Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN BOLA TAMPAR CAMPURAN

1.0 NAMA KEJOHANAN

1.1 Kejohanan Bola Tampar Campuran KSKPPWPKL 2017

2.0 PENGANJUR

2.1 Kelab Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur

3.0 TARIKH & TEMPAT

3.1 Kejohanan ini akan berlangsung pada 4 November 2017 (Sabtu)


bertempat di Dewan Terbuka Stadium Mini Seri Permaisuri.

4.0 PENYERTAAN

4.1 Kejohanan ini terbuka kepada semua guru-guru, pegawai dan kakitangan
PPW & JPWPKL di Kuala Lumpur.
4.2 Penyertaan dihadkan kepada 24 pasukan campuran.
4.3 Sekiranya penyertaan melebihi had yang ditetapkan, penganjur akan
memilih pasukan yang telah menghantar borang penyertaan beserta
bayaran pendaftaran terlebih dahulu.
4.4 Sekiranya bilangan pasukan yang mendaftar tidak mencukupi selepas
tarikh tutup penyertaan, pihak penganjur berhak menjemput mana-mana
pasukan dari luar untuk menyertai pertandingan ini.

5.0 PENDAFTARAN DAN PERTANYAAN

5.1 Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 24 Oktober 2017.


5.2 Sebarang pertanyaan hubungi kami di:
Pn. Nurulasriah binti Jamhor : 017 6513020
En. Ahmad Syahril bin Ayob : 013 3334942
5.3 Pendaftaran secara atas talian (online) boleh dibuat di:
tinyurl.com/BorangVolleyKSKPPKL17
6.0 YURAN PENDAFTARAN

6.1 RM150.00
6.2 Sila bayar kepada :

Pn. Nurulasriah binti Jamhor


No. Akaun : 164333279639 (Maybank)

6.3 Tarikh tutup pembayaran adalah pada 24 Oktober 2017.


6.4 Bayaran pendaftaran tidak akan dikembalikan.

7.0 MESYUARAT PENGURUS & CABUTAN UNDI

7.1 Mesyuarat pengurus dan cabutan undi akan dijalankan pada 31 Oktober
2017 bertempat di SK Jalan Kuantan 2.

8.0 KEANGGOTAAN PASUKAN

8.1 Setiap pasukan perlu mendaftarkan maksimum; 10 orang pemain,1 orang


Pengurus, 1 orang Jurulatih, dan 1 orang Penolong Jurulatih.
8.2 Pegawai boleh terdiri daripada salah seorang daripada 10 orang pemain.
8.3 Seorang pemain hanya layak bermain untuk satu pasukan sahaja.
Sekiranya ada pemain atau pasukan yang gagal mengikut peraturan,
mereka akan disingkirkan.

9.0 UNDANG-UNDANG RASMI KEJOHANAN

9.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang


berkuat kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh Persekutuan Bola
Tampar Antarabangsa (FIVB) dan telah diterima oleh Persatuan Bola
Tampar Malaysia (MAVA).

10.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

10.1 Setiap pasukan mesti dianggotai oleh sekurang-kurangnya 2 orang


pemain wanita bagi melayakkan pasukan mereka untuk bertanding.
10.2 Setiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang pemain
wanita yang bermain bagi setiap perlawanan.
10.3 Ketinggian jaring ialah 2.40m.
10.4 Pasukan yang gagal mengikut peraturan yang ditetapkan akan
disingkirkan.
11.0 PAKAIAN

11.1 Semua pemain diwajibkan memakai jersi dan seluar yang seragam.
11.2 LIBERO mestilah memakai jersi yang mempunyai warna berlainan dengan
pemain lain.
11.3 Jersi pemain mestilah bernombor.

12.0 SISTEM PERTANDINGAN

12.1 Pada peringkat kumpulan sehingga separuh akhir, pertandingan akan


dijalankan secara volleython iaitu 31 mata tanpa dius sekiranya mata
terikat.
12.2 Untuk peringkat akhir , setiap pasukan yang layak akan bermain secara
best of three iaitu set 1 dan 2 akan dimainkan dengan kiraan mata 25,
dan 15 mata untuk set 3. Sekiranya mata terikat, dius akan dilaksanakan.
12.3 Kiraan mata dan memutuskan keputusan.

12.3.1 Kedudukan Mata


Keputusan Mata
Menang 2
Kalah 1
Pembatalan 0

12.4 Sekiranya keputusan perlawanan dalam kumpulan menyebabkan dua


buah pasukan atau lebih mendapat mata yang sama, maka
kemenangan dan kedudukan akan ditentukan mengikut:

12.4.1 Jika keputusan kiraan mata pasukan-pasukan sama, maka nisbah


set akan diguna pakai dimana pasukan yang mendapat nisbah set
tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Pengiraan nisbah
set adalah seperti berikut:

C (nisbah set) = A/B


A = Jumlah set menang (semua perlawanan)
B = Jumlah set kalah (semua perlawanan)

12.4.2 Jika masih sama, pasukan yang mendapat nisbah mata tertinggi
akan diisytiharkan sebagai pemenang. Pengiraan nisbah mata
adalah seperti berikut:

Z (nisbah mata)= X/Y


X =Jumlah mata menang (semua perlawanan)
Y = Jumlah mata kalah (semua perlawanan)
12.4.3 Jika kaedah nisbah set dan nisbah mata masih sama, maka
pasukan yang telah memenangi perlawanan antara kedua-dua
pasukan terlibat dalam perlawanan yang telah berlangsung akan
dikira sebagai pemenang.

13.0 HADIAH
JOHAN RM400.00
NAIB JOHAN RM300.00
KETIGA RM200.00
KEEMPAT RM100.00

14.0 BANTAHAN

14.1 Sekiranya ingin mengemukakan bantahan setelah perlawanan, pasukan


terbabit mesti mengemukakan bantahan 1 JAM selepas perlawanan
beserta surat bertulis mengenai bantahan dan wang bantahan sebanyak
RM300.00.
14.2 Wang bantahan yang dikemukakan tidak akan dikembalikan semula.
14.3 Keputusan juri adalah MUKTAMAD.

15.0 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

15.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan


peraturan ini akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola
mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-
tiap satu permainan yang sedang berkuat kuasa dan berhak meminda
atau menambah mana-mana yang bersesuaian.

Anda mungkin juga menyukai