Anda di halaman 1dari 2

Tangungjawab Murid Terhadap Sekolah

Salam mesra pembuka kata,


Bagi memulakan pidato saya,
Salam sejahtera madah bermula,
Kepada hadirin pendengar bicara.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang tetap berdiri di atas
neraca keadilan, guru-guru, rakan-rakan seperjuangan dan para hadirin yang
dihormati sekalian. Selamat petang dan salam sejahtera kepada semua. Berdirinya
saya di pentas yang serba indah ini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato
yang bertajuk Tangungjawab Murid Terhadap Sekolah

Para para pendengar yang budiman,


Seorang murid yang bertanggungjawab seharusnya memberi perhatian penuh semasa guru
mengajar di dalam kelas.Segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru harus disiapkan
menepati masa.Bukan itu sahaja,malah seorang murid harus belajar dengan bersungguh-sungguh
untuk mencapai kecemerlangan
akedemik.Kata orang,kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.Apabila murid-
murid cemerlang dalam akedemik,sesebuah sekolah pasti akan mendapat nama baik.

Sidang hadirin yang dimuliakan,


Selain menunjukkan kecemerlangan akademik,seseorang murid juga hedaklah menunjukkan
disiplin dan sikap berhemah tinggi pada setiap masa.Dengan itu,murid itu akan dihormati dan
dipandang tinggi oleh guru-guru dan rakan-rakannya.Nama sekolah akan turut harum sekiranya
murid-murid mengamalkan sikap terpuji baik di sekolah mahupun di luar sekolah

Malah juga, murid mestilah mempunyai sikap sedia membantu guru-guru dalam
menjalankan tugas-tugas yang berhubung dengan akiviti-aktiviti sekolah. Bantuan
yang diberikan hendaklah ihklas dan tidak inginkan ganjaran. Apakah salah sekiranya
sekiranya seseorang murid membantu guru membawa buku latihan, menyiapkan
dewan peperiksaan, dan seumpamanya. Sekurangnya-kurangnya bantuan yang
diberikan ini dapat mengurangkan beban kerja guru dan kita memperolehi pahala.

.Para hadirin yang dihormati,


Akhir sekali,murid juga mempunyai tanggungjawab dalam menjaga kebersihan sekolah dan
harta benda sekolah.Hal ini demikian kerana menjaga kebersihan adalah tanggungjawab
bersama.Seseorang murid hendaklah menghargai segala kemudahan yang disediakan oleh pihak
sekolah.

Sebelum mengundur diri, saya ingin menyampaikan serangkap pantun.

Orang gagah pergi berperang,


Terlalu berani lagi perkasa,
Gajah mati meninggalkan tulang,
Murid bertangungjawab sekolah ceria
.

Anda mungkin juga menyukai