Anda di halaman 1dari 46

PELAKSANAAN PERINTAH

GAJI MINIMUM 2012


(Semenanjung Malaysia)

SEPT 2012
SKOP TAKLIMAT

1. Dasar Gaji Minimum di Malaysia;

2. Perintah Gaji Minimum 2012;


3. Garis Panduan Pelaksanaan Perintah
Gaji Minimum 2012; dan
4. Spirit of Moving Forward

2
3
DASAR GAJI MINIMUM
OBJEKTIF

1. Untuk memastikan keperluan asas pekerja


dan keluarga mereka dapat dipenuhi;
2. Untuk memberikan perlindungan sosial yang
mencukupi kepada pekerja-pekerja;
3. Untuk menggalakkan industri meningkatkan
rantaian pengeluaran global dengan melabur
dalam intensif teknologi dan meningkatkan
produktiviti buruh; dan
4. Untuk mengurangkan kebergantungan
negara kepada pekerja asing tidak mahir.
5
UNDANG-UNDANG

Akta Majlis Perundingan Gaji


Negara 2011 (Akta 732)
dikuat kuasakan mulai 15.9.2011

Perintah Gaji Minimum 2012


(P.U(A) 214) diwartakan pada
16.7.2012
6
DEFINISI

Gaji Minimum (GM) ialah gaji terendah


mengikut jam, harian atau bulanan
yang perlu dibayar majikan kepada
pekerja (ILO)
GM ertinya GAJI POKOK di bawah
seksyen 2 Akta 732

7
KRITERIA PENETAPAN GM

KRITERIA JUSTIFIKASI

Pendapatan Garis Menentukan keperluan-keperluan


Kemiskinan (PGK) asas pekerja dan keluarga pekerja
KRITERIA
ASAS
Satu titik untuk merujuk kepada
Gaji Penengah (GP)
kemampuan majikan membayar gaji

Perubahan dalam
Petunjuk untuk mencerminkan
Indeks Harga Pengguna
perubahan kos sara hidup
(IHP)

Pertumbuhan Menyelaraskan peningkatan gaji


KRITERIA
Produktiviti(P) dengan pertumbuhan produktiviti
PELARASAN
Bagi memastikan kenaikan gaji tidak
Kadar Pengangguran menjejaskan keupayaan pasaran
Sebenar (KPS) untuk mewujud dan mengekalkan
peluang pekerjaan

8
FORMULA GM

GM = Gaji Minimum (RM)


PGK = Pendapatan Garis Kemiskinan (RM)
GP = Gaji Penengah
P = Pertumbuhan produktiviti (%)
IHP = Indeks Harga Pengguna (% tukaran)
KPS = Kadar Pengangguran Sebenar (%)
= (Kadar Pengangguran 4%)
i = Wilayah (Sem. Malaysia, Sabah, Sarawak dan
9 Labuan)
KADAR GM BERDASARKAN FORMULA

KADAR BULANAN KADAR IKUT JAM


WILAYAH
(RM) (RM)

Semenanjung
956.73 4.60
Malaysia

Sabah dan
771.79 3.71
Labuan

Sarawak 781.58 3.76

10
KADAR GM YANG DICADANGKAN MPGN

KADAR BULANAN KADAR IKUT JAM


WILAYAH
(RM) (RM)

Semenanjung
900 4.33
Malaysia

Sabah dan
770 3.70
Labuan

Sarawak 780 3.75

11
PERINTAH GAJI MINIMUM 2012
KADAR GM MENGIKUT
PERINTAH GAJI MINIMUM 2012

KADAR GAJI MINIMUM


WILAYAH
Bulanan Jam

Semenanjung
RM900 RM4.33
Malaysia
Sabah, Sarawak
dan Wilayah
RM800 RM3.85
Persekutuan
Labuan

13
SKOP PEMAKAIAN
GM adalah untuk semua Pekerja iaitu :
yang menerima gaji tidak melebihi RM2,000 sebulan
atau pekerja-pekerja manual tanpa had gaji atau
pekerja-pekerja lain seperti ditakrifkan di bawah Akta
Kerja 1955; atau
yang menerima gaji tidak melebihi RM2,500 sebulan
atau pekerja-pekerja manual tanpa had gaji atau
pekerja-pekerja lain, seperti ditakrifkan di bawah
Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh
Sarawak [Bab 76]

KECUALI :
Pekhidmat domestik. Contoh: pembantu rumah, tukang
masak, penjaga rumah, tukang kebun, tukang cuci, jaga
dan pemandu peribadi.
14Perantis
PERMULAAN KUAT KUASA

1.1.2013 kepada:

(1) majikan yang mempunyai >5 pekerja


Ilustrasi 1
Jika selepas 1.1.2013:-
bilangan pekerja telah menjadi <6 orang, perintah akan tetap
terpakai. (Dalam contoh ini, majikan tertakluk kepada prinsip
once in, always in).

bilangan pekerja menjadi >5 orang, majikan perlu membayar GM


kepada semua pekerjanya mulai tarikh pekerja tambahan tersebut
digajikan.

(2) majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang


dikelaskan di bawah MASCO tanpa mengira bilangan
pekerja.
15

PENGKELASAN MASCO DI BAWAH KUMPULAN UTAMA 2:

PROFESIONAL SAINS PROFESIONAL


DAN KEJURUTERAAN INFORMASI DAN
TEKNOLOGI DAN
KOMUNIKASI
PROFESIONAL
KESIHATAN PROFESIONAL UNDANG-
UNDANG, SOSIAL DAN
KEBUDAYAAN
PROFESIONAL
PERGURUAN
PROFESIONAL
HOSPITALITI, RUNCIT
PROFESIONAL DAN PERKHIDMATAN
PERNIAGAAN DAN LAIN
PENTADBIRAN
16 MASCO 2008 Version 3
samb

1.7.2013 kepada majikan yang mempunyai


5 pekerja

Ilustrasi 2

Jika antara 1.1.2013 hingga 30.6.2013, majikan A


menggajikan 5 orang yang terdiri daripada 2 eksekutif
masing-masing bergaji pokok melebihi RM2000 sebulan; 2
pembantu cukai masing-masing bergaji pokok >RM900
sebulan tetapi < RM2000 dan 1 kerani bergaji pokok RM800
sebulan, maka Perintah ini akan terpakai kepadanya mulai
1.7.2013.

17
PENGURANGAN KADAR GM

Untuk pekerja dalam tempoh percubaan


(probationer)
Tidak melebihi 30% bagi tempoh 6 bulan pertama
sahaja
Berasaskan kepada kontrak perkhidmatan pekerja
tersebut.
Ilustrasi 3

Pekerja A merupakan pekerja di bawah majikan yang menggajikan 7


pekerja dan dalam tempoh percubaan selama 12 bulan bermula pada
1.4.2012. Tempoh 6 bulan pertama percubaan akan genap pada
30.9.2012, maka kadar GM pada 1.1.2013 hendaklah terpakai dan
tidak boleh dikurangkan.

18
samb

Ilustrasi 4

Pekerja B dalam tempoh percubaan yang mula bekerja pada


1.10.2012 bagi tempoh 12 bulan dan dibayar gaji sebanyak
RM500 sebulan. Sehingga 31.12.2012, beliau telah menjalani
tempoh percubaan selama 3 bulan. Ini bermakna baki tempoh
percubaan adalah 3 bulan. Oleh itu, beliau hendaklah dibayar
sekurang-kurangnya RM630 sebulan bagi tempoh bulan Januari
hingga Mac 2013. Seterusnya mulai 1.4.2013, beliau hendaklah
dibayar GM RM900 sebulan.

19
RUNDINGAN PENSTRUKTURAN SEMULA GAJI
MENGIKUT PERENGGAN 6 PERINTAH GAJI MINIMUM 2012

Majikan dan pekerja, atau kesatuan sekerja boleh


MERUNDINGKAN penstrukturan semula gaji di bawah
seksyen 7B Akta Kerja 1955, seksyen 9B Ordinan Buruh
Sabah atau seksyen 10B Ordinan Buruh Sarawak,
sebelum Perintah ini berkuatkuasa, dengan syarat
bahawa

(a) Gaji pokok yang distruktur semula yang kena dibayar


kepada pekerja hendaklah mengikut kadar GM
yang ditetapkan dalam Perintah;

(b) Gaji yang distruktur semula hendaklah tidak kurang
baiknya daripada gaji yang sedia ada;


20
samb.

(c)Gaji yang distruktur semula tidak boleh kurang daripada


jumlah gaji yang diterima oleh pekerja itu sebagaimana
yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan sebelum
penstrukturan semula gaji;

(d) Penstrukturan semula gaji hendaklah hanya melibatkan


pembayaran bagi kerja yang dilakukan semasa waktu
kerja biasa pekerja itu; dan

(e) Penstrukturan semula gaji tidak boleh menyebabkan


pekerja itu kehilangan apa-apa saraan yang dinyatakan di
bawah perenggan (a) hingga (f) takrifan upah dalam seksyen
2 Akta Kerja 1955, seksyen 2 Ordinan Buruh Sabah dan
seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak yang pekerja itu berhak
mendapat di bawah kontrak perkhidmatan.
21
samb

Bayaran-bayaran di bawah perenggan (a) hingga (f) adalah seperti


berikut:

(a)nilai rumah, tempat tinggal, bekalan makanan, minyak,air, rawatan


perubatan, kemudahan atau perkhidmatan yang diluluskan;
(b)caruman yang dibayar majikan dalam mana-mana kumpulan wang
pencen, kumpulan wang simpanan, skim pemberhentian pekerja,
penamatan,rentikerja sementara atau skim persaraan, skim jimat cermat
atau mana-mana kumpulan wang lain atau skim yang ditubuhkan untuk
faedah dan kebajikan pekerja;
(c)apa-apa elaun perjalanan atau nilai konsesi perjalanan;
(d)apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk menanggung
perbelanjaan-perbelanjaan khas yang diperlukan kerana jenis
perniagaannya;
(e)ganjaran yang kena dibayar atas pemberhentian atau persaraan; atau
(f)apa-apa bonus tahunan atau mana-mana bahagian daripada apa-apa
bonus tahunan.

22
PEMBATALAN DAN PENGECUALIAN

Semua perintah berikut yang dibuat di bawah Akta


Majis Penetapan Gaji 1947 [Akta 195] hendaklah
dibatalkan berkuatkuasa mulai 1.1.2013:

Perintah Peraturan Gaji (PPG) Pengawal Keselamatan


Swasta 2011;
Perintah Peraturan Gaji Penghidangan dan Hotel 1982;
Perintah Peraturan Gaji Pekerja Wayang Gambar 1981;
Perintah Peraturan Gaji Pembantu Kedai 1981;
Perintah Peraturan Gaji Pemunggah Kapal & Pengendali
Muatan 1977; dan
Perintah Peraturan Gaji Pembantu Kedai (Sarawak) 1972

23
samb

Semua perintah majlis penetapan gaji yang


dibatalkan hendaklah terus terpakai kepada:-

majikan yang tarikh kuat kuasa Perintah pada


1.7.2013.

majikan yang telah diberi kelulusan untuk


menunda pelaksanaan Perintah ini ke suatu
tarikh lain sehingga Perintah ini mula dikuat
kuasa kepada mereka. Contohnya, Perintah
Peraturan Gaji (PPG) Pengawal Keselamatan Swasta
24
2011..
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PERINTAH GAJI MINIMUM 2012
PENDAHULUAN

Garis Panduan ini disediakan oleh MPGN yang


mempunyai kuasa untuk melakukan segala yang
suaimanfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau
bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya
sebagaimana yang diperuntukkan seksyen 4 (2) Akta
732.
Tertakluk kepada PERUNDINGAN yang diperuntukkan
di perenggan 6 Perintah Gaji Minimum 2012, pihak-
pihak boleh merujuk kepada Garis Panduan ini dalam
melaksanakan Perintah Gaji Minimum.

26
GM KADAR HARIAN

1. GM pekerja sepenuh masa bergaji harian:-


Tidak kurang RM900 sebulan dengan syarat
hadir bekerja pada hari-hari biasa (termasuk
cuti tahunan dan cuti sakit) yang ditetapkan
tanpa mengira jumlah jam bekerja.
Formula pengiraan:
Kadar Gaji Harian = Kadar GM Bulanan x 12 bulan
52 minggu x Bil. Hari bekerja dalam seminggu

* Nota: pengiraan adalah berdasarkan jumlah jam bekerja


iaitu maksimum 48 jam seminggu
27
GM KADAR HARIAN

Kadar GM harian adalah seperti berikut:

Bil. Hari Bekerja Dalam


Seminggu Kadar GM Harian

6 RM34.62

5 RM41.54

4 RM51.92

28
GM KADAR IKUT KERJA

2. GM pekerja yang dibayar gaji secara piece-rated,


tonnage, trip atau komisyen :-
Jika gaji sedia ada dibayar melebihi GM, maka GM
RM900 sebulan dianggap telah dipatuhi;
Jika gaji yang dibayar adalah RM900, maka GM
dianggap telah dipatuhi.
Jika gaji dibayar kurang daripada GM, majikan
hendaklah menambah apa jua yang kurang untuk
memenuhi GM.

29
KAEDAH PENSTRUKTURAN SEMULA GAJI
Berpandukan asas-asas berikut dan perenggan 6 Perintah:

proses penstrukturan semula dilakukan HANYA SEKALI


SAHAJA iaitu SEBELUM PERINTAH INI MULA
BERKUAT KUASA dan bukannya suatu proses yang
berterusan selepas tarikh kuat kuasa Perintah;

penstrukturan semula gaji hanya melibatkan bayaran-


bayaran tunai sebagaimana dalam takrifan gaji di bawah
seksyen 2 Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah [Bab 67]
atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76];

apa-apa bayaran bukan gaji yang dikecualikan dalam


takrifan gaji di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955, Ordinan
Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76]
tidak boleh distrukturkan semula sebagai gaji minimum
30
dalam penstrukturan semula gaji.
samb

elaun-elaun yang dibayar secara spesifik berdasarkan


keadaan pekerjaan (nature of work) seperti elaun panas,
elaun habuk, elaun bising, elaun berdiri dan seumpamanya
yang diberikan kepada golongan pekerja tertentu TIDAK
WAJAR untuk distrukturkan semula;

bagi sektor perhotelan di mana kutipan caj perkhidmatan


dilaksanakan, kesemua atau sebahagian kutipan caj
perkhidmatan itu boleh diubah untuk dikira sebagai GM;

bagi sektor perladangan di mana Bayaran Saguhati Khas


(Special Gratuitious Payment) sebanyak RM200
dilaksanakan, kesemua atau sebahagian daripada bayaran
tersebut boleh diubah sebagai GM;
31
samb

bagi sektor pengawal keselamatan di mana insentif


keselamatan dibayar kepada pekerja seperti dalam
Perintah Majlis Penetapan Gaji (Perintah Peraturan
Gaji)(Saraan Minimum Berkanun Pengawal
Keselamatan Swasta) 2011, ia boleh diubah untuk
dikira sebagai GM;

elaun rumah boleh diubah untuk dikira sebagai GM


dengan syarat elaun tersebut bukan bersifat gantian
kepada nilai kemudahan tetapi bayaran tunai yang
diberikan oleh majikan berdasarkan kepada kontrak
perkhidmatan;
32
CONTOH ELAUN YANG DIBAYAR TUNAI:-

1. Kedatangan
2. Makan
3. Syif
4. Keselamatan (Bayaran insentif keselamatan) (seperti perintah)
5 Pos berkawal di pedalaman
6. Rumah (contractual) (not in lieu of housing) (jika rumah tidak
disediakan)
7. Panas
8. Saguhati (pekerja ladang)
9. Service point
10. Habuk/Bising
11. Kemahiran (position elaun)
12. Khas
13. Tanggungjawab (Profesional/pengurusan)
14. Berdiri (Kilang)
33
15. Penerbangan (pramugara/pramugari)
16. Tugas tambahan
samb

proses penstrukturan semula itu


hendaklah tidak akan mengurangkan
jumlah keseluruhan gaji yang diterima
sebelum penstrukturan semula.

34
PENSTRUKTURAN GM DAN ELAUN

FORMULA

GM = GP + (GM GP)
ESP2 = ESP1 (GM GP)
GM = Gaji Minimum
GP = Gaji Pokok
ESP1 = Elaun Sebelum Perintah
ESP2 = Elaun Selepas Perintah




35

samb

Ilustrasi 5

Bagi pekerja yang bergaji pokok sebanyak RM625 dan
dibayar elaun tunai sebanyak RM275, majikannya boleh
mengubah bayaran elaun tunai itu untuk dijadikan
sebahagian daripada GM.

Gaji semasa Gaji selepas Perintah


RM625 (GP) RM625+(RM900-RM625)
= RM900 (GM)

RM275 (elaun) RM275 (RM900-RM625) = RM0 (elaun)

Jumlah=RM900 Jumlah = RM900


36
samb
Ilustrasi 6
Bagi pekerja yang bergaji pokok sebanyak RM650 dan dibayar elaun tunai A
sebanyak RM200 dan juga lain-lain bayaran elaun tunai B sebanyak RM21,
C sebanyak RM53 dan D sebanyak RM42 yang berdasarkan kepada
produktiviti dan prestasi, majikannya boleh mengubah bayaran elaun tunai
tetap A dan sebahagian daripada bayaran elaun tunai B,C atau D sebagai
gaji minimum. Sebahagian bayaran elaun tunai B,C atau D yang tidak
dijadikan gaji minimum hendaklah dikekalkan sebagai elaun tunai.

Gaji semasa Gaji selepas Perintah


RM650 (gaji pokok) RM650+(RM900-RM650) = RM900 (GM)
RM200 (elaun A) RM200 (elaun A)
RM21 (elaun B) RM21 (elaun B) boleh diubah
menjadi
RM53 (elaun C) RM53 (elaun C)
sebahagian GM
RM42 (elaun D) RM42 (elaun D)
(RM200 + RM21 + RM53 + RM42) (RM900
RM650) = RM316 RM250
Jumlah = RM966 Jumlah = RM966
37
ILUSTRASI AM 1

Sebelum Penstrukturan Selepas Penstrukturan


GP RM 550.00 GP (lama) RM 550.00

Elaun Kedatangan RM 150.00 Elaun Kedatangan RM 150.00

Elaun Makan RM 150.00 Elaun Makan RM 150.00

Perlu ditambah RM 50.00

*Gaji minimum seperti yang dinyata RM 900.00


dalam Perintah

Elaun Perjalanan RM 100.00 Elaun perjalanan RM 100.00

Jumlah RM 950.00 Jumlah RM1000.00


ILUSTRASI AM 2

Sebelum Penstrukturan Selepas Penstrukturan


GP RM 650.00 GP RM 650.00

Elaun Kedatangan RM 150.00 Elaun Kedatangan RM 150.00

Elaun Makan RM 150.00 Sebahagian Elaun Makan RM 100.00

*Gaji seperti dinyata dalam Perintah RM 900.00

Baki sebahagian Elaun Makan RM 50.00

Elaun Perjalanan RM 100.00 Elaun Perjalanan RM 100.00

Jumlah RM1050.00 Jumlah RM1050.00


KESALAHAN DAN PENALTI

Denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap pekerja .


Penalti bagi
Mahkamah boleh mengarahkan majikan membayar
kesalahan perbezaan antara kadar gaji minimum dengan gaji
Pertama pokok dan bayaran lain.

Penalti am Denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap kesalahan di


mana penalti khusus tidak dinyatakan

Penalti bagi
kesalahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan
selepas sabitan
berterusan

Penalti bagi
kesalahan RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun
berulang
PERMOHONAN PENUNDAAN TARIKH KUATKUASA

Mana-mana orang atau golongan orang boleh


memohon.

Permohonan hendaklah:
mengandungi alasan dan justifikasi yang
kukuh
sampai kepada Urus Setia MPGN
sebelum 2.10.2012 (bagi majikan yang
tarikh kuat kuasa perintah pada 1.1.2013)
sebelum 2.4.2013 (bagi majikan yang
tarikh kuat kuasa Perintah pada 1.7.2013)

41
samb

Dokumen untuk permohonan penundaan :


Borang Maklumat Syarikat daripada SSM
Laporan Kewangan yang telah diaudit bagi 3 tahun
terakhir
Maklumat bil. pekerja tempatan dan pekerja asing
secara berasingan beserta gaji bagi bulan terakhir

Berdasarkan seksyen 21, 22 & 23 Akta 732,


permohonan tersebut hendaklah dinilai dan
ditimbang oleh MPGN sebelum diperakukan
kepada Kerajaan untuk keputusan dan disusuli
dengan pewartaan.

42
samb

secara bertulis sama ada melalui surat atau email


dialamatkan kepada :

Setiausaha
Majlis Perundingan Gaji Negara
Kementerian Sumber Manusia
Aras 7, Blok D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8886 5156/ 5162
Faks: 03-8889 2377
Email: mpgn@mohr.gov.my

Permohonan yang diterima selepas tarikh-tarikh


tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.
43
RINGKASAN

Gaji pokok dipersetujui dalam Kontrak Perkhidmatan

Kurang daripada
kadar GM yang Digantikan dengan kadar-kadar tidak
dinyatakan dalam kurang daripada GM yang dinyatakan
Perintah dalam Perintah

Lebih daripada Kadar gaji tidak boleh dikurangkan lebih


kadar GM yang rendah daripada kadar yang telah
dinyatakan dalam dipersetujui dalam Kontak Perkhidmatan
Perintah
MOVING FORWARD

Semangat menang-menang harus diamalkan.

GM adalah perkara baru bagi Malaysia. Dalam


pelaksanaan tersebut, semua majikan dan
pekerja haruslah bersikap terbuka dan bersama-
sama menangani sebarang masalah yang
timbul.

Segala maklumbalas akan dikaji secara


mendalam bagi menambahbaik undang-undang
GM.
45
SEKIAN,
TERIMA KASIH

46

Anda mungkin juga menyukai