Anda di halaman 1dari 4

Antara cara-cara kerja sepasukan yang dapat meningkatkan kecemerlangan organisasi

Kerja sepasukan dapat meningkatkan kecemerlangan bidang pengurusan dan kepimpinan di


sekolah. Antara cara-caranya ialah:
1. Berkongsi ilmu dan kemahiran.
Semua ahli dalam kerja sepasukan dapat berkongsi ilmu dan kemahiran untuk membangunkan
organisasi secara bersama. Contohnya Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) tentang
penggunaan FROG VLE dalam PdPc untuk semua guru yang dilaksanakan di sekolah. Apabila
guru-guru dikumpulkan dalam aktiviti LADAP, sudah tentu kemahiran dan kebolehan mereka
dapat digabungkan dengan lebih mudah. Kemahiran ICT ini dapat meningkatkan kompetensi
guru dalam dalam mewujudkan PdPc yang berkesan dan menarik. PdPc yang berkualiti dapat
meningkatkan potensi dan minat murid-murid dalam pembelajaran. Prestasi murid meningkat,
maka prestasi sekolah juga turut meningkat.
2. Menetapkan Hala tuju atau matlamat yang sama.
Matlamat adalah sasaran utama yang perlu dicapai dalam kerja Sepasukan. Setiap ahli adalah
saling bergantung di antara satu sama lain untuk mencapai objektif yang sama. Contohnya,
pihak sekolah menetapkan matlamat untuk meningkatkan prestasi murid Tahun 6 dalam 5
subjek utama UPSR. Setiap panita berperanan untuk menyediakan Modul Soalan UPSR untuk
tujuan latih-tubi oleh murid. Setiap ahli panitia berfungsi untuk membina soalan-soalan
berdasarkan JSU yang telah ditetapkan. Pihak pentadbiran dan ketua panitia pula berfungsi
untuk menilai Modul Soalan UPSR yang telah dibina. Oleh itu, kerjasama yang baik di dalam
organisasi dapat menghasilkan output yang banyak berbanding dengan jika kerja itu dilakukan
secara sendirian disamping menambah nilai terhadap pengetahuan dan kepakaran ahli dalam
panitia. Penyertaan ramai individu dalam sesuatu tugas atau projek akan meningkatkan lagi
"nilai" atau "harga" tugas tersebut. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan lagi komitmen
individu, terutamanya apabila tugas tersebut mempunyai kaitan rapat dengan matlamat. Maka
jelaslah bahawa kerja sepasukan melalui kerjasama semua ahli dapat merealisasikan matlamat
sekolah.
Ini adalah kerana
Kearney dan Bandley (1990) menjelaskan beberapa tujuan kumpulan perlu diwujudkan dalam
setiap organisasi iaitu: (1) Komunikasi.
(2) Produktiviti. Penyertaan ramai individu dalam sesuatu tugas atau projek akan meningkatkan
lagi "nilai" atau "harga" tugas tersebut. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan lagi
komitmen individu, terutamanya apabila tugas tersebut mempunyai kaitan rapat dengan
matlamat.
(3) Matlamat. Apabila setiap orang dilibatkan dalam sesuatu tugas secara kolektif, biasanya
mereka akan lebih mudah untuk menerima matlamat yang ditetapkan oleh kumpulan.
Persamaan dalam tanggapan terhadap matlamat yang dituju adalah penting untuk menjayakan
sesuatu tugas.
(4) Kemahiran. Apabila individu-individu dikumpulkan dalam sebuah pasukan, sudah tentu
kemahiran dan kebolehan mereka dapat digabungkan dengan lebih mudah. Kumpulan dapat
memanfaatkan kepelbagaian yang ada pada setiap individu di 6a\amnya secara optimum.
(5) Perubahan. Perubahan akan lebih mudah dan cepat dilaksanakan jika ianya deterima oleh
sebahagian besar daripada individu-individu dalam sesebuah organisasi. Perubahan akan lebih
licin jika setiap orang merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada pasukan yang
merancang dan menentukan hala perubahan tersebut.
Antara cara-cara kerja sepasukan yang meningkatkan
kecemerlangan organisasi
by ABU BAKAR BIN MOHD NOOR NPQEL17A2 SRBE1 - Friday, 6 October 2017, 11:27 PM

Kerja sepasukan dapat meningkatkan kecemerlangan bidang pengurusan dan kepimpinan di


sekolah. Antara cara-caranya ialah:
1. Berkongsi ilmu dan kemahiran.
Semua ahli dalam kerja sepasukan dapat berkongsi ilmu dan kemahiran untuk membangunkan
organisasi secara bersama. Contohnya Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) tentang penggunaan
FROG VLE dalam PdPc untuk semua guru yang dilaksanakan di sekolah. Apabila guru-guru
dikumpulkan dalam aktiviti LADAP, sudah tentu kemahiran dan kebolehan mereka dapat
digabungkan dengan lebih mudah. Kemahiran ICT ini dapat meningkatkan kompetensi guru dalam
dalam mewujudkan PdPc yang berkesan dan menarik. PdPc yang berkualiti dapat meningkatkan
potensi dan minat murid-murid dalam pembelajaran. Prestasi murid meningkat, maka prestasi
sekolah juga turut meningkat.
2. Menetapkan Hala tuju atau matlamat yang sama.
Matlamat adalah sasaran utama yang perlu dicapai dalam kerja Sepasukan. Setiap ahli adalah
saling bergantung di antara satu sama lain untuk mencapai objektif yang sama. Contohnya, pihak
sekolah menetapkan matlamat untuk meningkatkan prestasi murid Tahun 6 dalam 5 subjek utama
UPSR. Setiap panita berperanan untuk menyediakan Modul Soalan UPSR untuk tujuan latih-tubi
oleh murid. Setiap ahli panitia berfungsi untuk membina soalan-soalan berdasarkan JSU yang telah
ditetapkan. Pihak pentadbiran dan ketua panitia pula berfungsi untuk menilai Modul Soalan UPSR
yang telah dibina. Oleh itu, kerjasama yang baik di dalam organisasi dapat menghasilkan output
yang banyak berbanding dengan jika kerja itu dilakukan secara sendirian disamping menambah nilai
terhadap pengetahuan dan kepakaran ahli dalam panitia. Penyertaan ramai individu dalam sesuatu
tugas atau projek akan meningkatkan lagi "nilai" atau "harga" tugas tersebut. Secara tidak langsung
ini akan meningkatkan lagi komitmen individu, terutamanya apabila tugas tersebut mempunyai
kaitan rapat dengan matlamat. Maka jelaslah bahawa kerja sepasukan melalui kerjasama semua
ahli dapat merealisasikan matlamat sekolah.
Re: Manfaat kerja sepasukan
by ABU BAKAR BIN MOHD NOOR NPQEL17A2 SRBE1 - Friday, 6 October 2017, 11:33 PM

Saya setuju dengan pendapat saudari kerana hal-hal tersebut adalah sesuai dengan matlamat kerja
sepasukan iaitu:
(1) Komunikasi.
(2) Produktiviti. Penyertaan ramai individu dalam sesuatu tugas atau projek akan meningkatkan lagi
"nilai" atau "harga" tugas tersebut.
(3) Matlamat. Apabila setiap orang dilibatkan dalam sesuatu tugas secara kolektif, biasanya mereka
akan lebih mudah untuk menerima matlamat yang ditetapkan oleh kumpulan.
(4) Kemahiran. Apabila individu-individu dikumpulkan dalam sebuah pasukan, sudah tentu
kemahiran dan kebolehan mereka dapat digabungkan dengan lebih mudah.
(5) Perubahan. Perubahan akan lebih mudah dan cepat dilaksanakan jika ianya diterima oleh
sebahagian besar daripada individu-individu dalam sesebuah organisasi. Perubahan akan lebih licin
jika setiap orang merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada pasukan yang
merancang dan menentukan hala perubahan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai