Anda di halaman 1dari 11

CONTOH JAWAPAN SOALAN SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 10

Soalan 1

Huraikan kemasukan imigran atau buruh asing di Tanah Melayu dari awal abad ke-19 hingga awal abad
ke-20 dan implikasinya kepada negara kita.

Soalan Isi dan Huraian Markah


1 Pengenalan
Jelaskan secara ringkas faktor-faktor kedatangan imigran atau buruh asing ke
Tanah Melayu.

1 Kepesatan sektor pertanian komersil


2 Kepesatan sektor perlombongan
3 Keperluan tenaga buruh di Tanah Melayu.
4 Galakan daripada pihak British
5 Buruh India dibawa masuk untuk bekerja di ladang getah
6 Buruh Cina dibawa untuk bekerja di lombong bijih timah 5
7 Faktor-faktor negara asal menjadi pendorong ke Tanah Melayu
8 Kedatangan buruh Cina dan India tidak dihalang oleh orang Melayu
9 Wujudnya hubungan tradisi antara India dan China dengan Tanah
Melayu.
10 Kemakmuran Tanah Melayu
11 Perusahaan getah/bijih timah pesat membangun
12 Peluang pekerjaan yang banyak
13 Kestabilan politik di Tanah Melayu

2 Huraikan cara-cara kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu.

A. Buruh dari Cina (15 M)

A1 Sistem Tiket Kredit


A2 bakal imigran dikumpul oleh Kheh tau (ketua)
A3 Imigran (sinkheh) diawasi oelh nakhoda kapal atau agensi buruh
A4 Agensi buruh telah menerima bayaran daripada bakal majikan
A5 Golongan Sin Kheh membuat perjanjian akan menjelaskan hutang
secara bekerja dengan majikan dalam tempoh tertentu
A6 Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju
A7 Apabila tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh
A8 Pemborong buruh akan mendapatkan majikan untuk imigran.
A9 Sistem Pengambilan kakitangan
A10 Majikan menhantar wakilnya ke China untuk mendapatkan buruh.
A11 Perbelanjaan dan tambang buruh dibiayai oleh majikan
A12 Pegawai yang dihantar mengiringi buruh hingga tempat majikan.
A13 Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
A14 Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di Negara China. 30
A15 Pegawai ini dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
A16 Perbelanjaan dibiayai oleh pegawai sehingga sampai di rumah
kongsi
A17 Buruh akan diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi

B. Buruh dari India (15 M)

B1 Sistem Buruh Bebas


B2 Buruh India datang sendiri dengan biayaan masing-masing
B3 Kedatangan mereka diaturkan oleh orang/kumpulan tertentu
B4 Mereka bebas memilih tempat dan jenis pekerjaan
B5 Sistem Kontrak
B6 Tambang ke Tanah Melayu dibiayai oleh majikan
B7 Buruh bekerja dengan majikan dalam jangka masa tertentu.
B8 Antara 1 hingga 3 tahun
B9 Mereka dibayar dengan bayaran minimum
B10 Antara 4 hingga 13 sen sehari
B11 Sering berlaku pemerasan/penindasan
B12 Disifatkan sebagai satu bentuk perhambaan
B13 Sistem Kangani
B14 Kangani diberi lesen untuk mendapatkan buruh di India
B15 Kangani dihantar pulang ke India untuk mencari buruh
B16 Kangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan
buruh ke Tanah Melayu.
B17 Seseorang kangani dijadikan agensi yang membawa masuk pekerja
asing.

3 Jelaskan kesan kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu.

1 Pembentukan masyarakat pelbagai kaum.


2 Penempatan yang berbeza
3 Orang Melayu tinggal di kampung / di luar Bandar.
4 Orang India di estet / ladang
5 Orang Cina di lombong / bandar
6 Pekerjaan yang berbeza mengikut fungsi ekonomi.
7 Orang melayu bertani / miskin.
8 Orang India menjadi buruh
9 Orang Cina menjadi peniaga / berkeja di lombong.
10 Bahasa pertuturan yang berbeza.
11 Tidak terdapat kesepaduan di kalangan penduduk. 15
12 Interaksi / hubungan social tidak meluas.
13 Menyulitkan proses perpaduan nasional.
14 Sistem pendidikn yang berbeza / sistem vernacular.
15 Meningkatkan / mengembangkan ekonomi.
16 Wujud perbezaan / jurang sosial.
17 Memajukan sektor perladangan / perlombongan.
18 Pertambahan penduduk.
19 Perkahwinan campur.
20 Wujud kepelbagaian kebudayaan

4 Sebagai masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, bagaimanakah anda


berusaha untuk memupuk perpaduan kaum?
15
1 Sukatan pelajaran sekolah yang sama.
2 Penubuhan sekolah wawasan.
3 Sekolah satu aliran / aliran kebangsaan.
4 Pengamalan kebudayaan.
5 Amalan budaya dan agama yang berbeza dihormati
6 Menggalakkan budaya rumah terbuka / perayaan raya bersama.
7 Sukan untuk semua.
8 Program Latihan Khidmat Negara / PLKN.
9 Amalan gotong-royong dan Rukun Tetangga.
10 Melalui subjek Sejarah / Pendidikan Moral / Pendidikan Sivik dan
kewarganegaraan.
11 Perkahwinan antara kaum digalakkan.
12 Menggunakan bahasa kebangsaan semasa berkomunikasi.
13 Mengamalkan budaya yang baik.
14 Menghormati kebudayaan kaum lain.
15 Mengadakan aktiviti perkhemahan yang melibatkan pelbagai kaum.
16 Merancang aktiviti yang boleh disertai pelbagai kaum.
17 Menyertai pelbagai aktiviti anjuran sekolah.
18 Menganjur aktiviti sukan yang tidak berteraskan kaum.

5 Berdasarkan tinjauan anda, jelaskan kebaikan yang diperolehi negara Malaysia


ekoran daripada wujudnya perpaduan kaum.
10
1 Memastikan keamanan negara berkekalan
2 Wujud kehidupan/suasana harmoni dalam kalangan rakyat
3 Dapat membangkitkan rasa cinta akan negara
4 Mengelak daripada penjajahan kuasa asing
5 Memastikan ekonomi negara terus berkembang
6 Dapat menarik kedatangan pelabur asing
7 Akan dihormati oleh negara luar
8 Kemajuan negara akan berterusan/berkembang pesat
9 Wujud kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum
10 Sebarang pertikaian akan dapat diatasi secara rundingan dan tolak
ansur kaum
11 Menghindarkan perbalahan atau pergaduhan kaum
12 mewujudkan kestabilan politik
13 memakmurkan ekonomi
14 menanam semangat patriotisme
15 mempertahankan negara daripada sebarang ancaman musuh

6 A. Jelaskan cabaran memupuk semangat perpaduan dalam kalangan


masyarakat majmuk di Malaysia. (5 M)
10
A1 Sikap mementingkan diri sendiri
A2 Kurang kesedaran
A3 Kurang kerjasama
A4 Pengaruh media massa
A5 Tidak bersikap terbuka sesama kaum
A6 Semangat perkauman yang kuat
A7 Kurang semangat patriotisme
A8 Kurang komunikasi antara kaum
A9 Tidak menghormati budaya dan agama kaum lain
A10 Kurang semangat kejiranan

B. Nyatakan usaha-usaha untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat


perpaduan di Malaysia. (5 M)

B1 Bersama-sama berganding bahu memajukan negara


B2 Berusaha gigih demi masa depan negara
B3 Menekankan kemajuan dari sudut dunia/akhirat
B4 Memajukan ekonomi/politik/sosial
B5 Menjadi modal insan terbilang/memiliki personaliti unggul
B6 Mendapatkan pendidikan berkualiti/berprestasi tinggi
B7 Mempunyai sikap positif untuk membangunkan bangsa
B8 Berfikiran kritis/kreatif dalam memajukan bangsa
B9 Mencipta inovasi/nilai baru/ciptaan baru
B10 Mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran
B11 Sentiasa mengamalkan sahsiah/sikap/moral yang baik
B12 Melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan minda
B13 Mematuhi ajaran agama
B14 Memelihara jati diri
B15 Mengamalkan budaya hidup sihat
B16 Perbezaan warna kulit/agama/bangsa diketepikan
B17 Bertoleransi dalam kalangan masyarakat
B18 Mengekalkan keamanan
B19 Bertolenrasi dalam kalangan masyarakat
B20 Setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
7 Nyatakan iktibar yang boleh diperolehi daripada kesan semangat perpaduan
dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

i. Mengetepikan perbezaan bangsa dan agama


ii. Mengamalkan sikap berkerjasama
iii. Bertolak ansur/tolenrasi 10
iv. Sanggup berkorban
v. Mematuhi undang-undang
vi. Menjaga keamanan
vii. Kebijaksanaan dalam kepimpinan
viii. Permuafakatan anatar kaum
ix. Kesungguhan dalam perjuangan
x. Menepati janji
xi. Amalan bersaudara
xii. Memberi bantuan kepada mereka yang mememerlukan
xiii. Berakhlak mulia
xiv. Tidak mudah berputus asa
\
8 Rumusan

1. Kemajuan dan kemakmuran tanah Melayu telah berjaya menarik minat imigran
untuk datang ke Tanah melayu
2. Berbangga dengan negara kita yang menjadi tumpuan pendatang asing 5
3. Masyarakat tempatan lebih bergiat, berinisiatif dan bersediamengusahakan
sendiri kekayaan negara
4. Pengetahuan yang diperolehi.
5. Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
6. Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
Soalan 2

Sejauh manakah kemajuan dan pembangunan ekonomi yang dikecapi oleh negara Malaysia masa kini
berteraskan pengenalan ekonomi moden yang dibawa oleh penjajah Barat. Bincangkan.

1. Jelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sebelum kedatangan
penjajah.

F1 Menjalankan pelbagai kegitan ekonomi


F2 Antaranya melombong/ bercucuk tanam/ memungut hasil hutan/ menternak binatang/ menangkap ikan
F3 Dilakukan secara kecil-kecilan
F4 Secara sara diri
F5 Pengeluaran dilakukan dalam skala yang kecil
F6 Penggunaan jumlah buruh yang terhad
F7 Penggunaan teknologi mudah
F8 Memiliki modal yang kecil
F9 Mempunyai pasaran yang yang kecil
F10 Lebihan hasil yang ada digunakan semula oleh keluarga atau kumpulan masyarakat
F11 Digunakan untuk pertukaran barangan/ kenduri-kendara/ pembayaran zakat/ sedekah/ hadiah
F12 Lebihan pengeluaran disimpan dalam tempoh masa yang lama untuk tujuan memastikan
kelangsungan bekalan makanan/ tujuan sebagai benih
F13 Masyarakat Melayu menanam padi/ ubi/ pisang/ kelapa
F14 Masyarakat Melayu menternak ayam/ itik/ lembu/ kerbau/ untuk menambah sumber bekalan makanan
F15 Alatan mudah yang digunakan seperti tajak/ cangkul/ tugal dan tenggala
F16 Teknologi mudah yang digunakan lebih banyak digerakkan oleh tenaga manusia/ binatang bukannya
mesin
F17 Aktiviti ekonomi biasanya dilakukan secara bersama oleh ahli keluarga
F18 Tidak berlakunya pembahagian pekerjaan
F19 Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur

2. (i) Terangkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dari tahun 1878 sehingga berlakunya
Perang Dunia Kedua.
(ii) Terangkan perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu dari abad ke-9 hingga berlakunya
Perang Dunia Kedua.

i. Getah

F1 Getah yang ditanam di negara kita berasal dari Brazil


H1a Pada tahun 1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di
Botanical Garden
H1b Dari Singapura, beberapa batang anak pokok getah dibawa ke Kuala Kangsar
H1c Di Kuala Kangsar ditanam di halaman kediaman Residen Perak/ Sir Hugh Low
H1d Dijadikan tanaman hiasan
H1e Getah dijadikan tanaman komersial oleh pihak British pada awal abad ke-20

F2 Kejatuhan harga kopi menjadi penyebab orang ramai di Tanah Melayu beralih menanam getah
H2a Hal ini disebabkan pengeluaran kopi secara berlebihan oleh negara Brazil
H2b masalah penyakit kopi disebabkan serangan serangga perosak menyebabkan peladang
bertukar menanam getah

F3 Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah


H3a menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap getah
H3b getah digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta/ motokar
H3c getah juga diperlukan untuk membuat kasut/ pakaian/ alat perubatan/ penebat elektrik

F4 Peranan H.N. Ridley


H4a beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden Singapura pada tahun 1888
H4b beliau meyakinkan para peladang supaya menanam getah
H4c beliau mengadakan pameran pokok getah
H4d beliau mengagihkan benih getah secara percuma
H4e beliau memperkenalkan teknik penorehan yang tidak merosakkan pokok getah
H4f teknik itu dipanggil ibidem/ teknik torehan ikan herring

F5 Tenaga buruh yang mencukupi


H5a buruh dari India Selatan dibawa untuk bekerja di ladang getah
H5b buruh dibawa melalui sistem buruh bebas/ sistem kontrak/ sistem kangani
H5c dibayar dengan gaji yang murah H5d dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di
ladang getah

F6 Pelaburan yang besar menjayakan tanaman getah


H6a modal yang besar dikeluarkan oleh pemodal Eropah
H6b penubuhan syarikat perwakilan di tanah Melayu
H6c contohnya Harrison an Crosfield/ Boustead Buttery Agency/ Gutrhrie/ Sime Darby
H6d syarikat-syarikat ini membuka ladang yang besar dan menguruskan eksport getah

F7 Dasar British memberi galakaan dan sokongan kepada pemodal asing


H7a menyediakan kadar sewa tanah yang rendah
H7b tarif cukai yang rendah kepada peladang getah
H7c pemberian 4 % dividen kepada syarikat pengusaha getah pada tahun 1905
H7d pengecualian cukai eksport selama 50 tahun

F8 Pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan landasan keretapi


H8a untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat
pentadbiran
H8b bertujuan memudahkan golongan pengusaha

F9 Pada awal kurun ke-20 harga getah melambung tinggi di pasaran dunia
H9a ladang-ladang getah telah dibuka secara besar-besaran di Selangor/ Perak/ Negeri Sembilan/
Johor
H9b pada tahun 1920 Tanah Melayu menghasilkan 53 % daripada pengeluaran getah dunia
H9c Tanah Melayu muncul sebagai pengeluar getah terbesar di dunia
H9d penduduk tempatan mengusahakan tanaman getah secara kebun kecil
H9e orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial/ getah dalam Tanah Simpanan
Melayu
H9f melalui Enakmen Tanah Padi 1917, melarang penanaman getah di kawasan penanaman padi

ii. Bijih Timah

F10 Sebelum kedatangan British orang Melayu mengusahakan perlombongan bijih timah secara
tradisional
H10a mereka menggunakan cara mendulang
H10b mereka menggunakan cara melampan

F11 Awal 1820-an orang Cina mula dibawa masuk untuk bekerja oleh pembesar Melayu
H11a misalnya di daerah Lukut, Sungai Ujong, Klang

F12 Lombong dibuka dan diusahakan oleh pembesar Melayu


H12a pekerjaan dilakukan oleh buruh tempatan
H12b contoh pembesar Melayu Long Jaafar/ Ngah Ibrahim/ Raja Jumaat/ Dato Kelana/ Dato
Bandar
H12c hasil dieksport ke Jepun/ China/ India

F13 Mulai pertengahan abad ke-19 penglibatan pengusaha Cina mulai ketara
H13a pengusaha Cina didikawal dan dipantau sepenuhnya oleh pembesar Melayu tempatan
H13b pengusaha Cina mesti mendapatkan kebenaran pembesar Melayu untuk mengusahakan
lombong
H13c pembesar Melayu memastikan bijih yaang telah dilombong dijual semula kepada mereka
H13d harga bijih timah ditentukan oleh pembesar Melayu
H13e terdapat pembesar Melayu yang memajakkan lombong mereka kepada saudagar-saudagar
Cina dari Negeri-Negeri Selat
H13f tujuannya untuk mendapatkan keuntungan dengan cepat

F14 Penglibatan pengusaha Cina secara besar-besaran


H14a lombong-lombong bijih timah dibuka di Ampang/ Kuala Lumpur/ Lembah Kinta
H14b Pengusaha Cina memperkenalkan kaedah lombong dedah
H14c mereka perkenalkan kaedah pam kelikir
H14d mereka perkenalkan kaedah bomba palung
H14e sehingga akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai perlombongan bijih timah
H14f cara pengeluaran berintensifkan buruh digunakan pengusaha Cina

F15 Pada awal abad ke-20 penguasaan perlombongan bijih timah dikuasai oleh orang Eropah
H15a mereka berjaya menyediakan modal yang banyak
H15b menggunakan teknologi kapal korek
H15c kapal korek pertama kalinya digunakan di Batu Gajah, Perak
H15d digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging
H15e pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu

F16 Revolusi perindustrian di Eropah menyebabkan permintaan terhadap bijih timah meningkat
H16a bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan
H16b Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia

F17 Kemajuan sistem pengangkutan


H17a landasan kereta api dan jalan raya dibina bagi menghubungkan kawasan pengeluaran bijih
timah dengan pelabuhan
H17b tujuan untuk memudahkan pengeksportan bijih timah ke luar negara

F18 Kedatangan buruh asing dari China


H18a dibayar dengan upah yang murah
H18b datang dengan cara sistem tiket kredit/ sistem pengambilan kakitangan/ sistem rumah kongsi

3. Buat satu analisis yang terperinci tentang usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak British bagi
menghadapi kemerosotan harga getah dan bijih timah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia
Kedua tercetus.

i. Getah

F1 Perusahaan getah bergantung kepada keadaan pasaran dunia


H1a pada tahun 1920-an dan 1930-an berlaku kemelesetan ekonomi dunia
H1b harga pasaran getah telah jatuh dengan begitu rendah
H1c harga getah meleset sehingga menjadi 20 sen sepaun
H1d terus meleset merudum sehingga 5 sen sepaun pada tahun 1932
H1e pelbagai kesan negatif berlaku ke atas ekonomi Tanah Melayu

F2 British memprkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson pada tahun 1922


H2a bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah di pasaran dunia
H2b bertujuan untuk meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia
H2c rancangan hanya disertai oleh negara-negara naungan British
H2d antaranya Tanah Melayu dan Sri Lanka
H2e rancangan ini gagal mencapai matlamatnya
H2f hal ini berlaku kerana negara-negara lain enggan menyertainya seperti Belanda yang menjajah
Indonesia
H2g Belanda meningkatkan lagi pengeluaran getah
H2h jumlah eksport getah Tanah Melayu mengalami kemerosotan
H2i rancangan dikuatkuasakan antara bulan November 1922 hingga bulan Oktober 1928
H2j hendak mengurangkan pengeluaran getah sehingga ke paras 60% daripada jumlah
pengeluaran pada tahun 1920
H2k rancangan Stevenson ditamatkan pada tahun 1928
F3 Dasar British terhadap tanah milik orang Melayu berkaitan ehwal getah
H3a orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial (getah) atas Tanah Simpanan
Melayu
H3b memeperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah di kawasan
penanaman padi
H3c bertujuan mengurangkan penyertaan pekebun kecil getah daripada kalangan orang Melayu
H3d menaikkan premium untuk permohonan tanah baharu untuk tujuan penanaman getah
H3e pekebun kecil diberi kuota pengeluaran getah yang rendah oleh kerajaan British

F4 Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934 1943


H4a bertuan mengurangkan pengeluaran getah
H4b sekali gus dapat meningkatkan kembaali harga getah
H4c disertai oleh Tanah Melayu/ Borneo Utara/ Sarawak/ Burma/ Thailand/ Indo-China/ Indonesia/
Ceylon/ India H4d rancangan menetapkan kuota eksport getah untuk setiap negara
H4e penanaman baharu dan penanaman semula disekat
H4f menetapkan sistem kupon
H4g mengehadkan jumlah penjualan getah oleh pekebun kecil
H4h mengehadkan bilangan hari boleh menoreh pokok getah
H4i rancangan ini berjaya menstabilkan semula harga getah

ii. Bijih Timah

F5 Kemerosotan perusahaan bijih timah kerana bergantung kepada keadaan pasaran dunia
H5a apabila pengeluaran timah melebihi permintaan dunia harganya akan jatuh
H5b harganya jatuh ke peringkat paling rendah semasa Zaman Kemelesetan Dunia 1929 -1932

F6 Telah ditubuhkan International Tin Committee pada tahun1931/ Perjanjian Bijih Timah
Antarabangsa ditandatangani
H6a disertai oleh negara-negara pengeluar bijih timah yang utama
H6b seperti Nigeria/ tanah Melayu/ Indonesia/ Bolivia
H6c badan ini bercadang mengehadkan pengeluaran bijih timah sedunia
H6d ia dinamakan Rancangan Kawalan Bijih Timah
H6d stok penimbal diwujudkan bagi mengehadkan eksport bijih timah
H6e rancangan gagal kerana Thailand dan Indo-China enggan menyertainya

F7 Pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah Antarabangsa telah ditubuhkan


H7a bertujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah sedunia
H7b berjaya menstabilkan semula harga bijih timah di pasaran dunia

4. Andaikan anda seorang pemimpin masyarakat di tempat tinggal anda. Anda diberi tanggungjawab
memajukan ekonomi masyarakat yang anda pimpin. Berdasarkan kejayaan British memajukan ekonomi
di Tanah Melayu, apakah ciri-ciri yang boleh anda ambil untuk memajukan ekonomi masyarakat yang
anda pimpin itu? Berikan alasan anda berbuat demikian.

F1 Menggunakan modal yang besar


H1 dapat memajukan perusahaan/ pertanian/ perbankan/ perlombongan dengan efektif

F2 Menggunakan teknologi moden dan terkini


H2 dapat menjadikan sesuatu pekerjaan dapat dilakukan dengan cepat/ berkesan

F3 Menjalankan ekonomi pertanian secaraa berskala besar


H3 dapat menjimatkan kos pengeluaran dan keuntungan yang besar

F4 Menjalankan ekonomi atas tujuan untuk eksport ke kawasan lain


H4 dapat memberi pekerjaan kepada penduduk tempatan sekiranya dilakukan secara besar-besaran

F5 Menjalankan sistem pengurusan/ pentadbiran yang sistematik


H5 dapat membantu meningkatkan kecekapan sumber manusia

F6 Menarik pemodal luar ke kawasan


H6 dapat membina perusahaan/ perladangan/ perlombongan dalam skala yang besar

F7 Membawa masuk tenaga pakar


H7 dapat membantu membangunkan kawasan dengan adanya bantuan daripada cerdik pandai

F8 Membawa masuk tenaga buruh murah


H8 dapat menjalankan kerja-kerja perburuhan dengan upah yang minimum

F9 Membangunkan prasarana pengangkutan udara/ darat yang baik


H9 dapat memudahkan urusan pengangkutan barangan untuk tujuan eksport-import

F10 Membina sistem perhubungan yang baik dan terkini


H10 dapat menjadikan kawasan tersebut mudah diakses oleh teknologi maklumat

F11 Mewujudkan bandar pintar


H11 dapat menyediakan kemudahan yang sepatutnya wujud dalam sesebuah kawasan

F12 Memastikan undang-undang negara dipatuhi


H12 dapat memberi keyakinan kepada peniaga/ pelabur untuk terus berurusan di kawasan tersebut

F13 Memastikan bekalan bahan makanan mencukupi


H13 dapat menjamin keelangsungan hidup penduduk di kawasan tersebut

F14 Menerima segala perubahan dengan positif


H14 dapat menerima budaya baharu dalam kehidupan dan menyesuaikannya

5. Ekonomi moden yang dibawa oleh penjajah British lebih banyak meninggalkan kesan positif terhadap
ekonomi Malaysia masa kini. Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas? Berikan alasan
anda.

Bersetuju:
F1 Membawa tanaman baru ke negara kita
H1 Getah dan kelapa sawit menjadi salah satu hasil eksport negara

F2 Ekonomi negara berdasarkan ekonomi pasaran bebas


H2 Negara mampu bersaing menjadi negara maju menjelang tahun 2020

F3 Teknologi baharu yang dibawa menjadikan Malaysia setanding dengan negara luar
H3 Keupayaan negara membangunkan lagi teknologi baharu/ misalnya kaedah penklonan baka getah
banyak susu getah

F4 Negara mampu membina prasarana pengangkutan bertaraf dunia


H4 Contohnya KLIA di Sepang, LRT, Hentian Pudu Raya, Plus Highway

F5 Kewujudan sistem perhubungan bertaraf dunia


H5 Kemajuan dalam internet/ dunia tanpa sempadan/ perbankan internet dsb/ hantar satelit/ Binariang/
Measat/ Tiungsat/ Razaksat F6 Mampu membina pelabuhan kontena yang baik

H6 Tidak memerlukan pelabuhan Singapura untuk mengeksport bahan dagangan/ Contohnya wujud
pelabuhan Tanjung Pelepas/ Pelabuhan Kelang/ Pelabuhan Pulau Pinang/ Pelabuhan Bintulu

P7 Muncul sebagai pengeluar pelbagai dagangan pertanian


H7 Pengeluar lada hitam dan gambir antara terbesar di dunia/ pengeluar tembakar/ kenaf/ nanas

P8 Membolehkan Kuala Lumpur menjadi bandar perdagangan dan perniagaan bertaraf antarabangsa
H8 Banyak syarikat antarabangsa memindahkan ibu pejabat regional mereka ke Kuala Lumpur

F9 Kebolehan institusi perbankan/ insurans menjana ekonomi negara


H9 Institusi berkaitan memainkan peranan penting dalam membangunkan ehwal pemberian kredit/
pemindahan kredit/ bantuan modal/ dan tanggungan liabiliti
F10 Mampu mengubah sikap rakyat tempatan menerima sistem ekonomi moden
H10 Rakyat tempatan terlibat secara langsung dalam sistem ekonomi moden dengan menjadi usahawan/
peniaga/ bankers.

Tidak bersetuju:

F11 Ekonomi tradisional semakin pupus


H11 Orang Melayu meninggalkan pekerjaan tradisi menanam padi sawah/ menangkap ikan

F12 Pengeluaran padi sawah tidak dapat menampung keperluan penduduk


H12 Negara terpaksa mengimport beras dali luar negara seperti dari China/ Thailand/ Burma

F13 Kewujudan golongan tengah/ orang tengah dalam sistem ekonomi


H13 Rakyat tempatan terpaksa menjual hasil mereka dengan harga yang rendah/ ini merugikan mereka

F14 Tanah mempunyai nilai dalam ekonomi moden


H14 Banyak tanah penduduk tempatan terpaksa dijual kepada orang luar

F15 Rakyat tempatan kurang melibatkan diri dalam sistem ekonomi moden
H15 Taraf hidup penduduk tempatam rendah/ miskin menyebabkan berlakunya jurang ekonomi antara
penduduk tempatan dengan orang dagang

F16 Kerajaan hari ini terpaksa menyusun semula ekuiti negara supaya kekayaan negara dinikmati oleh
semua kaum
H16 Contohnya kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru

F17 Pembangunan dibangunkan secara giat di kawasan luar bandar


H17 Kawasan luar bandar telah dipinggirkan semasa penjajahan Barat

F18 Penumpuan kepada ekonomi getah dan bijih timah sangat berbahaya terhadap ekonomi negara
H18 Kerajaan hari ini mempelbagaikan sumber ekonomi negara.

6. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi menjadikan negara Malaysia
sebuah kuasa ekonomi yang setanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat
dan Jepun?

F1 Mempunyai rakyat yang berpengetahuan/ berpendidikan tinggi


H1 dapat membangunkan ekonomi / mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi

F2 Memiliki modal yang banyak


H2 dapat menjana ekonomi / memajukan kawasan yang belum membangun

F3 Menarik FDI ke negara kita secara berterusan


H3 dapat mengekalkan modal asing supaya kilang-kilang /industri asing terus kekal di negara kita

F4 Menyediakan infrastruktur/ prasarana yang sempurna


H4 kemudahan infrastruktur yang baik dapat memudahkan segala urusan perdagangan berjalan lancar/
contohnya kemudahan jalan raya

F5 Membangunkan hab perdagangan halal


H5 sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, Malaysia boleh menjadi contoh
kepada dunia dalam penyediaan hab perdagangan halal

F6 Mempunyai sistem perbankan bermodal besar


H6 sistem perbankan tempatan perlu bergabung bagi menyaingi sistem perbankan asing yang bermodal
besar

F7 Memiliki budaya kerja rajin/ ramah/ berbudi bahasa


H7 budaya kerja yang baik bersifat ketimuran dapat menghasilkan pengeluran yang optimum/
menghasilkan keuntungan yang besar
F8 Mempunyai dasar ekonomi negara yang kukuh
H8 dasar makro ekonomi sama ada dasar fiskal dan kewangan diurus secara berhemah

F9 Mengelakkan import barangan melebihi eksport negara ke luar negara


H9 memastikan perbelanjaan dalam negara terkawal/ defisit ekonomi dielakkan

F10 Mengekalkan keamanan negara


H10 dapat memastikan setiap rakyat dapat melakukan aktiviti harian dan ekonomi

F11 Menjalin hubungan ekonomi yang baik dengan semua negara


H11 dapat membolehkan eksport ke luar negara bertambah/ mengurangkan red tape dalam urusan
perdagangan

F12 Memperkasa wilayah pembangunan ekonomi


H12 ECER/ Wilayah Pembangunan Iskandar

7. Pada pandangan anda, apakah pengajaran yang boleh diperoleh daripada tindakan British
memperkenalkan ekonomi dagangan di Tanah Melayu demi memajukan pencapaian tamadun negara
bangsa Malaysia.

F1 Kita hendaklah mempelbagaikan ekonomi negara kita.


H1 Contohnya kita tidak seharusnya han ya bergantung kepada pertanian getah dan bijih timah sahaja.

F2 Kita perlu mempunyai kemudahan jalan raya yang baik dan maju.
H2 Contohnya kita mesti mempunyai jaringan jalan raya dari utara Semenanjung Malaysia hingga ke
selatan bagi mempercepatkan kemudahan pengangkutan barangan

F3 Kita mestilah mempunyai landasan kereta api yang moden


H3 Contohnya dengan adanya kereta api laju ERL antara Kuala Lumpur dengan Ipoh masa perjalanan
dapat dipercepatkan

F4 Kita mestilah mempunyai sistem perbankan yang dapat menyokong urusan perdagangan
H4 Contohnya kita dapat mempunyai pinjaman modal hanya dengan bersandarkan kertas cadangan
yang berkesan/ berdaya maju

F5 Kita mesti mempunyai bilangan tenaga buruh yang mencukupi


H5 Contohnya kita boleh mengambil buruh dari negara luar untuk menjalankan kerja-kerja kolar biru

F6 Kita mesti membangunkan kawasan bandar sebagai pusat aktiviti perdagangan/ perindustrian/
pentadbiran/ rekreasi
H6 Contohnya kita mesti membangunkan bandar pintar seperti Putrajaya untuk kelestarian manusia

F7 Kita mesti memastikan sektor pertanian tetap diberi perhatian dalam ekonomi negara
H7 Contonya kita perlulah memastikan penanaman padi terus diusahakan supaya bekalan beras dalam
negara mencukupi

F8 Kita mestilah memastikan kemudahan untuk mengerjakan pertanian di luar bandar lengkap
H8 Contohnya menyediakan kemudahan parit/ tali air/ baja dsbnya supaya haasil pertanian meningkat

8. Apakah rumusan yang boleh anda nyatakan setelah mengkaji penguasaan ekonomi negara oleh
penjajah sehingga tahun 1957? Rumusan anda harus meliputi aspek
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang