Anda di halaman 1dari 7

1.

PENGENALAN

Makanan secara realiti merupakan bahagian terpenting di dalam kehidupan manusia dan
ia meresapi keseluruhan aspek kehidupan sosial. Kebanyakkan kajian mengenai makanan
banyak dilakukan dalam disiplin ilmu sains pemakanan dan kesihatan, perhotelan dan
hospitaliti, pelancongan serta teknologi. Walau bagaimanapun, kajian mengenai makanan
dalam disiplin sosiologi makanan masih kurang difahami kerana kekurangan kajian
mengenainya dilakukan terutama di negara-negara sedang membangun. Kajian dalam
bidang sosiologi makanan ini penting dilakukan kerana ia adalah mengenai hubungan
sosial dalam masyarakat. Oleh demikan, kajian ini akan meneliti pola dan makna makan
di luar bagi responden yang tinggal di Negeri Melaka. Negeri Melaka dipilih sebagai
kawasan kajian adalah kerana sektor perniagaan berasaskan makanan berkembang pesat
selari dengan perkembangan sektor pelancongan di negeri tersebut.

Jesteru itu kajian ini akan melihat perbezaan ciri-ciri demografi terhadap pola dan makna
makan di luar bagi responden terpilih dalam tema-tema seperti apa yang di makan; di
mana lokasi tempat makan yang di pilih; mengapa memilih makan di luar; dengan siapa
aktiviti makan di luar ini dilakukan serta makna makan di luar bagi reseponden. Pola dan
makna ini dicari kerana dipercayai setiap ciri-ciri demografi yang dikaji membawa makna
yang berbeza antara satu sama lain.

2. PERNYATAAN MASALAH

Ketika kajian mengenai makanan yang mencakupi pelbagai bidang ilmu banyak dibuat di
Barat, namun pola dan makna makan dari aspek sosiologi masih kurang difahami
(Ferguson, P. P. & Zukin, S. 1995). Hal ini disebabkan masih kurang penulisan atau kajian
mengenainya dilakukan di negara membangun terutamanya di Malaysia.

Kajian ini dilakukan untuk mengisi lompong kajian (Research Gap) dalam bidang
sosiologi makanan dan sosiologi kepenggunaan di Malaysia. Adalah sangat mustahak
untuk mengkaji pola dan makna makan di luar kerana ia adalah mengenai hubungan
sosial dalam masyarakat.

1
3. PERSOALAN KAJIAN

Secara umumnya terdapat dua perkara pokok yang ingin dikaji penyelidik iaitu:

a) Bagaimana pola makan di luar responden di Melaka?


b) Bagaimana responden memahami makna makan di luar?

4. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif bagi kajian ini pula adalah seperti berikut:

a) Untuk memperihalkan pola makan di luar responden.


b) Untuk mengenalpasti perkaitan antara ciri demografi dengan pola pemakanan di
kalangan responden.
c) Untuk menganalisis makna makan di luar dari perspektif responden.

5. KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini berfaedah sebagai satu sumber ilmu yang menyumbang
kepada perkembangan bidang ilmu antropologi dan sosiologi di Malaysia terutamanya
dalam bidang sosiologi makanan dan sosiologi kepenggunaan. Sumbangan ilmu menerusi
kajian ini memberi faedah dan manfaat kepada masyarakat untuk kemajuan pada masa
kini dan juga pada masa hadapan.

6. SKOP KAJIAN

Kajian ini hanya melibatkan penduduk Negeri Melaka yang mempunyai pengalaman
makan di luar.

2
7. KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian ini adalah di Bandar Hilir dan Kampung Pringgit, Melaka. Negeri
Melaka dipilih sebagai kawasan kajian adalah kerana sektor perniagaan berasaskan
makanan berkembang pesat selari dengan perkembangan sektor pelancongan di negeri
tersebut

8. KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Tujuan kajian ini dilaksanakan pada asasnya dapat dilihat dari dua sudut. Pertama, untuk
meneliti pola makan di luar bagi responden di Bandar Hilir dan Kampung Pringgit dan
kedua untuk mengetahui bagaimana responden memahami makna makan di luar.

Pengumpulan data mengenai pola dan makna makan di luar adalah berdasarkan kaji
selidik Pola dan Makna Makan di Luar: Kes Melaka yang dibentuk oleh Aishah (2012).
Antara dimensi yang akan disiasat adalah seperti berikut:

i. Apa yang di makan;


ii. Di mana lokasi tempat makan yang di pilih:
iii. Mengapa memilih makan di luar:
iv. Dengan siapa aktiviti makan di luar ini dilakukan;
v. Makna makan di luar bagi reseponden.

3
Kerangka konseptual bagi kajian ini ditunjukkan menerusi rajah dibawah:

Demografi
Pola dan
Responden
Makna
Umur Makan di luar

Taraf Pendidikan

Taraf Perkahwinan

Status Pekerjaan

Jantina

Bilangan Isi Rumah

Pendapatan

PEMBOLEHUBAH PENBOLEHUBAH
BEBAS BERSANDAR

9. METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes iaitu kajian untuk membina analisis yang
mendalam tentang satu kes atau pelbagai kes (Othman Lebar 2009). Dalam kajian ini
penyelidik berminat untuk mengetahui pola makan di luar bagi responden dan informan
serta bagaimana responden dan informan memberi makna terhadap makan di luar .

4
Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini adalah dalam kalangan penduduk Negeri Melaka. Seramai 130 orang
responden dipilih untuk menjawab borang kaji selidik kajian. Sementara, 10 orang
informan dipilih untuk ditemubual bagi tujuan kajian ini.

Persampelan bertujuan dipilih kerana ia bersesuaian dengan objektif kajian ini. Menurut
Chan Yan Piaw (2011) persampelan bertujuan merujuk kepada prosedur persampelan di
mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden
kajian. Ciri-ciri tertentu yang dimaksudkan tersebut iaiah responden atau informan yang
mempunyai pengalaman makan di luar.

Unit Analisis

Penduduk Melaka yang mempunyai pengalaman makan di luar.

Pengumpulan Data

Data premier kajian ini diperolehi menerusi borang kaji selidik berstruktur yang
diedarkan kepada responden. Pengukuran borang kaji selidik tersebut mengunakan Skala
Likert. Sebagai tambahan, kaedah pemerhatian serta temubual secara mendalam dengan
menggunakan metod open-ended question dan tidak berstruktur juga dilakukan.

Sementara itu, bagi mendapatkan maklumat-maklumat dan jawapan kepada penemuan


kajian, sumber-sumber sekunder akan dicari. Segala maklumat dari data sekunder penting
untuk kajian ini. Oleh demikian usaha-usaha akan dilakukan untuk mendapatkan
informasi-informasi sekunder daripada jurnal-jurnal, buku-buku, majalah-majalah serta
terbitan terbitan-terbitan berkala daripada beberapa perpustakaan.

5
Tatacara Analisis Maklumat

Bagi tujuan ini, data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statical
Pakcage For Social Sciene (SPSS version 20.0). Analisis yang dilakukan meliputi
Analisis data deskriptif yang bertujuan untuk menghuraikan ciri-ciri demografi responden
dari segi peratusan dan kekerapan. Ujian ANOVA digunakan untuk membezakan skor-
skor min bagi sampel-sampel kajian. Sementara, Ujian-t hanya membenarkan
perbandingan dua skor min sahaja.

Dalam pada itu, seperti yang disaran oleh Pierce (2008), tugasan selepas temu bual iaiah
memindahkan temu bual audio ke bentuk ringkasan transkrip. Dari komputer riba,
rakaman telah diperdengarkan dan disalin untuk mendapatkan transkrip berbentuk tulisan
(laporan). Segala data dan maklumat telah dinilai, disaring dan diperhubungkan dengan
data-data lain serta persamaan dan perbezaan maklumat antara responden dengan
responden yang lain (Berg, 1995).

Sementara itu, apa yang perlu direkod? dan bagaimana ia akan direkod merupakan dua
elemen utama yang perlu diberi perhatian dalam kaedah pemerhatian. Sebelum turun ke
lapangan, penyelidik terlebih dahulu telah memastikan elemen-elemen yang perlu
diperhatikan seperti latar fizikal, partisipan, aktiviti dan interaksi, perbualan, faktor-faktor
kurang jelas tetapi penting serta perlakuan pemerhati sendiri (Othman Lebar 2009).
Elemen-elemen yang diperhatikan itu kemudiannya direkod dalam nota pemerhatian bagi
memudahkan urusan menganalisis data.

6
RUJUKAN

Aishah @ Eshah Haji Mohamed. 2012. Pola dan Makna Makan di Luar. Borang Kaji Selidik.

Berg, B.L. 1995. Qualitative Research Metod for the Social Sciences. Boston: Allyn and
Bacon.

Chan, Yan Piaw. 2011. Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Edisi ke-2. Kuala Lumpur:
McGraw-Hill.

Ferguson, P. P. & Zukin, S. 1995. What's cooking? Theory and Society. 24(2): 193-199.

Othman Lebar. 2009. Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metod. Tanjong
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pierce, R. 2008. Research Metod in Politics. Los Angeles: SAGE.

Anda mungkin juga menyukai