Anda di halaman 1dari 8

TARIKH : 19 JULAI 2017

MASA : 2.00 4.00 PETANG

TEMPAT : BLOK AKADEMIK

PENSYARAH : NORAINI ZAKARIA

LORETTA @ LILY POLUS

DAISY AK BENEDICT BAMSA

KETUA PLATUN : YOUSHA NASYUHA BINTI YUSRI

BILANGAN AHLI : 19 ORANG

TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Bagi kuliah tajuk asas pertolongan cemas, ahli Pandu Puteri diberi penerangan tentang
tujuan dan prinsip pertolongan cemas oleh pensyarah-pensyarah Pandu Puteri. Selain itu,
kami turut belajar tentang anduh dan balutan.

PERTOLONGAN CEMAS

Tujuan Dan Prinsip

1) Definisi Pertolongan Cemas

Bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada seseorang yang
tercedera dalam sebarang kemalangan atau mengalami kecemasan atau sakit secara
mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan

2) Tujuan Utama

1. Menyelamatkan nyawa
Sekiranya terhenti denyutan jantung dan pernafasan, berikan bantuan pemulihan
pernafasan dan jantung.
Setiap saat adalah penting.
Berhentikan pendarahan.
Pulihkan renjatan.
2. Mengelakkan keadaan mangsa daripada bertambah buruk
Menguranggkan pergerakan. buat apa yang anda tahu sahaja.
Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula jadi.
Jangan memberi sebarang makanan atau minuman melalui mulut. Basahkan
bibir sahaja sekiranya perlu.
3. Memberi kelegaan dan keselesaan
Memberi semangat yang kuat kepada pesakit yang masih sedar.
Jangan tinggalkan pesakit bersendirian.
Pastikan keadaan pesakit: Periksa nadi dan pernafasan

3) Prinsip Pertolongan Cemas

Menyelamatkan nyawa
Memberi pertolongan semasa mangsa tercedera
Melindungi dan mengurangkan kecemasan
Menyediakan ubatan, alat-alat untuk melindungi orang cedera
Menghadkan kesan-kesan kecederaan
Menggalakkan pemulihan

Anduh Dan balutan

1. Kegunaan kain anduh

Mengampu bahagian yang cedera atau patah


Menghenti atau menahan pendarahan
Menetapkan bahagian yang cedera
Dapat digunakan sebagai pengipas
Menutup tempat yang luka atau cedera
Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk
i. Anduh besar/anduh lengan

Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera


Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas
Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau
dilipat
ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.

Cara membalut anduh besar

ii. Anduh kecil/ anduh pergelangan tangan

Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan
letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan.
Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

Cara menggunakan anduh kecil


iii. Pembalut cincin

Balutan ini digunakan apabila cedera terkena atau tertusuk objek tajam.
Diperbuat daripada pembalut tirus.
Digunakan untuk menutup luka

iv. Anduh kepala

Lipatkan sedikit kain dan letakan pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas
kain anduh berada dibelakang kepala
Pegang kedua-dua kain dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi
dan diikat buku sila
Lipat kain lebihan untuk lebih kemas
v. Anduh lutut dan siku

Lipat sedikit dan letakan diatas lutut yang tercedera.


Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku
sila pada atas bahagian lutut.
Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas.

Merawat Luka Dan Gigitan

Luka

1. Definisi luka
Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, samaada ianya mengeluarkan darah atau
tidak yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman
2. Jenis jenis luka
i. Luka terhiris (incised wound)
Luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermatatajam.
Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka
disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilubuluh, pisau cukur dan
sebagainya.
ii. Luka terkoyak (lacerated wound)
Luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan olehsenjata
atau alat-alat yang tidak tajam. Contohnya kemalangan jalanraya, cakaran atau
gigitan binatang atau sebagainya
iii. Luka lebam (contusion)
Luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar
berkumpul dalam tisu.
Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata
tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kenatumbukan, terhimpit kepada
benda-benda yang berat.
iv. Luka tembus (punctured wound)
Luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjatayang hujungnya
tajam.
Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalamdan
mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukanpisau, jarum, paku, duri
dan sebagainya
v. Luka tembakan (gun shot wound)
Luka yang disebabkan oleh senjata api.
Luka di bahagian kena tembakan adalah lebih kecilberbanding luka di mana
peluru itu keluar.
Contohnya kena tembakan senapang atau pistol

3. Tanda dan gejala luka

Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera.

Pucat.

Pening kepala.

Meloya dan kemungkinan muntah.

Gelisah dan berpeluh dengan banyak.

Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya.

Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek.

Kulit badan berpeluh dan sejuk.

Hilang kekuatan atau keupayaan.

Berlaku renjatan dan pengsan


4. Rawatan am luka
Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamatdan edaran udara yang
sempurna.
Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.
Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedaratau sebaliknya. Pastikan
saluran pernafasan mangsaberada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR
jika diperlukan.
Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagianleher dan pinggang.
Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang
banyak.

Gigitan

1. Digigit Hama rumput


Hama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar.
Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat.
Cara Merawat:
Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun
Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik
Jangan menggaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak.
Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak
terlalu keras atau minyak anti-histamine.
2. Digigit lintah dan Pacat
Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya
akan tertinggal pada kulit.
Gigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak dan
berterusan kerana lintah memuntahkan sejenis enzim yang menyebabkan
pembekuan darah lambat.

Cara Merawat:

Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk melonggarkan
gigitan dan menggugurkannya.
Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit.
Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalukeras
ataupun dengan minyak anti-histamine.
Tutup dan balut dengan pembalut kering
3. Dipatuk Ular
Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada
tempatyang digigit dan bisa.

Cara merawat:

Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akan
bahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah ke jantung. Jangan ikat
sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasa
nadi pada pergelangan tangan atau kaki.
Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untuk
menawarkan racun yang ada pada luka.
Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memotong ke
dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih
dahulu.
Longgarkan ikatan
tourniquet selama minit dan tiap-tiap jam.
Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup.
Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas.
Jika ia tidak bernafas, bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan.
Hantar ke rumah sakit yang terdekat
Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan oleh
mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikan.