserta perlu menjawab sekurang-kurangnya dua soalan dengan betul.

2) Water Mathematics
Tempat: Dataran Kejat

1. Permainan ini dijalankan antara dua kumpulan secara cara pertandingan.


2. Aktiviti ini dijalankan sepanjang 5 minit.
3. Pihak penganjur akan menyediakan dua baldi air kepada setiap
kumpulan.
4. Selepas itu, pihak penganjur akan memberikan soalan matematik seperti
13+7, 5x9 dan lain-lain kepada kedua-dua kumpulan.
5. Kumpulan yang dapat menjawab soalan ini dengan tepat akan menyimba
air yang disediakan ke kumpulan lain.
6. Kalau kumpulan yang salah jawab soalan, kumpulan ini akan disimba air
oleh kumpulan lain.
7. Kumpulan yang jawab soalan yang paling banyak akan dikira menang dan
mendapat tips yang jelas bagi stesyen yang seterusnya.

3) Paper to Circle:
Tempat: Dewan Tertutup (Berlawan antara dua kumpulan)
1. Setiap kumpulan dibekalkan sehelai surat khabar dan sepasang gunting.
2. Mereka dikehendaki menggunting surat khabar tersebut sehingga menjadi
gelung besar yang dapat memuatkan semua ahli kumpulan.
4. Kumpulan yang menggunakan masa yang paling singkat untuk
menyelesaikan masalah ini akan menang.

4) Rope Play
Tempat: Makmal Komputer

1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan tali yang berlainan panjang seperti


0.1m, 0.7m, 0.8m, 1m dan lain-lain.
2. Mereka diminta untuk menyusun tali-tali ini untuk
mendapatkan ukuran 2.5m tanpa diberitahu panjang setiap tali yang
diberi. ( Lebih ataupun kurang daripada 2.5m tidak diterima)

5) Crazy Cut (Extra)

Tempat: Perpustakaan

1. Setiap kumpulan dibekalkan pelbagai bentuk, sebatang pensel dan


sepasang gunting.
2. Mereka dikehendaki untuk membahagikan bentuk-bentuk tersebut kepada
dua bahagian yang sama.

8.0 JAWATANKUASA INDUK PERSATUAN MATEMATIK

Penaung : En Mohidi Bin Sibli


Penasihat 1 : En Azhar Bin Mohamed
Penasihat 2 : Pn Zaliah Binti Marjuki
Penasihat 3 : En Azlan Shah Bin Abdul Aziz
Pengerusi : Pn Siti Suhaliza Binti Kamaron
Naib pengerusi : Cik Wan Norazilah Binti Wan Mahmud
Setiausaha : Puan Raimy Syarafina Binti Rohim
Penolong Setiausaha : En Suhairi Bin Sulaiman
Bendahari : En Hairul Anuar Bin Mohd Idris
Ahli Jawatankuasa Kecil : En Khairul Nizat Bin Om
Pn Siti Hajar Binti Othman

9.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN PERTANDINGAN


TREASURE HUNT
Jawatankuasa Pertandingan :

1. Pengerusi Pengelola : Pn Siti Suhaliza Binti Kamaron


2. Naib Pengerusi : Cik Wan Norazilah Binti Wan
Mahmud
3. Setiausaha Pertandingan : Puan Raimy Syarafina Binti Rohim
4. Penolong Setiausaha : En Suhairi Bin Sulaiman
5. Bendahari : En Hairul Anuar Bin Mohd Idris
6. AJK Urusetia : En Hilmizam Bin Suhaili
7. AJK Publisiti : En Mohd Muzammil Bin Ahmad
8. AJK Tempat dan Keceriaan : Pn Zatul Iffah Binti Sahu
9. AJK Dokumentasi : En Zulhilmi Bin Marzuki
10. AJK Aktiviti : En Nik Musfarizan Bin Mustapha
En Nazaruddin Bin Arzemi
En Borhan Mauzun Bin Ahmad
Pn Siti Hajar Binti Othman

9.0 KEWANGAN
Anggaran Perbelanjaan

PERKARA KUANTITI JUMLAH


Hadiah pemenang pertandingan RM 70(Hamper) - Tempat Hadiah
Pertama sumbangan
RM 50(Hamper) - Tempat koperasi SK
kedua Polis Kem
RM 30(Hamper) Tempat
ketiga
RM20(Hamper)- saguhati
lapan terbaik
Makan dan Minum Peserta
RM 8 x 10 orang peserta x 18 RM1440.00
kelab dan persatuan

JUMLAH RM 1440.00

10.0 PENUTUP
Semoga apa yang dirancangkan akan dapat direalisasikan dengan
menepati segala objektif yang digariskan dan seterusnya dapat
memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid SK Polis
Kem tentang ilmu Matematik serta peranan Matematik itu sendiri di dalam
kehidupan seharian. Diharapkan agar segala aktiviti yang telah dirancang
dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.
Semoga pertandingan ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman
kepada murid-murid tentang kepentingan matematik dalam melahirkan
generasi yang berilmu pengetahuan luas.

Disediakan oleh,

____________________
(Puan Raimy Syarafina Binti Rohim )
Setiausaha Pertandingan Treasure Hunt,
Persatuan Matematik,
SK Polis Kem

Disemak oleh,

______________________
( En Mohd Shukri Bin Rosli )
Setiausaha Kokurikulum,
SK Polis Kem

Disahkan oleh,

________________________
( En Azhar Bin Mohamed )
Guru Pen. Kanan Kokurikulum,
SK Polis Kem

Diluluskan Oleh,

________________________
(En Mohidi Bin Sibli
Guru Besar,
SK Polis Kem

Anda mungkin juga menyukai