Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM MEMBASMI LINUS 2.

0 2017

NUMERASI
SEKOLAH KEBANGSAAN YONG PENG (JBB0048)

1.0 Tajuk Program: Hapus LINUS Numerasi

2.0 Latar Belakang

2.1 Program LINUS 2.0, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah


menyasarkan semua murid Tahun 3 yang tidak mempunyai masalah
dalam pembelajaran kecuali Murid Berkeperluan Khas (MPK)
berkeupayaan menguasai 100% kemahiran asas yang terkandung dalam
12 konstruk Literasi Bahasa Melayu (LBM), Literasi Bahasa Inggeris (LBI)
dan Numerasi (Matematik).

Namun demikian, berdasarkan dapatan analisis data saringan 1, 2017


masih terdapat murid Tahun 3 yang belum menguasai K1-K12 .

3.0 Tarikh dan masa pelaksanaan

3.1 Tempoh pelaksanaan bermula pada 2 Julai 2017 hingga 2 Ogos 2017

3.2 Tempoh pelaksanaan program Hapus LINUS Num adalah pada waktu
matematik. Selain itu guru mata pelajaran akan berkerjasama dengan
ibu bapa murid yang terlibat memantikan latihan yang diberi kepada
murid yang dibuat dan disemak oleh guru dan ibu bapa.

Hari Waktu Matematik


Isnin 10.20 hingga 11.20
Rabu 10.20 hingga 11.20
Khamis 09.00 hingga 10.00

4.0 Tempat

4.1 Program Hapus LINUS Num dijalankan di bilik darjah .

5.0 Objektif

5.1 Membantu murid meningkatkan peratus penguasaan konstruk dalam


Saringan 2 Program LINUS 2.0 Numerasi 2017
5.2 Melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran yang efektif dan
berkesan untuk membantu murid yang belum menguasai konstruk..

6.0 Kumpulan sasaran

6.1 Murid yang tidak menguasai LINUS Numerasi Saringan 1 2017

7.0 Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

7.1 Output: 3 orang murid menguasai konstruk K1-K12 dalam saringan


2, Tahun 3 2017.
7.2 Outcome: Selepas pelasanaan Program Hapus LINUS Num, murid
dapat meningkatkan pencapaian konstruk yang belum dikuasai.

8.0 Implikasi Kewangan

8.1 Anggaran perbelanjaan: Tiada


8.2 Sumber kewangan: Tiada

9.0 Strategi Pelaksanaan

9.1 Strategi pengajaran visual yang melibatkan penggunaan pelbagai


bahan bantu mengajar seperti bahan maujud, gambar, kuiz,
permainan dan sebagainya digunakan mengikut kesesuaian topik
yang ingin disampaikan dan latihan ulangkaji yang berterusan.

9.2 Strategi ini dapat meningkatkan minat dan perasaan ingin tahu murid
selain meningkatkan kefahaman konsep dalam aktiviti pembelajaran.

10.0 Kaedah Pemantauan

10.1 Hasil kerja murid


10.2 Hasil borang pemantauan oleh Guru Besar

11.0 Penutup
11.1 Pihak sekolah berharap Program Hapus LINUS Num dapat
meningkatkan peratus penguasaan dalam Saringan 2 Program
LINUS 2.0 2017 dan semoga semua pihak yang terlibat dapat
bekerjasama untuk menjayakan pelaksanaan program ini.

Disediakan oleh,

_____________________________
(FARHANA BINTI SAID AL JABRIB)
Guru Subjek Matematik Tahun 3

Disemak oleh,

___________________________

( ZAINONI BINTI PANDI)


Penyelaras LINUS

Disahkan oleh,

________________________
(ZAITON BINTI SALLEH)
Guru Besar,
SK Yong Peng