Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Latihan Kebakaran

Tarikh : 6 Julai 2017

Masa : 9.20 pagi

Tempat : SK Permas Jaya 4

Unit HEM SK Permas Jaya 4, dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa


Keselamatan telah mengadakan satu Program Sekolah Selamat seperti
ketetapan di atas. Latihan kebakaran seperti ini diadakan setiap tahun bagi
memastikan SOP kecemasan dan kebakaran dapat dilaksanakan dengan
sempurna bagi mengelak sebarang kemalangan yang tidak diingini jika
perkara sebenar berlaku. Latihan ini juga diadakan bertujuan melatih murid-
murid dan warga sekolah bersedia semasa berlaku kecemasan atau
kebakaran di sekolah. Latihan dimulakan pada pukul 9.20 pagi dan tamat
pada 9.50 pagi.

Pada waktu perhimpunan pagi, taklimat ringkas telah diadakan bagi


mengikatkan murid-murid dan warga sekolah tentang senario yang mungkin
berlaku semasa kejadian kecemasan atau kebakaran. Tepat jam 9.20, wisel
ditiup dengan panjang dan tanpa henti. Menyedari akan hal ini, semua warga
sekolah telah bergerak ke padang sekolah melalui laluan kecemasan
mengikut plan kebakaran yang telah diletakkan di kelas masing-masing.

Ahli Jawatankuasa Disiplin sekolah pula memastikan semua murid


berkumpul di kawasan padang mengikut kelas masing-masing. Guru-guru
kelas pula memeriksa kehadiran murid bersama dengan rekod kehadiran
murid dan memastikan semua ahli dalam kelas mereka tiba dengan selamat
di kawasan berkumpul. Ini juga adalah untuk memastikan tiada murid yang
tercicir di tandas sekolah atau di bilik-bilik khas yang lain. Masa bagi proses
latihan kebakaran ini adalah selama 6 minit yang mana masih belum
memenuhi tahap yang diinginkan kerana masa yang sepatutnya ialah 5 minit
atau kurang dari masa tersebut. Kemudian, taklimat ringkas bagi
mengingatkan semula murid tentang prosedur dan laluan yang sepatutnya
dilalui semasa menyelamatkan diri.

Beberapa perkara telah dapat dikesan boleh diperbaiki untuk sesi


latihan kebakaran kali kedua. Antaranya ialah masa reaksi, dari masa wisel
ditiup sehingga tiba di padang, perlu diperbaiki untuk menyamai 5 minit atau
kurang. Keadaan murid semasa berkumpul juga perlu dikawal supaya
keadaan bising dan panik tidak berlaku jika berada dalam situasi sebenar.
Segala perkara akan diperbaiki untuk sesi latihan kebakaran kali kedua.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________ ________________
(Mohamad Amirul Asyraf) ( Sanat Bin Omar )
AJK Keselamatan dan Kebakaran Guru Penolong Kanan HEM
SK Permas Jaya 4 SK Permas Jaya 4

Anda mungkin juga menyukai