Anda di halaman 1dari 2

KEMUNING HITAM

Air rendamannya penawar racun dalam tubuh.


Air rendamannya mengubati luka-luka dalaman tubuh.
Awek muda (bagi sesiapa yang sentiasa meminumnya sebagai amalan harian), ada contoh
di Terengganu. [Tambahan: Ada kes, orang yang mengamalkan meminum air rendaman
zamrud menjadi awek mudaiaitu wajah dan fizikalnya nampak lebih muda dari umur
yang sepatutnya]
Mengubati penyakit yang sekira-kiranya pihak hospital tidak mahu/dapat mengubatinya,
maka boleh di ikhtiar dengan meminum air rendaman Teras Kemuning Hitam. Pernah
dicuba mengubati H1N1 dan sembuh dengan izin Allah, kes di Terengganu.
Penawar demam panas. Jika berlaku ditengah-tengah malam bagi kanak-kanak airnya
disapu pada tubuh (diulangi beberapa kali khususnya bawah ketiak atau leher), terlebih
elok diberi minum sedikit, terdapat banyak kes yang suhu badan bayi/kanak-kanak
menurun/sembuh (dengan izin Allah) menggunakan air rendaman kemuning hitam. Jika
masih berlarutan dapatkan rawatan segera di klinik/hospital keesokkan harinya. Sebagai
info, khususnya bayi 0-2 tahun sangat perlu dijaga atau diberi perhatian berkaitan demam
panas. [Tambahan: Teras Celagi juga boleh digunakan untuk tujuan ini, dan untuk tujuan
mengubati hal berkaitan racun/keracunan]
Mengubati kayap, dengan menyapu air rendamannya pada bahagian yang terlibat,
terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Jika
kayap tersebut telah merebak kedalam mata, titiskan air kemuning hitam secara berkala
(3-4x sehari semalam) dalam mata yang terlibat. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan
izin Allah. [Tambahan: Untuk kayap yang bukan dalam mata, getah keladi birah dan air
pokok lekir boleh digunakan dengan cara menyapu pada bahagian yang terlibat]
Mengubati penyakit badam, dengan menyapu air kemuning hitam pada bahagian terlibat,
terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Ianya
telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah.
Ubat sakit perut (cirit-birit) yang mustajab, ada banyak kes sembuh dengan izin Allah.
Air rendamannya diminum beberapa kali dalam sehari atau dalam beberapa hari,
insyaAllah lega. Jika dalam perjalanan jauh seperti menaiki bas ekspress atau keretapi,
dan dikhuatiri cerah perut ditengah jalan seeeloknya sediakan sebotol air kemuning yang
agak pekat/tua, insyaAllah dapat membantu menahan cerah perut dalam beberapa jam.
Menyediakan air kemuning hitam dalam botol/bekas dirumah atau dimana-mana, amat
elok untuk persedian jika berlaku apa-apa.
Penawar bisa binatang. Terdapat kes seseorang yang disengat labah-labah yang sebelum
pengsan dia teringat dalam poket seluarnya terdapat sepotong kemuning hitam lalu
sempat memasukkan dalam mulutnya, kemudian dia tersedar dari pengsan dan selamat
(air larutan kemuning hitam bercampur air liur menawarkan bias sengatan labah-labah
semasa pengsannya). Kes lain, seseorang yang menebas membersih kebunnya terkena
sarang tebuan, lalu dia disengat oleh puluhan tebuan, dia melarikan diri, kemudian beliau
ikhtiar menyapu pada tempat gigitan dengan kemuning yang dibasahkan dengan air
liurnya, kesannya dia tidak berasa sakit walaupun bengkak/kemerahan, kemudian beliau
mendapat rawatan lanjut di hospital, kes berlaku di Tanah Merah (lebih kurang seminggu
sebelumnya terdapat kes seseorang meninggal dunia akibat disengat tebuan dalam
daerah yang sama).
Berkata mereka yang ahli (iaitu mereka yang lama terlibat sebagai pencari, pengguna
serta berpegetahuan mendalam) tentang Teras Kemuning Hitam, Ia mempunyai aura
pengubatan dan penyembuhan yang tinggi walaupun diguna dalam bentuk tasbih, ia
mengalir kepada pengguna tasbih tersebut.
Menghalang binatang berbisa jenis terbang seperti peringat dan tebuan dari menyengat
pemakainya. Terdapat kes pemanjat pokok buah (memakai kemuning hitam sebagai
permata cincin) yang melanggar sarang peringat, peringat hanya menghurungi tetapi
tidak menyengatnya. Kes lain, tebuan tidak menyengat pemakai gelang kemuning
walaupun sarangya rosak terkena mata mesin rumput, hanya menghurungi.
Penguat semangat dan menjadi pendinding dengan izin Allah.
Minyak pati kemuning hitam amat mustajab menutup luka. Jika luka panjang 1inci,
diletakkan kapas yang dibasahi minyak pati kemuning hitam semalaman, insyaAllah
bertangkup dan cepat penyembuhannya.
Minyak pati kemuning hitam juga amat sesuai digunakan sebagai minyat urut, herbanya
akan turut meresap kedalam badan pesakit.

Tambahan 1:

Terdapat kes, deretan rumah pondok rentung terbakar dijilat api, tetapi sejadah dan tasbih
kemuning hitam yang diletakan diatasnya tidak terbakar.

Tambahan 2:

Bagi kepercayaan masyarakat Siam/Sami Siam, Teras Kemuning Hitam diletak dalam
hirarki yang tinggi dalam jenis-jenis kayu. Terdapat kes, Sami Siam akan sembah terlebih
dahulu kayu kemuning hitam ini sebelum mengambil atau menyentuhnya. Ia salah satu
kayu pilihan untuk dibuat tangkal dalam kepercayaan mereka seperti tangkal berbentuk
senjata sulit lelaki.

Semua khasiat berlaku dengan izin Allah. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Allahu alam.

Anda mungkin juga menyukai