Anda di halaman 1dari 14

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ULU KINTA

IPOH PERAK

TAHUN 3 SEMESTER 1

TUGASAN INDIVIDU

CASE STUDY
TAJUK :
ASMA

PENEMPATAN KLINIKAL:
KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL SUNGAI SIPUT (U)

NAMA : NOOR KHAFIDAH BINTI AHMADI


NO. K/P : 891010-01-6084
NO. MATRIKS : BPP 2008-6055
Pengenalan

Terdapat 10 definisi asma yang berubah dari 1959 sehinggalah 1995. Definisi asma
yang pertama dihasilkan di Simposium Ciba pada tahun 1958, iaitu keadaan pesakit yang
mengalami penyempitan saluran pernafasan yang berubah keparahannya secara spontan atau
setelah diberi rawatan pada sela masa yang singkat dan ia bukanlah disebabkan oleh penyakit
kardiovaskular (Woolcook 1997). Definisi yang sentiasa berubah ini menggambarkan
kesukaran yang dihadapi oleh pakar respiratori di dalam mencari difinisi asma yang sebenarnya
universal. Ini disebabkan oleh pemahaman yang cetek berkenaan penyebab, sejarah
semulajadi dan patogenesis penyakit asma (Kelly et al. 1996, Woolcook 1997).

Definisi asma terkini yang diterima pakai umum dihasilkan pada tahun 1995. Ia
menyatakan bahawa asma merupakan penyakit inflamasi kronik saluran udara di mana sel
mast, eosinofil dan sel T memainkan peranan yang penting. Pada individu yang rentan,
inflamasi tersebut menyebabkan episod bunyi bernafas seperti gesekan biola (wheezing).
Simptom ini biasanya dikaitkan dengan perubahan kadar pengaliran udara melalui salur
pernafasan yang berbalik secara spontan atau setelah diberi rawatan. Inflamasi tersebut
juga mengakibatkan salur pernafasan lebih reaktif terhadap pelbagai jenis rangsangan (Global
Iniative for Asthma,1995).
Pernyataan masalah

1. Mengetahui definisi asma

2. Mengenal pasti manifestasi klinikal yang dialami oleh pesakit

3. Mengetahui prosedur atau penyiasatan makmal yang diperlukan


Pencarian literature

Definisi

- Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan


kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan
spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-
paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing),
sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil
dan menghalang pernafasan.

Pengkelasan Asma Berdasar Simptom

Salah satu pengkelasan yang lazim digunakan membahagikan asma kepada dua jenis,
iaitu asma ekstrinsik dan asma intrinsik

Asma ekstrinsik juga dikenali

- asma alergi, atopi atau imunologi. Pesakit mendapat asma di zaman kanak-
kanak atau zaman remaja dan didapati keluarga mereka turut mempunyai
latar belakang atopi. Asma jenis ini dikaitkan dengan akibat pemekaan
(sensitization) lapisan mukosa bronkus oleh antibodi tisu spesifik, iaitu
daripada jenis IgE. Pendedahan kepada bahan alergik melalui pernafasan
akan menyebabkan mediatur kimia yang bersifat vasoaktif (melebarkan
pembuluh darah melalui keradangan) dan bronkokonstritif (kekejangan otot-
otot polos bronkus). Pesakit memberikan reaksi positif apabila menjalani ujian
kutit.
Asma intrinsik

- asma non alergik atau idiopatik. Ia juga dikenali sebagai asma cetusan
dewasa kerana biasanya muncul selepas infeksi respiratori semasa dewasa.
Asma jenis ini bukan disebabkan oleh kepekaan sistem kekebalan tubuh,
tetapi berpunca dari rangsangan lansung akibat infeksi. Terdapat juga
sesetengah individu yang telah pun mempunyai reaksi alergik terhadap
sesuatu antigen semasa kecil tetapi hanya mempamerkan simptom asma
setelah dewasa. Serangan asma tidak berkait langsung dengan musim
debunga dan seringkali ujian kulit bagi alergin atopi adalah negatif.

Salah satu daripada pengkelasan yang dicadangkan oleh Woolcook pada tahun 1997
berdasarkan simptom yang dialami, penggunaan bronkhodilator, fungsi paru paru asas
dan hiperreaktif saluran udara (airway hyperresponsiveness) atau pengukuran kadar
aliran ekspiratori puncak (PEFR) selepas bangun daripada tidur selama semiggu.
Status Asmatik

Status asmatik ialah suatu keadaan serangan asma berat yang berterusan serta
melampaui masa 24 jam setelah diberi rawatan asma yang standard dan mencukupi
serta berterusan. Ini merupakan perubahan metabolik gas-gas darah sehingga
mengakibatkan kegagalan sistem pernafasan pusat yang membawa kepada koma.
Perlu dijelaskan juga, serangan asma berat secara tiba- tiba tanpa memperoleh
rawatan segera juga dapat berakhir dengan kematian. Ventilator atau respirator
bantuan digunakan sekiranya terjadi kegagalan fungsi pernafasan apabila pernafasan
spontan dan teratur tidak dapat dilakukan oleh pesakit.

Serangan Asma

Ada tiga perkara penting yang terjadi semasa serangan asma iaitu keradangan,
penimbunan lendir berkahak dan kekejangan otot-otot bronkus. Kemerahan terjadi di
lapisan dalam saluran pernafasan pada peringkat bronkus. Warna merah itu
disebabkan pembuluh-pembuluh darah melebar dan membawa lebih banyak darah ke
kawasan yang diserang. Tindakan defensif ini adalah daripada sel-sel darah putih
terutama daripada jenis eosinofil. Ini merupakan ciri khas keradangan jenis alergi. Pada
amnya, pengeluaran lendir-lendir dalam keadaan normal membantu proses fisiologi
pernafasan. Namun pada masa serangan asma, timbunan kahak yang banyak
ditambah dengan hasil sisa kematian sel putih menyebabkan lubang saluran menjadi
bertambah sempit. Timbunan kahak yang berkumpul ini, kemudiannya membentuk plug
mukosal. Plug mukosal bersama kekejangan otot polos bronkus bertindak
sebagai injap palsu (pseudovalve). Ini mengakibatkan semasa hembusan udara keluar,
ekspirasi menjadi sukar dan mengeluarkan bunyi bernada tinggi.

Faktor-Faktor Penyebab

1. Faktor keturunan.

Pada asma ekstrinsik, faktor keturunan adalah cukup ketara. Biasanya salah seorang
ataupun, kedua-dua ibubapa mempunyai penyakit seperti ekzema, asma dan resdung.

2. Bahan alahan.

Bahan-bahan alahan di dalam rumah atau di tempat kerja, memainkan peranan utama
dalam pencetus asma. Sumber bahan alahan adalah seperti kain bulu, serat kapas,
permaidani, debu, kutu hama, debunga, bulu haiwan dan lain-lain lagi.

3. Serangga rumah.

Serangga rumah yang sering dikaitkan dengan alahan asma ialah lipas. Lipas yang
mati menjadi kering dan kemudian hancur menjadi serbuk yang tersangat ringan untuk
diapungkan oleh udara yang bergerak.

4. Pencemaran udara.
Pencemaran udara daripada asap rokok, asap kenderaan dan asap kilang juga
menjadi faktor penyakit asma.

5. Senaman.

Senaman yang bertenaga seperti lumba lari, bola sepak dan seumpama dengannya
merupakan pencetus penyakit asma.

6. Cuaca.

Udara sejuk dari kawasan pergunungan dan pendingin udara juga merupakan
perangsang pada sesetengah pesakit.

Gejala asma

1. Ketat dada ( perasaan seolah-olah paru-paru ditekan sesuatu ).

2. Sesak nafas ( pernafasan cetek serta sukar untuk bernafas).

3. Batuk berpanjangan di malam hari atau cuaca sejuk.

4. Pernafasan berbunyi apabila menghembus nafas (wheezing).

Serangan asma yang dialami tidak semestinya sama bagi setiap individu. Ada yang
hanya mengalami salah satu daripada gejala tersebut di atas. Manakala ada yang
mengadu kesemuanya. Biasanya gejala-gejala asma menjadi lebih teruk pada waktu
malam. Serangan asma yang teruk boleh menimbulkan keadaan kecemasan dan
mengganggu aktiviti harian.
Prosedur

1. Chest xray

- Untuk mengesan bahagian paru-paru yang terlibat.

2. AFB (Acid Fast Bacilii)

- Untuk mengetahui jenis penyebab.

3. Culture and Sensitivity

- Untuk mengesan jenis penyebab serta menentukan antibiotic yang


spesifik untuk tujuan rawatan.

4. Bronkoskopi

- Untuk melihat serta pengambilan spesimen untuk tujuan makmal bagi


menentukan jenis penyebab.

5. Full blood Count

- Untuk melihat perubahan bilangan pada sel darah putih apabila


berlakunya jangkitan.
6. Full Examination Microscopic Examination

- Untuk mengesan kehadiran jenis penyebab yang menyebabkan asma.

Cadangan

- Dapatkan rehat yang mencukupi bagi mempercepatkan tujuan


penyembuhan.

- Elakkan tempat-tempat yang sesak serta berhabuk untuk mengelakkan


berlakunya infeksi sekunder.

- Pakai mask jika terpaksa berada dalam kawasan yang sesak dan
berhabuk supaya salur pernafasan tidak mengalami iritasi.

- Lakukan latihan pernafasan sendiri bagi memulihkan pernafasan serta


menggalakkan pengaliran oksigen ke seluruh badan.

- Makan makanan yang tinggi dengan vitamin C supaya dapat


meningkatkan imuniti badan.

- Membersihkan kawasan rumah daripada habuk untuk untuk mengelakkan


daripada berlakunya sesak nafas.

- Mengambil ubat mengikut dos dan masa yang ditetapkan oleh doktor.

- Elakkan pengambilan alkohol dan rokok untuk mengelakkan iritasi pada


paru-paru.

- Amalkan gaya hidup sihat dengan diet yang seimbang serta bersenam
untuk meningkatkan imuniti badan.
Rumusan

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi
termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana
penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru Asma terjadi apabila otot
pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang.
Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.Keadaan
menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan
menyebabkan udara susah keluar masuk. Apabila ini terjadi, paru-paru akan
kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan
pernafasan menjadi pendek. Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan
kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok. Terlalu banyak
bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga
jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru. Bagi
mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati
kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.
Lampiran

Perbezaan antara bronkiol pesakit asma dengan bronkiol yang normal


Inflamasi pada bronkiol menyebabkan oksigen yang masuk ke dalam peparu tidak
mencukupi

Bibliografi

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Asthma

2. http://en.wikipedia.org/wiki/Asthma

3. http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/asma_tiada_ubat.htm

4. Huat Soo , Gong Lau , Hong Chew , Sarawak Handbook of Medical Emergencies
Second Edition , 2005 , Kuching.

5. Longmore , Wilkinson , Turmezei , and Kay Cheung , Oxford Handbook of


Clinical Medicine , 2007 , New York