Anda di halaman 1dari 5

HIPERTENSI

Illias Zaidi

Sinopsis

Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang sering berhalusinasi.
Aiman sering menimbulkan kemarahan gurunya kerana tidak menumpukan perhatian terhadap
pembelajaran di dalam kelas. Dia sering berangan-angan menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains.
Aiman Aqil mudah bosan dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng
sekolah. Hal ini menimbulkan kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan. Aiman sentiasa mengambil
kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya
telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi,
namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan
Si Luncai. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di
bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak
memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti
setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran langsung
perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam
halusinasinya itu.

Setelah asyik melayan halusinasinya, akhirnya Aiman teringat akan bisikan halus yang
didengarinya ketika di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya lebih
mendekatkan diri kepada Ilahi. Akhirnya, Aiman sedar daripada khayalannya bahawa dia perlu berusaha
untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar berangan-angan. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan
doa dan harapan ke hadrat Ilahi.

Tema

Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) bertemakan halusinasi futuristik yang penuh cabaran. Mindanya
sering dipenuhi dengan halusinasi tentang tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil yang
merupakan watak utama sering berhalusinasi sebagai seorang angkasawan. Aiman Aqil sentiasa
berangan-angan tidak kira tempat sama ada ketika di rumah ataupun ketika sedang mengikuti
pembelajaran di dalam kelas. Dia pernah membayangkan bahawa dirinya sudah lulus pengajian tinggi
dalam bidang aeroangkasa. Walaupun dia sering berhalusinasi, namun dia sekali-kali tidak akan
membiarkan angan-angannya menjadi seperti angan-angan Mat Jenin dan Si Luncai yang tidak sampai ke
mana-mana. Angan-angan tentang kehebatannya dalam bidang aeroangkasa semakin mekar
sehinggakan dia bukan sahaja membayangkan bahawa dia pernah mengikuti latihan intensif di bawah
program aeroangkasa bersama dengan Rusia, malahan dia pernah mendarat di Stesen Angkasa
Antarabangsa (ISS).
Persoalan

Persoalan adab menuntut ilmu

Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah di dalam kelas telah
menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar. (m/s: 43)

Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri

Contoh: Aiman Aqil bengga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna yang
baik. (m/s:44)

Persoalan kepekaan akan situasi sekeliling

Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu Faridah
berubah dengan jawapan awal yang diberikannya. (m/s: 45)

Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain

Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan
Matematik. (m/s : 45 & 46)

Persoalan peranan ibu bapa dalam keluarga

Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah. (m/s: 46)

Persoalan ketagasan guru dalam mendidik pelajar

Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan. (m/s: 46)

Persoalan kepentingan prinsip hidup

Contoh: Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya memasang
angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut. (m/s: 48)

Persoalan kasih sayang seorang ibu

Contoh:Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya. (m/s: 48)

D. WATAK DAN PERWATAKAN:

1. Aiman Aqil:

- berwajah cengkung dan jari-jemarinya yang kurus runcing.

- anak sulung daripada 3 beradik.


- gagap semasa bercakap. Cth - mulutnya akan menganga lebar sebelum kata-kata dapat dikeluarkan dari
mulutnya.

- seorang yang pintar. Cth - boleh menyelesaikan masalah matematik murid sekolah menengah walaupun
masih berada di sekolah rendah.

- suka menyakat orang lain. Cth - di sekolah Aiman suka menyakat rakannya yang lambat menyelesaikan
masalah matematik.

- bercita-cita tinggi. Cth - bercita-cita untuk menjadi angkasawan terkenal seperti Neil Armstrong.

- suka memberontak. Cth - Aiman akan ponteng sekolah apabila dirotan oleh ayahnya setelah diadukan
sikapnya yang suka merayau di dalam kelas.

- pendendam. Cth - menyimpan dendan terhadap bapanya yang sering merotan dan menamparnya.

- insap dengan kesilapannya. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu suka berimaginasi dan
akhirnya berserah kepada Tuhan.

2. Bapa Aiman:

- seorang jurutera makenikal.

- seorang yang bertanggungjawab. Cth - menghantar Aiman yang gagap untuk mendapatkan rawatan
intensif dan terapi.

- bengis dan garang. Cth - pernah merotan dan menampar Aiman kerana kedegilan anaknya.

- seorang yang penyayang. Cth - berusaha memulihkan pertuturan Aiman yang gagap dengan menghantar
untuk mendapat rawatan intensif dan terapi.

3. Ibu Aiman:
- bertugas sebagai saintis bidang geologi.
- penyayang. Cth - berasa kasihan melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
- taat/ patuh kepada suami. Cth - Ibu Aiman tidak membantah apabila suaminya merotan Aiman. Dia
hanya menentang di dalam hati sahaja.
- penyabar - sabar dengan sikap suaminya mendidik Aiman dengan garang.

E. GAYA BAHASA:
i. Penggunaan diksi - sesuai dengan cerita. Cth - orbit, aeroangkasa, planet.
ii. penggunaan bahasa Inggeris - IQ, genius.
iii.Pengulangan/ repetasi - Cth - "Tidak ada udara. Tidak ada air.
iv. Personafikasi. Cth - "Tamparan selalu singgah di pipiku"
v. Simile. Cth - "Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya"
vi. Metafora. Cth - dedaun kemaafan/ tasik hati.
vii. Sinkope. Cth - "Betapa tak bangganya?"
F. NILAI:
i. Kasih sayang. Cth - Ibu aiman amat menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila Aiman dirotan oleh
bapanya.
ii. Kebijaksanaan. Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5 walaupun baru
bersekolah rendah.
iii. Belas kasihan/ simpati. Cth - Ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh
bapanya.
iv. Dedikasi. Cth - Cikgu Faridah menerangkan Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman
dan rakannya di dalam kelas.
v. Tanggungjawab. Cth - Bapa Aiman bertanggungjawab mendapatkan rawatan intensif dan latihan terapi
kepada Aiman yang telah gagap pertuturannya.
vi. Kesabaran. Cth - Ibu Aiman tetap sabar dengan sikap suaminya yang terlalu garang ketika mendidik
anak-anaknya.
vii. Keinsafan. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu jauh berimajinasi lalu berdoa kepada
Allah serta kembali dalam kehidupan sebenar.
viii. Kebersihan fizikal dan mental. Cth - Aiman mengamalkan makanan seimbang dan menjalani gaya
hidup sihat.
ix. Rasional. Cth - Guru Aiman berfikiran rasional dengan menasihati Aiman yang suka merayau supaya
kembali ke tempat duduknya dan tidak mengganggu rakannya yang lain.

G. PENGAJARAN:
i. Kita mestilah menyayangi keluarga kita. Cth - Ibu Aiman menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila
melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
ii. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Cth - Aiman dapat menyelesaikan
masalah matematik tingkatan 5 walaupun baru berada di sekolah rendah.
iii. Kita mestilah dedikasi dan amanah. Cth - Cikgu Faridah mengajar Teori Graviti dengan bersungguh-
sungguh kepada Aiman dan rakannya.
iv. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kesihatan keluarga kita. Cth - Bapa Aiman mendapatkan
rawatan intensir dan terapi kepada Aiman yang gagap pertuturannya.
v. Kita mesti bersabar apabila berdepan dengan masalah. Cth - Ibu Aiman bersabar apabila melihat Aiman
dirotan oleh bapanya.
vi. Kita mestilah rasional apabila melakukan tindakan. Cth - Guru aiman menasihati Aiman supaya duduk
di kerusinya dan tidak merayau serta mengganggu rakan lain.

Anda mungkin juga menyukai