Anda di halaman 1dari 1

Buku sejarah Islam STPM

Ilmu-ilmu dalam tamadun islam secara umumnya terbahagi kepada dua cabang yang jelas, iaitu ilmu naqli(revealed sciences)
yang juga disebut sebagai ilmu wahyu dan ilmu aqli (rational sciences). Namun, ilmu naqli merupakan kumpulan ilmu
tertinggi kerana ilmu ini datang daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai dan sentiasa benar. Ilmu naqli
merupakan ilmu yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang kemudiannya diperturunkan kepada para
sahabatnya. Ilmu ini lebih dikenali sebagai ilmusyariyyah yang mana meliputi tafsir al-Quran, ilmu hadis, ilmu usuluddin,
ilmu fiqah, ilmu tasawwuf, ilmu bahasa Arab dan ilmu sirah.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ilmu naqli seperti ilmu tafsir al-Quran hanya layak di jelaskan oleh baginda sahaja. Tidak
ada orang yang berani dan boleh mentafsir al-Quran semasa Nabi Muhammad masih hidup. Namun selepas kewafatan
baginda, tugas mentafsir al-Quran telah disandang oleh sahabat baginda yang alim dan dipercayai seperti Ibnu
Abbas. Selepas zaman sahabat nabi, tugas tersebut telah di ambil alih oleh golongan tabiin dan seterusnya para ulama.
Ilmu naqli pada zaman kerajaan abbasiyah berkembang pada abad ke- 11 hingga abad ke-13 masihi.
Isi-isi Penting:

1. Pada zaman kerajaaan bani abbasiyah, para ulama merupakan nadi perkembangan ilmu naqli pada masa itu. Golongan
pemerintah pada masa itu jarang sekali membantu para ulama dalam usaha untuk membangunkan ilmu ini kerana
mereka lebih memberi perhatian kepada pembangunan ilmu aqli.
2. Zaman kerajaan Saljuk, seoarang wazir kepada pemerintahan Abbasiyah zaman Saljuk bernama Nizam al-muluk yang
sangat berminat dalam bidang ilmu. Beliau sangat berjasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Beliau telah
mendirikan Madrasah Nizamiyah di Baghdad pada tahun 1067 m. Madrasah ini merupakan institusi pengajian tinggi
yang pertama.
3. Antara guru yang mengajar di sini ialah Imam al-Ghazali dan Abu Ishaq al-Syirazi. Kedua-dua tokoh ini merupakan
guru kepada Nizam al-Muluk.
4. Muncul Ibn Maskawaih (936-1030 M.) yang terkenal sebagai ahli falsafah akhlak. Terutamanya melalui
karyanya Tahzibul-Akhlak.
5. Kemunculan al-Ghazali (1058-1111 M.) dalam suasana ketika pemujaan terhadap falsafah Yunani telah mencapai
kemuncaknya, hingga menggoncang akidah masyarakat islam. Di peringkat awal, al-Ghazali turut berkecimpung dengan
falsafah Yunani, tetapi akhirnya beliau menyerang ilmu falsafah dan ahli-ahli falsafah.
6. Pada zaman ini juga, muncul seorang tokoh matematik iaitu Umar Khayyam. Beliau merupakan ahli dalam bidang
algebra. Beliau Berjaya menyelesaikan masalah cubic equation (persamaan isi padu) dan mengenal pasti sebanyak 13
jenis. Beliau juga terkenal dalam bidang geometri. Beliau telah diperintahkan oleh pemerintah Saljuk memperbaiki sistem
takwim.
Penutup

Kesimpulannya, ilmu naqli telah berkembang pada zaman abbasiyah pada abad ke-11 hingga abad ke-13 lagi.

Anda mungkin juga menyukai