Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT SUKAN TAHUNAN SK MANTIN KALI KE 31

UNIT SUKAN / KOKURIKULUM

2016

Tarikh : 27 JANUARI 2016

Masa : 2.30 Petang Hingga 4.00 Petang

Tempat : Bilik Gerakan SK Mantin

Hadir : 1. Guru Besar Sk Mantin

2. Penolong Kanan Kokurikulum

3. Penolong Kanan kurikulum

4. Penolong Kanan Hem

5. Setiausaha Sukan

6. Semua Guru

Tidak Hadir : -
1.0 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Penolong kanan kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada semua yang
hadir. Beliau meminta guru besar untuk berucap.

2.0 UCAPAN GURU BESAR

Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir untuk
mesyuarat. Beliau meminta kerjasama dan komitmen para guru bagi menjayakan
sukan tahunan SK Mantin kali ke-31. Beliau juga meminta latihan rumah sukan
diadakan mengikut jadual yang ditetapkan.

3.0 SETIAUSAHA SUKAN


3.1 Setiausaha sukan telah menjelaskan jadual perjalanan latihan rumah
sukan sukan tahunan SK Mantin 2016.
3.2 Beliau meminta semua guru memberi komitmen yang secukupnya untuk
menjayakan aktiviti tahunan ini.
3.3 Beliau juga menjelaskan tujuan mengapa bilangan acara yang boleh
disertai oleh seseorang murid itu dihadkan.
3.4 Beliau juga meminta kerjasama semua ketua rumah, supaya memastikan
segala peraturan yang ditetapkan dipatuhi.
(Tindakan : Makluman semua)

4.0 LAIN-LAIN
4.1 Setiausaha sukan mengingatkan bahawa ada acara sukaneka untuk guru-
guru dan ibubapa dalam sukan tahunan.
4.2 Mesyuarat menerima cadangan itu.
4.3 Setiausaha sukan meminta agar semua guru rumah menjalankan latihan
rumah sukan dengan sebaik yang mungkin. Ini kerana padang dan trek
telah disiapkan sepenuhnya.
4.4 Pn. Asnony ingin mendapat tahu bahawa, rumah sukan diberi peruntukan
untuk perhiasan rumah.
4.5 Mesyuarat memutuskan setiap rumah sukan diperuntukan RM 50 untuk
perhiasan rumah.

5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Penolong kanan kokurikulum mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada
semua AJK dan anggaplah tugas yang dipertanggungjawabkan ini sebagai amal
jariah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,

...........................................

( Ramizi bin Marzuki)


Penolong Setiausaha Sukan
SK Mantin

Anda mungkin juga menyukai